- 441Share sekarang!
- Email8
- Facebook433
- Share
Baru-baru ni viral pasal nama satu jalan kat Shah Alam yang kitorang sendiri payah nak sebut. Bukan je payah, tapi takut nak sebut pun ada. Sebab nanti, tak pasal-pasal kena penampar. Kalau korang nak tahu jugak, nama jalan tu adalah…
Mula-mula kitorang pun tak berapa percaya, tapi bila check kat Google Maps memang betul ada nama jalan tu. Jadi serba salah kitorang dibuatnya. Tak tahu lah sapa yang bagi nama jalan macam ni. Selain kitorang ada juga di kalangan netizen yang cuba carik nama jalan ni kat Google Maps dan Waze.
Tapi tak sampai 24 jam nama jalan ni jadi viral dan boleh kita search kat Google Maps dan Waze, tiba-tiba bila kitorang search balik masa pagi Khamis (03/08/2017), nama jalan tu dah tak ada. Mungkin ada orang report kat Google.
Apa-apa pun, nama jalan yang macam ni memang tak patut ada. Sebabnya kita kat Malaysia ni hidup bersama dengan pelbagai bangsa dan agama. Perkara-perkara macam ni memang tak patut jadi, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti kaum. Tapi, timbul jugak persoalan siapa yang bertanggungjawab bagi nama jalan. Kitorang cuba kaji dan ini yang kitorang dapat.
Pihak Berkuasa Negeri ada kuasa bagi nama atau tukar nama jalan
Bila kitorang semak Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Pihak Berkuasa Negeri adalah badan yang bertanggungjawan menetapkan nama jalan dan mengubah nama mana-mana jalan. Selain itu, diorang jugak bertanggungjawab dalam…
“Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan supaya nama mana-mana jalan dicat, atau dengan cara lain ditandakan, di sesuatu tempat yang mudah dilihat, pada sesuatu rumah, bangunan atau binaan pada atau dekat dengan jalan itu dan dari semasa ke semasa mengubah atau membaharui tulisan nama mana-mana jalan, jika nama jalan itu diubah atau tulisan itu menjadi tidak boleh dibaca.” – Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. (Nama Jalan)
Kalau korang nak tahu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ni terbahagi kepada beberapa jenis macam:
- Majlis/Dewan Bandaraya – Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf jadi bandar raya bila memenuhi kriteria yang antaranya jumlah penduduk tidak kurang 500,000 orang.
- Majlis Perbandaran – Lebih tertumpu kepada bandar (urban) kalau nak dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah.
- Majlis Daerah – Lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 150,000 orang.
Sebelum ni, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pun ada tukar banyak nama jalan kat KL. Nama jalan yang ditukar tu pulak, diganti dengan nama raja-raja yang pernah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Antara nama jalan tersebut adalah:
- Jalan Duta – Jalan Tunku Abdul Halim.
- Jalan Khidmat Usaha – Jalan Sultan Haji Ahmad Shah.
- Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut sehingga persimpangan Jalan Pahang) – Jalan Sultan Azlan Shah.
- Persiaran Duta – Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin.
- Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah – Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.
- Persiaran Mahameru – Persiaran Tuanku Ja’afar.
- Jalan Semarak – Jalan Sultan Yahya Petra
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Tengku Mansor, juga ada bagi sebab kenapa nama-nama jalan ni ditukar. Katanya, nama-nama jalan ni takde maksud dan hanya dua je nama sultan yang telah diabadikan sebagai nama jalan di Kuala Lumpur iaitu alan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Sallehuddin.
“…Jalan Duta tak ada makna kepada kita. Kenapa saya tidak boleh tukar Jalan Duta kepada Jalan Sultan Abdul Halim. Yang di-Pertuan Agong kita yang (telah) dua kali dilantik jadi Agong. Salah?
“Jalan Mahameru? Apa (makna) mahameru? Orang Asli Mahmeri saya tahulah. Jalan Mahameru, tak tahu apa bendanya. Apa salahnya kita tukar, dan kita akan tukar lagi nama (jalan).” – Datuk Seri Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Dipetik dari Malaysiakini.
Nama laut pun ada yang cadang supaya ditukar
Kalau nak tukar nama jalan tu, macam biasa kan. Tapi macam mana pulak nak tukar nama laut, mungkin ada dikalangan kita yang rasa pelik. Bagaimanapun, itulah apa yang dicadangkan baru-baru ni, supaya nama Laut China Selatan ditukar kepada Laut Malaysia Raya (The Greater Malaysian Sea).
“…namun laut milik kita masih ‘dijajah’ nama Laut China Selatan. Sebaliknya, tiga negara jiran kita telah pun ‘memerdekakan’ lautan mereka daripada ‘penjajahan’ nama Laut China Selatan ini iaitu Vietnam yang menggunakan nama Laut Vietnam Timur, Filipina (Laut Filipina Barat) dan terkini Indonesia yang memperkenalkan nama Laut Utara Natuna bagi menggantikan nama Laut China Selatan di Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) masing-masing.” – Abdul Muein Abadi, Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dipetik dari Sinar Harian.
Sebenarnya cadangan ni datang dari sarjana Alam Melayu dari Jerman, Prof Emeritus Hans Dieter-Evers. Penukaran nama ini juga dilihat sebagai salah satu tindakan untuk mengelakkan perairan kita dicabar oleh China. Selain itu, ia juga dapat menaikkan semanagat patriotisme dan nasionalisme rakyat.
Bagaimanapun, tindakan Indonesia yang tukar nama Laut China Selatan kepada Laut Natuna Utara dibantah oleh China. China juga sifatkan pertukaran nama tu tak kondusif dan tak masuk akal. Tapi untuk Malaysia, sampai sekarang masih tak ada lagi respon dari kerajaan. Tapi persoalan masih lagi berlegar pasal macam mana ada nama jalan yang offensive kat Shah Alam. Jadinya, ia mungkin ada beberapa kemungkinan.
Mungkin ada yang bagi nama jalan ni kat Google Map Maker
Kalau korang nak tahu, sebelum ni Google ada perkenalkan Google Map Maker pada 2008. Dengan gunakan Google Map Maker ni, kita dibenarkan untuk membetulkan atau mengisi mana-mana kandungan dalam peta. Seperti nama jalan, butiran tempat, maklumat perniagaan dan banyak lagi.
Bagaimanapun, Google Map Maker ni dah ditutup pada 31 Mac lepas. Sebenarnya, masa Map Maker ni dijalankan, banyak berlaku benda-benda yang tak diingini sehingga merosak dan memburukan imej Google Maps. Sampaikan Google terpaksa tutup Map Maker buat sementara waktu sebab banyak spam.
Jadinya, ada kemungkinan yang nama jalan kat Shah Alam ni dibuat dengan guna Google Map Maker. Tapi tak tahu lah betul ke tidak. Tapi ada ke cara nak minta supaya ditukar nama jalan?
Kita boleh buat petisyen minta supaya nama jalan ditukar
Sebenarnya, buat masa sekarang kita masih tak tahu sama ada nama jalan tu memang betul-betul wujud dan diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Seperti yang kita tahu, yang berkuasa tukar nama dan bagi nama jalan ni hanya PBT. Kitorang ada cuba call Majlis Bandaraya Shah Alam, untuk tanya perkara ni. Tapi nampaknya panggilan kitorang tak dijawab.
Oleh itu, kalau betullah memang nama jalan ni wujud, penduduk sekitar boleh buat petisyen dan minta PBT tukar nama jalan tu dengan nama yang lebih baik. Sebelum ni ada je orang buat petisyen, macam pada tahun 2008, bila penduduk dan penjaja kat Jalan Alor, Bukit Bintang hantar petisyen kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertindak menukar nama jalan tersebut.
Ini mungkin antara cara untuk menyelesaikan isu ini. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya lebih peka dan sentiasa menjaga sensitiviti di antara satu sama lain. Janganlah, hanya kerana perkara-perkara yang macam ni, keharmonian kita rosakkan. Diharapkan jugak, kes yang macam ni tak jadi lagi pada masa akan datang. Banyak lagi nama yang korang boleh pilih, jangan mengada-mengada nak nak pilih nama yang bukan-bukan pulak.
- 441Share sekarang!
- Email8
- Facebook433
- Share