- 31Share sekarang!
- Email16
- Facebook15
- Share
Untungnya kita jadi rakyat Malaysia ni, di samping daripada bahasa kebangsaan yang semua orang reti, kita jugak banyak guna English bila bersembang, nak lagi bila geng kita jenis muhibbah macam dalam Oh My English ni (season baru dah keluar yeayyyyy):
https://www.youtube.com/watch?v=oFljUxEHkvg
Haha, ok la nak bagitau dulu yang Oh My English adalah sponsor bagi SOSCILI, tapi dorang jugak memang faveret TV show satu Malaysia kot! Mana taknya, cara watak-watak dia bercakap memang menggambarkan kita yang selalu bertukar-tukar bahasa, sampai boleh confuse mana satu betul dan mana satu salah.
Kalau korang pesen selalu tukar bahasa sebab kat rumah cakap BM dengan mak abah, tapi kat sekolah/tempat kerja cakap English dengan kawan-kawan, inilah masalah yang selalunya dihadapi…
1. Lupa nak bagitau dia lelaki ke perempuan
Dalam English, kalau nak cerita pasal sesiapa pun, korang kena bagitau yang dia tu lelaki ke perempuan. Sebab tu la dalam setiap ayat pun mesti ada – he or she? Him or her? His or hers? Cemuih sangat orang putih ni kan, nak sangat tau apa jantinanya.
Tapi Bahasa Malaysia rileks je. Tak kisahlah samada lelaki, perempuan, hatta kucing sekalipun, semua korang boleh guna ‘dia’. So bila Fauziah Latiff nyanyi lagu ‘Dia’, korang tak tau sebenarnya dia cakap pasal member jantan ke betina. Mungkin sebab BM ni tak seksis? Hehe.
So bila dok tukar daripada BM ke English ni la yang buat masing-masing pening. Kadang-kadang untuk lelaki korang guna ‘she’, untuk perempuan korang guna ‘he’. Konfius!
2. Lupa masukkan past, present tense bila speaking English
Bagi kita yang cakap BM hari-hari, salah satu sebab kenapa English rasa agak kompleks adalah sebab dia ada tenses. Bukan tension ye, tenses untuk kata kerja dorang (tapi tension belajar pun satu hal jugak). Contohnya past tense, present tense, future tense apa semua.
Macam biasa, bahasa kita memang rileks aje. Mengikut artikel dalam The Atlantic, Bahasa Indonesia adalah antara bahasa paling ‘efektif’ sekali. Sebabnya bila guna kata kerja, perkataan dia akan maintain je tak kisahlah samada ianya dah jadi, sedang terjadi, akan terjadi, mahupun makin menjadi-jadi. Ini kami bagi contoh perbezaan antara English dan Bahasa Malaysia/Indonesia:
English: I want to eat. I am eating. I have eaten. I just ate.
BM: Aku nak makan. Aku tengah makan. Aku dah makan. Aku baru makan.
Hah kan senang tu, takde pulak kita kena tukar perkataan ‘makan’ tu jadi ‘makaned’ ke hapa. Tapi itulah, bila hari-hari dok tukar BM dengan English sampai tercampur grammar dengan tatabahasa macam kat bawah ni ha.
3. Cakap dengan orang tua macam kurang ajar pun ada
Dalam English, kita bahasakan diri sebagai ‘I‘ dan panggil orang lain sebagai ‘you‘. Tak kisahlah bersembang dengan budak kelas, jiran sebelah rumah, ataupun Presiden Amerika, semua sama.
Tapi bab ni je yang BM lebih kompleks, sebab kita ada macam-macam cara panggil diri sendiri. Kalau skema guna ‘saya’, kalau rileks sikit guna ‘aku’, kalau gangster kumpulan 43 guna ‘gua’, kalau orang Pahang guna ‘koi’, dan kalau gedik guna nama sendiri.
Tu belum kira cara kita panggil orang lain. Kalau dengan member kamceng guna ‘kau’, dengan awek guna ‘awak’, dengan junior panggil dia ‘adik’, dengan orang yang lebih tua panggil ‘akak’, ‘abang’, ‘cikgu’, Along, Angah, Mak Teh, Pak Tam, Tok Wan, dan macam-macam lagilah.
Sebab tu orang yang dah biasa cakap BM bila tukar English mesti kekok mula-mula. Sebab dengan semua orang pun kita pakai ‘I’ dengan ‘you’.
4. Tersalah guna perkataan English yang di-Melayukan
Mana-mana bahasa pun berkembang dengan menerima masuk perkataan daripada bahasa lain, English tak terkecuali. Dan bila meminjam daripada orang lain ni konfem ada perkataan yang lari jauh betul daripada makna asal, haha.
Tapi dalam bahasa kita, perkataan English yang kita Melayukan ni dah selalu sangat disalahgunakan sampaikan perkataan tu jadi versi kita sendiri. Contohnya ‘terer’ yang asalnya diambil daripada ‘terror’ yang bermaksud ganas atau gerun. Tapi kita guna untuk menggambarkan betapa hebatnya seseorang itu.
Takpun perkataan ‘tacing’ yang diambil daripada ‘touching’ yang maknanya bersentuhan. Tapi kita guna bila ada member ni asyik terasa je kerja dia.
Tapi jangan sampai terguna perkataan versi Melayu tu… dalam Bahasa Inggeris pulak! Senget kepala kawan-kawang mat saleh korang nanti, macam dalam komen kat The Vocket ni:
5. Bila… autocorrect
Okeh yang ni SOSCILI tak payah sembang panjang. Kami bukan cerita pasal autocorrect English yang fail eh, tapi autocorrect yang tukarkan perkataan BM kepada English, macam kat bawah ni:
6. Apasal nak mengeja perkataan English ni payah sangat?
Nak mengeja perkataan English memang pelik. First sekali, kenapa perkataan yang eja lebih kurang sama ni, bunyi dia beza?
Horse and worse
How and low
Hear and bear
Tapi perkatan yang eja lain ni bunyi dia sama pulak?
Dizzy and busy
Heart and fart
To, two, and too
Tu belum kira perkataan yang ada eja sebijik sama tapi bunyi lain-lain macam ‘read’, ‘tear’, dan ‘live’, pastu lagi huruf senyap dalam perkataan macam k dalam ‘knight’, c dalam ‘science’, dan g dalam ‘ghost’. Arggg peninnnnnnnnnnnnnn~
Ok la mungkin cara ejaan English pelik-pelik, tapi banyak bahasa lain yang ada cara sebutan yang lebih kompleks. French contohnya, ada 13 cara untuk sebut huruf ‘o’. Mandarin pulak ada 4 tona untuk setiap huruf vokal, maknanya ‘ma’ ada jenis 4 sebutan. Perghh.
Tapi bila kita tengok Bahasa Malaysia, hampir semua cara sebutan adalah direct. Kalau ada yang lain pun huruf ‘e’, contonya dalam ‘beca’ dan ‘keli’. Sebab tu lah bila penutur bahasa direct macam BM cuba nak eja perkataan bahasa kompleks macam English, maka jadiklah bahasa dongibab:
Apa-apa pun, jadik bilingual ni satu kelebihan, bukan kekurangan!
Walaupun kat atas ni macam banyak je struggle bila bercakap dua bahasa, tapi sebenarnya jadi bilingual ni banyak kelebihannya, contohnya membantu kemahiran kognitif korang dan jugak mengelakkan nyanyuk!
So kalau korang nak pertingkatkan skill bilingual korang dengan English, cara mana lagi seronok daripada tengok Oh My English! Season baru dah keluar ni, so jangan lupa tengok Oh My English After School setiap Ahad 6.30 petang di TVIQ channel 610 dan Maya HD channel 135.
https://www.youtube.com/watch?v=mA-iAFW6OWs&feature=youtu.be
Sambil-sambil pergi la jawab OME Big Challenge sekali! Kalau korang siapkan kuiz ni korang akan dapat sijil yang diiktiraf oleh Astro dan British Council kot, sambil belajar boleh jugak share dengan member, hehe.
- 31Share sekarang!
- Email16
- Facebook15
- Share