- 111Share sekarang!
- Email4
- Facebook107
- Share
*This article is a translation. For the original piece, visit our sister site, Cilisos*
Biar betul! Kalau sebelum ni nama Malaysia hanyalah picisan dan tak banyak kali disebut dalam mana-mana TV antarabangsa, sekarang tidak lagi!
Ini kerana baru-baru ni Westward, syarikat produksi Beau Williams (pencipta House of Cards) dan Jordan Tappis akan bekerjasama untuk buat sebuah siri TV drama sitkom berdasarkan sebuah buku yang bertajuk Billion Dollar Whale – yang merupakan kisah sebenar skandal 1MDB dari Malaysia.
Selain tu, Westward juga bekerjasama dengan SK Global, pembiaya bersama francais Crazy Rich Asians dan nampaknya, Michelle Yeoh sendiri dikatakan bakal menjadi salah seorang penerbit bagi siri TV ni. Baru betul ada wakil dari Malaysia sendiri.
Jadi, kenapa skandal 1MDB? Ini jawapan dari orang Westward:
“Di Westward, kami tertarik kepada cerita yang menggambarkan kerumitan zaman yang kita hadapi, berpaksikan watak-watak yang tak dapat dijangka dan mengejutkan,” – Williams dan Tappis, seperti yang dipetik dari Hollywood Reporter.
Dan kalau korang memang mengikuti skandal 1MDB dari awal lagi, korang pun tahu la watak-watak yang ada. Jadi kalau memang jadi la siri TV ni nanti, agak-agaknya siapa akan memainkan watak-watak antagonis dan protagonis 1MDB?
Memandangkan pihak produksi tak announce lagi, jadi haritu kitorang satu office borak dan tanya siapa pelakon paling layak untuk memainkan watak yang ada dan kita mulakan dengan…
1. Jason Leong sebagai Jho Low
Didakwa merupakan dalang kepada keseluruhan isu 1MDB ni, playboy/pelarian babyface ni adalah watak utama dalam buku. Jadi rasanya dia mesti akan jadi watak utama siri tu juga. Selain Jason Leong, nama Masi Oka dan PSY juga ada terlintas kat fikiran kitorang, tapi mungkin Jason Leong, pelawak Malaysia ni sendiri merupakan pilihan yang lebih tepat. #sapotlokal.
Malah, Jason Leong sendiri pernah mengakui tentang persamaannya dengan Jho Lowmemandangkan penampilan, pilihan cermin mata, dan kebolehannya untuk bertutur dalam bahasa Hokkien akan memberikan peranan dalam adaptasi Billion Dollar Whale.
“Ramai dah yang bertanya sama ada saya ni Jho Low. Disebabkan persamaan ni saya berharap Michelle Yeoh dan penerbit filem Billion Dollar Whale akan panggil saya untuk uji bakat.” – Jason Leong, kepada South China Morning Post pada 2019.
2. Joe Hasham sebagai Najib Razak
Watak kedua terpenting pulak mestilah Najib Razak. Tapi kali ni susah sikit sebab kitorang tak jumpa mana-mana pelakon yang ada rupa macam Najib. Masa kitorang discuss haritu pun, antara nama-nama yang disebut adalah Bruce Leung, Ken Jeong, dan juga Bobby Lee.
Tapi setelah meneliti beberapa aspek (ceh, propa je lebih), nampaknya pilihan terbaik ialah Joe Hasham, iaitu seorang pelakon Lubnan-Australia yang berhijrah ke Malaysia dan memulakan KLPac. Cumanya, dia ada satu je kekurangan yang masih boleh diperbaiki – kena pakai lipgloss warna pink dan berkilat supaya sama dengan bibir Najib Razak.
3. Keegan-Michael Key sebagai Arul Kanda
Sebagai bekas CEO 1MDB, watak Arul Kanda pun wajib ada, dan salah satu cadangan awal yang kita fikirkan adalah Samuel L Jackson. Tapi memandangkan pelakon Avengers dengan watak Nick Furry ni jarang senyum dan senyumannya jauh berbeza dengan Arul Kanda, kitorang scratch dan nampaknya pelakon paling tepat adalah pelakon utama sketsa Key & Peele, iaitu Keegan-Michael Key sendiri.
4. Stanley Tucci sebagai Riza Aziz
Untuk watak anak tiri Najib yang juga merupakan kawan baik Jho Low dan penerbit filem Wolf of Wall Street yang dibiayai 1MDB, kitorang rasa watak paling sesuai adalahpelakon versatil Stanley Tucci. Mungkin sebab cermin mata diorang. Tapi apa pun, Stanley memang selalu understand the assignment, jadi rasanya memang takde masalah la kat situ.
5. Kathryn Hahn sebagai Rosmah Mansor
Antara calon yang disebut-sebut untuk watak isteri Najib termasuklah Adibah Noor, Anjelica Huston, dan Meryl Streep. Tapi kalau kita ukur berdasarkan senyuman je, Kathryn Hahn adalah pilihan terbaik. Buat make up sana sini beserta kesan khas dan rambut palsu yang besar, mungkin dia boleh jadi Rosmah yang kita mahu.
6. Kate Nash sebagai Clare Rewcastle Brown
Walaupun secara teknikalnya Clare Rewcastle Brown yang banyak mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam 1MDB, tapi dia kurang dikenali berbanding Jho Low atau Najib, atau kebanyakan watak lain dalam saga ni. Disebabkan ni juga, kitorang memutuskan yang watak ni mungkin boleh dibawa oleh penyanyi dan penulis lagu Britain yang kurang dikenali, Kate Nash. Ini kerana penampilannya dalam video untuk lagunya yang paling terkenal, Foundations,agak sepadan dengan wartawan tersebut. Lebih kurang la.
7. Ma Dong-Seok sebagai Rafizi Ramli
Antara cadangan lain untuk watak Rafizi ialah Brendan Fraser dan Chow Yun Fat. Tapi nampaknya mungkin Ma Dong-Seok (aka Don Lee) akan jadi pilihan yang lebih tepat. Walaupun Ma terkenal dengan watak-watak yang kuat dan badass, mungkin dalam siri ni kita jadikan ia lebih dramatik sikit di mana watak Rafizi dipenjarakan sebab membocorkan dokumen berkaitan 1MDB.
Jadi korang rasa… adakah pilihan kitorang tepat?
Atau korang ada cadangan lain? Atau kitorang tertinggal mana-mana watak penting? Bagitahu kitorang dalam komen, dan mana tahu kalau sesuai kitorang tambah dalam artikel. Tak kisahlah sama ada Westward dan SKGlobal akan ambik pelakon-pelakon yang kita sebutkan tadi, tapi tak salah berangan kan?
- 111Share sekarang!
- Email4
- Facebook107
- Share