- 316Share sekarang!
- Email1
- Facebook315
- Share
Bukan semua orang perlukan smartphone paling canggih dengan spesifikasi paling tip-top. Tengok je la iPhone X, dengan harga RM 5,149 eloklah korang buat downpayment kereta Alza, boleh jugak buat Uber part-time.
Tapi ada jugak yang tak nak berkompromi dengan smartphone murah. Selfie kena mengancam sebab banyak wedding nak kena attend, skrin kena luas sebab nak tengok Pak Ya Cong Codei, storage pun kena cukup besar sebab mak dan pak sedara korang banyak sangat forward video dalam group Whatsapp.
Jadi bagi korang yang ada bajet lebih sikit untuk smartphone bawah RM1400, ada berita baik sebab…
SENHENG tawarkan bayaran ansurans untuk 24 bulan, dengan 1% je kadar faedah
Sebut SENHENG je mesti korang ingat tagline “Beza…Memang Berbeza!” Dan sekarang ni, memang lagi berbeza sebab SENHENG ada website di mana korang boleh order terus secara online!
Tapi bagi yang masih nak datang ke kedai SENHENG sebab nak pegang, belek-belek, dan test smartphone ni sendiri, dorang ada tawarkan AEON Easy Payment di mana korang boleh buat bayaran ansuran 24 bulan dengan 1% je kadar faedah (selalunya kadar faedah adalah 1.25% kat tempat lain). Setiap ringgit itu adalah berharga kan.
Antara smartphone mid-range yang menjadi promosi adalah:
- Oppo F5 dengan harga RM1298
- Vivo 7+ dengan harga RM1399
- Samsung J7+ dengan harga RM1299
- Samsung J7 Pro dengan harga RM1099
Bukan tu je, bagi SH Plus One Member, bila korang beli salah satu daripada empat smartphone ni, korang boleh dapat rebate (bayaran balik) sebanyak 5% untuk pembelian sebarang produk SENHENG lain di masa hadapan. Siap dapat setahun warranty tambahan secara percuma! So korang bolehlah beli mesin basuh ke, peti sejuk ke untuk mak abah, hari raya dah dekat ni kan.
Apa keistimewaan keempat-empat smartphone ni?
Seperti yang kami cakap tadi, smartphone jenis mid-range ni sesuai bagi korang yang perlukan performance yang memuaskan untuk kegunaan harian, supaya ia tak lag apa semua, tapi pada masa yang sama tak naklah mahal sangat macam iPhone.
Setiap jenama yang ditawarkan ni mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Contohnya bagi Oppo F5, ia mempunyai skrin dan resolusi yang paling besar dalam senarai ni, memang puas hati kalau korang nak stream video daripada YouTube, Netflix, iFlix dan sebagainya.
Bagi Vivo V7+ pulak, kelebihan dorang adalah kamera depan yang lagi power (24 MP) daripada kamera belakang (16MP). Benda ni bukan je bagus untuk selfie, tapi juga bagi yang nak buat vlog yang nampak profesional tanpa menggunakan kamera DSLR yang mahal.
Bagi Samsung, of course la jenama dorang paling terkenal di kalangan pengguna Android. Antara fungsi paling unik yang dorang perkenalkan adalah skrin Super AMOLED yang dicipta oleh Samsung sendiri. Skrin jenis ni bukan je lebih sensitif kepada sentuhan, tapi juga kurang makan elektrik, dan masih jelas dilihat walaupun di bawah sinaran mahatari. Selain tu, Samsung J7 Pro jugak ada kapasiti bateri paling besar di kalangan model-model dalam senarai ni.
Jadi smartphone mana satu idaman kalbu? Buat pilihan korang kat laman web SENHENG sekarang!
- 316Share sekarang!
- Email1
- Facebook315
- Share