6 perkara LUAR BIASA waktu Kongres Maruah Melayu yang ramai tak perasan…

(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS)

Mungkin ada yang terlepas mengenai Kongres Maruah Melayu yang berlangsung pada 6 Oktober 2019 baru-baru ni kat Stadium Malawati, Shah Alam. Kongres yang disertai oleh lebih daripada 20,000 orang tu dianjurkan oleh empat universiti awam:

  • Universiti Malaya
  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Perguruan Sultan Idris
  • Universiti Putra Malaysia

Menurut apa yang dinyatakan dalam website kongres tersebut, matlamat utama kongres ni adalah bertujuan untuk mengumpulkan dan menyerahkan tuntutan dan permintaan orang-orang Melayu kepada kerajaan untuk mengembalikan martabat dan maruah diaorang.

Permintaan yang dibuat tu secara umumnya berdasarkan lima kelompok utama iaitu, politik, agama, budaya, pendidikan dan ekonomi. Setiap kelompok dibentangkan oleh orang yang berlainan yang datang daripada pelbagai latar belakang berbeza.

Pembentang untuk kluster pendidikan. Nurul Fatin Aqilah Rahim. Imej dari Sinar Harian

Mungkin korang ada banyak dengar cerita mengenai kontroversi yang jadi waktu kongres ni berlangsung. Antaranya ucapan kontroversi oleh Ketua Eksekutif Seketariat Kongres, Zainal Kling, yang mengatakan tentang kedudukan orang Melayu menerusi Perlembagaan Persekutuan selain mengingatkan orang Melayu yang mereka adalah pemilik tanah negara ni yang sah. 

Ada jugak permintaan yang nampak pelik yang menggesa kerajaan untuk memberikan pengecualian bayaran balik PTPTN hanya untuk graduan kelas pertama yang berbangsa Melayu je. Serta kejadian keracunan makanan waktu kongres tersebut yang melibatkan 179 peserta, dan kesemuanya adalah pelajar. Korang boleh mengetahui lebih lanjut mengenai resolusi tu kat sini.

Disebabkan kitaorang ni suka membawang, kitaorang pun buat keputusan untuk tengok video penuh kongres (korang boleh tengok kat sini, atau untuk versi yang lebih pendek, kat sini) tu untuk tahu apa yang jadi kat sana. Kira-kira lepas sejam tengok video tu, kitaorang ada perasan sesuatu…

Kitaorang waktu tengok kongres tu dan tunggu bila nak habis. GIF dari Giphy

1. Siti Nurhaliza ada sertai sekali???

Kongres ni bermula dengan persembahan silat dan ucapan pembukaan daripada Zainal sebelum pembentangan hasrat dan harapan diteruskan. Hasrat pertama adalah mengenai ekonomi yang disampaikan oleh pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Syafiq Jebat, yang menuntut kerajaan untuk mewujudkan agensi dan dasar yang boleh membantu meningkatkan ekonomi Melayu.

Pembentang seterusnya adalah daripada Nurul Fatin Aqilah Rahim dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), yang membentangkan mengenai kluster pendidikan, terutamanya mengenai pemansuhan sekolah-sekolah vernakular. Dan, permintaan mengenai PTPTN yang kitaorang ada sebut sebelum ni tu jugak disampaikan olehnya. 

Waktu Fatin tengah bentangkan usulnya, tiba-tiba ada sorakan daripada penontot. Diaorang bukanlah bersorak untuk Fatin, tapi sebenarnya untuk …

Siti Nurhaliza (kanan)!!!. Imej dari tangkapan skrin dari FB Kongres Maruah Melayu

Bila Dato Siti Nurhaliza keluar kat paparan skrin, dia senyum dengan bagi satu cap jempol kat kamera. Dia ada kat sana dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. 

