Dari Pallava ke Rumi, tulisan Bahasa Melayu yang dikenali sekarang

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)

Kecoh juga baru-baru ni pasal pengajian tulisan jawi kat SJK disebut-sebut. Tapi kitorang tak nak sentuh pasal tu sebab MalaysiaKini pun nampaknya dah terangkan secara panjang lebar.

Tapi ni la sedikit sebanyak apa yang berlaku:

“Rancangan pengajaran khat telah dibocorkan, beberapa kumpulan pendidik dan ramai juga yang rasa ia menyusahkan dan kemudian membantah, berpecah belah, memberi pendapat mereka yang saling menentang antara satu sama lain, ahli-ahli politik cuba memadamkan api kemarahan, dan baru-baru ni, masalah tu telah diselesaikan dengan “Kalau nak belajar, boleh, kalau tak nak pun takpe”.

Tak kisahlah apa pun pilihan mereka, kita tengok pula apa masalahnya dengan Jawi? Kita tengok dari mana munculnya, dan kenapa kita masih nak kekalkannya walaupun kita sekarang dah gunakan huruf Latin yang mudah (dulunya dikenali sebagai Rumi). Dan banyak je contoh yang ada disekeliling kita tanpa kita sedari…

Ye, betul tu Teresa Kok. Imej dari Harakah Daily

… tapi, seberapa ramai sebenarnya yang tahu sejarah disebaliknya? Dan itulah yang akan kita bincangkan hari ni, bermula dengan fakta mengejutkan di mana…

Sebelum Jawi, Bahasa Melayu ditulis berdasarkan skriptur Hindu

Walaupun kita selalu mengaitkan sejarah orang Melayu dengan keris, Sultan, puteri gunung, dan perdagangan dengan Arab, sejarah bahasa Melayu bermula sebelum tu lagi. Sejarahnya agak kabur, disebabkan kurangnya minat ditumpukan terhadap sejarah bahasa Melayu sampailah zaman kolonial. Malah, sebahagian besar dari apa yang kita ketahui hari ni pun berasal dari peninggalan yang masih hidup, seperti batu nisan dan batu tulis (Batu Bersurat contohnya).

Takde la sejauh zaman ni. Imej dari Clean Malaysia

Seperti mana-mana bahasa, bahasa Melayu melalui beberapa evolusi sebelum ia jadi macam apa yang kita kenali pada hari ni. Sebelum abad ke-7, bahasa Melayu dipanggil Melayu Kuno atau Melayu Proto (alias Melayu Purba). Ni masa zaman pra-sejarah, dan setakat ni takde rekod bertulis yang ditemui dari bahasa Melayu ni, yang membawa kepada kepercayaan bahawa pada ketika ni, ia adalah bahasa lisan, tanpa skrip tertulis.

Orang-orang di kepulauan Melayu kemudiannya berhubung dengan pedagang India, dan kemudiannya agama dan bahasa mereka. Disebabkan pengaruh yang kuat dari bahasa Sanskrit serta idea-idea yang terdapat dalam Hindu-Buddhisme, Melayu Purba berkembang menjadi apa yang dikenali sebagai Melayu Kuno. Ia nampaknya berjaya bangkit dan menjadi terkenal antara abad ke-7 dan ke-13, semasa empayar Srivijaya.

Sebahagian daripada runtuhan di Lembah Bujang, Kedah, memperlihatkan bahawa agama Buddha Hindu pernah berada di sana. Img dari PakatPakatKalih Blogspot.

Menurut sumber, bahasa Sanskrit pada masa tu dilihat sebagai bahasa ‘atas’, yang merupakan bahasa sarjana. Jadi walaupun beberapa konsep sudah mempunyai istilah Melayu Kuno, mereka digantikan dengan kata-kata Sanskrit yang disesuaikan. Adalah dipercayai bahawa beberapa prefiks dan sufiks dalam bahasa Melayu moden berasal dari sini, seperti menambah ‘-ku’ pada akhir perkataan untuk menunjukkan kepunyaan (‘keretaku’ = kereta saya, ‘buahku’ = buah saya, dll) ditambah dengan awalan lain seperti ‘ber-‘ dan ‘di-‘, walaupun ejaan mereka berbeza di Melayu Purba (masing-masing ‘mar-‘ dan ‘ni-‘).

Contoh tulisan Kawi. Imej dari Wikipedia

Pallava

Contoh Pallava dari tripadvisor

dan Rencong

Rencong dari Wikipedia

Lagipun, bentuk tulisan lain disesuaikan daripada skrip Devanagari India. Disebabkan kawasan besar yang menggunakan bahasa Melayu Purba, kawasan yang berlainan boleh menggunakan pelbagai jenis skrip, iaitu Kawi dan Rencong yang mungkin lebih umum di bahagian Indonesia moden, sementara Malaya mungkin menggunakan lebih banyak Pallava. Pemerintahan Melayu lama yang popular sehingga abad ke-13, di mana…

Perdagangan dengan dunia Islam membawa Islam, serta skrip Jawi

Pedagang Arab tengah solat di pesisir pantai di Melaka, mungkin. Lukisan dari Blogspot e-foliopengajian.

Walaupun kitorang ada sebut tarikh kasar untuk peralihan sebelumnya, tapi ia bukanlah  perubahan yang mendadak. Tarikh-tarikh tu adalah anggaran bagi tempoh masa di mana setiap versi Bahasa Melayu mungkin digunakan secara meluas. Jawi dikatakan menjadi popular bermula abad ke-13 dengan kedatangan Islam, walaupun ada yang mungkin berpendapat  Islam muncul di rantau ni mendahului skrip Jawi, dengan batu nisan dan sejarah catatan pelayaran yang menunjukkan amalan Islam seawal abad ke-8.

Skrip Jawi berasal dari bahasa Arab, tapi ada sedikit perbezaan: ia mempunyai enam aksara tambahan yang ditambahkan/disesuaikan untuk mewakili bunyi dalam bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab, iaitu / c /, / ng /, / v /, / g /, / ny / dan / p /.

Dan sebab kenapa sistem penulisan mereka bertukar kepada jawi? Ia mempunyai kaitan dengan belajar Islam.

Huruf asal Arab…

Dan 6 huruf tambahan untuk tulisan Jawi

Pada mulanya, ada usaha untuk mempelajari Islam dari dua sumber utama: Al-Quran, teks utama Islam, dan Hadis, yang merupakan koleksi ucapan dan tingkah laku Nabi Muhammad. Kebanyakannya adalah dalam bahasa Arab masa tu, jadi kalau nak baca, mereka perlu mengenali huruf Arab. Tambahan pula dalam Islam, sebutan bahasa Arab yang betul mengenai doa dan frasa tertentu adalah penting, sesuatu yang skrip berasaskan Sanskrit tak boleh digambarkan dengan tepat. 

Untuk menyelesaikan kedua-dua masalah sebutan yang tak tepat dan ketidakpastian dengan skrip Arab, skrip Jawi mula diperkenalkan. Ini bukanlah suatu fenomena yang unik untuk Malaysia, sebenarnya. Sebagai contoh, bahasa Cina mempunyai ‘Jawi’ versi mereka sendiri yang biasa dipanggil Xiao’erjing, yang digunakan oleh kumpulan minoriti Islam di bahagian-bahagian China.

Dengan pengenalan tulisan Jawi dan bantuan perbendaharaan kata bahasa Arab dan Parsi, Melayu Purba menjadi Bahasa Melayu Klasik. Bentuk bahasa Melayu ni berbeza dengan versi terdahulu dalam banyak cara, seperti mempunyai kalimat yang lebih panjang, lebih rumit, penggunaan ‘pun’ dan ‘lah’, perubahan dalam tatabahasa dan gaya kalimat yang dipengaruhi Arab, dan populariti permulaan kata macam ‘hatta’, ‘alkisah’, dan ‘adapun’. Inilah jenis tulisan Melayu yang korang tengok dalam drama bersejarah Kerajaan Kesultanan.

Atau filem yang ada Hang Tuah. Imej dari ymkarenmmc2017’s Blogspot.

Bahasa Melayu dan Islam menjadi sangat popular di rantau ini, dan ada yang mengiktiraf Jawi sebagai pemangkin untuknya. Pada tahap tertinggi, ia digunakan oleh rakyat biasa dan untuk hal ehwal rasmi, bukan terhad kepada kelas-kelas Islam sahaja. Para Sultan pada masa tu juga dikatakan menulis surat kepada raja-raja asing dalam bahasa Jawi. Dengan perdagangan yang berkembang pesat, Melayu dan Jawi menjadi lingua franca rantau ini, sampailah Jawi kemudiannya perlahan-lahan dilupakan bila…

Barat memperkenalkan skrip Roman ke Nusantara

Tak dapat dipastikan bila masyarakat pada masa tu mula mengunakan rumi untuk bahasa Melayu, tapi sumber menunjukkan ia adalah lebih kurang selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis. Dokumen pengajaran menunjukkan mat saleh pertama yang merumikan bahasa Melayu adalah seorang bernama Duarte Barbosa pada tahun 1516, tapi tak banyak. Dia dikatakan telah mengiringi Magellan semasa pengembaraannya di dunia, tapi satu lagi sahabat Magellan yang bernama Antonio Pigafetta dikreditkan dalam kamus Melayu pertama yang diromankan/ dirumikan.

Kamus Pigafetta mengandungi kira-kira 400 perkataan. Korang boleh tengok dari sampel ni…

Satu helaian dalam kamus Pigafetta. Anda boleh membaca lebih lanjut daripada penulisan Alessandro Bausani.

… ejaannya nampaknya berdasarkan bunyi kata-kata dalam bahasa Itali, bukan terjemahan dari Jawi. Selama bertahun-tahun, ketika Malaya bertukar penjajah, beberapa kamus dan sistem ejaan lain untuk bahasa Melayu dalam skrip Rom diterbitkan, tetapi ejaan berbeza secara jelas, mengikut waktu dan wilayah berdasarkan negara mana yang menjajah.

Antara yang menarik adalah ejaan antara Tanah Melayu dan Indonesia: lepas perjanjian Anglo-Belanda pada tahun 1824, Tanah Melayu berada di bawah British, manakala Indonesia pula berada di bawah Belanda. Pada awal tahun 1900-an, Tanah Melayu dikatakan menyeragamkan ejaannya untuk kegunaan rasmi menggunakan sistem ejaan Wilkinson, manakala Indonesia menggunakan sistem ejaan van Ophuijsen, yang mengeja kata-kata Melayu mengikut bunyi Belanda.

Perbezaan yang biasa dilihat ialah sistem van Ophuijsen menggunakan bunyi ‘j’ untuk ‘c’ dan ‘y’: ‘jari’ di Malaya dieja ‘tjari’ di Indonesia, ‘nyawa’  dieja sebagai ‘njaya’ dan bunyi ‘u’ ditulis sebagai ‘oe’. Seperti ini:

Iklan lama Indonesia dengan ejaan sistem van Ophuijsen. Img dari Kaskus.

Beberapa penambahbaikan terhadap sistem berlaku selepas tu, mungkin juga disebabkan  seorang sarjana Melayu yang bernama Za’ba, yang antara lain mengenal pasti enam suara  vokal yang digunakan dalam bahasa Melayu dan menetapkan beberapa peraturan dalam menerjemahkan kata-kata Jawi ke Rumi.

Sekitar tahun 1967, Malaysia dan Indonesia bergabung dan menyeragamkan sistem ejaan mereka, dan sejak itu, sistem ejaan untuk perkataan Melayu di Malaysia telah dikekalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Jadi dengan skrip Rumi di tempatnya dan lebih banyak perbendaharaan kata yang ditambahkan pada bahasa selama bertahun-tahun di bawah pelbagai penjajah, Melayu Klasik berubah menjadi Melayu moden yang kita kenal sekarang. Dan bukan macam Kawi, Pallava dan Rencong, yang tak lagi dikenali sekarang, Jawi pula masih digunakan di Malaysia moden. Walau bagaimanapun …

Walaupun Jawi masih digunakan, ada yang takut ia akan dilupakan satu hari nanti

Contohnya macam rekod jualan seorang hamba perempuan Batak kepada British, memberi pemahaman lebih kepada sejarah kita. Imej dari British Library.

Secara akademik, masih ada nilai untuk kita mempelajari skrip Jawi. Jawi merupakan sebahagian besar sejarah Tanah Melayu, dan dalam 700 tahun atau lebih ketika Jawi merupakan bahasa penting, malah terdapat beribu-ribu penulisan dokumen sejarah ditulis dalam tulisan Jawi. Malah (mungkin) dokumen sejarah yang paling kita kenali, iaitu Deklarasi Kemerdekaan, juga ditulis dalam tulisan Jawi. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya 4,000 dokumen sejarah masih menunggu untuk diteliti dan/atau diterjemahkan ke dalam Rumi.

Dengan penambahbaikan dalam perkataan ejaan bahasa Melayu di Rumi selama bertahun-tahun, Jawi tak pernah diabaikan sarjana Melayu, dengan lebih banyak peraturan ditambah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Tapi walaupun kedua-dua sistem masih digunakan hari ini, Jawi agak kurang popular. Pada 1960-an, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 telah dilaksanakan, dan ia menjadikan sistem Rumi sebagai sistem penulisan rasmi untuk bahasa Melayu, walaupun tak salah pun kalau sesiapa masih lagi nak gunakan tulisan Jawi.

“Skrip bahasa kebangsaan hendaklah menjadi tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali sebagai tulisan Jawi, bahasa kebangsaan,” – Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan.

Dan sampailah ke hari ni, Jawi masih diajar di sekolah, terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, di mana buku teks rasmi ditulis hampir sepenuhnya dalam tulisan Jawi. Bagaimanapun, terdapat kebimbangan di mana Jawi semakin kurang popular, terutamanya di kalangan generasi muda. Dan malangnya, kita tak jumpa statistik yang tepat untuk menyokong kenyataan ni. Tak kira apa pun, untuk membetulkan persepsi, beberapa kerajaan negeri dan NGO juga dah cuba menggunakan skriptur ni dalam sepanduk dan papan tanda, dan dengan mengadakan kempen untuk mengembalikan minat rakyat dalam penulisan ni.

Sebab tu korang boleh tengok signboard macam ni. Cuba teka, negeri mana? Imej dari notremalaisie.blogspot.com

Tak kisahlah macam mana pun pandangan orang terhadap Jawi, kita tak boleh nafikan yang ia adalah sebahagian besar sejarah Malaysia walaupun kita tak pasti kalau orang masih rasa yang ia masih relevan dalam masa depan Malaysia.

(Sebelum tu, untuk korang yang minat cerita sejarah, subscribe la group Facebook kitorang, SALAM SEJARAH-TERA.)