Status Sabah dan Sarawak akan dikembalikan. Tapi macam mana?

(This article is a translation. For the original post, please visit our sister site, CILISOS)

UPDATE 11/4/2019: Sebenarnya tak semua rakyat Sabah dan Sarawak menyokong langkah untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Baru-baru ini, ada penggubal undang-undang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) cuba menghalang Rang Undang-undang untuk meminda perlembagaan kerana pindaan yang dicadangkan tu tak termasuk sekali hak-hak yang mereka sepatutnya dapat.

Walaupun GPS dah merangka untuk melaksanakan apa yang mereka dah rancang tu, pindaan tersebut tetap tak berjaya diluluskan kerana tak mendapat 148 undi yang diperlukan untuk meluluskan pindaan tersebut menerusi persidangan Ahli Parlimen.  Tapi, apa jenis hak yang diaorang nak tu?


Artikel ni bertujuan nak bagitahu dengan lebih lanjut tentang apa yang rakyat Sabah dan Sarawak tuntut, jadi untuk korang yang dah tahu pasal ni, korang boleh terus baca bahagian kesimpulan. Kat bahagian kesimpulan tu kitaorang ada bagitahu dan kemaskini kajian berdasarkan apa kemungkinan yang akan jadi bila pindaan tu dibuat.

Baru-baru ni, ahli kabinet (bukan kabinet dapur ye) telah bersetuju untuk buat pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri di bawah Malaysia. Langkah ini diwujudkan untuk mengembalikan hak negeri-negeri Borneo sama macam negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

“Selepas pindaan itu, Sabah dan Sarawak tidak lagi dikenali sebagai ‘negeri’. Kami juga ada merangkakan perancangan lain untuk memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak dapat terus dilindungi.

Itulah sebabnya kami sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua-ketua menteri di Sabah dan Sarawak atas keprihatinan mereka dalam perkara ini (mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan dalam MA63), “- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, 8 Mac 2019, sumber dari The Star.

Jangan risau, kenyataan tu bukan bermakna yang Sabah dan Sarawak bukan lagi sebahagian daripada Malaysia! Tapi untuk bagi korang faham dengan lebih lanjut kenapa mereka tak mahu diiktiraf sebagai ‘negeri,’ kita kena rujuk dan selidik semula dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang dah berlaku pada tahun 1963 dulu.

Sabah & Sarawak sertai Malaysia bukan sebab nak tuntut kemerdekaan?

Ingat lagi tak zaman sekolah dulu, kita diajar yang mengatakan Sabah dan Sarawak sertai Malaysia sebab nak kecapi kemerdekaan jugak? Dan dalam buku teks pun mengatakan benda yang sama. Tapi kat sini, kitaorang boleh katakan yang itu semua TAK BETUL.

HAH?! Imej dari Giphy

Waktu Sabah dan Sarawak nak dapatkan kemerdekaan, negeri-negeri lain pernah terfikir untuk bergabung dan sertai negara lain, termasuklah Indonesia. Jadi, untuk menarik mereka ke arah pembentukan negara Malaysia, Sabah dan Sarawak dah bersama-sama dan bersepakat dengan Singapura, Tanah Melayu dan British dalam menandatangani Perjanjian Malaysia 1963.

Perjanjian ni merupakan perjanjian antarabangsa yang didaftarkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tapi apa yang menjadikan perjanjian dan perikatan tu menarik adalah Sabah dan Sarawak dijanjikan akan mendapat hak sama rata sama seperti Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia). Walau bagaimanapun, tahun berganti tahun, keadaan yang dijanjikan ni nampak semakin berubah.

Sabah dan Sarawak sekarang ni mengatakan yang mereka sekarang mempunyai hak yang sama macam mana-mana negeri lain contohnya Johor dan Selangor, tapi mereka sepatutnya mempunyai dan diberikan hak yang sama dengan SEMUA dan SELURUH Semenanjung Malaysia.

Contohnya macam, bilangan kerusi dalam pilihan raya, peruntukan kewangan untuk pembangunan Sabah dan Sarawak dan macam-macam lagilah. Jadi, ni lah apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan sekarang ni, bila disebut dan mengatakan tentang untuk berikan hak sama rata, ianya bermaksud Sabah dan Sarawak bukan lagi dianggap sebagai ‘negeri’.

Tapi, bila rujuk balik pada Perjanjian Malaysia 1963 dan berbalik semula dengan tuntutan dari Sabah dan Sarawak, ianya dah melampaui peruntukan kewangan dan hak mengundi yang dah ditetapkan. Dan oleh sebab ni lah, kitaorang buat kajian dengan apa yang dah tertakluk dalam perjanjian tu, apa yang berlaku dengan keadaan semasa ketika ini, apa yang diinginkan dan dituntut oleh Sabah dan Sarawak, dan apa yang pastinya, kitaorang jugak selidik apa yang kerajaan sekarang (kerajaan PH) sedang pertimbangkan untuk bagi hak kat Sabah dan Sarawak.

Kat bawah ni kitaorang dah sediakan infografik berdasarkan hasil assignment kitaorang untuk mudahkan korang baca:

Jadual yang kitaorang dah buat khas untuk korang. Imej dari CILISOS

Kalau korang nak lagi detail, kitaorang pun dah sediakan siap-siap kat bawah ni (baca tau):

1. Pendapatan dan belanjawan tu sepatutnya perlu dikaji semula pada tahun 1973, tapi…

Bila cakap pasal minyak, mesti korang akan terbayang-bayang PETRONAS kan? Tapi korang tahu tak berdasarkan bahan-bahan semula jadi dan asli kat Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri ni dikategorikan sebagai pengeluar minyak yang terbesar? Lebih separuh sumber minyak kat Malaysia (60%) datangnya dari Sabah dan Sarawak! Wow! Jadi bolehlah kita kategorikan Sabah dan Sarawak sebagai negeri yang terkaya kan?

Tapi sebenarnya tak pun. Walaupun Sabah dan Sarawak adalah pengeluar hasil minyak yang terbesar kat negara kita, tapi kedua-dua negeri tu dikatakan antara negeri yang termiskin kat Malaysia. Sabah pulak dikategorikan negeri kedua termiskin selepas Kelantan. Ianya berkemungkinan sebab Sabah dan Sarawak tidak diberikan bayaran royalti minyak yang sepatutnya mereka dapat dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

Tapi macam mana boleh jadi macam tu? Hasil daripada perjanjian tu sepatutnya dirujuk dan dikaji semula selepas 10 tahun ditandatangani, tapi ianya tak berlaku dan tak terjadi pun. Sebab tu Sabah dan Sarawak nampak macam kebelakang sikit.

Status Sabah dan Sarawak. Imej dari hipwee

Dan ia sebenarnya tak membantu, menurut aktivis hak asasi Sabah, Zainnal Ajamain, Sabah dan Sarawak telah membangun berdasarkan dasar-dasar yang dah ditetapkan oleh Kuala Lumpur dan bukannya berdasarkan dasar-dasar daripada mereka sendiri.

“Berdasarkan dasar itu, Kuala Lumpur akan memperuntukkan dana untuk kami walaupun wang itu datang daripada kami pada mulanya, melalui hasil minyak dan gas kami, kayu serta cukai pendapatan kami.” – Zainnal Ajamain, sumber dari The Star. 

Sebagai contoh, kerajaan telah memperuntukkan dana pembangunan RM5 bilion dan RM4.3 bilion untuk Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2019 hari tu. Tapi Zainnal bagitahu yang belanjawan tu adalah satu bentuk penghinaan terhadap Sabah dan Sarawak.

“Saya berharap kata-kata ini dapat diterjemahkan ke dalam bajet dan bentuk yang lebih adil, dengan Sabah dan Sarawak mendapat jumlah peruntukan bajet yang wajar untuk mencerminkan status mereka di persekutuan.” – Zainnal Ajamain, sumber dari FMT. 

Ada satu gambar tersebar kat Facebook yang telah membandingkan peruntukan belanjawan Sabah dan Sarawak dengan kos peruntukan bajet di Semenanjung Malaysia. Gambar tu mungkin nampak macam ia menyokong kenyataan Zainnal, tapi sebenarnya gambar yang tersebar tu dikatakan palsu.

Berita palsu! Imej dari FB Kelvin Yii Lee Wuen

Menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, dana peruntukan pembangunan sebenar ialah RM54.7 bilion. Walaupun beliau menegaskan bahawa Sarawak ada menerima peruntukan lain seperti inisiatif untuk komuniti dan golongan yang tergolong dalam status B40, beliau jugak ada bagitahu yang belanjawan dan peruntukan yang diberikan tu bukanlah ‘anggaran bajet yang mencukupi’.

