- 2.5KShare sekarang!
- Email82
- Facebook2.4K
- Share
Tapi lama sebelum manusia datang berhijrah dan bermastautin kat Nusantara, flora dan fauna kita dah lama wujud dengan aman sentosa. Korang tau tak yang hutan di Malaysia berumur lebih 130 juta tahun, lagi tua daripada hutan Amazon! Ada di antara kawasan hutan ni yang masih tak terusik pun, dan harap-harapnya kekallah macam tu.
Kat hutan-hutan inilah kita ada banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang unik dan susah nak jumpa kat tempat lain. Antaranya adalah serangga-serangga dan bunga terbesar di dunia. Dan penemuan baru sentiasa berlaku, sebab tu lah..
Pokok tropika TERTINGGI DI DUNIA ditemui di Sabah pada tahun lepas!
Pada bulan November 2017, seorang saintis bernama Greg Asner buat pantauan kat hutan Sabah menggunakan kapal terbang Carnegie Airborne Observatory. Kapal terbang ni ada teknologi canggih yang dipanggil sebagai LiDar, di mana ia menggunakan cahaya laser untuk scan segala jenis tumbuhan yang ada, lepas tu hasilkan model 3D daripada data tersebut.
Sebenarnya, sebelum ni pun kita dah pecahkan rekod pokok tertinggi iaitu 89.5 meter, juga di Sabah. Jadi bila Ketua Penjagaan Hutan dari Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan dapat tau, dia pun mengarahkan pokok-pokok ni dicari dan spesiesnya dikenal pasti.
Jadi apa yang dorang jumpa bukan satu, bukan dua, tapi 50 pokok yang lebih tinggi! Semuanya setinggi lebih 90 meter, dan yang paling tinggi adalah 94.1 meter. Spesiesnya pulak dipanggil sebagai Shorea faguetiana F. Heim. Apa, Sofea Fatimah? Kalau susah sangat nak sebut, korang boleh panggil nama glamour dia iaitu meranti kuning siput. Ini carta perbandingan ketinggian Meranti Kuning Siput yang paling saintifik kami cuba buat.
Pokok ni bukan je tinggi, malah sangat lebar. Pangkal pokok ni je selebar 2.14 meter, sikit je lagi nak sama lebar dengan saiz gol bola sepak. Lepas tu diameter pucuk pokok-pokok ni mencapai sehingga 40.3 meter, satu kampung pun boleh tumpang berteduh, siap boleh buat kenduri kesyukuran bawah Meranti Siput.
Tapi berapa jauh kawasan pembalakan dari pokok ni?
Dekat jugak sebenarnya . Kalau kita ikut anggaran lokasi pokok meranti kuning siput ni, ia berada kira-kira 25km dari kawasan pembalakan.
Menurut Center for International Forestry Research (Cifor), penanaman kelapa sawit secara tak bertanggungjawab adalah sebab utama yang menyumbang kepada kemusnahan hutan di Sabah dan Sarawak. Walaupun hutan yang ‘dibersihkan’ ni kemudiannya diganti dengan ladang kelapa sawit, ia dikatakan tak sama dengan habitat hutan yang semula jadi, terutamanya kepada haiwan dan orang Asal yang tinggal kat sana.
“Kami mendapati bahawa industri perladangan adalah penyebab utama pembalakan terjadi di Borneo Malaysia sejak empat dekad yang lalu,” – David Gaveau, kepada The Edge Markets
Minyak sawit ni bukannya digunakan untuk memasak je. Ia boleh dijumpai dalam banyak produk lain macam sabun, ubat gigi, dan juga ais krim. Jadi untuk menjaga pendapatan pekebun kecil, sambil menyelamatkan hutan-hutan Malaysia, RSPO mengesahkan syarikat-syarikat minyak sawit dengan logo supaya rakyat marhein macam kita boleh kenal pasti dan menyokong produk yang mesra alam.
Berbanding dengan pengiktirafan yang lain, pengiktirafan RSPO memang diakui di peringkat dunia. Antara jenama besar yang mengutamakan cop RSPO adalah Unilever. Sampaikan Unilever pernah berhenti ambil minyak sawit daripada satu pengeluar ni bila sijil RSPO dorang digantung buat sementara.
Walau macam mana pun – pengeluar, pengimport, dan syarikat-syarikat besar je tak cukup untuk memastikan minyak sawit ni dihasilkan secara bertanggungjawab. Kalau takde permintaan daripada pengguna, susah jugak dorang nak teruskan usaha masing-masing.
Dan kat sinilah Sabah – habitat bagi pokok tertinggi ni – menjadi kawasan pertama yang paling progresif dalam melaksanakan pengiktirafan RSPO terhadap SELURUH NEGERI! Penemuan pokok tropika tertinggi di dunia ni pula merupakan satu lagi sebab kenapa hutan Sabah perlu dijaga.
“Pokok tropika tertinggi ni, dan kesemua 49 yang lain, melambangkan hebatnya kuasa alam semula jadi. Pemuliharaan memerlukan inspirasi, dan penjaga hutan Borneo ini adalah inspirasi buat kita semua. Penemuannya adalah satu berkat kepada sains, dan kepada orang Sabah, Borneo, dan seluruh dunia.”
Tapi kalau korang nak tau cara lain untuk menyebarkan kesedaran…
Kalau korang ada inspirasi, KLEFF nak tengok filem-filem korang!
Kalau korang jenis pencinta alam, mungkin korang pernah dengar pasal Kuala Lumpur Eco Film Festival (KLEFF), iaitu sebuah festival filem antarabangsa yang membawa mesej tentang alam sekitar. Tahun ni, penyertaan dibuka dari sekarang sampailah 30 Jun 2018 dan akan berlangsung dari 22 hingga 28 Oktober di MAP Publika, Solaris Mont Kiara!
Tema tahun ni adalah “Hutan, Air, dan Perubahan Iklim“, jadi bagi siapa yang nak join pertandingan filem ni kena ikut tema tersebut sama ada dalam bentuk dokumentari, filem pendek, animasi, ataupun pesanan awam.
Tahun ni juga, oleh kerana RSPO bekerjasama dengan KLEFF dorang ada anugerah bagi filem dalam tema khas yang dipanggil “Responsible Shopping: I Saw-it“, untuk video yang menyebarkan kesedaran tentang produk yang menggunakan produk berasaskan minyak sawit yang ditanam secara bertanggungjawab.
Tarikh akhir untuk submit filem adalah pada 30 Jun. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Kalau korang tak join apa-apa pertandingan pun, banyak benda yang korang boleh buat kat festival ni seperti:
- Join ceramah dan bengkel tentang budaya dan alam sekitar
- Kongsi idea korang tentang macam mana nak selamatkan alam sekitar
- Jual dan beli barang-barang mesra alam di Green Market
- Saksikan filem-filem dan persembahan
Kalau kita berjaya, hutan-hutan ada la peluang untuk tumbuh balik
Walaupun WWF telah meramal bahawa Sabah hanya satu perempat kawasan hutannya akan tertinggal dalam tempoh dua tahun, ia masih tidak terlambat. Menurut David Coomes, hutan yang telah dibalak masih boleh dipulihkan dalam masa kurang dari satu abad.
“Kawan hutan yang dibalak boleh memulihkan dirinya sendiri dan pulang kembali kepada hutan yang mengagumkan dan matang tanpa terlalu banyak usaha. Kamu boleh pulang ke tempat sama dalam hutan itu dalam masa 100 tahun tanpa menyedari yang anda berada di kawasan hutan sekunder,” – David Coomes, dipetik dari New Scientist.
Nampaknya masih ada lagi harapan untuk kawasan hutan Sabah, tapi boleh ke usaha kitorang bersambung selama 100 tahun? Ini bergantung kepada kesedaran generasi akan datang mengenai masalah ini, jadi, korang cuba la sertakan video korang dalam pertandingan KLEFF ni ?
- 2.5KShare sekarang!
- Email82
- Facebook2.4K
- Share