- 686Share sekarang!
- Email2
- Facebook684
- Share
UPDATE 25/8/2017: Harini kita digemparkan lagi dengan kematian seorang murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama kat Sarawak yang dipercayai dibelasah oleh seniornya, murid Tahun Enam.
Mangsa Jackson Nuing Awe, dikatakan ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai selimut. Dia disahkan meninggal dunia petang semalam selepas dua hari menerima rawatan kat Hospital Sibu.
“Menurut siasatan awal Pesuruhjaya Polis Sarawak, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati kat mangsa yang mengejek nama bapanya.” – Dipetik dari Harian Metro.
Lately ni kes buli sering mendapat perhatian dan kecaman netizen di media sosial malah ia jugak bukanlah perkara baru kat Malaysia. Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, apakah maksud buli? Berdasarkan Kamus Dewan, buli bermaksud perbuatan mendera, mempermain-main orang, dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan orang yang berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kes buli menunjukkan penurunan 1,000 kes dalam masa setahun. Walaupun angka kes buli ni menunjukkan penurunan,tapi kes buli yang melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada awal Ramadhan lalu tetap mendapat kecaman hebat daripada netizen.
Oleh itu pada artikel kali ni kitaorang akan menyenaraikan beberapa kes buli menyayat hati mengikut tahun yang mungkin korang sendiri tak pernah tahu.
1. Pelajar tahun akhir UPNM ditemui dengan bekas terbakar (2017)
Pada 1 Jun 2017 yang lalu, kita digemparkan dengan berita kematian pelajar tahun akhir UPNM yang juga sorang pegawai kadet laut. Allahyarham yang bernama Zulfarhan Osman Zulkarnain ditemui dengan bekas terbakar dan lebam di tingkat 25 pangsapuri di Sepang. Adik Farhan dikatakan dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan iron steam di seluruh badan sehingga parah sebelum meninggal dunia.
Macam mana semua ni boleh berlaku? Ceritanya bermula bila salah seorang kawan adik Farhan hilang laptop dan pergi jumpa bomoh. Lepas tu bomoh bagitau adik Farhan yang curi laptop tu. Dek kerana percaya dengan kata-kata bomoh, so suspek paksa adik Farhan mengaku curi laptop yang hilang tu.
Mengikut berita daripada Astro Awani, adik Farhan telah ditekap dengan iron steam pada 21 Mei. Namun pada 27 Mei bila keadaan dia dah semakin parah barulah dua orang kawannya membawa dia ke klinik di Bangi untuk mendapatkan rawatan. Empat hari kemudian, sekali lagi dia dibawak ke klinik sebelum dirujuk ke hospital dan disahkan meninggal dunia kat Hospital Serdang.
Sehingga hari ni, polis dah tahan 36 suspek yang berusia 20 hingga 21 tahun (32 orang adalah penuntut UPNM dan 4 lagi adalah penuntut UNITEN) bagi membantu siasatan. Dorang ni semua disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, dan jika dorang ni disabit kesalahan, boleh bawak kepada hukuman gantung sampai mati.
2. Dibelasah bertubi-tubi sehingga menerima 8 jahitan di bibir (2016)
Kisah ni berlaku pada awal tahun 2016 dimana seorang pelajar berumur 14 tahun ni ternampak kawan dia kena buli so dia pun pergi lah nasihat pembuli tu supaya berhenti membuli kawannya. Bagus adik ni sebab berani tegur pembuli tu. Tapi, hal ni tak settle kat situ je.
Kira-kira jam 12.20 pagi waktu semua pelajar lain dah tidur, tiga pembuli yang berumur 16 tahun tadi tu menyerbu masuk asrama tempat dia tidur dan membawak mangsa ke satu lokasi berhampiran. Kat situlah dia dipaksa diam sebelum dipukul, ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi termasuk menggunakan kasut. Lepas dah kena tibai, dia disuruh balik ke asrama dan tiga orang senior (pembuli) tu mengugut supaya tak ceritakan hal ni kat sesiapa, kalau tak nak kena pukul lagi.
Tapi akhirnya adik ni mengadu kat warden sebab dia mengalami pendarahan yang teruk dan tak tahan sakit. Bila doktor bagitau mangsa mungkin akan mengalami kecacatan kekal dan perlu mendapat kebenaran untuk membuat pembedahan, so pihak hospital call ibu mangsa. Ibu mangsa kesal gila sebab kejadian buli yang berlaku kat Sekolah Berpretasi Tinggi (SBP) menyebabkan anaknya masih trauma hingga sekarang.
Kesian kan? Setelah setahun lebih kejadian ni berlaku, kita pun tak tahu mangsa tu masih trauma atau tak sebab ada kajian yang menunjukkan bahawa beberapa mangsa buli akan terkesan secara psikologi dalam jangka masa panjang.
“…ia boleh mendorong kepada perkara yang tidak diingini seperti bunuh diri, terbabit dalam aktiviti kurang sihat dan masalah sosial.” -Pensyarah dan Pakar Psikologi, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Profesor Datin Dr Noran Fauziah Yaakub. Dipetik dari Harian Metro.
3. Ditendang di kepala – saluran darah ke bahagian kepala putus (2015)
Pada tahun 2015, Mohamad Nur Abrar Akram pelajar berusia 16 tahun dari Sekolah Vokasional di Bachok, Kelantan telah meninggal dunia selepas ditendang di bahagian kepala.
Menurut kenyataan dari Harian Metro, mangsa dipukul oleh seniornya pada jam 11:50 malam di dalam bilik asramanya. Tapi apa motif sebenar senior ni tendang kepala adik Abrar? Motif sebenarnya adalah adik Abrar dikatakan tak menghormati senior yang lain, so senior tu macam tak puas hati lah
Apa yang menyedihkan, senior tu tendang di bahagian leher kanannya sebanyak dua kali hingga menyebabkan saluran darah ke bahagian kepala putus. Lepas tu mangsa terus tak sedarkan diri dan dibawak ke klinik kesihatan berdekatan sebelum disahkan meninggal pada jam 1.30 pagi.
“Mangsa putus saluran darah di bahagian otak akibat terkena sepakan maut daripada suspek.”-Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.
4. Ikat zakar dengan tali dan disambungkan pada kipas siling! (1989)
Cuba korang yang lelaki bayangkan zakar korang kena ikat dengan tali yang disambungkan pada kipas siling yang dihidupkan. Ushhh! Ok sekarang korang dapat bayangkan tak perasaan dan kesakitan mangsa pada waktu tu?? Mesti ngeri kan.
Untuk pengetahuan korang, kes ini adalah antara kes buli yang pernah femes. Ia jugak bersifat “barbaric” (sangat kejam) dan “sadistic” (penyeksaan untuk mendapat keseronokan) yang pernah berlaku kat Malaysia pada tahun 1989.
Kes ini melibatkan enam orang senior tahun akhir dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang mendera enam orang junior dari universiti yang sama.Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak 2km dari kampus universiti.
Untuk pengetahuan korang, dorang bukan sahaja diikat zakar dengan tali yang disambungkan pada kipas siling, tapi turut ditampar, dipaksa menari dalam keadaan bogel dan apabila kipas dihidupkan,dorang terpaksa berlari mengikut pusingan kipas akibat kemaluan dorang yang sedang terikat.
Bila pihak lembaga disiplin UPM mendapat aduan pasal kes ni kesemua pelajar senior yang membuli tu telah dikenakan tindakan; tiga orang dibuang daripada universiti, manakala dua orang lagi telah digantung pengajian selama dua semester. Tapi yang sorang tu pulak dibebaskan daripada tuduhan dan hanya diberi teguran sebab dia hanya sekadar menjadi pemerhati je.
5. Maut akibat rosak organ dalaman setelah dibelasah dalam tandas sekolah (1988)
Pada tahun 1988, masyarakat Malaysia telah digemparkan dengan satu kes buli yang berakhir dengan kematian yang melibatkan seorang pelajar berusia 17 tahun dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) Cheras.
Allahyarham yang bernama Hishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya lepas kena pukul dalam tandas sekolah oleh beberapa orang bekas pelajar sekolah tersebut. Waktu tu, bekas pelajar SMT Cheras datang ke sekolah untuk ambil result SPM.
Lepas kena belasah tu, dia mintak kebenaran dengan cikgu kelasnya untuk balik ke asrama dengan alasan tak sihat, walhal dah kena belasah teruk dengan senior. Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang students asrama bagitau warden yang Hishamuddin sedang sakit. Lepas tu, warden asrama pun bawak dia ke hospital dan beberapa jam lepas tu doktor sahkan Hishamuddin telah meninggal dunia disebabkan sakit di dalam perut.
Namun hal ni tak settle setakat tu je sebab ayah Hishamuddin buat laporan polis dan kejadian ini bertukar jadi kes jenayah. Bila kes ni disiasat, dua orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes ni berlarutan di mahkamah juvana hingga awal 1990.
Tapi apa yang agak menyedihkan, pada Januari 1990 pelajar tersebut telah dibebaskan daripada pertuduhan dengan alasan “the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old”, “the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge”. Dalam erti kata lain, bekas pelajar ni tak dapat dibuktikan bersalah sebab kekurangan saksi yang menyakinkan.
Hentikan buli, kita semua mampu mengubahnya!
Tak dapat kita nafikan bahawa perbuatan buli adalah perbuatan yang tidak berakhlak dan tidak berperikemanusiaan. Untuk hentikan perbuatan buli ni bukan kerja satu pihak je, tapi melibatkan ramai pihak termasuklah individu, ibu bapa, masyarakat, sekolah, mahupun kerajaan.
Buat ibu bapa terutamanya, korang patut kesan perubahan diri anak korang. Kalau rasa anak korang dibuli, ambil lah tindakan yang sepatutunya seperti laporkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Jangan takut untuk ambil tindakan kerana ini melibatkan masa depan anak-anak. Kita tak nak anak-anak kita yang pernah jadi mangsa buli akan hidup dalam ketakutan dan menjadi pendendam.
“Kesan jangka panjang psikologi secara batin seperti kebimbangan, kemurungan dan cepat putus asa, manakala kesan pada zahir yang boleh dilihat dengan tingkah laku yang agresif.” – Profesor Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, Pensyarah dan Pakar Psikologi, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS).
Buat semua mangsa buli di luar sana, mungkin kata-kata daripada Hazeman Huzir (minit ke 12:40- 13:19), pengacara Motif Viral di Astro yang pernah menjadi mangsa buli satu ketika dahulu dapat membantu korang:
“I’m not saying this on me je. I want to be an inspiration kepada orang-orang kat luar sana yang kena buli jugak. If you ever get **** bullied by people, you make sure after that, you rise up and you tell them back I’m better than you. Tak berbaloi engkau nak rosakkan hidup kau just because orang lain fikir kau tak cukup bagus.”
Selain tu pihak sekolah jugak perlu mengambil tindakan yang tegas kepada pembuli seperti menamatkan pengajian pelajar tersebut supaya pelajar lain tak menjadi mangsa buli yang seterusnya dan itu jugak dapat diberikan sebagai pengajaran.
- 686Share sekarang!
- Email2
- Facebook684
- Share