Uncategorized

Spy Jepun ni selamatkan ribuan rakyat Tanah Melayu masa Perang Dunia Kedua?

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

(This article is a translation. For the original visit our sister site, CILISOS)

Kekejaman Tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua bukanlah satu rahsia, malah ia didokumentasikan dengan begitu baik dalam lipatan sejarah dunia dan dikatakan salah satu konflik paling buruk dalam sejarah dunia.

Imej dari allthatsinteresting

Bagaimanapun, dalam kekejaman melampau tentera Jepun, ada satu kisah tak didendangkan tentang kebaikan seorang tentera Jepun. Kalau korang pernah tonton filem ‘Schindler’s List’ (yang merupakan kisah sebenar), korang mesti ingat dengan satu watak, iaitu Oskar Schindler (yang dilakonkan oleh Liam Neeson), seorang bekas spy Nazi yang mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan kira-kira 1,200 orang Yahudi dari bilik gas Nazi semasa Holocaust.

Oskar Schindler. Imej dari Wikipedia

Kisah yang nak diceritakan ni hampir serupa dengan Schindler’s, tapi merupakan kisah pihak Jepun yang mempertaruhkan nyawa sendiri untuk menyelamatkan ribuan penduduk tempatan dari penganiayaan Jepun. Apatah lagi kisahnya berlaku di negara kita yang dulunya dikenali sebagai British Malaya.

Jadi siapa lelaki ni dan kenapa pula dia begitu disayangi penduduk setempat sampaikan ada dakwaan wujudnya sebuah petisyen bagi pembebasannya selepas penyerahan Jepun?

Namanya, Mamoru Shinozaki

Mamoru Shinozaki. Imej dari Wikipedia

(Nota kaki: Kebanyakan kisah ni diambil dari autobiografi Mamoru Shinozaki ‘Syonan: My Story’. Masa dulu, ia pernah dipuji sebagai ‘kisah benar dan tak ditokok tambah’, ada juga kritikan lebih pedas yang mengatakan kisah ni adalah penulisan ‘memuji diri’ dan ‘ditokok tambah untuk sedapkan cerita’. Jadi korang relaks, baca dengan hati yang terbuka dan nilaikan sendiri nanti ok?)

Membesar di Jepun, Mamoru sebenarnya diusir dari sekolah tingginya di Kyoto disebabkan pandangan sosialisnya. Bukanlah satu permulaan terbaik untuk mana-mana CV, tapi dia masih berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kewartawanan dari Universiti Meiji, dan kemudiannya dilantik sebagai press attaché (nama glamour untuk ‘orang media diplomatik‘) untuk kerajaan Jepun.

Pada tahun 1940, setahun sebelum penaklukan Jepun di Malaya

“Kita boleh jual selipar Jepun kat sini”. Imej dari PRI

Tapi nampaknya, Mamoru dan kumpulannya diperhatikan. Keesokan harinya, dia dipanggil oleh Cawangan Khas (yep, SB dah wujud masa tu), yang menangkapnya, banyak yang menyebabkan konsul jeneral Jepun tak senang duduk:

“Ini bermakna, perang” – Konsul Jeneral Jepun Toyoda, ‘Syonan: My Story’, ms. 18

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Mamoru dituduh melakukan pengintipan terhadap Malaya, dan dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan buruh keras. Mamoru kemudiannya akan dihantar ke Penjara Changi untuk menjalani hukumannya, di mana dia akan ditempatkan di kalangan tahanan asing lain (kebanyakan mereka adalah orang Eropah dan orang Eurasian). Persahabatan dan pengalaman dia di sana yang kemudiannya mempengaruhi keputusannya semasa Pendudukan Jepun.

Mamoru bagaimanapun ‘tak berjaya’ menghabiskan hukumannya

… sebab masa ni jugalah kawan-kawan seangkatannya – Mat Basikal Jepun ni kemudiannya masuk ke Malaya sekitar tahun 1941, mengejutkan Britain yang tengah mengeteh secara fancy.

Le Tour de Banzai. Imej dari catawiki

Tahun seterusnya, tentera Jepun kemudiannya berjaya menawan Singapura (yang kemudian dinamakan semula sebagai ‘Syonan-ke’ oleh orang Jepun), memaksa British untuk keluar dari Malaya, yang akhirnya membolehkan mereka membebaskan Mamoru. Tanpa membazirkan kepakaran dan keakrabannya dengan penduduk setempat, mereka melantiknya sebagai Penasihat Ibu Pejabat Pertahanan Jabatan Hal Ehwal Luar Negara yang baru.

Tugasnya? Untuk melindungi simpatisan Jepun tempatan dan asing dengan mengeluarkan pas perlindungan:

“Dalam pertempuran, askar perlu membuat keputusan dengan cepat. Mereka boleh berasa sombong dan bangga… Tidak semua antara mereka memahami undang-undang ketenteraan seperti orang awam. Saya meminta bantuan anda dan melindungi rakyat yang baik.”– Major-General Kawamura, komandan Jepun Singapura, ‘Syonan: My Story’, ms. 41

Bagaimanapun dengan kisahnya di penjara, dia jadi seorang yang lembut hati. Bukan setakat simpatisan Jepun, malah dia didakwa mencetak dan mengedarkan kira-kira 30,000 kad perlindungan kepada orang Jepun, Inggeris, Cina, Eurasia, Katolik… boleh kata siapa je yang minta, dia akan bagi.

Mamoru Shinozaki pada tahun 1940-an.

Bukan tu je, dia juga didakwa masuk campur dalam penahanan orang oleh Kempeitai (polis rahsia Jepun) dengan menggunakan kuasanya bagi membebaskan kesemua suspek yang mengalami nasib yang kejam di tangan Kempeitai. Malah ia juga adalah dari hubungan baiknya dengan Kempeitai, yang telah menyelamatkannya dari Changi, dan dalam masa yang sama menghormati perjuangannya.

Tapi tak lama kemudiannya menurut Mamoru, anggota polis rahsia ni akan dipindahkan dan digantikan oleh orang-orang baru, yang nampaknya akan jadi lebih sukar. Akhirnya Tentera Jepun melancarkan Operasi Sook-Ching yang dilancarkan untuk ‘membersihkan’ semua unsur anti-Jepun di Singapura (termasuk Lai Teck, yang pernah kita tulis sebelum ni). Bagaimanapun, operasi tu kemudiannya menjadi sasaran khususnya terhadap penduduk Cina, memandangkan Jepun masih tak puas hati dengan Perang Sino-Jepun, dan cukup membenci orang Cina.

Dalam menjalankan operasi ni, tentera Jepun mengumpulkan beribu-ribu orang awam yang disyaki anti-Jepun ke kem-kem tahanan, dan kemudiannya menghukum bunuh mereka di depan orang ramai.

Operasi Sook Ching, kadang-kadang disebut sebagai ‘Pembunuhan Sook Ching’. Imej dari Quillette

Mengikut anggarannya sendiri, Mamoru berjaya mengeluarkan sekitar 2,000 orang dari kem-kem tahanan tersebut. Tak diketahui berapa banyak sebenarnya yang mati dalam Pembunuhan Sook Ching, tapi Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew (yang sempat melarikan diri dari pembunuhan tersebut) menganggarkan sekitar 50,000 nyawa.

Dan sekitar waktu ni lah Tentera Jepun mula was-was dengan Mamoru

Pada tahun 1942, Mamoru membebaskan seorang lagi orang awam Cina bernama Dr. Lim Boon Keng, yang merupakan tokoh berpengaruh di kalangan masyarakat Cina di Singapura. Dia telah ditangkap oleh Kempeitai kerana disyaki menjadi seorang kolaborator Cina, setelah ditemui memiliki surat ‘terima kasih’ dari Ketua China, Generalissimo Chiang Kai-shek sendiri.

Disebabkan statusnya dalam komuniti Cina, Mamoru menganggap idea Dr Lim mengetuai Persatuan Cina Luar Negara (OCA), yang nampak macam bekerjasama dengan Jepun, tapi sebenarnya mempunyai tujuan sebenar iaitu melindungi komuniti Cina tempatan daripada penindasan berterusan:

 “Saya menghormati budaya Cina – orang Cina adalah guru lama Jepun… Nama saya bermaksud ‘Cape of China’ (Sino = China, Zaki = Cape)… Dan nama pertama saya adalah Mamoru, yang bermaksud ‘melindungi’. – Mamoru Shinozaki, ‘Syonan: My Story’, ms. 51

Dr. Lim Boon Keng, Pengerusi Persatuan Cina Luar Negara. Imej dari: Wikipedia

Apabila OCA diluluskan oleh Kerajaan Jepun, Mamoru, yang dipilih sebagai penasihatnya, menggunakannya untuk membebaskan lebih ramai orang Cina dengan alasan menambah anggota ke persatuan baru.

