- 1.2KShare sekarang!
- Email26
- Facebook1.2K
- Share
(Read the English version here.)
[Update 16t/6/2017 – Pihak berkuasa US baru je dedahkan lagi banyak maklumat pasal 1MDB. Antara dakwaan adalah duit tersebut digunakan untuk beli lukisan Picasso, sebuah apartment kat Manhattan, dan hak bagi filem Jim Carrey, “Dum and Dumber To.”]
Bulan Jun lalu, badan kehakiman Amerika Syarikat (Department of Justice, DOJ) memfailkan saman sivil terhadap beberapa orang penting Malaysia atas tuduhan menggunakan dana haram untuk membiayai The Wolf of Wall Street – sebuah filem tentang broker saham yang menggunakan dana haram.
Apa yang DOJ dari Amerika sibuk campur tangan dengan hal kita? Antara sebabnya adalah sebahagian daripada duit yang diambil secara haram daripada 1MDB tersebut telah dibelanjakan di US termasuklah untuk membeli hasil lukisan yang bernilai jutaan USD, berparti, berjudi, dan sebagainya. Jadi saman ini adalah untuk membekukan aset tersebut, termasuklah hak untuk filem The Wolf of Wall Street. Tapi bukan benda ni yang rakyat Malaysia dok kecoh, tetapi apa yang semua orang dok tanya adalah…
Siapa sebenarnya Malaysian Official 1?
Mahathir dah tanya…
Perkasa dah tanya…
Satu Malaysia kat social media semua dok tanya.
Tapi korang terfikir tak, kenapa Jho Low dan Riza Aziz (anak tiri PM Najib) dinamakan dalam saman DOJ, tapi bukan Malaysia Official 1? Dan bukan MO1 sorang je yang diberi identiti rahsia macam ni, ada nama-nama lain termasuklah…
- 1MDB Officer 1-3: Tiga warganegara Malaysia yang memegang jawatan tinggi dalam 1MDB.
- Hollywood Actor 1: Seorang pelakon utama dalam The Wolf of Wall Street
- Singapore Banker 1: Pegawai bank dari Singapura yang terlibat dalam pemindahan dana
Kenapa ada nama yang didedahkan ada yang tak? Ini tidak adil~~~~~
Jadi kami tanya DOJ terus
Mula-mula kami main cuba nasib je hantar soalan ke DOJ. Sebab selalunya bila berurusan dengan badan kerajaan kat Malaysia ni, 2-3 hari baru dapat reply (itu pun kalau reply). So kami terkejut gak bila dapat reply dari DOJ dalam masa…3 jam je! Sungguh cekap, amanah, dan bertanggungjawab.
Kami tanya 3 soalan – kenapa ada nama terdedah ada yang tidak, ada apa-apa polisi ke untuk menentukan nama apa yang kena censor, dan jika identiti bagi nama yang kena censor ni akan didedahkan satu hari nanti. Dan ini jawapan asal mereka dalam Bahasa Inggeris:
“Thank you for reaching out to us.
The law requires that we allege sufficiently detailed facts to establish a reasonable belief that we will prevail at trial. This means that we have to allege enough facts to show a reasonable belief that United States money laundering laws were violated and that the subject assets were involved in or traceable to these illegal transactions.
In addition, the complaint provides sufficient detail to specifically identify the property subject to forfeiture and to clarify the basis of the government’s case should anyone with a valid claim wish to challenge our case. Identifying persons and entities aids that function.
If an individual or entity does not fall within the parameters outlined above, then court rules require that we anonymize their identities.” – Peter Carr, Office of Public Affairs di DOJ, dalam reply melalui emel dengan CILISOS.
Kami kat SOSCILI nak translate menatang jadah ni sebijik-sebijik pun tak guna sebab penuh dengan bahasa lawyer. Jadi kami cuba ringkaskan dalam versi kami sendiri (tapi kami bukan loyar mahupun majistret, so rujuk reply DOJ tadi sebagai versi rasmi ok):
“Undang-undang memerlukan kami ada cukup fakta untuk bawak kes ni ke court. Maknanya kami kena ada cukup fakta untuk menunjukkan yang undang-undang money laundering kat US telah dilanggar, dan benda yang kami nak rampas adalah terlibat atau boleh dihubungkan kepada duit haram tu.
Pastu, dokumen tersebut bagi butiran yang cukup tentang apa yang kami nak rampas dan kenapa kami nak rampas, mana lau tau ada sesiapa nak mempersoalkan kami. Jadi ianya membantu bila kami namakan siapa dan apa yang terlibat.
Tapi kalau ada seseorang atau sesuatu yang tak memenuhi kriteria tersebut, nama masing-masing kena censor.” – Cubaan meringkaskan sehabis baik daripada SOSCILI. Mintak mahap ye Peter Carr dari DOJ.
Pendek cerita, untuk saman sivil ni, DOJ perlu buktikan yang duit tersebut adalah diperoleh secara tak sah. Dan nama-nama yang kena censor adalah sebahagian daripada jejak yang ditinggalkan wang yang disiasat KARI, tapi mereka takdelah memegang atau menggunakan wang tersebut di US.
Dengan kata lain, bagi nama-nama yang dah didedahkan…
Jho Low dan Riza Aziz dah kantoi…
Jho Low, Riza Aziz, dan seorang lagi warganegara Malaysia yang tak relevan sangat untuk artikel ni telah dinamakan oleh laporan DOJ. Dalam reply daripada DOJ tadi, ini adalah supaya Jho Low dan rakan-rakan boleh cabar saman sivil tersebut kalau dorang nak.
Tapi ini juga bermakna yang tiga orang ni berkemungkinan besar akan berdepan dengan tuduhan jenayah kelak. Kami kongsikan reply daripada DOJ tadi dengan member lawyer kami Fahri Azzat, dan dia pun bersetuju:
“Jawapan saya adalah ya, mereka kini dalam masalah besar dengan badan perundangan Amerika. Saya bayangkan yang sebaik sahaja rampasan wang ini selesai, mereka akan mula mendakwa kesemua mereka.
US memang sangat bijak dalam pendekatan mereka. Sebaik sehaja mereka merampas duit tersebut, Jho Low dan Riza Aziz akan menjadi lemah. Itulah kuasa mereka. Sekarang semuanya telah pergi. Saya ragu-ragu samada mereka dapat tinggalkan negara ini sekalipun.” – Fahri Azzat, dalam reply melalui emel ke CILISOS
Tapi Jho Low dan Riza Aziz ni orang kecik-kecik je (bukan daripada segi fizikal okay). Macam mana pulak dengan Malaysian Official 1? Kenapa US tak nak ambik tindakan? Takut pe?
Sebenarnya, menamakan Malaysian Official 1 mungkin akan merosakkan keseluruhan kes mereka!!!
Benda yang kita kena faham adalah ini bukan kes mudah. Bukan setakat saman dan bayar denda je… tapi kes ini melibatkan hubungan diplomatik dan sistem undang-undang antara dua negara.
“Berkenaan dengan Malaysian Official 1, ini kerana dia seorang ahli politik yang masih memegang jawatannya. Jadi seperti yang diucapkan oleh bekas duta US ke Malaysia John Mallot, adalah merupakan polisi US untuk tidak menamakan ahli politik sebagai budi bahasa diplomatik.
Sebab lain kenapa mereka tidak menamakannya adalah mungkin kerana mereka tidak boleh dipersalahkan dari segi undang-undang, jadi perbuatan menamakan mereka boleh memberi kesan yang buruk terhadap reputasi masing-masing.” – Fahri Azzat
Malah, DOJ terpaksa mengubah cara mereka mengendalikan pegawai asing selepas satu kes rasuah/money laundering yang melibatkan pegawai Thailand pada tahun 2009. Korang boleh baca kat sini, tapi pendek cerita hal yang melibatkan negara lain ni akan menyebabkan conflict of interest. Katakanlah mahkamah US mendapati seseorang tu bersalah tapi mahkamah Thai tidak, tak ke kekok tu. Jadi kat Malaysia, katakanlah kalau AG mendapati MO1 ni tak bersalah maka tamatlah cerita.
Dan mungkin takde faedah pun menamakan MO1 ni sebab dia tak boleh disentuh oleh mahkamah. Kalau memang betul dia memegang jawatan tinggi seperti apa yang kita fikir, MO1 mungkin ada imuniti daripada hukuman atas jenayah antarabangsa. Maknanya selagi dia memegang jawatan tersebut, selagi tu dia kebal.
Dan soalan cepu emas bernilai RM2.6 billion… siapa sebenarnya Malaysian Official 1?
Kami memang tak tahu jawapannya… tapi buat ramai rakyat Malaysia (dan bekas PM), jawapannya macam dah terang:
Ini disebabkan petunjuk-petunjuk yang dah diberikan dalam dokumen DOJ, malah penerangan bagi MO1 sendiri pun macam familiar je bunyinya…
“MALAYSIAN OFFICIAL 1 adalah pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan penting dalam 1MDB. Dalam semua tempoh masa yang relevan terhadap Aduan, MALAYSIAN OFFICIAL 1 dalah seorang ‘pegawai am’…” – Diterjemah daripada dokumen DOJ.
So sebab kami kat CILISOSCILI ni banyak masa, kami skodeng la sikit siapa yang pernah memegang jawatan peting dalam 1MDB dan juga telah memegang pangkat tinggi dalam kerajaan. Kami guna Wayback Machine untuk tengok kepimpinan 1MDB sebelum rombakan, dan kami jumpa 4 orang calon…
Pastu kan, kalau korang tengok penerangan pasal Riza Aziz:
Riza Aziz bin Abdul AZIZ (“AZIZ”), seorang warganegara Malaysia, mempunyai tali persaudaraan dengan MALAYSIAN OFFICIAL 1 dan merupakan kawan kepada LOW…” – Diterjemah daripada dokumen DOJ.
Kita semua tau yang Riza Aziz adalah anak tiri kepada PM Najib, tapi mungkin la dia sebenarnya ada tali persaudaraan dengan calon-calon lain dalam senarai kat atas tadi kan. Tapi ni teori je la, sekadar teori…
Jadi apa yang akan jadik pada Malaysian Official 1?
Kat atas tadi kami ada sebut yang kalaulah MO1 ni apa yang orang ramai fikirkan, dia mungkin kebal daripada hukuman. Tapi imuniti ni hilang sebaik sahaja dia tidak lagi memang jawatan tersebut. Fahri jugak ada bagitau kami yang kat Malaysia, takde had masa (statue of limitations) untuk mendakwa seseorang atas kesalahan jenayah.
“Kalau kamu mencuri 50 tahun lalu, saya masih boleh mendakwa dan membawa kamu ke mahkamah kerana undang-undang tidak mengenakan sebarang had kepada kesalahan. Jadi kalau MO1 tinggalkan jawatannya katakanlah dalam 10 tahun kemudian – kerajaan masih boleh mendakwa dan menghukumnya atas kesalahan yang dibuat sebelum turun jawatan.” – Fahri Azzat
Kalau korang kat atas pokok sebab lari daripada anjing, mesti korang dok bertenggek kat pokok tu selagi boleh kan. Samalah dengan MO1 – dia perlu bertenggek atas jawatannya selama dan sekeras boleh, dengan apa cara sekalipun…
- 1.2KShare sekarang!
- Email26
- Facebook1.2K
- Share