Jadi, ia mungkin boleh diterima pakai dan masuk akal bila Sabah dan Sarawak menuntut semula semua perkara yang telah disenaraikan dalam jadual dan infografik kat atas tu. Menjadi negeri yang mempunyai hak sama rata dengan Semenanjung Malaysia, jadi ia bermaksud yang kedua-dua negeri tu berkemungkinan dapat mengawal cukai dan kewangan masing-masing sama seperti Scotland.

Di samping itu, kerajaan pun sebelum ni dah buat beberapa janji dalam manifesto dia waktu PRU14 hari tu. Contohnya kerajaan berjanji untuk menaikkan royalti minyak kepada 20% untuk semua negeri pengeluar minyak dan mengembalikan hak sama rata bagi Sabah dan Sarawak menerusi sistem pentadbiran fiskal. Bila ia dilaksanakan, Sabah dan Sarawak boleh menggunakan sehingga 50% dari hasil cukai ke atas keperluan pembangunan seperti dalam aspek pendidikan dan juga penjagaan kesihatan.

2. Sabah nak ada Kementerian Pelajaran sendiri?

Jawapannya YA! Ada berita yang melaporkan bahawa Sabah nak tubuhkan sebuah kementerian pendidikan sendiri bagi melaksanakan sistem pendidikan yang baru. Tapi ianya bukan bermaksud sistem pendidikan yang digunakan sekarang ni ada masalah ataupun tak betul.

Sabah cuma mahukan sistemnya sendiri sebagai salah satu aspek untuk melengkapkan keadaan mereka sekarang. Tapi sebaliknya, Sarawak hanya mahukan peperiksaan UEC (United Examination Certificate) diiktiraf di mana ia dapat melayakkan pemegang sijil UEC diterima masuk ke mana-mana IPTA.

Tapi mungkin ada sebab lain jugak, bukan sebab tu je mereka nak tuntut sistem pendidikan sendiri. Sebelum ni, kitaorang ada bagitahu apa yang kita belajar tentang pembentukan Malaysia mungkin tak betul dan tak tepat. Tapi, bukan tu saja yang tak tepat, ada jugak beberapa maklumat lain mengenai Sabah dan Sarawak yang terkandung dalam buku teks sekolah ataupun buku latihan kat sekolah tu mungkin tak tepat jugak, contohnya macam ni … (lepas ni boleh selongkar bagi adik korang)

Orang Kadazan tak menari tarian Sumazau waktu hari Sabtu JE. Imej dari FMT

Ataupun yang ni …

Kat taman tu takde Orang Utan pun! Imej dari FMT

Selain tu, keadaan sekolah kat Sabah dan Sarawak ni jugak agak membimbangkan. Lebih kurang 54.5% sekolah kat Sabah dikategorikan sebagai keadaan sekolah yang dah usang dan uzur.

Tapi, jangan risau, kerajaan dah pun memperuntukan Sabah dan Sarawak dengan RM1 bilion pada mereka untuk menaik taraf sekolah mereka yang dah dilabel sebagai sekolah usang dan uzur tu. Malah, menurut Bajet 2019 menerusi peruntukan belanjawan pendidikan, fokus diberikan untuk membaiki struktur sekolah terutamanya sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak.

3. Sabah & Sarawak ada beberapa ‘kuasa’ khas tapi kurang daripada apa yang dah dijanjikan

Tak seperti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, menurut Perjanjian Malaysia 1963, ia memberikan autonomi tambahan kepada Sabah dan Sarawak untuk membuat keputusan seperti menentukan agama dan bahasa rasmi mereka.

Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi kat Malaysia, tapi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak tak mempunyai agama rasmi seperti yang tertakluk dalam Semenanjung Malaysia. Tapi, kedua-dua negeri tu mengakui bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia walaupun sebenarnya mereka tak terlibat pun. Tapi, ada jugak benda macam ni jadi:

Website tu menyatakan agama Islam merupakan agama rasmi kat Sarawak. Imej dari Malay Mail

Tapi sehari lepas tu jadi macam ni:

Sehari kemudian… Imej dari Malay Mail

Walau bagaimanapun, tu bukanlah satu-satunya isu yang dihadapi kat Sarawak. Tahun lepas, terdapat kes di mana empat rakyat Sarawak tidak dapat keluar daripada agama Islam (murtad) yang di mana mencetuskan perdebatan hebat kat Sarawak. Ada jugak yang kecewa dengan keputusan tu sebab ianya tak menggambarkan hak kebebasan beragama di sana. Lepas tu, Mahkamah Persekutuan memutuskan kes murtad yang melibatkan empat rakyat Sarawak tu perlu dibicarakan di mahkamah syariah dan bukannya di mahkamah sivil.

Bila sebut pasal mahkamah, Sabah dan Sarawak dikategorikan sebagai negeri yang unik iaitu dalam kata ringkasnya bahasa Melayu bukanlah dikategorikan sebagai bahasa rasmi kat Sabah dan Sarawak. Tapi sebenarnya, bahasa Inggeris digunakan di Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Dan di samping itu, mereka jugak gunakan bahasa asli mereka di Mahkamah Anak Negeri atau untuk mana-mana Undang-undang Asli kat sana.

Selain bahasa dan agama, Sabah dan Sarawak jugak mempunyai sistem kawalan yang ketat ke atas siapa-siapa yang masuk ke negeri mereka. Sebabnya, kedua-dua negeri ni mempunyai undang-undang imigresen mereka sendiri. Jadi, pada sesiapa yang ingin bekerja atau tinggal kat sana, diaorang perlukan permit sementara. Dan pada sesiapa yang nak buat lawatan kat sana, mereka dikehendaki untuk memohon visa 90 hari (visa yang boleh digunakan selama 90 hari).

Dalam Perjanjian Malaysia 1963 tu, kitaorang ada terjumpa yang …

4.… sebenarnya menyalahi undang-undang untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai ‘negeri’

Dan oleh sebab tu, di bawah Perjanjian Malaysia 1963, ianya hanya boleh diubah dengan persetujuan semua pihak yang menandatangani perjanjian tu. Dan ini bermakna Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda mengikut apa yang tertakluk dalam perjanjian tersebut.

Ini jugak bermaksud yang Sabah dan Sarawak tak boleh menggelarkan mereka sebagai ahli yang mengasaskan Malaysia sekiranya mana-mana pihak yang menandatangani perjanjian tu tak bersetuju dengannya. Jadi, apa yang Sabah dan Sarawak tak setuju tu?!

Plot Twist! Imej dari Giphy

Tapi rupa-rupanya, Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak takde mengatakan apa-apa dan tak bersuara bila Parlimen dah luluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1976 tu.

“Anggota Parlimen Sabah pada masa itu sepatutnya membantah. Tetapi kerajaan negeri dan ahli parlimen kami diam. Begitu juga, Sarawak. Jadi, anda tidak boleh menyalahkan sesiapa tetapi Ahli Parlimen dan kerajaan negeri pada masa itu. “- Zainnal Ajamain, sumber dari The Star.

Untuk mengembalikan status dan hak mereka, Sabah dan Sarawak mahu meminda dan memansuhkan undang-undang tertentu seperti Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pembangunan Petroleum. Di samping itu, Sabah jugak nak pinda undang-undang lain seperti Ordinan Mineral 2004 dan Kod Tanah 1958, sama macam apa yang Sarawak lakukan.

“Mereka (Sarawak) dapat melakukan beberapa pelarasan berkaitan dengan cukai jualan tetapi kita tidak boleh melakukannya di Sabah. Jadi, kita perlu melihat perkara itu. “- Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal, sumber dari FMT.

Tun Mahathir sebelum ni ada menyatakan bahawa kerajaan memerlukan dua pertiga daripada Parlimen untuk mansuhkan undang-undang tersebut. Peguam negara Sarawak, Robert Pei percaya yang kerajaan Sabah dan Sarawak akan menyokong kerajaan Pakatan Harapan untuk tujuan tu.

Jadi…macam mana cara pelaksanaannya?

Walaupun ada yang teruja dengan pengumuman pengembalian hak dan status Sabah dan Sarawak, presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, menyatakan yang ianya mungkin terlalu awal untuk dilaksanakan.

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Imej dari The Star

“Kita tidak boleh terlalu gembira dengan hal ini. Perkara ini perlu dibincangkan di bawah pentadbiran kerajaan yang sebelum ini.”- Dr Maximus.

Di samping itu, ahli parlimen Sabah dan Sarawak mungkin perlu membincangkan semula sama ada untuk menyokong pindaan berdasarkan pindaan yang telah dicadangkan berserta kandungannya.

Ahli parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri ada jugak bagitahu yang pindaan tu tak memberi kesan kecuali kalau disokong oleh usaha untuk membangunkan kedua-dua negeri tersebut dengan pantas.

Dan (drum rolls)…tahniah untuk korang semua sebab berjaya habiskan baca artikel ni!

Tahniah korang! Imej dari Barapolitik

About Nadiya Othman 84 Articles
Hai! Saya suka baca buku tapi saya lagi suka kalau awak baca artikel ni sampai habis :)