Kitaorang tak pasti sama ada dia menyokong pendirian kongres tu ataupun tak (kitaorang tengok kat media sosialnya tapi takde apa-apa pun yang dimuat naik). Tapi apa yang kitaorang tahu, dia dilaporkan menghadiri kongres tu untuk buat persembahan nyanyian, lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) waktu Dr Mahathir masuk ke stadium.

Tapi dia bukanlah satu-satunya tokoh popular yang muncul kat kongres tu…

2. Rani Kulup hadir dengan nasihat istimewanya

Korang mungkin pernah dengar mengenai Abdul Rani Kulup Abdullah, melihat rupanya kat sesuatu tempat ataupun pernah dengar slogan: ‘Kipidap, dongibab’.

Lepas ni boleh lah beli frame tu kalau ada jual. Imej dari CILISOS

Saudara kita orang kat CILISOS pun pernah tulis mengenainya empat tahun lepas waktu dia tengah hangat dengan kes laporan terhadap dakwaan kes hantaran dalam talian (online posting) kat media sosial yang menghasut. Tapi sekarang ni dia dah tak selalu muncul kat media sekerap dulu lah.

Korang mungkin perasan mengenainya melalui uniform yang dia selalu pakai, jadi ia kelihatan luar biasa untuk mengecamnya dalam kalangan orang ramai bila dia berpakaian Baju Melayu tradisional lengkap! 

Bila cikgu panggil nama korang kat kelas… Imej dari tangkapan skrin FB Kongres Maruah Melayu

Rani Kulup bagitahu yang dia datang kongres tu sebab ia nampak macam memberikan manfaat kat orang Melayu tanpa mengira kepercayaan politik masing-masing. Dia ada jugak bagitahu yang orang Melayu sekarang dah banyak berpecah dan berpisah. Jadi, kongres yang dianjurkan ni  sepatutnya mampu membawa kepada perpaduan orang Melayu sendiri.

Bercakap mengenai nasihat tu, waktu dia ditemuramah oleh KiniTV, dia jugak nasihatkan orang Melayu supaya berhenti untuk bersikap iri hati antara satu sama lain. 

“Orang Melayu hanya iri kepada orang Melayu yang lain. Anda perlu membuang semua perasaan dan sikap ini untuk memulihkan perpaduan di kalangan orang Melayu.” – Rani Kulup, sumber dari KiniTV. 

3. Ada lagu tema dan ikrar yang ditulis berdasarkan … dokumen sejarah??

Lagu tema sebenarnya bukanlah perkara yang asing dalam negara kita ni. Jika kita ada lagu tema untuk setiap jabatan, kita jugak boleh dikatakan mempunyai lagu tema untuk … semuanya, bukan?

Ya, dan itu termasuk dalam kongres ni jugak.

https://youtu.be/SJ52ShpfeGs

Lagu tema tu dikenali sebagai lagu Sumpah Anak Watan dan, menurut laman web Kongres Maruah Melayu, ia merupakan nama sebuah dokumen yang dianggap bersejarah. Ia menghimpunkan dan menyusun semua hasrat dan harapan berdasarkan lima kluster yang dibentangkan waktu kongres tu berlangsung. Macam yang kitaorang ada bagitahu sebelum ni, hasrat dan harapan dibuat berdasarkan siri rundingan meja bulat dan bengkel akademik yang melibatkan:

  • Orang-orang politik
  • Cendekiawan terkemuka
  • Aktivis kebudayaan
  • Orang-orang korporat dan
  • Wakil NGO Melayu

Dokumen tersebut kemudiannya diserahkan kepada Dr Mahathir waktu kongres tersebut.

Selain nyanyian lagu, kongres tu menyeru semua penonton yang datang untuk membaca ikrarSumpah Anak Watan. Kandungan ikrar tu termasuklah perkara seperti janji setiap orang Melayu untuk memulihkan martabat dan jati diri diaorang sendiri.

Ikrar tu diketuai oleh diaorang ni. Imej dari Astro Awani

Waktu tengah sesak mengenai cerita ni, kitaorang jumpa ikrar tu sama macam sajak yang ditulis oleh Adi Badiozaman yang bertajuk Sumpah Anak Watan jugak. Kitaorang berjaya menghubungi pihak kongres tu melalui Facebook, dan diaorang nyatakan yang dokumen, lagu dan ikrarnya takde kaitan dengan puisi. 

4. Pembentangan video mengenai evolusi Melayu berkaitan dengan penganjur kongres

Selain persembahan, pembentangan kluster, ikrar dan ucapan, kongres tu jugak mempamerkan persembahan video yang dipanggil video Kongres Maruah Melayu. Video yang berdurasi 4 minit ni sebenarnya berkaitan dengan evolusi orang Melayu kat Malaysia.

Kitaorang tak pasti kat skrin mana diaorang tengok. Imej dari tangkapan skrin Astro Awani

Video tersebut bermula dengan zaman Kesultanan Melaka dan ia diteruskan dengan peristiwa bersejarah lain macam Hari Kemerdekaan Malaysia dan jugak peristiwa 13 Mei. Ia jugak ada menampilkan beberapa pertubuhan yang diwujudkan untuk membantu orang Melayu seperti FELDA dan FELCRA.

Apa yang menariknya, salah satu aspek yang dimasukkan dalam video tu adalah salah satu penganjur kongres, iaitu UiTM. Ia adalah segmen pendek sebelum video tu mempamerkan mercu tanda yang gah kat Malaysia mcam KLCC dan Litar Antarabangsa Sepang.

Selain tu, ia jugak menampilkan orang-orang Melayu yang berjaya daripada pelbagai industri seperti P. Ramlee, Sudirman, tiga saintis Melayu lain dan jugak Dr Amalina Bakri.

5. Ahli politik yang berbeza parti bermesra antara satu sama lain ?

Ada yang duduk sebelah-sebelah, tak gaduh pun…

Kan bagus duduk macam ni tak gaduh-gaduh. Imej dari Malaysia Dateline

…bahkan bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain!

Azmin Ali dengan Hishamuddin Hussin. Imej dari Malaysia Gazette

Satu-satunya orang yang takde waktu kongres tu ialah DS Anwar Ibrahim, yang bagitahu waktu tu dia ada terima jemputan untuk ke kongres, tapi dia dah ada rancangan yang lain.

Salah satu perkara utama yang ditegaskan oleh Dr Mahathir dalam ucapannya adalah yang kongres tu dianjurkan bukanlah mengenai mana-mana parti politik tetapi ia berkaitan orang Melayu.

Dia jugak ada mendakwa yang pada mulanya dia diberitahu oleh beberapa orang supaya tak payah datang ke kongres tu tapi dia tetap datang jugak sebab perkara yang dibincangkan dalam kongres tu adalah berkaitan dengan martabat orang Melayu. Jadi, dia tetap datang jugak sebab dia rasa dia berhak untuk itu.

Kitaorang cubalah cari majlis-majlis ataupun peristiwa yang ada menyatukan rakyat dan parti-parti politik ni daripada kerajaan yang sebelumnya, tapi apa yang kitaorang dapat adalah gambar Anwar dengan Najib tengah minum kopi:

Diaorang ni semua agak-agak terima ‘duit kopi’ tak ye. Imej dari dinmerican.wordpress.com

6. Tun M sendiri mengaku yang ucapannya tu sebenarnya membosankan???

Walaupun kongres tu menggesa pihak kerajaan untuk buat banyak benda untuk memulihkan dan mengembalikan maruah orang Melayu, Dr Mahathir ada menyebut supaya orang Melayu perlu bekerja keras untuk memulihkan martabat diaorang sendiri. Malah, dia jugak ada bagitahu yang pihak kerajaan tak mempunyai apa-apa kewajipan untuk penuhi resolusi diaorang.

“Kami akan cari cara. Melayu sendiri kena main peranan pelihara maruah Melayu,” – Dr Mahathir, sumber dari FMT

Waktu Mahathir tengah berucap. Imej dari FMT

Perkara lain yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir adalah orang Melayu janganlah asyik mengadu dan merungut mengenai gaji yang rendah.

Dia jugak nampak macam menyalahkan orang Melayu sebab tak ambik peluang pekerjaan yang dikuasai oleh pekerja asing – pekerjaan yang dianggap kotor, berat dan berbahaya. Dalam ucapannya, dia ada menggesa orang Melayu supaya tak menjual tanah diaorang, terutamanya tanah rezab Melayu yang memang khas untuk diaorang kat orang yang lain antara intipati ucapannya.

Lepas ucapannya yang panjang dan berulang-ulang, dia sendiri mengaku yang ucapannya tu membosankan. Pada masa yang sama, netizen jugak ramai mengatakan ‘bosan’ kat ruangan komen dalam video langsung kat Facebook Kongres Maruah Melayu.

Dan…Mahathir jugak berterima kasih kat pihak penganjur sebab membenarkan dia ‘berkuliah’ kat situ.

Terima jelah kalau bosan, saya pun tak tahu nak cakap apa dah. Imej dari CILISOS

Ada yang kata ia menyatukan orang Melayu tapi …

Orang-orang macam Rani Kulup contohnya dan jugak Dr Mahathir ada menegaskan yang kongres tu adalah untuk membawa perpaduan dan berbincang mengenai cara untuk pulihkan martabat orang Melayu. Salah satu persamaan yang peserta kongres tu tunjukkan adalah macam mana diaorang mengulas kongres tu sendiri. Kongres tu tak menimbulkan apa-apa kemudaratan pada perpaduan rakyat Malaysia secara umum. Malah, Dr Mahathir jugak menafikan yang kongres tu bersifat perkauman. 

Ironinya, dalam ucapannya sendiri, dia dilaporkan ada menggunakan perkataan ‘orang asing’ merujuk kepada orang Cina dan India semasa pemerintahan British. Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh ada menegaskan yang kenyataan tu sendiri dah berbaur penghinaan kepada kaum lain.

“PM sepatutnya tahu bahawa kata-kata itu sangat sensitif dan mengancam keharmonian kaum di negara ini dan boleh membawa kepada negara yang berpecah belah disebabkan isu perkauman, yang mesti dielakkan dalam apa jua cara sekali pun.” – Ramkarpal, sumber dari Malaysiakini. 

Lepas tamatnya Kongres Maruah Melayu. Sumber dari FMT

Anwar Ibrahim jugak ada mengulas mengenai satu resolusi kongres – untuk mengkhaskan jawatan di kementerian hanya untuk orang Melayu dan beragama Islam. Dia bagitahu yang jawatan-jawatan kerajaan tu, terutamanya Menteri Kewangan, mestilah daripada seseorang yang berkelayakan dan profesional yang prihatin terhadap rakyat Malaysia.

Lim Kit Siang jugak ada mempersoalkan apa keperluannya pihak universiti awam untuk menganjurkan kongres ni.

“Adakah empat universiti awam ini sanggup menganjurkan Kongres Maruah Cina Malaysia, Kongres Maruah India Malaysia, Kongres Maruah Kadazan Malaysia, Kongres Maruah Dayak Malaysia, Kongres Maruah Orang Asli Malaysia dan yang paling penting, Kongres Maruah Rakyat Malaysia?” – Lim Kit Siang, sumber dari Astro Awani. 

Kan dah kena marah. Imej dari Astro Awani

Dia bagitahu jugak yang isu martabat ni menyeluruh untuk rakyat Malaysia jika setiap kumpulan etnik dan agama kat Malaysia menikmati maruah masing-masing dengan mematuhi prinsip asas dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara. 

Walau bagaimanapun, sama ada Kongres Maruah Melayu ni akan menjadi faktor utama dalam isu politik ataupun hanya memberikan sedikit kesan dalam sejarah negara kita. Kita tunggu dah lihat.

 

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)