Bagaimanapun, pemberian pas yang berterusan oleh Mamoru mula menyakitkan hati tentera Jepun, dan tak lama lepas tu, dia dipindahkan (lebih kepada ‘dipecat’) ke jabatan pendidikan di pejabat perbandaran Syonan. Datuk Bandar Syonan juga memberitahu dia untuk ‘kembali ke Jepun pada hari cuti’ – dengan pesawat Tentera Laut  mungkin untuk mengelakkan dirinya dibunuh daripada tentera yang marahkannya. Dia memahami petunjuk yang diberikan, dan seterusnya berbuat demikian.

Tapi sekembalinya dia ke Syonan, dia menghadapi satu masalah lain…

Jepun nampaknya akan kalah dalam perang tersebut

Disebabkan kemenangan tentera Bersekutu yang berterusan di seluruh Pasifik, wilayah Jepun mula mengalami kekurangan makanan utama. Untuk memerangi permasalahan ni, Jepun melancarkan kempen Grow More Food di Singapura. Mamoru dipilih sebagai pegawai kebajikan utama dan ditugaskan untuk pemindahan dan penempatan semula ratusan ribu warga Singapura ke Endau, Johor, dan Bahau, Negeri Sembilan untuk menubuhkan koloni pertanian.

Keratan akhbar yang membuatkan penduduk Eurasia Singapura untuk menyertai penempatan Bahau. Imej dari: mothership.sg

Walau bagaimanapun, usaha ini juga terhalang disebabkan wabak malaria, keadaan kebersihan yang tidak baik, dan serangan berterusan daripada kumpulan Tentera Anti Jepun Tanah Melayu.

Tak banyak yang dapat dilakukan Mamoru tentang nyamuk, tapi dia berjaya mengembalikan keamanan untuk seketika dengan menawarkan beras sebagai pertukaran untuk keamanan kepada Komunis. Susah nak marah bila perut kenyang, kan?

Lepas ni kalau kitorang typo lagi maknanya kitorang lapar la tu #bukandisponsor

Bagaimanapun, Jepun kemudiannya menyerah kalah pada tahun 1945 selepas menerima dua bom atom dari Amerika

Berikutan penyerahan Jepun, penempatan Endau dan Bahau akan ditinggalkan, dan peneroka akan kembali ke Singapura.

Apabila British kembali ke Singapura, mereka mengepung sekitar 6, 800 tentera Jepun dan menahan mereka di sebuah kem di Jurong, menunggu perbicaraan untuk jenayah perang. Mamoru juga termasuk, tapi disebabkan kebaikannya sebelum ni, nampaknya beberapa orang ternama dari komuniti Cina dan Katolik mempertahankannya.

Mamoru bukan je akan dibebaskan, tapi juga menjadi saksi utama bagi British. (Ia bagaimanapun dipersoalkan, sebab datangnya dari tulisan Mamoru sendiri, dan macam yang kita bagitahu tadi, tak semua orang fikir kisahnya boleh dipercayai 100%)

Perbicaraan jenayah perang pertama diadakan di Mahkamah Agung Singapura pada 21 Januari 1946. Imej dari: Imperial War Museum / Wikipedia

Mamoru yang kemudiannya merupakan saksi utama untuk pendakwaan, terpaksa menghadapi sesuatu yang sukar untuk dilakukannya – bagi memberitahu mahkamah tentang kekejaman yang dilakukan oleh rakan sekerjanya sendiri.

Walaupun begitu, kesaksiannya berjaya menyelamatkan Dr C.J. Paglar, seorang doktor Eurasian yang bekerjasama dengan Jepun, tapi tak berjaya menyelamatkan kebanyakan rakan Jepunnya sendiri. Kebanyakan pegawai Jepun yang disabitkan terlibat dalam jenayah perang Malaya (terutama Pembunuhan Sook Ching) kemudian digantung.

Nampaknya, tak banyak yang diketahui tentang kehidupan Mamoru selepas tu, walaupun dia menulis buku tentang pengalamannya dalam ‘Syonan: My Story Dia juga bukanlah satu-satunya ‘Schindler Jepun’ di luar sana; Chiune Sugihara juga mungkin merupakan pegawai Jepun yang lebih terkenal yang menggunakan kekuasaannya ketika di Lithuania untuk membantu orang Yahudi melarikan diri dari kekejaman Nazi.

Walau bagaimanapun, ketika kisah Mamoru telah dipertikaikan pada masa lalu, mungkin pelajaran yang diperoleh dari semua ini adalah walaupun pada masa perang dan kehancuran, harapnya akan ada orang yang berjuang untuk melindungi orang lain tanpa peduli yang mereka ada perbezaan dari segi bangsa, kepercayaan, dan budaya.

(Untuk korang yang nak semak sesuatu berita atau kenyataan tu betul ke bohong, boleh lah join Group FB Berita Betul Ke Bohong Malaysia ni!)

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend