Kadang-kadang, korang pernah rasa tak macam dah tepu dengan pekerjaan sekarang? Mungkin korang dah mula terfikir, “patut ke aku berubah angin dalam kerjaya sekarang ni?”
Perasaan tu mungkin juga disebabkan ‘kegatalan 700 hari’, di mana seseorang yang bekerja selama lebih kurang 2 tahun mula berasa bosan atau kurang bermotivasi dalam pekerjaan mereka, lalu terfikir untuk meninggalkan kerjaya tersebut. Kalau korang dah mula rasa macam zombi di tempat kerja korang, mungkin tiba masanya korang melayan bisikan hati tu.
Tentu korang terfikir… nak terjun ke kerjaya mana – takkan lah belajar kejuruteraan, tapi tiba-tiba nak jadi doktor? Walaupun tak mustahil, tapi ambil masa jugalah kalau nak sambung belajar lagi untuk beberapa tahun, kan? Macam mana kalau kitorang bagitau, AIA mungkin ada jawapannya. Dan percaya tak kalau kitorang bagitau yang korang juga boleh dapat bonus menarik melalui skim pembiayaan dengan…
AIA Elite Academy, latihan percuma untuk membina kerjaya baharu korang!
Sebuah inisiatif dari AIA Malaysia, AIA Elite Academy menyediakan latihan dan pembelajaran berstruktur bagi Perancang Hayat insurans dan takaful baharu mereka. Ia juga memberi pelbagai sokongan termasuk skim pembiayaan yang bertujuan membantu Perancang Hayat memulakan kerjaya mereka dengan asas yang kukuh di AIA. Pssst…! Kitorang diberitahu, AIA menawarkan skim pembiayaan kewangan yang tertinggi dalam industri ni!
Sepanjang 18 bulan ni, AIA Elite Academy akan membantu korang membina kerjaya sebagai Perancang Hayat AIA. Melalui pembelajaran berstruktur, korang akan terima latihan khusus yang memberi tumpuan kepada pengetahuan kewangan, kemahiran berkomunikasi, pemasaran media sosial, dan macam-macam lagi.
Korang juga akan menghadiri sesi perkongsian mingguan, forum, dan kelas latihan untuk mempersiapkan dan meningkatkan kemahiran korang dalam industri insurans dan takaful. Selain itu, korang juga akan diajar tentang profesionalisme yang perlu dipraktikkan bila berjumpa dengan prospek/pelanggan.
Wah, siap ada pembelajaran dan skim kewangan. Tapi korang juga mungkin terfikir…
“Sesuai ke program ni untuk saya?”
Kalau korang nak cuba bidang ni tapi tak bersedia untuk meninggalkan kerja korang sekarang, takde masalah! Korang boleh je mula secara part-time dulu, atau jadikan Perancang Hayat AIA sebagai kerjaya kedua korang, terutamanya dalam masa pandemik ni. Lagipun, kemahiran yang korang pelajari di sini boleh juga dimanfaatkan dalam apa jua bidang lain yang korang ceburi. Jadi, kalau korang nak cuba je dulu dan menilai sama ada korang sesuai dengan bidang ni, korang boleh start dengan program Elite Lite.
Program Elite Lite ni terbuka kepada mereka yang berumur antara 20-50 tahun serta berkelayakan SPM, dan ia juga menawarkan skim pembiayaan Fast Start untuk membantu korang mendapat elaun tambahan sehingga enam bulan! Kalau korang berjaya mara ke Elite atau Elite Pro dalam masa tiga bulan pertama pula, korang layak dapat ganjaran one-off sebanyak RM1,500 atau RM3,000! Wah, part-time pun tak kurang hebat ganjarannya!
Tapi kalau korang bersedia untuk terus masuk full-time, korang boleh sertai program Elite ataupun Elite Pro. Di sini, AIA akan memberi bonus sehingga 18 bulan untuk prestasi korang– dan bonus ni boleh mencapai sehingga RM9,000 sebulan untuk 6 bulan yang pertama! Itu belum kira komisen jualan lagi…
Jadi kalau korang berumur antara 25-40 tahun dan berkelayakan Ijazah atau Diploma berserta 2 tahun pengalaman bekerja, korang boleh mempertimbangkan program Elite. Manakala bagi korang yang berumur antara 25-45 tahun, berkelayakan Ijazah dan mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja, mungkin program Elite Pro lebih sesuai untuk korang.
Tapi kalau korang rasa korang ada impian untuk jadi pemimpin dan teringin nak bantu orang lain berjaya macam korang, ada satu lagi program, iaitu Elite Premier Leader.
Program ni pula ada latihan tersendiri. Dengan bimbingan berstruktur selama 24 bulan, AIA akan membimbing korang menjadi pemimpin yang boleh mengetuai pasukan atau agensi sendiri. Seperti program-program yang disebutkan di atas, program ni juga mempunyai skim kewangan untuk membantu korang merekrut, membina dan membimbing pasukan Elite korang sendiri. Tak cukup dengan tu, AIA juga menawarkan…
Peluang untuk korang jadi jutawan?!
Kitorang juga diberitahu bahawa AIA merupakan syarikat insurans pertama yang menawarkan ganjaran tunai eksklusif sehingga RM2 juta kepada Perancang Hayat yang cemerlang melalui Double Millionaire Challenge, di samping ganjaran lain!
Ni bukan sekadar khabar angin je tau. Kalau korang nak tahu, ada beberapa Perancang Hayat sudah pun menerima ganjaran RM1 juta, dan yang paling muda hanya berumur 27 tahun! Walaupun bukan senang nak mencapai status pengiktirafan Million Dollar Round Table (lebih dikenali sebagai MDRT), AIA merupakan syarikat MDRT nombor satu di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut, dengan seramai 643 Perancang Hayat AIA yang berkelayakan MDRT. Jadi, korang memang akan ada peluang untuk capai MDRT ni bila dimentor dan dibimbing oleh mereka yang berpengalaman.
Peluang tu memang dah ada. Tapi korang juga mungkin terfikir…
Kalau saya tak tahu apa-apa pasal insurans atau takaful, boleh ke join?
Kalau korang takde latar belakang insurans dan takaful, jangan risau sebab AIA Elite Academy akan mengajar korang segala-galanya yang korang perlu ketahui. Lagipun kalau korang nak tahu, sebenarnya ramai je Perancang Hayat AIA yang telah berjaya bukannya datang dari latar belakang insurans atau kewangan. Contohnya macam Lim Shiek Ni, seorang bekas pelajar guaman yang pernah mengendalikan kafe, dan tak tahu-menahu pun pasal insurans.
Walaupun beliau bermula dari kosong, tapi dengan usaha dan tunjuk ajar AIA, beliau bukan setakat berjaya menjadi ejen biasa, tapi berjaya naik sehingga mencapai taraf Pengurus Daerah AIA di Negeri Sembilan dalam masa 7 tahun! Malah, beliau merupakan salah seorang ejen yang berjaya mendapat pengiktirafan MDRT, anugerah antarabangsa yang paling berprestij dalam industri insurans dan takaful. Yang paling gempak, beliau berjaya mencapai pengiktirafan ni dalam masa setahun je!
Tak perlu naik angin, sebab AIA mengalu-alukan korang berubah angin!
Jadi, apa yang diperlukan untuk join AIA Elite Academy ni? Tak banyak – dalam era pandemik ni, kita dah terbiasa dengan bekerja dari rumah, atau work from home. Sama juga dengan AIA Elite Academy, korang hanya perlukan peralatan IT macam laptop atau tablet untuk menyertai latihan secara maya.
Kalau korang serius nak berubah angin dan mencari kerjaya lain yang bersesuaian, AIA Elite Academy boleh membantu korang mencapai impian itu. Walaupun korang akan dilatih dalam masa 18 bulan, ia sebenarnya boleh menjadi pembelajaran seumur hidup kerana korang akan banyak belajar kemahiran hidup yang boleh mempertingkatkan profesionalisme korang untuk masa depan.
Dengan sistem sokongan yang baik di bawah AIA Elite Academy, mereka akan memastikan korang bukan hanya memberi khidmat nasihat dan mempromosikan pelan insurans/takaful kepada masyarakat, tapi juga dilatih untuk membina pasukan atau agensi sendiri untuk jangka masa panjang!
Jadi, korang tunggu apa lagi? Dapatkan maklumat lanjut tentang AIA Elite Academy untuk mulakan kerjaya baharu sebelum korang rasa masuk angin dengan pekerjaan sekarang.