- 1.1KShare sekarang!
- Email14
- Facebook1.1K
- Share
Pada 9 April yang lepas, kita dikejutkan dengan kemangkatan Putera Philip pada usia 99 tahun di Istana Buckingham. Ia diumumkan oleh Queen Elizabeth II pada pagi Jumaat.
“Dengan kesedihan yang mendalam, Yang Mulia Ratu mengumumkan kematian suaminya yang tercinta.” – Kenyataan dari Istana Buckingham, dpetik dari BBC News.
Bercakap pasal Putera Philip, korang tahu tak yang baginda juga ada terlibat dalam sejarah Malaysia. Baginda dikatakan telah pergi ke Pulau Borneo bersama golongan kerebat diraja.
Putera Philip pergi ke situ untuk…
Urusan melawat kawasan-kawasan dan pihak Kolonial British
Pada 1959, Putera Philip datang ke Pulau Borneo melalui pesawat kerabat diraja British bersama dengan orang-orang besar istana. Sebenarnya, baginda datang ke situ bukan untuk bercuti atau lepak sambil makan angin, tapi ingin melawat kawasan Kolonial British.
Mula-mula, Putera Philip datang melawat Sabah dan Sarawak. Baginda dikatakan menjamu selera di Astana, minum air tuak asli dari kaum Iban dan melihat persembahan tradisional dari penduduk Sarawak.
Selepas itu, Prince Philip dikatakan telah mendarat di Lapangan Terbang Brunei dan telah disambut meriah oleh Sultan Brunei. Berdasarkan kajian, kami menjumpai nama Sultan Brunei pada ketika itu di History Centre — Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
Putera Philip dikatakan datang ke Brunei untuk melawat tapak penghasilan minyak. Pada masa itu, Brunei di bawah naungan British.
Kehadiran baginda sebenarnya sudah diketahui oleh semua orang. Hal ini kerana orang ramai melakukan persiapan seperti perhiasan, persembahan tarian dan alatan muzik untuk dipersembahkan kepada baginda. Korang boleh tengok persiapan rakyat Borneo untuk kedatangan Putera Philip di sini.
Lawatan Putera Philip ini pernah didokumentasikan dalam bentuk video dokumentari bertajuk The Prince in Borneo:
Kehadiran baginda di situ masih diingati oleh…
Christopher: Orang yang sempat melihat Putera Philip di Sarawak
Peristiwa Putera Philip datang ke Borneo ni masih diingati oleh penduduk-penduduk senior Miri termasuklah seorang veteran ni bernama Christopher S. Jiram.
*Oh ye, maafkan kami kerana tidak menjumpai gambar Christopher di mana-mana laman web.*
Christopher berkata pada masa tu dia mendapat pengumuman mengenai lawatan Prince Philip di Pulau Borneo dari guru besar sekolahnya.
“Lawatan itu diumumkan oleh pengetua kami semasa perhimpunan sekolah. Saya berumur 13 tahun pada masa itu.” – Christopher S. Jiram, dipetik dari Borneo Post.
Dia masih ingat lagi pihak British telah menyewa beberapa buah bas untuk menghantar pelajar Sekolah Tanjong Lobang ke konsert terbuka di GCM Padang. Bukan konsert metal, rock atau apa, tapi konsert yang dipenuhi dengan tarian dan budaya orang Sarawak.
“Konsert terbuka adalah untuk menghiburkan Putera Philip semasa lawatannya ke sini. Semasa saya terlepas bas pada akhir konsert, saya menumpang guru saya, George Ong.” – Christopher S. Jiram, dipetik dari Borneo Post.
Semasa lawatan tersebut, haritu juga merupakan sambutan Tahun Baru Cina. Jadi, Christoper masih ingat lagi yang dia pergi beraya di beberapa buah rumah orang Cina.
“Lawatan Putera Philip ke Miri pada waktu itu Tahun Baru Cina, kerana saya teringat pernah mengunjungi beberapa rumah Cina. Keesokan paginya, kami dibuat untuk berbaris di sepanjang jalan di pintu masuk tempat tinggalnya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada baginda. ” – Christopher S. Jiram, dipetik dari Borneo Post.
Kalau di Sabah pula, ada seorang wanita Sabah bernama Li Yo Wei berkongsi pengalaman melihat Putera Philip datang ke Sabah.
Li Yo Wei berumur 12 tahun semasa lawatan itu dan dia juga di antara ratusan pelajar yang berbaris untuk menyambut kedatangan Putera Philip di Tanjung Aru.
“Terdapat ramai orang di sana dan ketika itu saya kecil dan pendek, saya cuba untuk melihat baginda, tapi nasib baik dia tinggi.”
“Kami semua tahu siapa dia dan semua orang sangat gembira. Saya sekarang berusia 75 tahun tetapi ingatannya begitu jelas, seperti yang berlaku semalam.” – Li Yo Wei, dipetik dari FMT.
Putera Philip mula mengenali Queen Elizabeth II ketika umur 13 tahun
Selain Prince Philip datang ke Pulau Borneo, terdapat satu fakta menarik lain lagi mengenai kisah percintaan baginda dengan Queen Elizabeth II. Korang tahu tak, Putera Philip pertama kali bertemu dengan Queen Elizabeth II semasa umurnya 13 tahun lagi.
Putera Philip dan Queen Elizabeth II pertama kali bertemu di sebuah perkahwinan pada tahun 1934. Selepas itu, mereka berdua bertukar surat, dan sejak itu, percintaan mereka mula mekar.
Sebenarnya, banyak lagi fakta menarik mengenai Prince Philip ini. Jadi, selain fakta-fakta di atas, perkara menarik apa lagi pasal Putera Philip yang korang dah jumpa?
- 1.1KShare sekarang!
- Email14
- Facebook1.1K
- Share