COO Tabung Haji ditangkap? Kitorang siasat apa sebenarnya fungsi Tabung Haji

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Baru-baru ni Chief Operating Officer (COO) Tabung Haji ditahan, bila kitorang borak dengan kawan-kawan non-muslim kitorang – ramai je yang tak tahu apa benda Tabung Haji ni. So, hari ni kitorang akan sembang panjang tentang Tabung Haji.

Gila babi banyak, 4.1 bilion. Imej dari MalayMail

Dipendekkan cerita, masalah Tabung Haji ni dah bermula pada akhir November, bila ahli lembaga syarikat buat laporan polis terhadap bekas bos diorang, Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli Parlimen Baling. Laporan polis ni dibuat lepas ahli lembaga syarikat tu cakap RM22 juta yang patutnya digunakan untuk Yayasan Tabung Haji disalahgunakan – mereka dakwa duit tu diguna untuk tujuan politik.

Seminggu lepas tu benda ni bertambah teruk bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa buat kenyataan yang Tabung Haji ada RM4.1 bilion defisit dalam aset diorang. Walaupun Tabung Haji ada defisit macam tu – Tabung Haji tetap bayar dividen. Ikut undang-undang benda ni tak boleh.

Dr Mujahid, antara Menteri Kabinet yang famous. Imej Malay Mail

Tapi hari ni kitorang tak akan cerita pasal skandal-skandal yang ada kat Tabung Haji. Tapi kitorang nak tengok – apa sebenarnya fungsi Tabung Haji yang ada kat Malaysia. Ramai je orang tak tahu – lebih-lebih lagi non-muslim.

Fungsi sebenar Tabung Haji yang ramai tak tahu

Sekali seumur hidup, orang Islam yang berkemampuan sepatutnya tunaikan haji kat Mekah. Benda ni benda asas kan? Masa darjah dulu, pelajar Islam wajib tahu benda ni. Untuk tunaikan haji pulak, bukan murah. Takde bas ke Mekah, kena naik flight (lawak hambar). Satu lagi benda penting tentang haji ni – duit yang digunakan untuk naik haji kenalah datang dari sumber-sumber yang halal.

Tak boleh ada unsur riba, kena halal. So benda-benda ‘riba’ ni dah kira benda biasalah kat bank-bank komersial yang lain. Bahasa sedapnya – faedah. Pinjamlah duit dengan kadar faedah rendah! Hahhh…selalukan dengar? Sebab ‘faedah’ ni lah Tabung Haji ditubuhkan, supaya boleh bantu orang yang nak pergi haji simpan duit tanpa ada riba. Benda ni dah bermula sejak September 1963 – dengan 1,281 orang yang simpan RM 46,610.

Bangunan Tabung Haji. Imej dari MOLE

Tabung Haji ni bermula bila pakar ekonomi teragung Malaysia, Professor DiRaja Ungku Abdul Aziz buat proposal. Dengan proposal tu, kerajaan akhirnya putuskan untuk buat Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (PWSBH). PWSBH ni pun bergabung dengan Pejabat Hal Ehwal Haji pada tahun 1969, dan membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Pada tahun 1995, nama diorang ditukar lagi, Lembaga Tabung Haji sehingga ke hari ini.

Tabung Haji ni beza dengan akaun simpanan yang biasa. Orang Islam boleh simpan duit, dan bila duit dah cukup – Tabung Haji akan subsidikan korang untuk tunaikan haji. Objektif utama diorang adalah untuk bantu orang Islam laksanakan haji – siap potong kos haji.

Kos naik haji. Duit korang dah cukup? Imej dari Tabung Haji

Untuk tahun 2018, sebanyak RM400 juta digunakan untuk subsidi haji ni. Tabung Haji letakkan harga yang sama untuk naik haji dari tahun 2009, dan dianggarkan RM1.1 bilion dah dibelanjakan untuk subsidi haji sejak tahun 2009.

Kalau Tabung Haji takde duit, diorang bayar dividen guna daun pisang ke?

Hari ni Tabung Haji bukan takat tempat untuk orang Islam simpan duit untuk pergi haji. Diorang dah ada banyak anak syarikat dah. Korang boleh semak kat sini anak-anak syarikat tu. Tabung Haji ada anak syarikat yang ada kaitan dengan hartanah, servis, institusi kewangan, teknologi dan siap ada ladang lagi! Tabung Haji siap ada hotel lagi taw!

Hotel Tabung Haji, tak naik haji pun boleh datang. Imej dari Agoda

Oleh sebab Tabung Haji ni pakai duit orang yang menyimpan dengan diorang, kadar keuntungan pun akan dikongsi. Keuntungan tu akan diberikan kat para penyimpan dalam bentuk dividen. Dividen yang kitorang cakap tadilah. Tabung Haji ni bukan setakat buat duit je, diorang jugak ada buat Yayasan Tabung Haji. Fungsi yayasan ni macam yayasan-yayasan yang lain – untuk bantu orang yang memerlukan.

Oleh sebab Tabung Haji ni amat penting kepada orang Islam, korang tahu tak ada undang-undang untuk pastikan Tabung Haji ni tak buat kerja gila…

Undang-undang khusus untuk pastikan Tabung Haji

Macam yang kitorang cakap awal-awal tadi – masa tahun 1995, Lembaga  Urusan dan Tabung Haji ditukarkan nama jadi Lembaga Tabung Haji. Diorang bukan setakat tukar nama je – siap ada undang-undang lagi yang dinamakan Akta Tabung Haji 1995. Syarikat Tabung Haji diletakkan kat akta ni. Member kitorang dari ASKLEGAL beritahu – Tabung Haji hanya boleh gunakan duit diorang untuk;

  • Bayar balik duit penyimpan bila diorang keluarkan duit
  • Bayar balik pinjaman dan perbelanjaan
  • Kos overhead untuk pengurusan dan pelaburan
  • Bayar gaji pekerja diorang
  • Pinjaman dan duit pendahuluan untuk pegawai dan pekerja Tabung Haji

So dalam akta tu takde sebut yang dana dari Tabung Haji ni boleh digunakan untuk tujuan politik. So sebab tu dakwaan duit Tabung Haji digunakan untuk tujuan politik buatkan ramai yang naik angin

Pernah tak dapat tabung yang macam ni dari Tabung Haji? Imej dari TH Properties

Satu lagi, kat akta Tabung Haji ni, ada part yang kata Tabung Haji cuma boleh bagi dividen kat penyimpan kalau diorang penuhi beberapa syarat. Syarat-syarat tu adalah;

  • Tabung Haji kena ada lebih banyak aset dari liabiliti
  • Tabung Haji ada dana simpanan
  • Dana simpanan yang ada mestilah lebih banyak dari jumlah wang penyimpan dan dividen  digabungkan

Benda ni bermasalah sebab Tabung Haji dah bagi dividen sejak tahun 2014 walaupun diorang takde aset yang melebihi liabiliti. Audit syarikat pada tahun 2017 tunjukkan Tabung Haji ada aset sebanyak RM70.3 bilion dan ada RM74.4 bilion liabiliti. Benda ni yang Dr Mujahid kata – ada kelompongan RM4.1 bilion kat akaun Tabung Haji.

Tabung Haji takde duit. Imej dari Giphy

“Ini adalah defisit sebanyak RM4.1 bilion pada 30 Disember 2017 dan TH telah membayar dividen sejak 2014 dengan melanggar Akta Tabung Haji 1995. Lompong itu semakin besar, “- Mujahid Yusof Rawa, dipetik dari Malay Mail

Tapi part yang akan buat semua rakyat Malaysia terkesan, bukan setakat orang Islam – part yang mengatakan kewangan Tabung Haji akan dijamin oleh kerajaan. Maksudnya – walaupun Tabung Haji akan hadapi masalah kewangan, takde sebab untuk penyimpan duit untuk panik sebabnya kerajaan akan beri duit kat Tabung Haji untuk bayar balik duit kat penyimpan.

Tapi baru-baru ni ada laporan yang kata nak kurangkan jaminan kerajaan terhadap Tabung Haji ke RM200,000 je, untuk beri keringanan beban pada kerajaan katanya.

Hati-hati bila ambik duit tu. Imej dari Giphy

Tabung Haji dah memang pernah diberi amaran

Pada awal tahun 2016, kitorang ada tulis berita pasal surat bocor dari Bank Negara, masa tu Gabenor Bank Negara masih Zeti Aziz, dia ada hantar surat kat Tabung Haji. Surat tu tunjukkan amaran yang simpanan Tabung Haji dah masuk fasa kritikal.

Surat-surat yang bocor tu…

Benda ni buat ramai yang risau, kerajaan beri respon dengan block website yang bocorkan surat dari Bank Negara ni. Lepas tu Tabung Haji umumkan akan bagi 5% dividen kepada penyimpan, walaupun sebenarnya diorang tengah bermasalah.

Yang sedihnya, bila kita tengok keadaan Tabung Haji yang sekarang tengah parah – nampaknya surat amaran dari Bank Negara tak berapa nak didendahkan. Kitorang harap kerajaan akan cari jalan untuk betulkan balik keadaan Tabung Haji untuk memandangkan diorang ada lebih kurang 9.2 juta penyimpan wang.

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka