- 1.6KShare sekarang!
- Email29
- Facebook1.6K
- Share
Kita semua pasti kenal saudara mara atau kawan-kawan yang merupakan ejen insurans. Paling tak pun, korang mesti pernah bertembung dengan kawan lama yang tetiba ajak lepak, jenis yang suka tayang kereta mewah, atau yang selalu buat post panjang-panjang pasal kebaikan insurans atau Takaful kat Facebook. Malah… tak kurang juga yang suka post petikan motivasi macam ni kat media sosial.
Aik, apa dah jadi dengan kawan yang korang kenal dulu? Tetiba berubah ikut stereotaip ejen insurans pulak… Sesiapa yang jadi ejen insurans memang kena berubah sampai macam tu sekali ke?
Jadi untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir, kitorang bersembang dengan beberapa ejen dari AIA (juga dikenali sebagai Perancang Hayat), dan tanya sejauh mana mereka telah berubah sejak bertukar kerjaya. Lagipun, kitorang dapat tahu yang sebelum ni mereka semua pernah bekerja dalam bidang lain sebelum menjadi ejen insurans, sesuatu yang tak menghairankanlah kalau korang pernah baca artikel kitorang sebelum ni:
- Lim Shiek Ni, pelajar guaman dan pernah mengendalikan kafe.
- Emily Chong, pernah bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, dan seterusnya menguruskan beberapa syarikat.
- Zul Ariff, yang sebelum ni merupakan seorang juruaudit dan pegawai bank.
- Afizulnazim, yang belajar sains masakan dan pernah bekerja dalam syarikat keselamatan milik keluarganya.
Diorang kata selepas diorang jadi ejen insurans…
1. Diorang nampak makin… MUDA?!
Ye ke? Tengok sikit…
Tapi… takde jamu awet muda yang terlibat pun. Rupa-rupanya, untuk jadi ejen, diorang wajib menjalani kursus-kursus latihan yang merangkumi latihan kemahiran kesihatan dan penampilan diri, sebab first impression kan penting bila kita nak jumpa orang baru – apatah lagi bila berjumpa bakal pelanggan kita.
Jadi sebenarnya, mereka terima latihan untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri, baik untuk berjumpa pelanggan, mahupun untuk kesejahteraan diri. Nampak lebih muda tu hanyalah kesan sampingan apabila seseorang tu menjaga diri mereka dengan lebih baik.
“Ramai yang komen saya nampak lebih kemas sekarang, lebih cool, tak macam sebelumnya. Saya sebenarnya nampak lebih tua semasa kerja di bank, tapi sekarang saya nampak lebih muda.” – Zul Ariff
Nampak muda ni memang satu kelebihan, tapi macam mana pula bila…
2. Ramai antara mereka yang hilang kemaluan malu
Sekali imbas, biasanya ejen-ejen insurans ni semua konfiden, extrovert, dan tak takut nak cakap dengan orang. Tapi dalam empat orang yang kitorang interview ni, tiga daripada mereka bagitau yang diorang ni sebenarnya pendiam dan pemalu sebelum masuk bidang insurans ni.
“Saya anak bongsu, jadi memanglah manja sikit. Dan saya juga sebenarnya introvert dan sangat pemalu”. – Afizul
Jadi, macam mana diorang ni bina keberanian untuk berbual dengan orang lain kalau diorang ni pemalu? Jawapannya, mereka mengatakan yang tugas pekerjaan ni menolak mereka keluar dari zon selesa, sekaligus mengajar mereka untuk menjadi lebih yakin dalam perbualan, baik melalui latihan yang disediakan oleh syarikat, mahupun melalui interaksi harian dengan orang lain.
Bagi Afizul yang dulunya takut nak berbual dengan orang, dia akhirnya berjaya mengubah diri menjadi lebih konfiden sebab dia rasa dia kena tingkatkan keyakinan diri untuk berjaya dalam bidang ni. Disebabkan tu juga, dia banyak tengok video dari speaker-speaker terkemuka, dan mula belajar memperbaiki gaya pertuturannya. Dan sekarang ni, dia boleh berbual dengan sesiapa pun tanpa rasa gementar, sampaikan kawan-kawan lama dia semua boleh nampak perubahan yang berlaku.
“Bila kawan-kawan lama jumpa saya, mereka akan tanya, “Eh, apasal kau dah tak macam dulu?” Cara pertuturan saya dah berubah. Tapi memandangkan saya dalam industri ni, saya tak boleh jadi orang yang pemalu dan pendiam macam sebelum ni. Mulanya agak susah, tapi bila kita cuba setiap hari, kita boleh improve” – Afizul
Bagi Zul Ariff, bekas pegawai bank yang bertukar kerjaya sehingga berjaya menjadi seorang Pengurus Unit, seni nyanyian adalah minatnya. Tapi dulunya dia sangatlah pemalu sampaikan tak boleh keluar suara kat atas pentas semasa menyertai pertandingan menyanyi. Melalui latihan dari pihak pengurusan, dia telah tingkatkan keyakinan sampai berjaya mengeluarkan lagu ‘single’ sendiri!
Tapi, tak semuanya sempurna. Walaupun mereka semua menjadi lebih yakin sekarang, tapi ada juga antara mereka yang terpaksa mengorbankan sesuatu…
3. Salah seorang daripada mereka mempunyai kurang masa dengan keluarga
Kitorang terkejut juga bila mendengar cerita ni, sebab biasanya orang cakap kerja dalam bidang insurans ni, kita boleh “jadi bos sendiri” dan “bekerja ikut masa sendiri”…
Tapi menurut Shiek Ni yang merupakan ibu kepada 3 anak di samping tanggungjawabnya sebagai Pengurus Daerah di Negeri Sembilan, hidupnya tak sebegitu. Malah, dia mengakui bahawa dia terpaksa mengorbankan masa bersama anak-anaknya.
“Sejujurnya saya cakap, saya takde banyak masa yang boleh saya luangkan bersama anak-anak pada hari bekerja, terutamanya masa diorang masih kecil. Pada hari minggu, mereka akan bersama babysitter. Hanya pada hari Ahad dan cuti umum je yang saya betul-betul dapat meluangkan masa bersama mereka, terutamanya masa saya mula-mula start dulu.
Tapi bagi saya, takpe. Walaupun saya tak boleh hadir 100% untuk mereka dulu, saya lakukan yang terbaik supaya mereka ada masa depan yang lebih cerah. Kini, saya dah berjaya membina dan memantapkan team sendiri, dan saya ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama mereka” – Shiek Ni
Tapi, lain orang lain ragamlah kan. Bila kitorang tanya ejen lain pula macam bekas jurutera kilang ni, dia mengatakan yang dia sekarang ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarganya.
Jadi sebab tu jugalah Shiek Ni kata, setiap orang mempunyai keutamaan berbeza, dan baginya, ia adalah lebih penting untuk pastikan anak-anak mempunyai masa depan yang lebih baik.
“Bagi saya, kalau saya tak korbankan masa untuk membina karier saya dan sebaliknya, sentiasa menjaga mereka, dan mempunyai pendapatan yang rendah, tak ideal juga. Takde masalah je kalau nak luangkan banyak masa dengan anak-anak, tapi kalau satu hari nanti anak kata ‘Mak, saya nak belajar di luar negara’, tapi kita tak sediakan simpanan untuk mereka, apa kita nak buat? Ini pendapat sayalah, orang lain mungkin ada keutamaan yang berbeza.” – Shiek Ni
Walau bagaimanapun, Shiek Ni juga berpeluang untuk luangkan masa bersama orang tersayang melalui percutian percuma ke luar negara yang ditaja oleh AIA sebab berjaya mencapai sasarannya! Malah, katanya setiap tahun dia akan dapat menikmati 5 percutian berbeza, yang juga merupakan jumlah maksima yang boleh dicapai seseorang ejen.
4. Mereka kini kurang bergaduh
Kemahiran bertutur tu memang penting. Tapi sebenarnya untuk berjaya, ejen-ejen ni juga kena banyak belajar untuk mendengar dan memahami.
Shiek Ni juga bagitau kitorang yang dia telah belajar menilai personaliti orang lain supaya dapat berkomunikasi dengan lebih baik.
“Saya suka belajar meneliti keperibadian orang, contohnya melalui Enneagram, DISC dan sebagainya… Lepas tu barulah saya faham, ‘Oooh, lain orang, lain cara berfikir’, jadi saya berkomunikasi menggunakan pelbagai cara, bergantung kepada keperibadian orang supaya mereka lebih mudah memahami apa yang saya cuba sampaikan.” – Shiek Ni.
Walaupun kemahiran ni telah banyak membantu dia dalam bidang pekerjaannya, secara tidak langsung, ia juga mempengaruhi kehidupan peribadinya. Shiek Ni bagitau kitorang bahawa dengan kecerdasan emosi yang lebih baik, dia telah mengubah cara berinteraksi di rumah.
“Sebelum ni kami (saya dan suami) selalu bergaduh. Biasalah tu, takde siapa yang ajar kami macam mana nak menguruskan konflik. Tapi bila kami jadi Perancang Hayat, kami akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang dan personaliti, yang turut mengajar kami bagaimana untuk menguruskan konflik dengan lebih baik dalam rumahtangga. Sekarang saya jarang naik angin… Bila saya rasa nak marah pun, saya akan fikir dahulu, ‘Sebab apa nak gaduh sebenarnya? Perlu ke?’ Kalau tak, kenapa nak bazirkan masa bergaduh? Jadi sekarang kami skip je dan terus cari jalan penyelesaian” – Shiek Ni
Selain Shiek Ni, Zul Ariff juga berkongsi sentimen yang sama, dengan mengatakan:
“Sebelum ni saya senang naik angin bila ada masalah. Tapi sekarang dengan keyakinan diri yang lebih mantap, saya berasa lebih relax dan mengalami kurang tekanan dalam kerja” – Zul Ariff
Walau bagaimanapun, mempunyai kecerdasan emosi yang lebih baik juga boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan, contohnya macam…
5. Mereka dah rasa lali bila kena reject
Tak kisahlah diorang berjaya sampai tahap mana pun – dan iya, mereka yang kitorang interview ni boleh je ambil cuti 3 bulan tanpa risau untuk bayar komitmen – namun diorang pun masih kena reject setiap hari.
Malah, Afizul bagitau kitorang yang pengalaman kena reject merupakan salah satu cabaran terbesar dalam bidang pekerjaan ini.
“Rasanya takde sesiapa pun yang suka kena reject, dan terima jawapan ‘tak nak’. Tapi saya rasa kalau kita kena reject 100 kali, kita ada 100 peluang untuk belajar macam mana nak atasi rejection. Jadi, kita kena ada tekad yang kuat untuk kekal dalam bidang insurans ni.” – Afizul
Walaupun perkataan “tak nak” adalah sesuatu yang mengecewakan masa mereka mula menceburi bidang ni, tapi mereka sering sangat dengar sampai dah tak terkesan lagi dengan tolakan. Mujurlah keyakinan yang mereka perolehi menjadi sangat berguna dalam bab ni.
“Sebelum ni, saya nak call satu orang pun rasa takut. Tapi takde dah. Sekarang saya rasa macam nak call orang je setiap hari. Kalau kena reject, saya akan kata ‘Ok, terima kasih’ dan move on. Saya dah biasa kena reject setiap hari, jadi walaupun saya sakit hati pada mulanya, saya dah okey sekarang.” – Afizul
Dan bagi Pengurus Unit, Emily pula, kena reject ni adalah sesuatu yang kita tak perlu ambil hati sangat.
“Bank pun kekadang call saya, dan saya pernah jawab ‘tak nak’ juga kan?” – Emily
Malah, antara satu kesan yang baik bila dengar “tak nak” setiap hari ialah…
6. Mereka menjadi lebih penyabar
Mesti ramai yang fikir ejen insurans ni asyik berkejar nak tutup kes je kan? Tapi kadang-kala, diorang tak boleh push sangat. Shiek Ni bagitau kitorang yang dia sebelum ni bukan yang jenis penyabar [“Kalau awak nak beli, baiklah. Kalau tak nak beli takpe, tak kisah.” gitu katanya], tapi sifat sabar membawa banyak manfaat dalam bidang ni.
“Sebelum ni, saya ada pelanggan yang mempunyai perlindungan medikal yang tidak mencukupi, dan saya tahu saya perlu membantu dia untuk mendapatkan perlindungan yang secukupnya. Ini adalah salah satu kes yang saya ingati, kerana saya sarat hamil pada masa tu…
Disebabkan pelanggan ni seorang yang sangat sibuk, dia tak mempunyai masa untuk duduk berbincang. Jadi saya tunggu dia sampai 5 jam kat kedai dia sehingga dia mempunyai masa lapang. Diri saya sebelum ni takkan buat sedemikian, sebab dulu saya takde kesabaran macam ni. Jadi bila dia nampak semangat dan ketulusan saya, saya berjaya menyelesaikan kesnya.” – Shiek Ni
Wah, kalau kitorang jadi klien Shiek Ni pun, mesti…
Afizul juga bersetuju, dan dia mengatakan kesabaran adalah sangat penting untuk membina kepercayaan pelanggan. Afizul menceritakan suatu kes di mana dia pernah ikut seorang pelanggan di tapak kerjanya selama 13 jam sebelum dia close deal. Walaupun penat, tapi dia masih berusaha untuk buat yang terbaik. Akhirnya dia mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai pekerjaan dan keperluan insurans pelanggannya, dan yang penting… SALES!
Bukan tu je, apabila mereka ada kesabaran untuk mendengar, ianya lebih mudah bagi mereka untuk mempelajari pelbagai benda baru. Afizul juga merasakan yang dia lebih celik teknologi, memandangkan ia penting dalam menguruskan pasukannya sebagai Pengurus Unit. Manakala Emily pula lebih celik kewangan kerana pekerjaannya banyak melibatkan perbincangan produk dan kewangan. Malah, dia kini mampu mengawal dan menguruskan kewangannya dengan lebih baik.
“Sebelum ni kita cuma masukkan duit dalam bank, ataupun unit amanah, dan berharap orang lain akan menguruskan pelaburan kita. Tapi bila kita dah lebih faham tentang trend pasaran sekarang dan gaya pelaburan, kita jadi lebih teratur. Kita mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai kewangan kita, portfolio pelaburan, dan sebagainya.” – Emily.
Ada banyak lagi perubahan yang ejen-ejen ni kongsikan, tapi banyak sangat kalau nak diceritakan semuanya. Tapi untuk menjawab persoalan sama ada menceburi bidang insurans ni ia akan mengubah personaliti seseorang ke tak, jawapannya: ya! Tapi kebiasaannya, ejen tu sendiri yang memilih untuk mengubah diri mereka supaya lebih mahir dalam pekerjaan mereka. Dan, tak seperti zaman dulu, kini…
Syarikat insurans seperti AIA aktif mendorong perubahan
Sebelum kitorang akhiri temu bual dengan mereka, kitorang ada tanya kesemua Perancang Hayat ni, orang jenis macam mana yang boleh jadi ejen insurans yang berjaya? Kebanyakan mereka bersetuju bahawa apa yang penting adalah tekad yang kuat dan semangat untuk belajar. Bunyinya memang agak klise, tapi memandangkan mereka dah membuktikannya, jadi dengan tekad yang kuat, sesiapa pun boleh mengubah diri mereka supaya sesuai dengan pekerjaan mereka.
Biasanya, kita kena berusaha dan tabahkan diri untuk berubah. Tapi sekarang, ada syarikat yang memperkenalkan program untuk menyokong usaha korang dalam bab ini. Sebagai contoh, AIA memperkenalkan AIA Elite Academy yang menawarkan pembelajaran berstruktur untuk membantu Perancang Hayat mereka membina kerjaya. Korang akan mengikuti program selama 18 bulan yang merangkumi sesi perkongsian mingguan, forum, dan kelas latihan untuk mempersiapkan dan meningkatkan kemahiran korang dalam industri insurans.
Bukan itu je… Sepanjang program latihan selama 18 bulan ni, AIA juga akan memberi korang bonus bulanan untuk prestasi korang – sehingga RM9,000 sebulan! Dan itu belum kira komisen jualan korang lagi. Kitorang juga diberitahu bahawa AIA menawarkan salah satu skim pembiayaan kewangan yang tertinggi dalam industri ini, untuk memberi Perancang Hayat mereka permulaan yang baik. Ia juga merupakan syarikat insurans pertama yang memberikan ganjaran tunai sebanyak RM2 juta kepada Perancang Hayat yang cemerlang di samping ganjaran lain.
Korang boleh dapatkan maklumat lanjut tentang AIA Elite Academy di sini. Jadi, kalau korang tengah berfikir nak menukar kerjaya, mungkin kerjaya sebagai Perancang Hayat AIA boleh memberi manfaat buat korang.
- 1.6KShare sekarang!
- Email29
- Facebook1.6K
- Share