Sebelum sukan Asia, kita dah ada dua juara Asia dalam sukan ekstrem ni

Sukan Asia dah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas. Sasaran Malaysia untuk mendapatkan 7 pingat emas dah pun tercapai. Walaupun ada beberapa sukan favourite negara kita tak capai kejayaan yang diidamkan macam badminton dan acara papan anjal. Namun, ada beberapa pencapaian luar biasa dan kejutan dalam edisi kali ni.

Antaranya selepas kemarau 24 tahun, sepak takraw berjaya menyumbangkan pingat emas. Apa yang mengejutkan, sedar atau tak, salah satu pingat emas dah disumbangkan oleh atlet muda berusia 16 tahun, Mohd. Fauzi Kaman Shah dalam acara kapal layar Laser Open. Budak Form 4 tu!

Atlet 16 tahun adalah juara Asia. Imej dari Berita Harian.

Bercakap pasal atlet muda, semestinya korang akan fikir yang diorang ni akan gugup gila bila bertanding di sukan sebesar Sukan Asia. Berdepan dengan jaguh-jaguh ternama dari Asia, lagi bertambah cuaklah diorang. Inilah yang berlaku kepada atlet skateboard (papan selaju) negara, Fatin Syahirah Roszizi yang berusia 16 tahun. Namun, dia dikecam teruk sebab persembahannya di pusingan akhir.

Aktiviti kecam mengecam pun dah habis, eloklah kita kembali ke pangkal jalan. SOSCILI kali ni, nak gunakan kesempatan yang ada untuk ceritakan pasal kehebatan atlet skateboard negara yang mungkin ramai tak tahu lagi. Salah seorang lejen tu juga adalah jurulatih kepada Fatin sendiri, iaitu Joe Ipoh.

Jurulatih negara yang merupakan jaguh Asian X Games

Aksi Joe Ipoh. Video dari Screwthebox TV.

Buat pertama kalinya, negara menghantar pasukan skateboard negara ke Sukan Asia diwakili oleh Yaziru Amiru Basyir Zainordin (24 tahun), Fatin Syahirah Roszizi (16 tahun), Christina Lai Grace (13 tahun), Mohamad Hazim Syahmi Shahrum (19 tahun) dan Nuriman Amri (11 tahun). Semuanya muda-muda lagi. Jurulatih yang dah diberi tanggungjawab untuk bagi tunjuk ajar adalah Johary Fitri Khairuddin atau Joe Ipoh.

“Saya akan curahkan ilmu yang ditimba dalam kejohanan-kejohanan besar yang saya pernah sertai. Saya akan memberi panduan mengenai selok-belok dan cara mendapatkan markah yang lebih tinggi kepada mereka,”- Joe Ipoh, petikan dari Stadium Astro

Dia memang mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan peminat skateboard tanah air. Maknanya apa tuan-tuan? Semestinya ada kejayaan luar biasa yang dia pernah tampilkan suatu masa dulu. Kita mulakan…

Lama sebelum sukan skateboard dipertandingkan pertama kali di Sukan Asia Jakarta Palembang, nampaknya dah ada rakyat Malaysia yang  menceburi bidang ni secara profesional. Macam Joe Ipoh ni nama dia harum apabila menjadi pemenang pingat perak bagi Asian X Games 2004 yang mengalahkan jaguh Asia lain.

Detik-detik kemenangan. Imej dari Youtube Caliphate CEO Studio

Dia juga adalah perintis negara dalam Asian X Games ni sebab dah menyertainya seawal edisi 1989 di Phuket, Thailand. Kejayaan dah dikecapi pada tahun 2000 sebagai pemenang tempat ketiga dan berakhir di tempat keenam pada edisi 2003. Walaupun tak pernah muncul juara, dia tetap punyai kenangan menjadi sang juara ketika menyertai pertandingan sukan ekstrem di Jakarta pada tahun 1992.

Kejayaan dan kehebatannya di rantau ini dah menyebabkan dia dijemput bertanding di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS). Malangnya, dia gagal mendapatkan visa di saat-saat akhir walaupun dah dapat sokong ESPN dan KBS. Dia rasa isu ni berlaku sebab ada berlaku pengeboman di AS.

Semestinya kejayaan seseorang tu sebahagiannya datang dari inspirasi idola pujaannya. Untuk Joe pula, idolanya adalah pemain skateboard ternama dunia, Tony Hawk. Tak perlu diterangkan lagi. Cukuplah gambar di bawah menjadi bukti betapa legendanya dia sampai ada video game sempena nama dia. Korang pernah main?

Imej dari Game Oldies

“So far, abang punya idola Tony Hawk-lah. Pasal dia seorang berdisiplin. Itu yang buat dia sampai kat mana dia berada sekarang ni. Dia clean, dia sober (tak minum alkohol & mabuk).”

Menurutnya lagi, Tony Hawk tak macam pemain lain yang kuat berparti. Apa yang menarik, nama Tony Hawk ni naik lagi apabila dia komen dan bagi semangat dekat Instagram Fatin Syahirah Roszizi. Dah lah idola, lepas tu idola bagi semangat kat anak buah dia. Memang seronoklah!

Joe dan Tony Hawk. Imej dari Youtube Gratzroot Mag.

Selain Tony Hawk, ada beberapa orang ternama tempatan yang bagi semangat kat Fatin termasuklah Yuna dan juga seorang lagi legenda pemain skateboard negara yang menjadi pujaan semua iaitu Pa’din Musa.

“Ini adalah saat di mana skateboarder tu rasa macam takdak kaki sampailah ke trick yang pertama. Lagi hebat rasa nervous ni apabila telah meningkat usia dan juga di pertandingan yang lebih besaq.

Semoga family Fatin dan member-member akan terus memberi sokongan padu pada Fatin dan Fatin akan terus skate demi skateboarding dan keseronokannya. Skateboarding mengajar kita erti kegagalan. Maju terus skateboarding Malaysia”- Pa’din Musa, petikan dari IG-nya.

Dua kali juara Asian X Games serta punyai kasut edisi khas keluaran Vans

Pa’din juara Asian X Games 2004 mengalahkan Joe Ipoh. Imej dari Youtube Caliphate CEO Studio

Ahmad Fadzil Musa atau Pa’din Musa adalah juara Asian X Games 2004 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Kalau tengok gambar kat atas, dia siap kalahkan Joe Ipoh lagi dalam pertandingan yang sama. Mungkin ramai yang tak tahu, dia juga adalah juara Asian X Games edisi 2000 di Phuket Thailand. Waktu tu dia hanya menggunakan duit poketnya sendiri. Cumanya ada beza jadi juara edisi 2000 dan 2004 sebab bertanding depan rakyat Malaysia sendiri.

Kejayaan Pa’din di Asian X Games 2004 dah menyebabkan dia menjadi satu-satunya peserta dari Malaysia yang layak untuk bertanding di X Games Summer 2004 Los Angeles. Kalau dalam sukan ekstrem, X Games ni adalah yang paling berprestij. Walaupun saingan terlalu hebat di sana, dia tetap berpeluang untuk bertanding bersama pemain skateboard dunia.

Pa’din TERKEJUT. Imej dari Youtube Caliphate CEO Studio

Selepas tidak bertanding lagi, dia banyak terlibat sebagai penasihat dan membina gelanggang sukan ekstrem termasuk di Taman Cabaran Putrajaya dan Pasir Gudang, Johor. Dia juga pernah menjadi penganjur sirkit sukan ekstrem kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Namanya terus harum apabila Pa’din adalah orang pertama di Asia Tenggara yang terpilih untuk bekerjasama dengan syarikat kasut Vans bagi menghasilkan kasut signature. Edisi khas VansXPadin ni dah habis dijual hanya dalam masa dua jam lepas pelancarannya dari Pulau Pinang hingga Singapura. Fuh!

“Dua pantun ni memang sinonim lah kita orang Melayu. Jadi aku memang nak pantun ni diletakkan di kasut ni. Supaya bila nanti sampai bila-bila pun. Kasut Vans kalau ada orang beli di Amerika Syarikat ke, Australia ke, di mana-mana collector kan.

Bila dia bukak tu dia tak paham. Tapi, bila google dia akan tahu yang ni adalah bahasa Malaysia. Kasut ni di ‘design’ oleh orang Malaysia.”- Pa’din Musa, petikan dari Pop TV NTV7.

Reka bentuk dalaman kasut VansXPadin. Dua-dua pantun tulisan dua orang anak dia. Imej dari Malaysia Coloric.

Kasut dah ada, pingat emas pun berlambak dan korang mesti nak tau berapa kali Pa’din pernah cedera teruk sepanjang dalam kariernya. Memang tak sangka, dia hanya pernah patah tulang sekali je. Itu pun pada tahun 2018 sewaktu umurnya hampir berusia 40-an.

Dengan cerita kedua-dua legenda negara ni dah terbukti yang sukan ni dah bertapak lama dalam negara kita. Siap ada juara lagi kat benua Asia. Sukan skateboard yang orang anggap sebagai vandalism hari ni pun dah bertukar serta-merta.

Aksi Pa’din suatu masa dulu. Video dari Youtube Frontside TV

Sukan skateboard sudah makin diterima, peluang baru untuk ke Olimpik

Dalam game, polis pun boleh jadi pro. Imej dari Game Ford.

Macam yang diakui oleh pengasas Skatemalaysia.com, kalau nak banding dengan generasi pertama skaters di Malaysia (sekitar tahun 1987-1989), sekarang dah ada beberapa skatepark dan ditaja oleh pihak tertentu. Dan siapa sangka Malaysia akan ada pasukan skateboard yang bertanding di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018.

“Skateboard adalah sukan baru yang dimasukkan dalam Asian Games dan juga Olimpik di Tokyo pada 2020. Jadi kesemua atlit Malaysia adalah atlit kategori B.

Kategori itu adalah atlit yang belum ada profil atau pencapaian tinggi dalam ranking dunia atau Asia atau mana-mana sukan bawah Olimpik.”- Wan Kedah, pengasas skatemalaysia.com, petikan dari FB-nya.

Atlit ni ditanggung oleh persatuan mengikut dana yang ada sahaja. Walaupun tidak berjaya di Sukan Asia, pasukan skateboard negara ada wakil yang masuk pusingan akhir bagi kategori masing-masing iaitu Yaziru Amiru dan Fatin Syahirah Roszizi. Cumanya, ia perlu dipertingkatkan lagi.

Perintis skateboard negara di Sukan Asia. Imej dari Insta Fatin Syahirah Roszizi.

Tak boleh disangkal lagi bahawa sukan skateboard akan mencipta sejarah apabila bakal dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ruang yang bakal disediakan ini perlulah direbut oleh para peminat skateborad untuk sama-sama menaik taraf sukan ni supaya terus maju dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 

 

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT