(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kita mungkin tahu sekurang-kurangnya dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, manakala sesetengah orang bukan Melayu pula mereka tahu bahasa ibunda mereka, sama ada Tamil, Cina atau lain-lain.
Nak bercakap dua, tiga bahasa pun kadang-kadang tergeliat lidah, apatah lagi yang boleh faham dan cakap. Tapi, tahukan korang yang terdapat lebih daripada 7,000 bahasa yang berbeza di dunia ini?
Bahasa tersebut dipanggil Jedek, ditemui oleh pakar bahasa yang mempelajari sekumpulan Orang Asli yang terletak di Utara Kelantan. Apa yang membuatkan bahasa Jedek tu menarik dan tergolong dalam bahasa baru adalah…
Cuma 280 orang dalam perkampungan ni saja yang bercakap bahasa Jedek
Dan sebab ni jugalah kampung yang berdekatan dengan Sungai Rual ni kemudiannya dikaji oleh ahli antropologi. Sebabnya selama ni, mereka tak sedar langsung pun yang berbanding kaum Semang yang ada di semua perkampungan di negara ni, mereka cakap bahasa yang berbeza!
Akhirnya, perkara ni disedari oleh beberapa ahli bahasa dari Universiti Lund Sweden, Joanne Yager dan Niclas Burenhult. Semasa tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik Sweden, mereka mendengar perbualan antara orang kampung di situ dan tersedar yang bunyi bahasa mereka tak sama macam kaum Semang yang lain. In case korang sendiri ada kod bahasa sesama sendiri, kitorang tak gerenti la yang ia boleh dianggap sebagai bahasa baru.
“Jedek bukan bahasa yang dituturkan oleh puak yang tak dikenali di dalam hutan, seperti yang anda mungkin bayangkan, tetapi di sebuah kampung yang sebelum ini dipelajari oleh ahli antropologi. Sebagai ahli bahasa, kami mempunyai satu set soalan yang berbeza dan mendapati sesuatu yang ahli-ahli antropologi terlepas pandang, “- Joanne Yager, dipetik dari The Smithsonian
Jadi sekarang korang dah tahu macam mana bahasa Jedek ni ditemui, macam mana pula untuk menyebutnya? Malangnya, takde seorang pun dalam pejabat kitorang ni pandai cakap bahasa Jedek, mahupun dari keturunan Semang. Jadi kitorang nak bagi korang beberapa terjemahan yang kitorang dapat dari kertas penyelidikan pasal bahasa Jedek.
Contohnya, “Ada dua orang lelaki di sana”, bunyinya jadi, Wih dwaʔ tm a kal ton’. Manakala dua orang tu sedang duduk dan bercakap di meja’, jika diterjemahkan akan berbunyi,‘Wih ŋik-ŋɔk wih cil-cɔl, ʔatɛs mejə’ (cuba korang ulang sampai 3 kali). Tapi kalau korang nak dengar macam mana bahasanya, korang boleh tengok video orang cakap bahasa Jedek kat bawah:
Dengan kurang dari 300 orang penutur bahasa Jedek, korang mesti terfikir yang ia adalah bahasa yang hampir pupus. Tapi realitinya, bukan itu yang berlaku kepada orang Semang. Walaupun bahasa Semang tak pernah dituturkan oleh kebanyakan orang, tapi ia terus berkembang hingga ke hari ini sebab mereka sering memastikan yang orang muda di komuniti Semang mempelajari bahasa tersebut.
“Ia selalu menjadi bahasa yang kecil kerana kumpulannya kecil dan mudah alih. Kanak-kanak masih belajar bahasa, yang benar-benar hebat untuk prognosis (ramalan) bahasa untuk masa hadapan, “- Yager, dipetik dari NPR.
Semang dikenali sebagai salah satu masyarakat yang paling biasa di luar sana
Orang Semang memang dikenali sebagai penduduk nomad, di mana mereka memang selalu berpindah randah. Tapi dengan program penempatan semula kerajaan, nampaknya ramai orang Semang kini tinggal di rumah kayu Melayu macam kampung tradisional. Mereka juga selalu disenaraikan sebagai ‘Orang Negrito’, walaupun istilah tu tak begitu tepat di mana ia mempunyai konteks perkauman kepadanya. Sebabnya, Negrito adalah bahasa Sepanyol untuk ‘negro kecil’.
