Tukang masak Melayu dikaitkan dengan Jack The Ripper menurut satu teori ni

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.

Semua orang suka cerita pembunuhan misteri. Macam tu juga kitorang kat SOSCILI ni. Tapi, memang tak boleh lawan cerita penyiasatan terhadap pembunuh bersiri, Jack The Ripper. Jack The Ripper secara umumnya dipercayai sebagai punca di sebalik beberapa pembunuhan bersiri di London pada tahun 1800. Kesemua mangsanya adalah dari wanita kelas pekerja dan badan mereka dicincang teruk. Apa yang peliknya, dia tak pernah ditangkap atau pun dikenal pasti.

Hinggakan sampai sekarang, orang masih cuba mengenal pasti siapa gerangannya orang tu. Teori memang banyak tak terkira diberikan. Ada yang cakap dia doktor, sebahagian yang lain cakap dia tukang potong daging dan Netflix punya drama bersiri ‘Penny Dreadful’ pula bawa cerita bahawa Jack The Ripper ni adalah serigala jadian. Tapi, hakikatnya memang tak ada yang hampir untuk selesaikan jenayah ni pada abad ke-19, sekalipun beratus hipotesis mengenai identiti Jack The Ripper!

Imaginasi pasal pembunuhan Jack The Ripper. Imej dari tntdownunder

Para Saintis pula cuba mengesahkan bahawa identiti Jack The Ripper adalah seorang pemotong rambut, Aaron Kominski, tapi bukti DNA yang ditunjukkan salah pula.

Dalam banyak-banyak teori ni, kami ada jumpa teori yang sangat-sangat menarik untuk SOSCILI kongsikan pada korang semua.

Jack The Ripper dikaitkan dengan tukang masak Melayu

Penafian: Korang kena letak dalam kepala korang, ini hanyalah teori yang dikeluarkan dari banyak-banyak teori yang ada

Teori ni berlegar-legar dalam Reddit dan mendapat liputan yang ramai dalam kalangan Ripperologist (orang yang habiskan masa menyiasat mengenai kes Jack The Ripper). Dengar macam benda biasa kan dalam internet, kitorang faham, tapi mata kami terpanar denga artikel akhbar NI:

Imej dari jtrforums

Kenapa artikel ni penting dan ada kaitan ke dengan Jack The Ripper? Sebenarnya, untuk menjawab soalan ni, kita perlu tengok dulu misteri pembunuh bersiri di Austin, Texas yang berlaku sebelum Jack The Ripper. Pembunuh tak diketahui ni sangat sensasi di berita-berita sebagai ‘The Servant Girl Annihilator dan pembunuh bersiri pertama di Amerika’.

Keratan berita dulu-dulu. Imej dari mentalfloss

Ceritanya bermula pada November 1888, di Austin, Texas…

Apabila pengarang akhbar tempatan Texas menerima surat dari seseorang yang menunjukkan kepada tukang masak Melayu bernama ‘Maurice’  (berkemungkinan Mat Rais atau Mat Deris menurut kolumnis akhbar Singapura) sebagai pelaku disebalik pembunuh the Servant Girl Annihilator. Dia dah melakukan keganasan kepada penduduk Austin, Texas dari tahun 1884-1885.

Berdasarkan surat ni, Maurice ni sebenarnya tengah cari jalan nak ke negara Yee-haw yang mana dia dah dipilih untuk bekerja di hotel Pearl House di Austin, Texas pada tahun 1885. 

Waktu Maurice diambil bekerja, seorang tukang masak berkulit gelap bernama Mollie Smith ditemui mati berdekatan rumah taukenya. Apa yang menarik perhatian, apabila mayat tu ditemui ada luka kesan pukulan kapak dan luka tikaman di dadanya, abdomen, kaki dan tangannya. Apa yang mengerikan, dia juga ‘ditemui hampir terapung’ di atas darahnya sendiri!

Zaman dulu, ada lukisan je. Imej dari underthelonestar

Tapi ia tak terhenti di sana. Beberapa lama lepas tu, penulis berkulit hitam yang lain pula, Eliza Shelly ditemui mati dengan kepalanya hampir terbelah kena bedal dek kapak. Kejadian pembunuhan ini berterusan dengan cara yang sama, kebanyakan sasarannya adalah wanita berkulit hitam kelas bawahan dan kesemunya, 8 orang dibunuh dengan ganas dan ditinggalkan dengan pelbagai rupa, sama seperti Mollie dan Eliza. Pembunuh yang tak dikenali diberi nama ‘The Servant Girl Annihilator’.

Sementara tu, Maurice nampaknya dijadikan suspek utama dalam pembunuhan The Servant Girl Annihilator kerana tempoh masa berlaku ni waktu dia dah diambil bekerja dan kejadian pembunuhan terjadi berdekatan dengan hotel Pearl House. Walau macam mana pun, dia meninggalkan kerjanya dan hilang 3 minggu selepas pembunuhan terkahir berlaku.

Apa yang pelik, lepas dia bla dari situ, pembunuhan pun terhenti dan kes The Servant Girl Annihilator tiada penyelesaian sampai sekarang.

Sebenarnya, polis dah letak Maurice bawah kawalan sebelum dia menghilang serta melarikan diri. Menurut beberapa akhbar masa tu, Maurice yang biasanya bekerja dalam kapal ada bagitau kawan-kawannya untuk pergi ke London bagi memulakan hidup baru (bahagian ni korang kena ingat pasal nak kaitkan dengan cerita bawah nanti).

Dan waktu tu juga bermulanya kisah Jack The Ripper di London…

Patah balik ke London pada 13 Ogos 1888…

… apabila seorang pelayar bernama George M. Dodge menemui tukang masak Melayu bernama ‘Alaska’ (berkemungkinan ‘Laskar’, perkataan Melayu lama untuk ‘pelayar’) di Queens Musical Hall di Poplar. Ini dialog Alaska kepada George M. Dodge…

“…(dia mengatakan) dia pernah dirompak oleh seorang wanita yang berperwatakan buruk, dan jika dia mendapati wanita itu dan dapatkan balik wangnya, dia akan membunuh dan mengerat setiap wanita Whitechapel yang dia temui.“- petikan dari ‘The Encyclopedia of Unsolved Crimes’

Dia juga mendakwa yang Alaska berumur lebih kurang 35 tahun, berketinggian 5 kaki 7 inci, berat 10-11 batu bata (antara 63-69 kg) dan kadang kala membawa pisau dua mata yang dia tunjukkan pada George.

Imej dari jtrforums

Pada 31 Ogos 1888, Jack The Ripper membunuh mangsa pertamanya: Mary Ann Nichols, seorang pelacur yang bekerja di Whitechapel.

Dan, sama macam The Servant Girl Annihilator, KESEMUA 5 mangsa Jack The Ripper punyai corak kejadian macam ni: wanita berkelas rendah di sekitar Whitechapel, bahagian tekak dalam dipotong, badan dikerat teruk (kecuali dalam kes Elizabeth Stride, berkemungkinan kerana Jack dengar ada orang datang dan terus dia lari) dan organ dibuang.

Dengan setiap jasad yang ditemui, keratan pada mayat makin lama makin kejam dan jasad mangsa terakhir, Mary Jane Kelly dicincang teruk macam dalam link ni (jangan tengok kalau hati senipis tisu!).

Seram tiba-tiba jumpa orang mati tengah jalan.

“Dari Neraka… “

Pada Oktober 1888, Encik George Lusk, yang merupakan Presiden Jawatankuasa Pengawasan Whitechapel menerima satu surat yang ditulis secara terperinci dari sumber yang tak diketahui, ia didakwa dari Jack The Ripper dan ditulis begini:

“Dari neraka.

Encik Lusk,

Tuan,

Saya hantar kepada kamu separuh buah pinggang yang saya ambil dari seorang wanita yang saya simpan untuk kamu cebisan yang saya goreng dan makan ianya sedap. Saya akan hantar kepada kamu pisau yang disaluti darah…

Tangkap saya apabila kamu boleh Encik Lusk”

Dan dilampirkan sekali dengan surat sebiji buah pinggang manusia yang sebenar. Adakah ini ditulis oleh Maurice/Alaska tukang masak Melayu? Tiada sesiapa ada jawapan untuk ini. Tapi, kami ada beberapa testimoni saksi yang menjelaskan mengenai Jack The Ripper.

Surat yang didakwa tulisan Jack The Ripper. Imej dari Wikipedia

Adakah Jack The Ripper sebenarnya mempunyai rupa paras tukang masak/pelayar Melayu?

Sebenarnya tiada seorang pun yang nampak Ripper buat kerja-kerja kejam ni, tapi testimoni saksi yang ternampak seseorang bercakap dengan Elizabeth Stride betul-betul sebelum dia ditemui mati, yang mana dia menjelaskan:

“… seorang lelaki kuat setinggi 5 kaki 6 inci memakai kot hitam, seluar gelap, dan sebuah topi “macam yang pelayar pakai”…- William Marshall, saksi

“…lelaki itu memiliki kulit gelap dan misai hitam, memakai kot dan seluar gelap serta membawa sebuah bungkusan dalam surat khabar.”- PC William Smith, polis konstable/saksi

“…dia menjerit ‘Lipski’ kepada lelaki kedua…dia memakai topeng penuh, berbahu lebar dan memakai jaket hitam dan seluar dengan sebuah topi runcing.“- Israel Schwartz, immigran/saksi

Tengok sikit tinggi orang Nusantara. Imej dari Inquirer Global Nation

Korang ingat lagi sikit info pasal Maurice yang menuju ke London yang kitorang suruh korang ingat? Sebelum ni di Texas, penulis Statesman ada buat tindakan susulan dengan cuba menghubungi Maurice di London. Sebelum dia sempat mendekatiny, dia dapati Maurice dah cabut lari sekali lagi!

Dan lagi dan lagi, Maurice dah menghilangkan diri dari London, sama seperti pembunuhan Austin, nampaknya pembunuhan di Whitechapel terhenti…

Tapi…teori ni muncul mungkin kerana rasisme

Secara jujurnya, kita masih tak tahu siapa sebenarnya Jack The Ripper. Tiada seorang pun tahu. Memang tak ada cara untuk tahu sama ada Maurice dan Alaska adalah orang yang sama, ATAU mereka memang buat kedua-dua pembunuhan, ATAU mana-mana testimoni saksi boleh dipercayai 100%.

Kebarangkalian juga ada apabila teori mengenai tukang masak Melayu berpunca dari stereotaip perkauman, kerana orang Melayu ketika itu dikenali sebagai orang yang memegang keris digunakan untuk menyerang orang putih. Secara faktanya, kami mendapati perkataan Inggeris ‘running amuck’ sebenarnya berasal dari perkataan Melayu ‘amok’ (contoh: mengamuk) kerana itu apa yang dilakukan kepada penjajah ketika itu!

Diorang tak tau ke orang Melayu dulu bukan pakai keris je, siap ada senapang! Klik pada gambar untuk baca artikel penuh.

Dan persepsi mereka terhadap orang Melayu juga buruk. Ini yang ditulis dalam Pall Mall Gazette, bertarikh 10 Oktober 1888:

“Bangsa Melayu sangat pendendam, khianat dan ganas, tak dapat dihalang dalam membalas dendam dan dengan sedikit provokasi atau dihina, akan melakukan pembunuhan…Seorang Melayu akan fikir dirinya dipersalahkan oleh masyarakat, atau dia muflis dan tak boleh bayar hutang atau sebaliknya. Dia akan membalas dendam; dia akan mengambil Kerisnya dan menikam seorang lelaki di jantung dan lari, menikam setiap orang yang dijumpai, hinggalah jeritan peringatan dan amaran ‘Amok, amok!‘. – Pall Mall Gazette, 10th October 1888 (Untuk baca artikel penuh baca kat sini)

Dalam mana-mana kes, tak kira sama ada munasabah atau tak teori ni kerana suatu masa dulu memang kekurangan bukti forensik. Ditambah pula, fakta yang menunjukkan tiada siapa yang hidup untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan itu, kita mungkin takkan tahu sampai bila-bila siapa Jack The Ripper sebenarnya.

Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT