“Siapa nampak macam aku tadi?” Pengalaman sewaktu di hutan

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, biasanya first time kita masuk hutan adalah waktu camping sekolah, itupun hutan belakang padang je. Kalau yang masuk badan beruniform tu lagi syok, boleh belajar buat khemah sendiri, masak sendiri, sampaikan ada yang kena gali lubang tandas sendiri! Macam-macam pengalaman boleh dikongsi.

Dan pengalaman-pengalaman inilah yang SOSCILI dan partner kami kat Sony Pictures nak dengar! Korang mesti dah tau yang filem Jumanji: Welcome to The Jungle yang akan keluar kat pawagam, kami semua excited! Filem ni ada The Rock yang semua orang kenal semenjak zaman dia wresting lagi, lepas tu ada lejen komedi Jack Black, dan tak lupa jugak Kevin Hart dan Karren Gillan. (Kalau nak beli tiket awal, klik kat sini!)

Kalaulah kita ada body macam The Rock, apa nak takut ye tak. Masuk hutan mana pun boleh smackdown je semua spesis binatang yang ada. Tapi malangnya kita semua bukanlah The Rock, dan hutan-hutan kat Malaysia ni bukan setakat ada binatang liar je…

Jadi sebab itulah Sony Pictures bagi tiket free untuk Jumanji: Welcome to the Jungle bagi sesiapa yang kongsi pengalaman dorang yang paling menarik. Dan cerita-cerita kat bawah ni memang ada yang buat kami tergelak, tersedu, dan seram sejuk tengah-tengah malam. Bermula dengan…

1. “Eh, bila masa pulak aku ada kembar?”

Dalam banyak-banyak pengalaman hutan, confirm mesti ada satu kisah yang dikaitkan dengan gangguan mistik. Lebih-lebih lagi dekat kawasan yang ada kubur dan dianggap ‘keras’.

Macam Fadhilah ni yang pernah masuk hutan Jugra. Nak dijadikan cerita, kat puncak hutan tu ada makam diraja lama Jugra dan batu tinggal yang digunakan untuk pancung kepala!

“Masa tu aku form 3, ikut kelab kadet remaja masuk hutan. Masa tu aku pakai seluar trek kaler maroon dengan baju belang biru putih. Sebelum nk sampai puncak, group kami berhenti rehat di tepi kubur sebab ade sorg tu semput. Masa tu memang dah tercungap-cungap. Aku duduk sambil toleh ke belakang, dan di hujung sebatang pokok, aku nampak seorang perempuan yg pakai sama mcm aku pakai tapi dia duduk mencangkung dengan kepala menunduk ke belakang.

Opocot mak kau! Imej dari giphy

Aku ingatkan, salah sorang dari group kami. So, masa tu bagitau cikgu. Cikgu cakap jangan tegur. Cikgu arahkan kami bangun segera dan teruskan perjalanan. Masa tu kawan aku gelakkan aku sebab cakap aku gile. Dia tak nampak apa-apa pun. Lepas tu aku tegur, ‘Ko jangan celupar sangat!’ Tak sampai beberapa minit, kawan aku tadi jatuh tersembam kat lereng bukit. Pengajarannya… Jangan suka sangat kan mendapat!” – Fadhilah Jamian

2. Ditegur bunian yang menyerupai orang kampung

Kita selalu dengar pasal orang yang hilang kat hutan sebab kena sorok dengan bunian, kan? Tapi, nasib baik la si Asraf ni bukan taste diorang.

Orang bunian pun tak nak korang. Gambar dari Star Wars.

Ceritanya macam ni. Asraf masa tu umur 16 tahun dan dia ada ikut perkhemahan sekolah kat sebuah hutan berdekatan empangan di Pedu, Kedah. Masa tu dia mula kenal dengan sorang ranger hutan bernama Pak Cik Bakar dan dua orang ni jadi ngam la.

Satu hari tu, Pak Cik Bakar ajak dia masuk hutan untuk cari madu. Untuk ke sana, diorang ni kena naik kelok (sampan kecil) kat Tasik Pedu. Masa atas kelok ni la tiba-tiba dia nampak kelibat manusia berenang macam ular! Tapi cepat-cepat Pak Cik Bakar marah dan tukar topik.

“Kami kemudiannya disapa oleh sebuah kelok yang datang dari arah kanan. Pak cik Bakar hanya membalas secara ala kadar sapaan mereka, tapi aku pula membalas dengan senang hati. Selang beberapa minit, kami disapa lagi oleh beberapa buah kelok yang datang daripada arah belakang dan aku masih ceria menyapa mereka. Tapi Pak cik Bakar melajukan dayungan keloknya tanpa berkata apa apa. Setelah mengambil madu dan pulang ke khemah, Pak Cik Bakar mula bercerita tentang asal usul tasik Pedu tersebut.

Katanya, pulau yang kami khemah tu merupakan puncak bukit, dan dasar tasik tu pula ada perkampungan, siap ada balai polis lagi. Kelibat manusia berenang macam ular tu adalah makhluk misteri yang dari dulu lagi menghuni di tasik tu. Dan orang orang yang menegur kami semasa menaiki kelok tu pula adalah bunian yang menetap di perkampungan di dalam tasik tersebut. Walaupun bermacam misteri yang aku alami, itu tak mematahkan semangat aku untuk mempelajari selok belok hutan.” – Asraf Nasir

3. “Siapa yang temankan ke tandas tadi?”

Biasanya kalau kita tengok cerita hantu, mesti ada part di mana hantu tu menyerupai kawan korang, tapi  dia senyap je tak berbunyi. Perkara tu bukanlah benda pelik sebab perkara ni memang wujud dan diakui agamawan sendiri. Itulah yang terjadi kepada Salbiah masa dia bercuti kat Pangkor. Sepanjang kat sana, Salbiah sebilik dengan seorang anggota polis bernama Aina.

Imej dari imgflip

Pada malam tu, tiba-tiba Salbiah ni rasa nak buang hajat yang terpendam. Tapi rasa takut pulak nak pergi toilet yang jauhnya lebih kurang 20 meter. Jadi dia pun terpaksa kejutkan dan minta Aina teman dia ke toilet.

Sampai je ke toilet, tanpa buang masa Salbiah pun cepat-cepat baca apa yang patut dan buang hajat yang terpendam tu. Tiba-tiba….

“PRAAANNGGGGGGGG! Kilat petir sabung menyabung. Belum sempat saya keluar, Aina dah lari dulu tinggalkan saya. Rasa macam nak pitam! Kaki macam ada batu kat dalam. Dengan segala kudrat yang ada saya menapak sambil menjerit, tapi Aina berlari semakin laju.

Tapi bila saya masuk ke bilik, saya pelik tengok Aina bukan main berdengkur lagi dan baju tidur dan rambutnya kering seolah-olah dia tidur dari tadi, dan tak meredah hujan masa berlari tadi. Jadi, siapakah yang menemani saya ke tandas pada malam itu? Tak berani saya bertanya kerana saya tak mau tahu jawapannya. Alahualam.” – Salbiah Ariffin

Imej dari imgflip

4. Ada yang kena gangguan makhluk halus berbulu

Selain gangguan mistik dari penunggu hutan, ada juga yang bagi petua kalau terkena gangguan makhluk halus…

…macam ni. Imej dari houseberita.blogspot

Walaupun kecil, ulat bulu boleh menyebabkan mangsa gatal seluruh badan! Macam Amirah ni, dia tiba-tiba rasa gatal waktu tengah kumpul kayu api. Mulanya ingatkan sebab tak mandi, tapi lepas terjun sungai pun, tak hilang-hilang lagi.

“Lepas mandi gatal dan ruam tu merebak kat bahagian badan yang lain. Gatal yang perit macam tebakar kulit pun ada. Tak lama lepas tu, fasilitator datang melawat setiap kumpulan,  saya pun bagitau keadaan saya.

Rupanya, ruam dan gatal-gatal tu angkara ulat bulu. Tak dapat dikesan bila dan dimana tersentuh ulat bulu. Fasilitator bagitau, next time, kalau tersentuh ulat bulu pada kulit,  gosokkan bahagian kulit tu pada rambut supaya miangnya tak merebak.  Tapi…. Kalau terkena ulat bulu pada bahagian kaki… Rambut siapa yang kita jadikan “korban” untuk hilangkan miang.. Renung-renungkan.” – Amirah Alias

Bukan setakat kepala, belakang badan pun boleh garu bila gatal. Imej dari rimmly2007.blogspot.my

5. Walaupun cedera, masih gentleman nak jaga kawan-kawan lain kat depan

Antara aktiviti wajib waktu orientasi kat universiti adalah explorace.

Imej dari heartoftronoh

Nak bina semangat kekitaan la kononnya kan, saling tolong-menolong dan bantu-membantu. Dan ditakdirkan kawan kita sorang ni, Ariffin, tergelincir dalam selut…

“Paling tak best, saya dah rasa semacam dan menyebabkan saya terpaksa berjalan secara terincut-incut. Walaupun dengan keadaan macam tu, saya suruh geng-geng perempuan untuk jalan di hadapan saya supaya tiada siapa yang tertinggal kebelakang.

Ada juga la yang concern lebih, kadang-kadang pandang ke belakang dan bertanyakan keadaan saya. Saya kata, saya ok je sebab tak mahu mereka semua risau.

Takpe, awak semua jalan dulu. Imej dari giphy

Ariffin terus je berjalan sampai ada sekumpulan lelaki lain tolong pimpin dia. Dia kata dia cuma nak balik asrama je, tak perlu bantuan emergency. Hero sungguh.

“Kumpulan perempuan tadi pula berterima kasih kepada saya kerana walaupun jalan perlahan dan terincut-incut sikit, saya masih berada di belakang mereka dan menjaga keselamatan mereka seperti seorang gentleman.

Mereka tak tahu yang sebenarnya saya jalan begitu bukanlah sebab kaki saya terseliuh, tapi sebab seluar saya dah koyak besar, ditengah pula tu.” – Ariffin

Nasib baiklah cuma jatuh dalam selut, dan cuma koyak seluar je, bukan pasir jerlus yang boleh tenggelamkan orang tu. Tapi in case korang masuk hutan, korang kena tahu macam mana nak lepaskan diri dari pasir jerlus.

6. Ayah demam sebab dendam penunggu

Macam mana pula kalau dah berhati-hati, tapi terkena juga? Benda ni la yang berlaku pada Ashikin masa dia masuk hutan untuk Final Year Projek (FYP) tentang Fisiologi Tongkat Ali Hitam. Abah dia pun join sekaki sebab banyak tahu hal hutan ni.

Macam ni rupanya Tongkat Ali Hitam. Dulu ingatkan tongkat tu ada sorang pak cik nama Ali yang punya. Imej dari lelong.com

Jadinya, Ashikin, abang dan ayah dia pun ke Hutan Simpan Lata Kekabu yang terletak tak jauh dari rumah dia. Korang kena tahu yang hutan ni dah jadi salah satu kawasan hutan lipur yang dinaiktaraf sebagai tapak warisan UNESCO. Sebab tu la boleh cari tumbuhan rare macam Tongkat Ali Hitam tu.

Seharian berjalan, masa maghrib baru la jumpa jalan keluar, dan terus ke rumah Opah dia untuk solat dan bermalam kat sana. Malam tu juga, abah dia yang pada mulanya excited bawa anak dia ke hutan, tiba-tiba berubah watak dan kata tak payah pergi hutan esok. Padahalnya, entah kenapa sebelum tu pun dia dah ada perasaan macam tu.

Bila ditanya, ayah dia kata, “Ada orang tak suka”. Lepas tu dia sambung lagi, kata yang ‘benda’ tu cuba untuk sesatkan diorang banyak kali. Tu pun nasib baik juga jumpa jalan keluar hari tu.

Cerita tu tak habis sampai takat tu je, sebab seminggu lepas tu, mak Ashikin dari kampung call dan kata ayahnya demam.

“Ayah kata rasa panas, berkuap, lemas, macam duk dalam bekas tertutup. Satu malam, dia mimpi tanah sample yang aku ambil konon nak bawa ke makmal tu berpesan, minta dia bukakan plastik dan campur dengan tanah biasa kat rumah aku.

Jadi, pagi esoknya abah aku minta mak aku keluarkan tanah tu dari plastik. Lepas je mak aku buang tanah tu kat laman rumah, abah aku nampak benda putih keluar dari tanah. Petang tu abah aku dah sihat. Tak pasal-pasal seminggu abah aku demam kelemasan.”- Ashikin Abdul Hamid

Apa-apa pun, kami respek dengan ayah Ashikin yang pandai kawal situasi, tak terus gelabah dan boleh relaks je walaupun tersesat. Pengajaran yang Ashikin belajar pun, ialah tahu yang benda ghaib itu wujud. Walaupun tak nampak sebab hati hitam dan hijab tertutup, kita masih perlu hormati diorang. Nak ambil tanah di rumah dia, mintalah izin dulu.

Buat persiapan secukupnya sebelum menjelajah hutan

Orang kata masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Macam tu jugaklah dengan semak belukar ni semua, banyak makhluk lain yang perlu kita hormati dan hargai. Jadi kalau korang atau siapa-siapa yang korang kenal ada plan nak masuk hutan, jangan lupa share artikel ni supaya dorang tahu apa nak expect!

Tak pun, korang boleh tengok The Rock je yang masuk hutan! Korang tak filem Jumanji: Welcome to the Jungle ni punyalah sukses kat Malaysia sampaikan The Rock bagi ucapan terima kasih khas untuk peminat-peminat Malaysia! So siapa yang belum sempat lagi pergi tengok filem ni, pakat-pakat la pergi!

https://www.instagram.com/p/Bdbm-uZl9x6/?taken-by=therock