Jurusolek Malaysia ni gunakan stapler, kuku dan tanah liat untuk make up pelakon

Pernah tak korang tengok luka yang real depan mata? Contohnya, kalau tengok orang kemalangan ke, luka terkena pisau dan banyak lagi luka ngeri di tubuh badan yang boleh buat korang pejam mata rapat? Mesti pernah kan?

Separuh jariku pergi. Imej dari Nor Asmawati.

Kalau korang nak tahu, ada orang yang boleh buat luka ni guna bahan solekan tertentu dan memang betul nampak real! Okay lah, tak terhad kepada luka sahaja, diorang ni boleh tukar muka korang jadi macam-macam bentuk ajaib atau yang kita sendiri tak pernah fikir pun. Karakter kartun pun ada yang boleh buat tau. Macam watak Elsa cerita Frozen tu. Sangat kreatif! Diorang ni dipanggil jurusolek solekan khas atau dikenali SFX make-up.

Waktu SFX make-up diperkenalkan, ramai penonton ingat pelakon menggadai nyawa

Special Makeup Effects adalah pembuatan efek atau impact yang diakibatkan oleh sesuatu kejadian yang terjadi pada tubuh manusia menggunakan make-up. Seperti solekan terkena gas beracun, melecur, luka terkena benda tajam dan sebagainya.

Cu taknak posing dengan nenek sekali ke? Imej dari Vivisufaiza Karia.

Kalau korang nak tahu, solekan ni perlu guna teknik yang betul. Ia proses menggunakan teknik mengukir dan membentuk untuk hasilkan kesan kosmetik canggih. Kalau tak pandai make-up, hancurlah sesuatu watak tu kan?

Menurut buku Special Effect Make-up oleh Janus Vinther, sejarah solekan khas bermula semenjak 1895 lagi dan filem yang terlibat ketika itu ialah Demolition d’un Mur. Ianya pertama kali ditayangkan di Cafebio Paris.

Buku dari Janus Vinther. Imej dari Amazon.

Selain itu, pada tahun sama, filem The Execution of Queen Mary keluar dan memaparkan kepalanya dipotong menggunakan trick photography. Ianya menjadi fenomena di mana ramai penonton percaya bahawa pelakon tu menggadai nyawa dalam menjayakan filem ini.

Hmm, boleh tertipu jugak lah diorang ni kan?

Oh no! Imej dari giphy.com dalam filem The Execution of Queen Mary.

Seterusnya, penggunaan teknik solekan khas ini terus berkembang dengan filem berjudul  A trip to the Moon (1902) dan An adventurous Automobile Trip (1904) arahan George Melise. Kedua-dua filem ini dah memanfaatkan penggunaan teknik solekan khas. Pada tahun 1922, filem seram pertama Nosferatu, Dracula turut menggunakan solekan khas.

Korang tengah tunggu abang ke?. Imej dari Film Forever.

Kemudiannya, jurusolek terkenal Amerika, John Chambers turut menggunakan solekan khas dalam filem Planet of the Apes pada 1968 dan Dick Smith dalam filem Little Big Man pada 1969. Mereka mula menempa nama dalam bidang solekan khas ini.

Memang tak dapat dinafikan John sangat berbakat dalam solekan khas ni. Dia dapat anugerah dari The Academy of Motion Picture Arts and Sciences (Oscars) pada 1969. Dia  meninggal pada usia 79 tahun.

Ini lah langkah demi langkah untuk hasilkan make-up filem Planet of the Apes. Imej dari Cloudfront.

Manakala Dick Smith pula, dia menukar wajah pelakon muda kepada orang tua yang berusia 121 tahun. Dan ternyata, make-up yang dilakukannya tu memang menjadi!

Siapa sangka di sebalik wajah tua ini, terlindung wajah muda di dalamnya. Imej dari The Red List.

Kat Malaysia pun kita ada jurusolek SFX yang tak kurang mantap, jadi kami menemubual Vivisufaiza Karia (Vivi) dan Nor Asmawati (Watie). Setiap sentuhan tangan mereka dalam menghasilkan make-up ini memang mengagumkan. Menurut Vivisufaiza Karia, solekan ni ada empat jenis:

  1. Evidence Case macam luka dalam asid burnt 1st degree sampai 3rd degree, parut lama, lebam akibat terkena tembakan
  2. Movie Character pada movie barat yang menggunakan acuan dari silicon, pros-aid, latex prostethic terutamanya filem seram
  3. SFX airbrushing untuk high fashion dan fantasi
  4. CGI untuk make-up artist di lokasi set penggambaran filem
Vivi (kiri) bersama model yang telah disolek sebagai Vampire. Imej dari Vivisufaiza Karia.

“Teknik solekan khas ini membantu untuk menampakkan seseorang itu lebih tua, muda, kesan luka, jadi makhluk asing dan sebagainya. Dan ia berbeza dari yang normal. Sebenarnya ada beberapa jenis kesan khas termasuk lukisan tubuh, kesan khas, teater dan fantasi.” -Watie, ketika dihubungi SOSCILI.

Guna tepung ubi untuk buat SFX make-up?

Asyik bercerita pasal make-up je, mesti korang nak tahu bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan bahan make-up yang ‘wow’ ni kan? Sudah tentu bukan barang make-up biasa-biasa.

Bukan pembayang mata yang selalu korang pakai hari-hari pergi dating tu ye. Pelbagai bahan make-up lain turut diperlukan bagi mendapat hasil solekan ni. Korang perlukan pros-aid, liquid latex dan built mould. Dah apa pulak lah nama bahan-bahan ni kan? Meh sini kami explain.

Ini lah make-up kit starter bagi korang yang nak start buat make-up SFX ni. Imej dari Mehron.

Pros-aid digunakan dalam industri solekan profesional prostetik dan kesan profesional. Bila bahan ni diletakkan di kulit kita, ia tidak sensitif, malah, bahan yang digunakan dari air ini selamat. Dan bahan ni menjadi pilihan jurusolek seluruh dunia untuk semua jenis solekan.

Liquid latex pula antara bahan utama untuk hasilkan make-up SFX ni. Ia sering digunakan untuk menambah efek khusus pada make-up atau sebagai produk untuk aplikasi ‘melukis’ tubuh. Ia boleh dibuat sendiri dengan menggunakan tepung ubi, air, gelatin dan minyak kelapa.

Untuk build mould pula, sebelum nak buat luka yang lebih tragik seperti tangan yang terkeluar kulit, jurusolek professional perlulah buat acuan dulu sebelum nak letak pada kulit kita. Lepas tu, baru diorang touch-up dengan bahan solek lain bagi menampakkan ketulenan luka tu.

Abang ni tengah siapkan mould untuk filem pendek He Took His Skin Off for Me. Imej dari He Took His Skin Off for Me.

Walaupun Vivi merupakan seorang pensyarah dan pegawai penilai seni solekan, dia tetap ada bahan make up kit sendiri. Watie pulak lebih banyak guna bahan DIY atau bahan solekan lebih mahal untuk menjaga ketulenan solekannya.  Antara bahan yang digunakan macam darah palsu, wax dan latex.

SFX make-up kit dari Vivisufaiza Karia. Imej dari Vivisufaiza Karia

Negara kita ada make up artist yang boleh buat muka Michael Jackson

Kalau nak dibandingkan penglibatan jurusolek SFX ni, tak ramai yang terlibat. Yang ramainya, jurusolek pengantin atau lebih dikenali ‘mak andam’. Hal ini kerana make-up ini susah untuk dipraktikkan dan bahan-bahannya pula mahal untuk dibeli. Kebanyakannya kena beli online dari luar negara.

Selain Vivi dan Watie, antara jurusolek SFX yang sering meniti di bibir netizen ni adalah Neb Radzif, Lemony Lysh, Fabien Wong, Queen of Luna dan Thana Letchumi. Hasil kerja mereka memang tidak pernah mengecewakan. Ini antara hasil kerja diorang:

  1. Vivisufaiza Karia

    Vivi yang bergurukan sifu dari luar negara ni buat kelas asas bagi pelajar yang ingin belajar tentang solekan khas. Macam yang Vivi cakap, dia banyak buat kelas asas make-up SFX untuk sesiapa yang berminat nak belajar. Contohnya kat gambar di bawah ni ha. Vivi tengah make-up salah seorang pelajar dia. Nak nampak lain dari lain, memang korang kena tadah lah muka tu ye.

Seram pulak SOSCILI tengok ni. Imej dari Vivisufaiza Karia.
2. Nor Asmawati Abdullah

Watie banyak buat make-up pelbagai karakter dan juga tiru muka artis luar negara selain buat make-up kecederaan yang lain. Macam tiru wajah Michael Jackson ni ha.

Micheal Jackson dah berhijab? Imej dari Nor Asmawati.
3. Neb Radzif

Neb Radzif adalah artis solek profesional. Kalau korang nak tahu, Neb banyak memuat naik tutorialnya di Youtube. Jadi, sesiapa yang nak belajar cara menggunakan make-up SFX ni, boleh buka channelnya, FX.CAT. Karyanya juga pernah masuk rancangan macam 8TV Quickie, GrabCar The Walking Dead promo di Malaysia dan Anugerah Juara Lagu 2017.

Kenapa kreatif sangat ni? Imej dari Instagram Neb Radzif.
4. Lemony Lysh

Gadis manis ini sangat kreatif apabila dia menggunakan aksesori macam stapler, tanah liat dan juga kuku untuk make-up. Dari muka yang bergetar tulang rusuk lelaki kat luar sana tu bertukar pulak jadi makhluk pelbagai rupa.

Aduh! Kena stapler lah luka ni. Imej dari Discover KL.
5. Queen of Luna

Queen Of Luna ni jurusolek yang terkenal dengan solekannya kepada watak kartun Disney. Antaranya Cinderella, Alice in Wonderland dan Rapunzel. Lihat saja lah solekannya ni. Boleh tukar jadi kucing lah pulak.

I am me. Meow! Imej dari deMilked.
6. Thana Letchumi

Thana pernah menang anugerah Artis Makeup Terbaik dari Malaysian Artiste Associates of the Year 2014. Thana terlibat dalam event, pameran bergerak dan juga filem tamil. Kalau dalam filem, dia guna make-up untuk buat kecederaan palsu.

Ngerinya! Imej dari Facebook Thana Letchumi.
7. Fabien Wong

Fabien adalah jurugaya rambut dan jurusolek profesional dengan pengalaman selama 26 tahun dalam industri. Karyanya dapat dilihat dalam majalah Tatler, Prestige dan Passion, TVC dan kedai pengantin. Bukan setakat rambut je, Fabien jugak pandai make-up teknik khas sebab ada buat bengkel untuk Makeup Halloween.

Jangan tatap lama-lama. Nanti tak boleh tidur malam. Imej dari Discover KL.

Mengagumkan bukan?  Agak-agak korang lah kan, siapa agaknya yang menjadi jurusolek Hantu Kak Limah dalam filem Zombi Kampung Pisang ye?

Korang jom lah nyanyi sekali dengan Kak Limah ye. Imej dari Zombi Kampung Pisang.

Hilang kata-kata lihat hasil kerja diorang ni. Tak sanggup nak tatap lama-lama, takut tersembul biji mata!

Make-up artist terpaksa tahan nafas untuk hasilkan solekan berkualiti

Tak terhad kepada bahagian muka sahaja, tangan, kaki dan badan turut dijadikan ‘mangsa’ untuk ‘dikorbankan’ dalam solekan ni. Setiap anggota badan yang disolek harus dikaji terlebih dahulu untuk tahu anatomi struktur badan supaya solekan yang dibuat menjadi. Manakan tidak, nanti salah pulak teknik solekan tu.

“Kadang-kadang nak make-up di bahagian muka, saya terpaksa tahan nafas demi menghasilkan solekan yang diingini.” – Watie, ketika dihubungi SOSCILI.

Fuh! bukan mudah nampak gayanya. Sanggup ke korang nak tahan nafas demi nak buat make-up ni? Sekarang ni, media sosial menjadi alat komunikasi yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat, jadi, diorang pun tak terkecuali untuk buat benda yang sama.

Kalau korang nak tahu, Watie belajar melalui Youtube sebab ramai make-up artist dari luar negara upload video tutorial diorang. Untuk Vivi, selain bergantung 100 peratus dengan Youtube untuk belajar make-up ni, dia juga banyak berguru dengan make-up artist filem .

Jaga-jaga, abang nak cari tu. Imej dari Makeup Tutorial.

Bila sebut make up artis filem, nak tahu jugak kan, filem apa yang gunakan perkhidmatan SFX make up ni. Korang tahu filem apa je?

Filem antarabangsa yang dipuji kerana solekan khas pada wataknya

Kalau korang perasan, filem-filem antarabangsa banyak je yang korang dah pernah tengok tapi tak perasan rupanya tu semua SFX make up. Antara yang menjadi pujian kerana kehebatan solekan khasnya ialah…

1. The Fly (1986)

Pengarahnya, Cronenberg suka menggunakan ciri solekan khas yang hebat dalam filemnya. Filem The Fly benar-benar berada di tahap yang berbeza dari produksi terdahulu. Pelakon utamanya, Seth Brundle dah diubah menjadi seekor lalat yang sangat mengerikan. Kita yang tengok ni pun boleh terganggu tau!

Hilang terus muka kacak tu. Imej dari Red Carpet Fx
2. Lord of the Rings Trilogy 2001 – 2003

Kalau korang salah seorang peminat setia filem ni, memang tak dapat dinafikan filem ni banyak sangat guna solekan khas untuk menghidupkan watak dalam filem ini. Korang boleh nampak sendiri kan?

Solekan khusus diberikan kepada parut, kotoran dan prostetik yang perlu dicipta semula sepanjang tempoh penggambaran di pelbagai lokasi yang berbeza ni. Make-up ini juga membantu watak-watak yang sesuai dengan persekitaran bumi diorang dalam filem ni.

Filem kesukaan ramai. Imej dari Rio Theater
3. IT (2017)

Kita semua tahu tentang badut IT yang menakutkan ni. Ia adalah watak yang menghantui dan menakutkan orang dewasa dan kanak-kanak. Berasal dari novel Stephen King, make-up artist filem ini dah tahu bagaimana untuk melakukan solekan badut ni.

Dengan menggunakan solekan untuk dahi yang tak masuk akal, gigi palsu dan macam-macam lagi solekan, rupa badut telah dilaksanakan dengan sempurna. Lazimnya digunakan sebagai kostum halloween, IT adalah watak solekan khas yang boleh mengganggu tidur korang!

Ini badut perempuan tau. Imej dari Nor Asmawati
4. Batman Returns (1992)

Filem ni mengetengahkan watak ‘The Penguin’ dilakonkan Danny DeVito. Make-up artist, Stan Winston, ditugaskan untuk mereka bentuk dan buat solekan watak ni. Proses yang diambil untuk buat solekan ni sangat panjang dan penuh dengan eksperimen!

Mancung tak hidung I? Imej dari Stan Winston.
5. The Mask (1994)

Siapa yang tak kenal watak hijau The Mask lakonan Jim Carrey yang suka buat lawak ni kan? Korang tahu tak, topeng hijau dalam filem ni adalah dari solekan teknik khas lah.

Tengah cungkil gigi. Imej dari I waste so much time.
6. Pan’s Labyrinth (2006)

Dalam filem Pan’s Labyrinth ni, apa yang rumitnya untuk buat makhluk ni adalah kerana watak mereka sangat unik dan tak terjangkau otak manusia untuk melihat rupa makhluk ini. Penciptaan Faun dan Pale Man ternyata masih kekal dan di luar imaginasi kita.

Boleh pulak mata di tapak tangan ha. Ni lah watak The Pale Man. Imej dari Pinterest.

Make-up SFX penting untuk jiwai watak

Seperti yang korang tahu, banyak elemen yang berbeza dipertimbangkan untuk buat filem terutamanya kalau melibatkan watak dalam filem tu. Watak-watak tu mestilah kelihatan realistik!  Walaupun filem sekarang bergantung kepada CGI, solekan teknik khas masih menjadi faktor penting dalam mewujudkan fantasi yang boleh dipercayai dan ajaib.

Hai! Saya Girlfriend Thor. Imej dari Ellimacs.

Selalunya, orang beri kredit kepada pelakon untuk peranan mereka dalam filem, tapi kita juga perlu hargai orang di belakang tabir yang menjadikan filem ni. Jurusolek SFX ni menghabiskan masa berjam-jam untuk solekan bagi pastikan filem sempurna. Dan ianya sangat mencabar! Cuba korang bayangkan kat dunia filem ni tanpa jurusolek teknik khas?