Squid Game melampau? Ini antara filem yang mempunyai konsep sama

Korang minat tengok movie? Tipu lah kalau tak minat, even kalau ada keluar apa-apa movie dekat tv masa kecil-kecil dulu pun mesti korang akan tengok kan. Lagi-lagi cerita bollywood, itu zaman dulu lah. Kalau zaman sekarang ni lebih ramai minat filem yang lebih ekstrem, kalau orang putih dorang sebut thrill. Genre-genre baru pun tahu-tahu muncul sampaikan digilai ramai.

Tu yang baru-baru ni ada satu filem dari Korea Selatan yang ditayangkan di Netflix telah viral satu dunia, cerita dia mengisahkan tentang manusia yang bergelumang dengan hutang diberi peluang untuk mendapat kekayaan segera dengan bermain sesuatu permainan. Korang nak tahu lebih lanjut tentang filem tu? Sini kitorang ceritakan secara ringkas…

1. Squid Game (2021)

Permainan Sotong! Imej dari MARCA

Filem ini mengisahkan tentang beratus orang yang terdesak untuk mendapatkan duit, mereka mempunyai latar belakang hutang yang sangat melampau sehinggakan terpaksa melakukan perkara yang tak patut dilakukan. Mereka telah dijemput oleh seseorang untuk bermain permainan yang menjanjikan pulangan lumayan jika mereka menang.

Yang menariknya, permainan yang akan dimainkan oleh mereka adalah permainan kanak-kanak dan tradisional di Korea, yang buat cerita ni ekstrem adalah kalau seseorang pemain itu kalah, mereka akan dibunuh. Yang pasti, kalau dorang dapat menghabiskan permainan, wang tunai sebanyak 45.6 bilion Won ( RM16.1 bilion) akan menjadi milik dorang.

Rasanya semua ada reaksi yang sama. Imej dari imgflip

Kitorang pun tak nak lah spoil korang sangat, kalau nak tengok pembunuhan yang agak ngeri dan menyedihkan. Korang boleh lah cuba menonton filem Squid Game ni.

2. Alice in Borderland (2020)

Semua Netflix nak tapau. Imej dari Netflix

Kalau korang suka tengok Squid Game, mungkin filem Alice in Borderland ni pun korang akan suka. Ini disebabkan ia menggunakan konsep yang hampir sama iaitu peserta harus bermain permainan untuk meneruskan hidup, cuma Alice in Borderland ni lebih kepada fiksyen sikit lah.

Ini kerana cerita ini merupakan siri live-action yang berasal daripada karya komik Haro Aso (Alice In Borderland). Siri ini mengisahkan tentang 3 sahabat yang secara tiba-tiba dibawa ke bandar Tokyo yang tidak berpenghuni pada awalnya, mereka mula berjumpa dengan orang lain selepas bermain beberapa permainan.

Ni muka depan komik tu. Imej dari Alice in Borderland

Yang kitorang boleh cakap, cerita ni sangat psycho! Kalau boleh jangan lah bagi anak or adik korang tengok, sebab ia sangat-sangat memberi kesan kepada perasaan korang. Namun, pada season yang pertama, cerita ni seakan-akan tergantung. Mungkin kita semua akan lebih faham tentang Alice In Borderland pada season yang kedua? Sama-sama kita nantikan!

3. Escape Room (2018)

Lawa poster dorang ni. Imej dari Movies Anywhere

Sama juga dengan Escape Room ni, cuma bezanya, ini merupakan filem dan bukannya sebuah siri berepisod. Filem ini mengisahkan 6 orang yang menerima jemputan untuk join satu pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan jika mereka berjaya. Apa yang mereka tak tahu adalah setiap permainan itu sangat bahaya sebab kalau dorang gagal, dorang akan mati!

Namun, terdapat plot twist yang agak mindblowing bila dorang dapat tahu tentang kebenaran berkenaan bilik-bilik yang mereka perlu hadap tu. Jadi kalau korang nak tahu apa plot twist nya tu, sila-sila lah tengok cerita Escape Room ni ye.

4. As the Gods Will (2014)

Orang Jepun memang suka cerita macam ni erk? Imej dari Amazon

Cerita As the Gods Will ni boleh dikatakan sebagai filem yang agak lama, tapi dia mula tular kembali selepas keluaran siri Netflix Squid Game. Ini disebabkan ramai berpendapat yang Squid Game telah meniru konsep As the Gods Will, sehinggakan orang anggap mereka plagiat terus!

Mana taknya, konsep As the Gods Will ni pun menggunakan permainan kanak-kanak Jepun sebagai mekanisme permainan hidup dan mati. Even permainan yang pertama dalam dua cerita ni pun agak sama, cuma yang membezakan mereka adalah, As the God Will punya peserta lebih kepada remaja dan budak sekolah. Dorang pun tak ada hadiah lumayan di akhir cerita.

Semua nak disamakan. Imej dari imgflip

Filem ini juga menggunakan lebih banyak CGI, kalau korang jenis tak suka filem yang nampak fake atau terlalu nampak macam ‘komputer’ tu jangan tengok lah. Cuma cerita ni agak berat sikit lah, nak tahu sebab apa? Korang kena tengok juga lah maknanya.

5. Joker Game: Escape (2013)

Masih lagi Jepun ye guys. Imej dari Asian Wiki

Untuk clarify, cerita ni tak ada kena mengena dengan Joker dalam cerita Batman tu ye. Ini merupakan filem dari Jepun, memang Jepun ni suka genre bunuh-bunuh ni ke macam mana? Sebenarnya Joker Game: Escape ni merupakan sequel kepada filem Joker Game, cuma filem prequel tu dia lebih kepada permainan kad.

Mereka yang kalah pada permainan kad pada filem pertama tu akan dihantar ke sebuah bangunan di mana mereka akan bermain permainan untuk mereka keluar daripada bangunan itu. Yang buat cerita ni agak mindblowing adalah, semua permainan ni dimandatkan oleh kerajaan. Kira kerajaan yang jadi kepala lah. Gila betul.

Filem yang melampau tapi bermanfaat

Ini lah apa yang jadi sekarang. Imej dari imgflip

Lepas je Squid Game tu viral, ramai orang di media sosial menganggapnya sebagai cerita yang agak melampau dan tak sesuai untuk tontonan orang ramai. Betul, memang ia agak tak sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Sebab tu, Netflix telah mengeluarkan guideline bahawa Squid Game hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

Jadi sebagai orang dewasa, kita lah yang bertanggungjawab untuk mengawal apa yang anak-anak kita tonton. Cuma kena ingat juga, dalam Squid Game tu pun wujud kritikan sosial yang agak mendalam. Ia seakan-akan memberi tamparan hebat kepada semua penonton. Bak kata orang dulu-dulu, buang yang keruh dan ambil yang jernih.