- 739Share sekarang!
- Email9
- Facebook730
- Share
Hidup kat zaman moden ni, semuanya serba canggih dan selesa. Oleh sebab kita takde mesin macam rekaan Dr. Brown dalam cerita Back to The Future, kita tak tahu keadaan orang dulu-dulu macam mana. Kalau ada pun, cerita dari orang yang hidup waktu tu je lah – tapi cerita diorang akan ditambah garam dan gula supaya sedap didengar. Hari ni kitaorang nak bawak korang ke zaman silam – korang tak perlu mesin masa, korang cuma perlu baca artikel ni.
Kitaorang akan bawak korang meneroka panggung wayang. Alamak! klasik gila sebut panggung wayang, kita sebut pawagam je lah. Kalau korang perasan, pawagam sekarang dah gempak – lebih-lebih member kitaorang, pawagam GSC. Tempat duduk selesa, aircond pun cun-cun, kualiti audio dan video tak payah ceritalah, tip top. Korang pernah terfikir tak macam mana agak-agaknya pawagam dulu-dulu? Agak-agak segempak sekarang ke?
Dah ready nak kembali ke zaman dulu? Meh kami bawak ke sana. Kita mulakan dengan…
1. Dulu-dulu dalam pawagam ada nyamuk dan asap rokok
Meh kita sembang pasal keadaan dalam pawagam pulak. Cuba bayangkan korang kat pawagam – dengan aircond yang sejuk, kerusi yang empuk dan kalau korang bertuah boleh terhidu bau stokin orang. Kitaorang gurau je. Zaman sekarang boleh dikatakan semuanya selesa dan kondusif untuk korang tengok movie. Apa perasaan korang kalau tengah tengok wayang, ada nyamuk menyanyi kat telinga dan asap rokok ganggu ruang udara?
Itulah yang orang dulu-dulu rasai masa diorang tengok wayang.
“Bagi golongan perokok tegar pula mereka tidak akan segan silu merokok di dalam panggung wayang disebabkan peraturan di panggung wayang tidaklah seketat peraturan sekarang, jadi tidak hairan asap rokok turut mewarnai pancaran cahaya filem.” – Dipetik dari Orang Nogori
Satu lagi benda yang buat kitaorang terkejut badak – dulu-dulu sebelum filem ditayangkan, diorang siap pasang lagu Negaraku untuk korang nyanyi ramai-ramai. Sebijik macam perhimpunan kat sekolah. Mungkin sebab inilah orang dulu-dulu jiwa diorang lebih patriotik, kat mana-mana je nyanyi lagu Negaraku.
Actually, kita pernah je mintak penonton pawagam nyanyi lagu Negaraku sebelum movie start. Tapi benda tu selalunya bermusim, contohnya tahun 2015 dulu – benda ni dilakukan masa musim kemerdekaan. Pawagam diarahkan untuk mainkan lagu Negaraku sebelum tayangan filem dimulakan.
2. Filem kontroversi: Dulu Dr Rushdi dan filem Mencari Cinta zaman sekarang
Sebut je nama P.Ramlee, mesti semua orang akan kenal sebab rakyat Malaysia membesar dengan lakonan dan arahan hebat P. Ramlee. Tapi ramai tak tahu sebenarnya dalam banyak-banyak filem yang dihasilkan oleh P.Ramlee, ada filem yang cetuskan kontroversi yang hebat – Filem Dr Rushdi. Filem ni kisahkan tentang seorang doktor yang terlalu sibuk dan takde masa untuk isterinya.
Filem ni ada aksi seks, so dah sah-sah akan jadi kontroversi. Bila P. Ramle ditanya pasal filem ni, dia pun jawab;
“…adegan seks dalam filem tersebut tidak melanggar norma, tidak liar dan berada dalam kewarasan orang biasa,” – P. Ramlee, dipetik dari P. Ramlee Cyber Museum
Zaman sekarang ada jugak filem yang kontroversi dia lebih kurang macam filem Dr Rushdi. Kalau korang masih ingat, tajuk filem tu – Mencari Cinta. Filem Mencari Cinta ni turut paparkan adegan Nora Danish dan Rusdi Ramli kat atas katil. Oleh sebab kontroversi yang ada kat filem ni, Rusdi Ramli terkesan sampai tahap dia tak datang tayangan perdana.
“Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah. Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” – Rusdi Ramli, dipetik dari Karangkraf
3. Dulu pawagam bukan dalam mall macam sekarang
Kalau korang kaki movie, mesti korang akan perasan kebanyakan pawagam yang ada hari ni mesti akan berada dalam kompleks membeli belah. Kalau tak percaya, cuba korang tengok lokasi pawagam GSC ni. Dulu tak macam tu yer – kebanyakan pawagam ada bangunan sendiri. Korang takkan ada peluang untuk pusing-pusing mall sementara tunggu waktu filem korang dimainkan.
Orang zaman sekarang, kalau pergi ke pawagam takdelah nak bergaya sangat. Kata orang – pakai je asal sedap mata memandang, kadang-kadang ada je orang siap pakai baju tidur ke pawagam. Orang-orang dulu, tak mainlah pakai selekeh-selekeh nak pergi pawagam. Diorang akan pakai lawa-lawa macam korang nak pergi jumpa pakwe. Oleh sebab pawagam tak dalam mall – diorang datang ke pawagam memang semata-mata nak tengok wayang.
“Dulu, kalau mahu ke panggung, saya perlu bersiap lebih dua jam. Set (dandan) rambut, pakai baju lawa-lawa, padahal wayang hanya sejam. Pendek kata, kalah pelakon zaman dulu. Kami sanggup ke salun dahulu,” – Saodah Che Hussein (74 tahun), dipetik dari SINAR
4. Poster filem dulu-dulu simple je, tak segempak sekarang
Cuba korang bayangkan macam mana movie sekarang dipromosikan? Poster gempak, trailer yang buat air liur meleleh dan poster dilekat kat mana-mana. Pernah tak korang terfikir macam manalah agaknya penerbit filem dulu-dulu promosikan movie diorang? Dulu-dulu internet takde, TV pun tak semua orang mampu beli. Tapi masih ramai je yang pergi pawagam, diorang pergi rumah ke rumah ke?
Sebelum kitaorang sembang tentang macam mana diorang promosikan movie, meh kita tengok dulu poster movie dulu-dulu. Agak-agaknya, apalah software yang diorang guna untuk edit poster-poster ni kan?
Meh kita bandingkan poster Sarjan Hassan ni dengan poster yang dikeluarkan oleh penerbit filem hari ni, dah sah-sah jauh gila bezanya. Kitaorang ambik cerita pasal askar jugak, supaya perbandingan kitaorang nampak adil.
Kalau nak iklankan filem pulak – diorang akan tampal poster-poster kat tepi jalan atau letakkan iklan dalam surat khabar. Hari ni kalau penerbit filem letak iklan diorang kat surat khabar, memang orang-orang tua je lah tengok. Cuba fikir, apa iklan yang korang boleh ingat kat surat khabar?
5. Tiket wayang dulu-dulu macam kupon makanan kat sekolah
Pergi pawagam GSC, tunjuk filem apa nak tengok, bayar dan dapat tiket yang dah dicetak. Simple. Macam tulah caranya kalau korang nak beli tiket wayang. Tiket wayang korang tu pulak dicetak oleh printer. Bukan setakat tu je – sekarang dah siap boleh beli tiket online dan guna bar code untuk masuk pawagam. Takdelah korang kena berbaris panjang dan bagi tiket untuk dikoyak.
Pawagam dulu-dulu lagi epik – diorang ada tiket macam kupon makanan kat sekolah. Kalau sekarang korang ada nombor tempat duduk kat tempat korang, dulu-dulu takde. Korang kena bersainglah untuk duduk. Dulu ada tiga jenis tiket – kelas satu sampai tiga. Kelas satu paling atas dan kelas tiga kena mendongak kat depan skrin.
“Kelas tiga 60 sen (depan sekali), kelas dua (belakang) RM1.50 dan kelas satu (tingkat mezanin) RM3. Kami sah muka kelas tiga. Kalau tiket habis dan hati meronta-ronta hendak tonton juga, terpaksa tunggu hingga semua penonton masuk, baru buat muka ‘welfare’, minta belas kasihan penjaga tiket untuk masuk, tetapi terpaksa berdiri.” – Farush Khan sembang tentang pengalaman dia, dipetik dari SINAR
Punyalah gigih orang dulu-dulu sampai tahap merayu kat penjaga pawagam untuk masuk. Bila dah masuk pulak, diorang kena berdiri sepanjang filem. Cuba korang bayangkan apa rasanya kalau korang berdiri sepanjang filem ditayangkan? Kaki naik lenguh, satu badan rasa penat. Sekarang kat GSC – korang boleh pilih macam-macam jenis tempat duduk ikut keselesaan dan bajet korang.
Sebelum kitaorang terlupa, pawagam dulu ada waktu rehat – sebijik macam rehat half time main bola sepak. Waktu rehat ni berlaku sebab pekerja pawagam nak tukar roll filem. Dulu-dulu takdenya simpan filem ni kat hard disk, diorang guna roll filem untuk tayangan.
Korang kena ingat jugak, audio dan video pawagam dulu-dulu, takdelah sehebat sekarang. Kalau korang nak tahu – sekarang ni dah ada 4DX dan D-BOX. Kalau korang tengok movie sambil kerusi gerak-gerak, boleh korang ke GSC. Lepas tu diorang ada Dolby Atmos – benda ni akan buat sound movie tu lebih gempak dan realistik.
Lepas tu GSC ada Gold Class Cinemas yang nampak memang mewah gila. Tempat menunggu diorang – sebijik macam kat hotel mewah. Jadi kalau korang nak rasa suasana mewah, bolehlah korang pergi tengok filem dekat GSC sekarang!
Kebetulan pulak GSC tengah buat macam-macam promosi sekarang nitermasuklah tiket berharga RM10 untuk tayangan sebelum pukul 1PM. Jadi kalau korang tertanya pukul berapa korang patut tengok filem seterusnya dengan kawan-kawan, inilah masanya korang pergi pawagam. Diorang sentiasa pastikan harga berpatutan dan keselesaan korang adalah keutamaan diorang!
6. Zaman sekarang macam-macam makanan ada kat panggung, dulu-dulu makan kuaci je
Bagi yang kaki panggung – mestilah korang tahu yang kat pawagam korang boleh makan macam-macam benda. Sebelah kaunter tiket GSC tu selalunya ada kaunter untuk beli makanan. Paling mainstream – makan pop corn. Tambahan lagi, daripada survey yang kitorang buat bersama dengan GSC, kitorang dapat tau yang ramai rakyat Malaysia memang suka makanan-makanan seperti nachos dan nugget yang hanya boleh didapati di pawagam-pawagam zaman sekarang.
Kalau korang kaki seludup – lagilah macam-macam korang boleh bawak. Jangan bawak buah durian sudahlah. Zaman dulu, kebanyakan penonton akan makan kuaci je dan minuman berkarbonat. Masalahnya, kulit kuaci selalunya akan bersepah lepas filem ditayangkan. Korang bayangkanlah menonton filem dengan lantai dipenuhi kulit kuaci.
“Makanan ringan yang paling popular pula bukannya popcorn, tetapi kuaci Bunga Matahari atau kuaci hitam. Apabila selesai sesuatu tayangan dan apabila penonton mula bangun dari kerusi maka akan kedengaranlah ‘bercerau-cerau’ bunyi kulit kuaci itu
jatuh ke lantai.” – Dipetik dari Blues Riders
So, kalau korang pergi pawagam lepas ni – janganlah ulangi kesilapan zaman dulu-dulu, tak reti buang sampah lepas tengok wayang. Rakyat Malaysiakan kan rakyat yang bertanggungjawab? ?
7. Pawagam yang dibakar kerana dikatakan berhantu!
Kitaorang dah cerita pasal makanan, keadaan pawagam, dan poster filem. Tiket kitaorang pun dah bagi korang tengok. Kali ni kitaorang nak cerita pulak pasal hantu yang lepak kat pawagam dulu-dulu. Mesti korang tak pernah dengar kan (<- tekan sini untuk baca artikel hantu pawagam kitorang dekat Cilisos!)?
Bila kitaorang tahu cerita ni, kita terkejut badak. Kalau korang nak tahu – ada sebuah pawagam kat KL yang dibakar kerana dikatakan berhantu. Kitaorang ulang sekali dalam tiga perkataan; pawagam, berhantu, dibakar. Nama pawagam tu Pawagam Madras yang dimiliki oleh Shaw Brothers. Dari kejadian pawagam ni dibakar pada tahun 1975, sampai sekarang takde apa-apa pembangunan kat sana dan kawasan tu dah dijadikan tempat parking kereta!
“Sangat sedikit orang yang ingin menonton filem di pawagam itu pada waktu malam. Dikatakan bahawa roh-roh dari dunia lain mengunjungi pawagam dan filem-filem kegemaran mereka adalah barat, filem epik dan cerita cinta,” – Dipetik dari The Star
Bapak ah, hantu pun ada taste movie oh. Punyalah berhantu pawagam ni – sampai ada satu tempat duduk tu akan dibiarkan kosong sebab geng-geng hantu nak duduk kat kerusi tu. Tak kiralah macam mana penuhnya pawagam tu, diorang tetap takkan akan bagi orang duduk kat kerusi tu. Mestikan kalau dapat tengok cerita hantu kat pawagam yang berhantu!
“Kawan-kawan saya memberitahu saya bahawa mereka akan rasa takut setiap kali mereka terkena angin sejuk yang berbau-bau. Tetapi pintu ditutup dan terdapat hanya beberapa pasangan menonton filem itu,” – Dipetik dari The Star
Zaman sekarang ni, takde lagi pawagam yang kena bakar sebab berhantu. Kalau ada pun, cerita hantu yang buat orang terkejut…
Pawagam zaman sekarang dah gempak, siap ada PROMOSI lagi…
Kitaorang dah bawak korang ke pawagam zaman dulu-dulu tanpa mesin masa. Jadi, mungkin inilah masanya untuk korang bawak orang yang tersayang ke pawagam. Sekarang banyak cerita yang gempak-gempak yang korang boleh tengok.
Syukurlah kita tak perlu hadap nyamuk kat pawagam, tak pun tengah movie sedap dimainkan, tiba-tiba pulak ada waktu rehat. Potong betul, macam tengah tengok filem power kat TV, tiba-tiba iklan datang potong stim.
Boleh tahan jugak kemajuan pawagam kita dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ni. Macam tulah kemajuan yang buatkan orang jadi lebih selesa. Cuba korang bayangkan apa lagi kemajuan yang akan dibawak ke pawagam? Kitaorang harap satu hari nanti penonton boleh masuk kat filem sekali. Mesti bestkan? Bolehlah kita ramai-ramai lawan Thanos!
- 739Share sekarang!
- Email9
- Facebook730
- Share