Kisah pegawai SPRM yang cuba membongkarkan rasuah tapi asyik dihalang

*Artikel ini pernah diterbitkan pada 13 Januari 2017*

(This article is available on CILISOS, click here to read it in English)

Beberapa bulan lepas, media telah melaporkan bahawa Ketua SPRM, Tan Sri Abu Kassim, telah melepaskan jawatan dia dan time tu ramai mengatakan bahawa dia dipaksa untuk berbuat demikian tapi telah disangkal olehnya.

Tak lama lepas tu, pengganti Tan Sri, Datuk Dzulkifli Ahmad sedang sibukkan diri dengan kes-kes high profile. Kemudian pada awal tahun haritu, kami dikejutkan lagi dengan berita bahawa seorang ketua SPRM telah berhenti kerja juga.

Mula-mula kami ingatkan Datuk Dzulkifli tu, rupa-rupanya orang lain. Pegawai SPRM yang kami maksudkan tu adalah, Datuk Bahri Mohammad Zain, dia merupakan Ketua Cawangan Operasi Khas untuk SPRM.

Ni lah Datuk Bahri, gambar dari kualalumpurpost.net

Apa yang menarik perhatian kami adalah, kenapa Datuk Bahri ni berhenti kerja. Bukan sebab datang lambat atau main Pokemon Go kat dalam ofis, tidak. Dia ada alasan kukuh dia sendiri dan disebabkan tu, Datuk Bahri secara tak sengaja telah membuat onar.

Berhenti kerja sebab dia rasa telah menghampakan rakyat Malaysia

Sebenarnya Datuk Bahri berhenti 3 tahun awal dari tahun pencen dia. Tapi telah dilaporkan bahawa pegawai yang berumur 57 tahun ni memilih untuk pencen awal sebab telah hampa dengan keputusan kes yang dia kendalikan.

“Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

“Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan…cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidma.”- Datuk Bahri Mohamad Zain, petikan dari Sinar Harian.

So kes apa je yang telah membuatkan Datuk Bahri ni kecewa? Haaa…. Yang ni boleh kata 1Malaysia tau, iaitu…

1MDB! Gambar dari Reuters

Seperti yang kami kata tadi, Datuk Bahri ni Ketua Cawangan Operasi Khas untuk SPRM dan salah satu kes yang dia kena tengok adalah Syarikat SRC. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2011 ni selama setahun telah dianggap sebagai syarikat subsidiari, dimana 50% syarikat tu dimiliki oleh 1MDB. Tapi pada tahun 2012, SRC telah membebaskan diri dari 1MDB kerana ingin mendapatkan pinjaman.

Dan kalau nak diikutkan, syarikat ni telah maintain low profile sampai lah pada tahun 2015 apabila WSJ telah menulis sebuah artikel panjang gila dimana mereka telah kaitkan SRC dengan 1MDB.

Jalan cerita macam mana WSJ kaitkan SRC kepada 1MDB. gambar dari wsj.com

Tak sampai sehari WSJ terbitkan artikel tu, SPRM  telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memulakan penyiasatan terhadap syarikat SRC tu. Tak lama kemudian SPRM bersama PDRM telah bergabung kuasa dan merampas kertas kerja dan komputer milik SRC.

Tapi gabungan antara SPRM dan PDRM ni tak tahan lama, dan disebabkan tu juga Datuk Bahri telah naik pangkat.

Usaha Datuk Bahri untuk membawa syarikat berkaitan dengan 1MDB ke muka pengadilan

Apa yang kami sedar adalah, nama Datuk Bahri jadi famous bila WSJ lepaskan artikel mereka pasal 1MDB tu. Yang kelakarnya bila SPRM mula buat siasatan, PDRM telah menyerbu pejabat SPRM dan menangkap beberapa pegawai termasuk juga lah Datuk Bahri.

Bila dah kena tangkap, Datuk Bahri pun marah lah:

“Saya akan cari siapa yang bertanggungjawab dalam penangkapan ni, Demi Allah saya akan cari sampai hari kiamat.

Kami takde masa untuk berpolitik, kami kena jalankan tanggungjawab yang telah diberi oleh rakyat. Awak mungkin ada kuasa (politik) tapi saya ada Allah.”- Datuk Bahri Mohamad Zain, MalaysiaKini

Kenyataan yang diberi oleh Datuk Bahri tu telah menggangu perasaan beberapa orang sampaikan ada sebuah laman sesawang UMNO ni menulis satu artikel panjang semata-mata untuk kata Datuk Bahri ni tak professional.

Kebetulan beberapa hari kemudian, Datuk Bahri dan seorang lagi pegawai dipindahkan ke pejabat Perdana Menteri, malah ada yang kata tu merupakan satu tindakan disiplin oleh kerajaan. Video kat bawah ni korang boleh tengok Datuk Bahri lambai kat member-member dia sebelum kena pindah ofis:

Tapi dua hari selepas berita tersebut, dilaporkan bahawa Datuk Bahri dan pegawai lagi sorang tu telah dibatalkan pemindahan sebab kerajaan berpuas hati dengan alasan mereka terhadap media. SPRM juga berkata bahawa dia dibenarkan untuk menyambung siasatan.

Sejak dari tu nama Datuk Bahri ni senyap semula sampai lah pada Januari 2016 apabila Peguam Negara telah mengumumkan bahawa akaun PM tu adalah duit bersih dan merupakan hasil sumbangan dari kerajaan Arab Saudi. Ni juga bermaksud kes tu tak kan masuk mahkamah.

Sejurus lepas keputusan Peguam Negara tu, Datuk Bahri berkata bahawa SPRM berkemungkinan besar ingin mencabar keputusan tu. Tapi kalau nak diikutkan pun, tak guna juga sebab last-last kata putus masih lagi datang dari Peguam Negara. Cerita tu terkubur sampai lah bila Datuk Bahri kata nak pencen, awal tahun haritu.

Tapi SPRM menafikan kenyataan Datuk Bahri masa dia nak pencen awal haritu

Selepas kenyataan dari Datuk Bahri time dia nak pencen awal, SPRM cepat-cepat melawan balik kenyataan tu dengan mengeluarkan kenyataan mereka sendiri.

“Takde siapa dipaksa untuk pencen awal, tu tak betul, tak pernah jadi pun… Itu adalah keputusan dia sendiri.

Dia ada kata nak pencen sejak bulan Mei lepas (2016).

Kami menghubungi Datuk dan dia telah pun menafikan bahawa dia pernah buat kenyataan sebegitu kepada agensi berita”- Timbalan Ketua Operasi SPRM, Datuk Azam Baki, Astro Awani

Seperti biasa, orang tertanya-tanya ‘apa hal SPRM nak nafikan pula’, terutama sekali sebelum ni pegawai tinggi SPRM berhenti macam tu je, takde bising pun. Tapi kali ni, Datuk Bahri tak lawan balik SPRM malah telah berkata bahawa takde sesiapa dari SPRM yang menghubungi dia pun. Ni pelik sebab bertentangan dengan kenyataan SPRM.

Mungkinkah Datuk Bahri terlibat dengan sesuatu yang lebih besar?

Ni lagi satu benda yang kami sedar sewaktu menulis artikel ni, nama Datuk Bahri sebenarnya pernah disebut beberapa kali kat dalam artikel CILISOS. Sebelum ni kami ada tulis pasal macam mana SPRM betul-betul hendak menyelesaikan kes 1MDB, Datuk Bahri  siap jadi muka depan artikel kami.

Tekan sini untuk baca artikel tersebut!

Bila PDRM serbu pejabat SPRM pada tahun 2015 haritu, mereka telah berkata bahawa serbuan tersebut menggangu dengan siasatan yang sedang dilakukan (ni kesalahan serious tau, di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009). Yang sedihnya, dari hari pembukaan kes tu sampai lah harini kes tersebut asyik kena kacau sampaikan SPRM telah mengecilkan pasukan khas untuk SRC tu, malah 6 orang pegawai yang terlibat siap kena pindah cawangan.

Organisasi seperti Transparency International, dan Governance, Integrity, Accountability, and Transparency (Giat) pernah berkata bahawa siasatan tidak patut diganggu oleh sesiapa. Jadi sementara kita tunggu kisah Datuk Bahri ni untuk selesai, mungkin kita boleh pandang balik dan renungkan bahawa nampaknya SPRM masih lagi tak dibenarkan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance