- 997Share sekarang!
- Email27
- Facebook970
- Share
Perebutan harta selalu saja terjadi dalam masyarakat. Jadi untuk berlaku adil, Islam dah pun ajar mengenai hukum faraid kalau si mati tu tak sempat tinggalkan wasiat. Ini penting sebab isteri dan anak-anak akan kehilangan hak dan tempat bergantung apabila suami atau bapa mereka meninggal dunia. Kalau korang tengok, hukum faraid tu akan lebih berat ke arah lelaki sebab lelaki diamanahkan untuk menjaga ibu dan saudara perempuan mereka.
Tapi, mungkin ada yang nak membantu orang lain contohnya adik beradik atau sesiapa saja selepas dia meninggal dunia. Dan disebabkan itu jugalah Islam memperkenalkan…
Hibah & Infaq, pemberian terancang
Biasanya, ramai yang dah faham dengan maksud wasiat. Tapi, macam mana pula dengan Hibah ni, dan apa bezanya?
Hibah adalah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak, serta merupakan sebuah penyelesaian terbaik untuk memastikan hidup waris ataupun bukan waris terjaga walaupun selepas kematian penjaganya.
Berbeza dengan wasiat, Hibah diberi semasa pemberi dan penerima masih hidup, manakala wasiat hanya boleh diberikan apabila pemberi dah meninggal dunia. Dan bila Hibah tu dah diberikan, maknanya harta yang dah dihibahkan tu takkan dikira sebagai harta pusaka yang akan diagihkan kepada waris, mengikut hukum faraid. Jadi jika si suami dah menghibahkan sejumlah wang, rumah atau harta lain kepada isterinya, ini bermaksud ia dah selamat menjadi hak milik isteri tersebut dan tak boleh direbut sesiapa, apatah lagi dimasukkan dalam pengiraan faraid. Dan kepentingan inilah yang perlu dijaga oleh suami supaya isteri dan anak-anak yang ditinggalkan nanti terjaga selepas ketiadaannya.
Malah berbeza dengan wasiat, Hibah ni boleh diberi kepada sesiapa je – termasuklah kepada bukan waris kepada pemberi tu – contohnya anak angkat kepada si mati yang pada dasarnya tak boleh, dan takkan dikira ke dalam sesebuah wasiat tu.
Selain Hibah, kita juga tahu yang amalan kita akan terus dihitung kalau kita masih lagi menderma, atau berbuat kebaikan selepas kita mati, dengan Infaq. Infaq pula adalah derma dengan membelanjakan sesuatu harta, atau sedekah kepada mereka yang memerlukan. Boleh jadi rumah anak yatim, organisasi yang membantu orang tua dan pesakit, dan pelbagai lagi. Tapi sebaik-baik Infaq ni pun adalah Infaq yang terlebih dahulu dilunaskan, terutamanya nafkah kepada anak isteri dan keluarga.
Dan macam mana kalau kitorang bagitahu, yang ia dapat disempurnakan dengan takaful kita, melalui saluran yang betul?
Melalui pelan A-Life Legasi, sebuah pelan takaful yang menjamin masa depan keluarga
Biasanya kita akan cuba sebaik boleh untuk lindungi harta dan kekayaan kita untuk pastikan kehidupan selesa. Tapi, cukup ke simpanan untuk keluarga kalau-kalau berlakunya sesuatu yang tak diingini? Kalau korang nak tahu, AIA Public Takaful memperkenalkan jalan penyelesaian untuk permasalahan ni, iaitu dengan A-Life Legasi, sebuah pelan takaful keluarga yang dapat membantu memastikan masa depan orang tersayang dilindungi dengan selamat melalui pengurusan legasi yang baik.
Dengan A-Life Legasi, korang dapat mencarum di bawah pelan ni secara fleksibel, di mana korang boleh pilih berapa lama tempoh perlindungan dan tempoh caruman korang, bergantung pada komitmen dan kewangan korang untuk orang tersayang.
Tapi ni bukan soal duit semata-mata, tau. Antara perkara penting yang berlaku kalau terjadinya apa-apa kepada pengguna – contohnya berlaku perkara yang tak diingini, pelan patuh syariah ini juga bertindak sebagai penyelesaian perancangan harta untuk pelanggan di mana ia menawarkan perlindungan yang tinggi dengan liputan minima sebanyak RM350,000 dan membayar sehingga 600% daripada jumlah wang yang dilindungi dalam bentuk Hibah (hadiah) kepada orang yang tersayang.
Hibah ni la yang akan membantu isteri dan anak-anak mempunyai simpanan sendiri, sebab ia tak termasuk faraid. Bagi korang yang tak tahu, pembahagian faraid ni la yang kadang-kala menjadi masalah perebutan antara adik-beradik si suami. Jadi bila ia dihibahkan awal-awal, jadi isteri dan anak-anak ada simpanan sendiri yang tak boleh disentuh oleh orang lain. Fungsi Hibah melalui pelan Takaful ni jugalah yang menjadi legasi yang boleh diwarisi kepada anak-anak, supaya masa depan mereka juga lebih terjamin.
Simpan bukan sebarang simpan, antara ciri-ciri unik Akaun Legasi ni juga adalah pengguna dapat meningkatkan simpanan mereka sebab AIA Public Takaful akan bagi ganjaran berterusan kepada mereka yang amalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik dan berdisiplin.
Contohnya kalau pengguna membuat sumbangan pada waktunya, jumlah akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi mereka setiap dua tahun, pada tahun 20 dan pada akhir tempoh matang sijil. Selain tu juga, kalau pengguna berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, AIA Public Takaful juga akan membayar sehingga 50 peratus daripada jumlah Akaun Legasi terkumpul. Siapa nak tambah duit dalam akaun kita, ye tak?
Sekarang kita dah boleh sediakan Hibah melalui pakej takaful yang kita ambil melalui AIA Public Takaful. Dan takaful ni bukan setakat untuk diri dan keluarga, ada juga haknya untuk pihak lain. Dalam Islam, kita percaya yang salah satu pahala yang berterusan adalah daripada pemberian sedekah kepada mereka yang memerlukan. Kat sinilah AIA Public Takaful bekerjasama dengan organisasi di mana pengguna juga boleh membuat sumbangan kepada komuniti bersama badan amal menerusi rider A-Plus Infaq, rider yang pertama seumpamanya di pasaran.
Dengan ini, kita bukan saja boleh yakin dengan kesejahteraan keluarga kita, malah dapat menyumbang kembali kepada masyarakat secara berterusan, walaupun lepas kita meninggal dunia nanti. Sedikit usaha hari ni untuk orang yang kita sayang. Kalau bukan kita yang jaga keluarga, siapa lagi, kan?
- 997Share sekarang!
- Email27
- Facebook970
- Share