Starbucks HARAM? Kami telefon JAKIM untuk sahkan status diorang.

Baru-baru ni ada tular mesej Whatsapp yang mendakwa Starbucks & Coffee Bean dah “disahkan haram” oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Imej dari Jom Check

Dalam mesej tersebut, didakwa yang gergasi F&B itu menggunakan bahan yang berasaskan khinzir dan alkohol iaitu:

  • Emulsifier 471 & mono diglycerides dalam coklat, vanilla dan kopi
  • Buah ceri yang dicelup dengan alkohol, dan rum dalam kek tiramisu mereka

Betul ke semua ni? Lepas telefon untuk dapatkan kepastian…

JAKIM sendiri sahkan yang Starbucks dan Coffee Bean masih berstatus halal

Imej dari BERNAMA

Macam janji harga minyak akan turun, mesej ni adalah BERITA PALSU dan mesej ni sebenarnya dah dikitar semula sekurang-kurangnya empat kali, sejak mesej pertama muncul pada tahun 2016 (setakat yang kami tahu).

Untuk kepastian, kami telefon JAKIM sendiri dan diorang sangat mesra dalam menjawab persoalan kami. Diorang tegaskan yang kenyataan Starbucks & Coffee Bean haram “memang tak sahih” dan mengesahkan yang dua syarikat ni masih lagi memegang sijil halal.

Cilisos sebahagian daripada kerjasama sahkan fakta, JomCheck.

Melalui JomCheck, anda boleh minta tolong periksa sahih atau tak sesuatu isu dengan menghantar mesej WhatsApp pada nombor 017-4776659 (mesej je, jangan call) atau melalui link ini.