Selain Negrito, mereka juga kadang-kadang dipanggil ‘Sakai’. Tapi, istilah tu sebenarnya selalu digunakan untuk menghina.Jadi kalau ada antara korang yang gunakan perkataan tu untuk ejek kawan korang sebab dia tak power main DOTA ke apa, hentikanlah, ye?
Tiada perkataan khas untuk pekerjaan dalam bahasa Jedek, apatah lagi pasal undang-undang mahkamah. Dan walaupun Orang Semang yang bercakap bahasa Jedek tak mempunyai pekerjaan ‘sebenar’,tapi hampir semua orang belajar macam mana untuk meneruskan kehidupan sebagai pemburu. Dan dengan cara hidup mereka ni jugalah bahasa mereka takde istilah pemilikan, tapi banyak perkataan untuk ‘dikongsi’. Berbeza betul dengan kehidupan kita di bandar.
“Terdapat begitu banyak cara untuk menjadi manusia, tetapi sering kali masyarakat kita yang moden dan terutamanya bandar digunakan sebagai kayu ukur untuk apa sebenarnya manusia secara universal.
Banyak lagi yang perlu kita pelajari, tidak kira tentang diri kita sendiri, dari kekayaan linguistik dan budaya yang tidak didokumentasikan dan terancam di luar sana, “- Niclas Burenhult, ahli bahasa, dipetik dari Science Daily.
Kita patut berusaha lebih lagi untuk menghargai kewujudan sesuatu bangsa dan bahasa itu
Mungkin ni la masanya untuk kita ingatkan pada korang yang bahasa Jedek hanyalah satu daripada pelbagai bahasa yang ada dalam Orang Asli Semang, dan mereka sangat bangga dengannya. Bagaimanapun, Jedek tak diiktiraf di Malaysia buat masa ni, dan perkampungan Semang di mana bahasa Jedek digunakan ni masih disenaraikan di bawah bahasa ‘Jahai’ menurut kerajaan kita. Perkara ni juga nampaknya ditulis para penyelidik yang menemui bahasa Jedek yang menyebut macam mana rakyat Malaysia memperlakukan Orang Asli.
“Walaupun sikap penutur Jedek terhadap pelbagai bahasa mereka secara umumnya positif, sikap penduduk majoriti Malaysia terhadap kumpulan orang pribumi biasanya diabaikan dan tak diterima, dan kadang-kadang bermusuhan,” – Yager dan Burenhult, ahli bahasa, dari kertas penyelidikan mereka.
Kalau nak diikutkan, isu ni cumalah kecil kalau nak dibandingkan dengan beberapa lagi keadaan masyarakat Orang Asli di Malaysia. Sebagai contoh, Orang Asli kekal sebagai golongan termiskin di Malaysia. Kemudian ada juga kes anak Orang Asli yang hilang pada tahun 2015. Insiden tu juga menyaksikan Jabatan Pembangunan Orang Asli (Jakoa) dituduh mengkritik keluarga mangsa. Ini cumalah berapa kerat daripada kes rasisme yang disebutkan Orang Asli.
“Seorang rakan saya dari Kelantan berkongsi video di mana ustaz ini mengatakan ‘jangan jadi bodoh seperti Orang Asli’. Ini menyedihkan saya, dan saya tidak mahu ini berterusan. Saya mahu rakyat Malaysia berhenti menghina Orang Asli, “- Rahman, Orang Asli, 2017, seperti yang dipetik oleh Free Malaysia Today.
Dengan Malaysia Baru ni, ramai yang mengharapkan perubahan negara yang lebih baik dari segala sudut. Mungkin, ini masa yang baik untuk mengingatkan diri kita dan semua rakyat Malaysia yang selain Ali, Ah Chong dan Muthu, ada juga bangsa lain yang perlu diberi perhatian yang serupa di mana mereka lahir, dan membesar di negara ni – macam kita semua.
1.9KShare sekarang! WhatsApp Email10 Facebook1.8K ShareLepas sekian lama kita semua berkurung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dulu macam tak …
1.9KShare sekarang! WhatsApp Email10 Facebook1.8K ShareCerita politik di Malaysia takkan pernah habis. Macam-macam drama yang kita dengar, sama ada dari …