Kenapa kalau kuda kepang je boleh sampai ‘kena rasuk’? Asal-usul dan dan kepercayaan mistik

Bila disebut pasal kuda kepang, apa yang mula-mula terlintas kat fikiran korang? Dan ni adalah antara jawapan dari kawan-kawan penulis mengenai kuda kepang:

kuda kepang_fahaman masyarakat

Kuda kepang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Kuda Lumping, Jaran Kepang atau Jathilan. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Kuda kepang yang dianyam. Imej dari Hastuwi
Kuda kepang yang dianyam. Imej dari Hastuwi

Persembahan kuda kepang banyak dibuat di majlis keramaian dan ia menjadi acara kebudayaan. Sebagai budaya warisan dan kemahiran mempersembahkan kuda kepang ni telah diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Nak tahu lebih lanjut mengenai kuda kepang? Jom scroll lagi kebawah, banyak lagi fakta-fakta menarik yang mugkin korang pun tak tahu mengenai kuda kepang ni…

Asal usul kuda kepang

Asal-usul sebenar kuda kepang masih lagi tak dapat dipastikan. Maklumat kat Wikipedia cakap satu benda je, yang ianya dibuat untuk menggambarkan penentangan terhadap Belanda, tapi sumber rujukan pun dah expired. Jadi SOSCILI cuba tanya pakar-pakar dalam negara kita..

Tarian kuda kepang ni memang terkenal sebagai tarian tradisi masyarakat Johor terutama sekali orang Melayu berketurunan Jawa dan ia jugak merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Singapura.

“Kuda kepang ni mempunyai pengaruh latar belakang Jawa yang sangat kuat semasa penghijrahan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu dan ianya kekal hingga sekarang ni.” – En. Naim Marjani, Ketua Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan. Ketika di interview oleh SOSCILI.

Tarin kuda keepang di Lombok, Indonesia semasa tahun 1922. Imej dari Wikipedia.
Tarin kuda keepang di Lombok, Indonesia semasa tahun 1922. Imej dari Wikipedia.

Menurut Naim Marjani atau lebih mesra dengan panggilan Embah, tarian kuda kepang dicipta oleh wali Songo iaitu sembilan wali yang termasyur di Tanah Jawa pada abad ke-15 sebagai tarikan dalam usaha menyebarkan Islam kat pedalaman tanah Jawa. Waktu tu, wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati masyarakat di pedalaman dan dari situlah mereka mendapat idea mencipta kuda daripada buluh dan membuat persembahan tarian daripada kuda ciptaan mereka tu. Jadi, orang-orang kampung kat pedalaman yang sebelum ni tak pernah terdedah dengan sebarang bentuk hiburan telah datang berduyun-duyun untuk melihat permainan tersebut.

“…selepas mereka habis buat tarian, wali tersebut tak bagi penonton (penduduk di pedalaman) untuk terus bersurai. Dengan kesempatan tersebut lah, mereka telah menerangkan mengenai Islam dan mengajar penduduk di pedalaman ni untuk mengucap kalimah Syahadah …”- En. Naim Marjani, Ketua Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan. Ketika ditemuramah oleh SOSCILI.

Tambah beliau lagi, kepang tu bermaksud anyaman (ia dianyam oleh buluh) dan nama kuda tu pula kerana ia berbentuk seperti kuda. Maka terjadilah nama ‘tarian kuda kepang’.

“Kuda kepang asalnya dari wilayah Ponorogo Jawa Timur. Pada peringkat awal, tarian kuda kepang ni memberi gambaran tentang peperangan menentang penjajah dengan cara menunggang kuda.” –  Dr Yusmilayati Yunos, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kebudayaan dari UKM. Ketika ditemuramah oleh SOSCILI.

Ada jugak pendapat lain yang mengatakan asal usul kuda kepang ni berkaitan dengan alam kayangan. Menurut Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor, terdapat seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Lepas kedua-dua kuda tu berjumpa, mereka pun menari-nari keseronokan.

Inilah rupa Kuda Sembrani mengikut kepercayaan masyarakat Jawa. Imej dari Mughni Ali Abdillah
Inilah rupa Kuda Sembrani mengikut kepercayaan masyarakat Jawa. Imej dari Mughni Ali Abdillah.

Selain tu, kami jumpa satu teori lain yang mengatakan ia sebenarnya meniru gerak langkah tentera Saiyidina Ali semasa menempuh peperangan. Sebuah tesis dari UTM ni (fail PDF) memetik buku “Kebudayaan 1972, Kenangan 75 Tahun Bandar Penggaram” tulisan Alimah Ghani yang mengatakan waktu tu ada seorang hamba Allah dari Tanah Jawa ni telah menyaksikan pertarungan antara tentera Saiyidina Ali dengan pihak musuh. Beliau berasa kagum melihat tentera Saiyidina Ali ni bertempur semasa tengah “naik syek” (khayal/mabuk) sehingga mengalahkan pihak musuh.

Ekoran daripada itu, hamba Allah ni pun pulang ke Tanah Jawa dan melakukan “Pertapaan” sehingga akhirnya dia pun ghaib. Menurut cerita, sebelum dia ghaib, hamba Allah tersebut sempat menubuhkan sebuah pasukan kuda kepang di Tanah Jawa.

giphy (2)

Namun ada jugak fahaman lain yang menyatakan bahawa tarian kuda kepang ni bermula sebagai ritual animisme pada zaman primitif dan ianya berasal daripada sembahyang semangat alam.

Terlalu banyak andaian yang dibuat mengenai tarian kuda kepang ni. Tapi… korang tahu tak cara disebalik persembahan tarian kuda kepang tu dan jenis-jenis persembahan kuda kepang?

Macam mana tarian kuda kepang tu dipersembahkan?

Untuk membuat persembahan kuda kepang, ia memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang iaitu 9 orang penari, 5 orang pemuzik, 15 orang penjaga (danyang) di sekitar tempat persembahan tersebut dan 2 orang bertindak sebagai ‘Bomoh Pemulih’.

“Danyang adalah penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya.”- En. Naim Marjani, Ketua Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan. Ketika di interview oleh SOSCILI.

Para penari akan menari menggunakan patung kuda yang telah dibuat daripada anyaman buluh atau kulit haiwan. Tarian ni ditarikan dengan gerakan barisan orang-orang yang sedang menunggang kuda dalam peperangan. Manakala alatan muzik yang digunakan dalam tarian tersebut ialah angklung, gendang, gong, jidur, kenong, boning dan saron kecil.

Antara alatam ,uzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang. Imej dari Karimama.
Antara alata muzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang. Imej dari Karimama.

Berdasarkan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor, biasanya rentak tarian dalam kuda kepang tu dicipta sendiri oleh guru yang mengajar kumpulan tersebut. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Dan setiap lenggang-lenggok dalam tarian dinamakan Lenggang Kiprah.

Sebelum tu, kami difahamkan kuda kepang ni ada dua jenis, satu tarian kuda kepang yang biasa-biasa je dan lagi satu ni memang jenis yang ekstrim punya lah, iaitu tarian kuda kepang mabuk dan ianya dipengaruhi oleh kuasa mistik.

Kuda kepang merupakan adunan mistik yang unik

Persembahan kuda kepang mistik ni biasanya kuda tersebut diperbuat daripada kulit haiwan. Ini kerana corak permainan yang mistik ni lebih ganas berbanding yang biasa. Malah, sebelum persembahan dimulakan, kuda tersebut jugak perlu diperasapkan terlebih dahulu dengan kemenyan.

“Apabila sesebuah persembahan melibatkan ritual tertentu, secara tidak langsung ia melibatkan kuasa mistik dan  bantuan alam ghaib sehingga munculnya istilah kuda kepang mabuk.” – Dr Yusmilayati Yunos, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kebudayaan dari UKM. Ketika di interview oleh SOSCILI.

Imej dari allsingaporestuff
Imej dari allsingaporestuff

Menurut Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor,  kuda kepang ni dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib sebab tu sebelum nak mula bermain kuda kepang tu mereka kena buat dulu satu upacara khas (istiadat memuja roh) yang dipanggil sebagai upacara ‘buka gelanggang’. Jika upacara tu gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tak baik akan menimpa pemain dan penontonnya.

Selain tu, bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu seperti buah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain  putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai.

Memperaspkan terlebih dahulu sebelum memulakan persembahan. Imej dari sultanmuzaffar
Memperaspkan terlebih dahulu sebelum memulakan persembahan. Imej dari sultanmuzaffar.

Apa yagn menariknya, setiap kali melakukan persembahan tarian kuda kepang, pasti akan terdapat beberapa orang penari akan ‘naik syeikh’ (mabuk) dan berkelakuan aneh.

“Keadaan ini berlaku apabila penari kuda kepang terlalu asyik menari sehingga mereka lupa diri dan boleh melakukan pelbagai perbuatan diluar jangkaan seperti mengupas kelapa menggunakan gigi, makan telur mentah, mengunyah kaca dan sebagainya.” – Dr Yusmilayati Yunos, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kebudayaan dari UKM. Ketika di interview oleh SOSCILI

Merujuk pada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor lagi, semasa penari-penari sedang ‘naik syeikh’, alunan muzik harus terus dimainkan dan jangan diberhentikan. Kalau ianya diberhentikan, nanti mereka yang tengah ‘naik syeikh’ tu akan marah dan menerkam pemain muzik tersebut.

Apabila gerak langkah penari tersebut semakin liar dan tak dapat dikawal, bomoh akan mendekati penari tersebut dan membaca mantera ke ubun-ubun atau telinga mereka supaya semangat tu keluar dari tubuh penari. Namun ada juga setengah semangat yang sukar dikeluarkan sebab katanya tak puas lagi menari. Menurut dari video Kuda Kepang Johor Malaysia, sebaik sahaja tarian selesai, bomoh atau juga dikenali sebagai pawang akan membaca sekali lagi mantera di sebuah bilik khas sebagai penutup dan kembalikan semula semangat tempat asal tersebut.

Selain dari tujuan berlibur, kuda kepang juga digunakan sebagai perubatan.

“Biasanya untuk berubat sakit-sakit kerasukan… jadi dia akan buat acara kuda kepang mabuk dan berunding dengan pawang (serta alam ghaib) untuk melakukan proses perubatan…” – Dr. Samad Kechot, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dipetik dari video Kuda Kepang Johor, Malaysia.

Menurut Dr. Samad Kechot, Pensyarah Kanan UKM ni lagi, kalau main kuda kepang tu tak boleh melebihi jam 12 malam kerana kalau tak diberhentikan khususnya pada mereka yang tengah naik syeikh (mabuk) tu, nanti mereka ni akan terus tak boleh disedarkan dan semangat tu terus meresap ke dalam badan para penari.

WARISAN SENI SRI JOHOR / KUDA KEPANG

Antara aksi di dalam persembahan kuda kepang mabuk. Imej dari Berita Harian.
Antara aksi di dalam persembahan kuda kepang mabuk. Imej dari Berita Harian.

Jika ia mempunyai unsur-unsur mistik, apakah tiada tindakan yang diambil untuk mengawal ianya dari terus berleluasa?

Kenapa tarian kuda kepang ni diharamkan oleh fatwa negeri Johor?

Pada 18 Februari 2009, Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Johor telah bersidang dan membincangkan hukum permainan kuda kepang. Dan keputusannya, Jabatan Mufti Negeri Johor (rujuk fail PDF), telah menyatakan ianya haram kerana bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan tersebut.

Imej dari Min Malin92
Imej dari Min Malin92

“Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda kepang. Mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha.” – Jabatan Mufti Johor. Dipetik dari Jabatan Mufti Johor.

Antara ringkasan hujah dari Fatwa negeri Johor mengenai pengharaman kuda kepang ialah:

  • Mempunyai unsur syirik iaitu melakukan jampi dengan pertolongan daripada jin dan syaitan.
  • Mempunyai unsur khurafat kerana adat istiadat, pemujaan dan kepercayaannya menyimpang dari ajaran Islam.
  • Demi menjaga syariah Islamiah. Ini kerana tarian kuda kepang boleh memudaratkan diri sehingga meragut kewarasan akal (diri penari kuda kepang tu telah dimasuki jin yang dipuja itu).

“Masa saya belajar ni (kuda kepang) saya mengaku ianya memang syirik sebab kita ada memuja, memanggil makhluk-makhluk (alam ghaib) macam tu.”- Noraida Sabtu, Jurulatih Kumpulan Warisan Seni Sri Johor. Dipetik dari Berita Harian.

Imej dari Penang Monthly
Imej dari Penang Monthly

“Untuk buka gelanggang, ia ada bacaan yang memanggil tuan punya tempat ni di alam lain. Kita akan sebut (memanggil) nama jin… kita juga ada membakar kemenyan. Kemenyan tu makanan jin…” – Mohd Yazid Sabtu, Pengurus Kumpulan Warisan Seni Sri Johor. Dipetik dari Berita Harian.

Jika tarian-tarian tradisional seperti kuda kepang ni dah diharamkan, maka tiada lagi lah kebudayaan dan seni tradisi masyarakat kita yang dapat dipertahankan?

Kesenian tradisi semakin hilang ditelan zaman

Setiap negeri pasti mempunyai tradisi dan budayanya tersendiri. Jika ianya dilupuskan maka hilanglah keseniannya. Mungkin ianya masih boleh dipertahankan selari dengan ajaran Islam seperti yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan mengenai pertunjukkan wayang kulit.

“Persembahan wayang kulit dengan tujuan penyebaran maklumat, pendidikan, memberi kesedaran dengan tujuan dakwah adalah sangat digalakkan… asalkan tiada unsur yang tidak dibenarkan dalam dakwah Islam.” – Mohd Saiba Yaakob, Ketua Jabatan al-Dakwah Wal Qiadah Kolej Islam Sultan Ismail Petra. Dipetik dari Malaysia Kini.

Imej dari Eu-Asien
Imej dari Eu-Asien

Menurut Dr Yusmilayati Yunos semasa di interview oleh SOSCILI pula berpendapat dari aspek keseniannya, ia wajar dipertahankan dan dilestarikan kerana ia satu bentuk seni yang tidak dipelajari secara formal. Tambah beliau lagi, persembahan ini juga sudah sebati dalam masyarakat Jawa yang bukan hanya untuk hiburan je malah ianya merupakan satu cara masyarakat Jawa mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

“Dalam jangka panjang, mungkin tarian kuda kepang boleh ditarikan sebagai satu bentuk hiburan sahaja tanpa upacara ritual. Namun dipercayai tanpa upacara ritual, tarian ini akan menjadi hambar.” – Dr Yusmilayati Yunos, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kebudayaan dari UKM. Ketika di interview oleh SOSCILI.

Sebelum tu, jom kita tengok satu persembahan tarian kuda kepang mabuk dari Kumpulan Kuda Kepang Parit Raja kat Festival George Town:

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)