Perang saudara Syria ni disebabkan perbalahan Sunni dan Shiah je ke?

Hari Selasa lepas, perang di bandar Aleppo berakhir apabila pasukan pemberontak berundur dan menyerahkan bandar tersebut kepada kerajaan. Peperangan yang dah berlanjutan selama 5 tahun ni telah meragut ratusan ribu nyawa dan menyebabkan jutaan orang menjadi pelarian.

Situasi kat Syria sangat la dahsyat sampaikan beberapa pihak telah menggelarkan ia sebagai salah satu krisis kemanusiaan yang paling teruk zaman ni. Malah apa yang menyedihkan, ianya akan berlanjutan kerana pihak pemberontak masih memegang kawasan-kawasan lain di Syria.

Gambar dari independent.co.uk

Macam mana perang ni mula terjadi? Pada tahun 2011, fenomena “Arab Spring” tersebar bila rakyat mula menentang kerajaan termasuklah Tunisia yang berjaya menggulingkan diktator dorang.

Dengan semangat tu, sekumpulan budak-budak di Syria menconteng dinding dengan perkataan ‘dah tiba masa untuk tukar rejim‘. Mereka kemudiannya ditangkap, dipenjarakan, dan diseksa sehingga mati.

Tapi sebelum semua tu terjadi lagi, sebelum budak-budak Syria ni buat grafiti kat dinding, sebelum protes dijalankan… apa sebabnya rakyat Syria tak puas hati dengan kerajaan dorang? Ini apa yang kami dapat…

1. Kekejaman rejim keluarga Al-Assad terhadap rakyat Syria

Sejak mendapat kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1946, Syria tak pernah lekang daripada rampasan kuasa yang berlaku satu demi satu. Rampasan kuasa terakhir adalah pada tahun 1970 oleh Hafiz al-Assad (bapak Bashar al-Assad).

Hafiz ni dianggap bersifat kuku besi jugakla. Apabila kumpulan Ikhwanul Muslimin yang berpegangan Sunni memberontak sebab tak setuju dengan pemerintahan Hafiz yang berasal dari golongan minoriti Alawit berpegangan Shiah. Hafiz membalas dengan menghumban musuh politik dia ke penjara Tadmur yang terkenal dengan layanan yang kejam.

Hafez al-Assad. Gambar dari blogs.cfr.org

Kejadian paling berdarah di bawah pemerintahan Hafiz adalah pembunuhan beramai-ramai di Hama pada tahun 1982. Jet pejuang dan kereta kebal telah digunakan terhadap pemberontak sehingga mengorbankan kira-kira 10 ribu hingga 40 ribu rakyat.

Lepas kematian Hafiz pada tahun 2000, anaknya Bashar Al-Assad mengangkat sumpah jadi Presiden. Mulanya ramai rakyat Syria rasa macam ada harapan je keadaan negara akan bertambah baik, nak lagi bila tengok latar belakang Bashar yang berpelajaran tinggi.

Presiden Syria, Bashar Al Assad. Gambar dari abcnews.com

Tapi hampeh juga, Bashar pun dua kali lima jugak. Penangkapan, penyeksaan, dan pembunuhan musuh politik sangatlah normal. Sampaikan pada tahun 2011, parlimen telah meluluskan undang-undang dimana Facebook dan Youtube kena block.

Alasan yang sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menangkap orang pula adalah ‘penyiaran berita palsu atau membesarkan hal kecil yang mampu memecah belahkan negara‘,

Yang kena tangkap ni pun bukannya pengganas Al-Qaeda atau ISIS tau, tapi ahli politik yang bertentangan dengan ideologi Bashar. Malah dalam sesetengah kes, ahli NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia pun kena jugak, lebih kurang macam SOSMA kita la.

Imej dari giphy.com

Pada tahun 2009, kerajaan Bashar meluluskan satu rang undang-undang di mana pihak berkuasa yang terlibat dengan kes penangkapan, penyeksaan, dan kematian seorang ‘penjenayah’ tak perlu dan tak boleh didakwa di mahkamah terutama sekali kalau ada surat dari pihak atasan kerajaan.

Tapi kalau nak diikutkan pun, takyah ada undang-undang baru tu pun takpe sebab pada tahun 2008 dan sebelumnya terdapat banyak cerita mengenai pihak penjara dan tentera membuat pembunuhan politik dan tembakan rambang dimana kes-kes tersebut terkubur macam tu je.

2. Walaupun tak berkenan dengan Bashar, orang Shiah takut ancaman orang Sunni

Alawit adalah sebuah kumpulan di Syria yang berpegang kepada ajaran Shiah. Oleh kerana keluarga Al-Assad ni berasal dari kaum Alawit, mereka telah meletakkan orang-orang dia jugak di pihak tertinggi tentera dan kerajaan. Ini bukan je untuk tolong sanak saudara tapi untuk mengukuhkan lagi posisi keluarga Al-Assad sebagai Presiden.

Kuasa… permerintahan… tak terhingga!

Sebenarnya orang Alawit merangkumi 12% je dari jumlah keseluruhan orang beragama Islam di Syria dan terkenal dengan merahsiakan ajaran mereka dari orang luar sebab takut dihukum orang Sunni. Walapun mengaku Shiah, orang Alawit juga menggabungkan beberapa kepercayaan yang lebih lama daripada Islam termasuklah meraikan peristiwa Kristian dan Zoroastrian.

Tapi pada tahun 1974, seorang tokoh Shiah telah mengisytiharkan bahawa Alawit adalah juga merupakan pecahan Shiah. Walaupun ia merupakan satu tindakan politik antara kerajaan Bashar dan Iran, pengisytiharan tu berjaya merapatkan hubungan orang Syiah dan Alawit.

Tindakan tu penting sebab sebelum kehadiran keluarga Assad dalam politik Syria, orang Shiah selalu kena kacau dengan Sunni. Jadi sebab tu lah orang Alawit tak nak lawan keluarga Al-Assad, samada mereka sokong atau pun tidak tu belakang cerita.

Sayang anak tangan-tangankan, sayang Bashar letak kat tangan.

Jadi tak pelik la bila demonstrasi pertama yang berlaku, orang Alawit ni backup kerajaan Bashar. Bukan sebab mereka percaya dengan kerajaan tapi mereka takut mati dibunuh oleh orang Sunni kalau Bashar kalah.

3. Golongan Kurdis yang tersepit di antara kerajaan dan pemberontak

Konflik perkauman ni bukan je antara Shiah dan Sunni, malah orang Kurdis kat Syria pun terlibat sekali. Golongan yang merangkumi 10% jumlah keseluruhan rakyat ni dah lama ditindas di Syria, tapi kenapa pulak?

Orang Kurdis merupakan golongan asal atau orang asli di timur tengah. Sekarang ni ni mereka terletak di negara Syria, Turki, Armenia, Iraq, dan juga Iran. Walaupun mereka mempunyai kepercayaan dan budaya tersendiri, majoriti orang Kurdistan ni adalah beragama Islam Sunni.

Seorang pejuang wanita Kurdis. Gambar dari dawn.com

Bila Perjanjian Lausanne dibuat pada tahun 1923, pembahagian sempadan membuatkan golongan Kurdis jadi minoriti di setiap negara. Sebab tu la kat mana pun dorang tinggal, dorang akan ditindas oleh kerajaan majoriti masing-masing, termasuklah kat Syria di mana hampir 300 ribu orang tak dapat kerajatan semenjak tahun 1960-an.

Dalam perang Syria pulak, mula-mula orang Kurdis tak nak sokong siapa-siapa, sebaliknya lebih fokus dalam menentang Daesh dan juga al-Nusra (cawangan Al-Qaeda kat Syria). Tapi tak lama lepas tu, mereka pernah memainkan peranan di kedua-dua pihak samada pihak kerajaan mahupun pemberontak. Benda ni membuatkan perang saudara di Syria bertambah kompleks.

Pejuang YPG (Kurdish) pernah berselisih dengan pemberontak, tapi dorang lebih fokus dalam melawan Daesh. Gambar dari BBC.

4. Ekonomi dijalankan secara kronisme, dan kebajikan rakyat diketepikan

Sepanjang pemerintahan Hafiz, ekonomi Syria okay je tapi pada tahun 90-an dia memperkenalkan free market (pasaran bebas) dan dari situ jurang miskin kaya mula ketara. Perkara ni lagi terus bila bila Bashar jadi presiden pada tahun 2000.

Masa free market diperkenalkan, hanya segelintir pihak je yang berjaya mengaut untung, contohnya geng Alawit dan ahli bisnes Sunni. Secara ringkasnya siapa rapat dengan pihak tertinggi kerajaan je boleh dapat projek juta-juta.

Gambar dari giphy.com

Bagi yang takde kabel dengan kerajaan, bisnes mereka samada hidup segan mati tak mahu atau terus gulung tikar. Perkara inilah yang menjadi punca kenapa bisnes swasta kat Syria ni tak menjadi. Rakyat yang tak terlibat dengan bisnes pula samada jatuh miskin atau jadi papa kedana.

Keadaan punyalah teruk sampaikan petani Syria tak berjaya dapat sebarang hasil tanaman akibat pemanasan global. Dorang sampai terpaksa berpindah ke bandar untuk mencari kerja, tapi ramai yang hanya mampu menganggur.

Tahap pengangguran Syria semakin teruk. Gambar dari syrianef.org

Bukan golongan petani je, yang masih muda pun tak dapat cari kerja. Pada tahun 2005 seramai 75% golongan muda di Syria sudah pun menganggur dan majoriti mereka telah mencari kerja lebih dari setahun. Kesukaran ni tak dilayan oleh pihak kerajaan atau pun golongan atasan di Syria malah diketepikan.

5. Sentimen Sunni vs Shiah dimanipulasikan untuk mendapat sokongan rakyat luar

Sejak tahun 2011 lagi orang luar dah mula masuk campur dalam perang saudara Syria. Tapi kami bukan maksudkan campur tangan rasmi dari negara-negara asing ye, tapi inisiatif sendiri daripada rakyat biasa.

Antara yang paling awal bagi bantuan kepada pemberontak adalah militan Sunni dari Iraq. Lepas tu kumpulah Shiah dari Iraq pun datang join untuk menyokong kerajaan al-Assad, diikuti dengan pejuang Shiah dari Lebanon dan Iran.

Konvoi di padang pasir! Gambar dari giphy.com

Oleh kerana perang Syria ni nampaknya berlaku di antara majoriti Sunni dengan kerajaan Alawit (yang merupakan pecahan Shiah) – Shiah dari Iraq melihatnya sebagai penentu survival bagi orang Shiah di masa hadapan. Nak lagi bila makin ramai ekstremis Sunni join Al-Qaeda yang menentang kerajaan al-Assad.

Mengikut New York Times, puak Shiah di Iraq mula-mula benci al-Assad dan kaitannya dengan parti Baath (parti Saddam Hussein), nak lagi bila dulu al-Assad pernah support Sunni Iraq menentang Shiah Iraq.

Tapi semakin lama perang ni berlangsung, makin ia nampak macam perang antara mazhab. Kerajaan Alawit (yang merupakan pecahan Shiah) dilihat sebagai faktor penting dalam survival orang Shiah di masa depan, nak lagi bila makin ramai ekstremis Sunni join Al-Qaeda yang menentang kerajaan al-Assad.

 

Lepas sibuk bergaduh sesama sendiri, kerajaan luar pulak datang masuk campur

Sejak kemasukan pejuang luar pada tahun 2011, organisasi dan kerajaan asing pun masuk campur. Dalam masa dua tahun, negara seperti Turki, Arab Saudi, Amerika Syarikat, dan Iran telah memberi bantuan kewangan dan senjata. Rusia pulak join pada tahun 2015.

Ramai mengatakan yang negara-negara ni join perang Syria sebagai pergaduhan proksi (nak tunjuk pengaruh masing-masing). Boleh kata betul jugak la sebab yang backup kerajaan Bashar adalah negara-negara yang tak berapa nak Barat sangat seperti Rusia dan Iran; manakala yang sokong pemberontak pula adalah Amerika, Arab Saudi, Perancis, British, dan juga Australia.

Icebreaker dulu sebijik… Gambar dari africom.mil

Tapi tak semua kerajaan yang terlibat dalam perang tu nak bom Syria je. Ada negara-negara kat semenanjung Arab telah mengambil masuk rakyat Syria, malah mereka diberi permit kerja dan kemudahan lain seperti hospital dan sekolah.

Salah satu sebab kenapa mereka tak dikira sebagai pelarian (refugee) adalah kerana negara-negara semenanjung Arab telah memberikan status sah kepada rakyat Syria. Jadi kat dalam rekod pelarian dunia, negara-negara Arab ni nampak macam tak buat apa.

Menteri Luar Negeri Arab Saudi ada berkata “Kenapa perkara ini tak dihebohkan adalah kerana kami melihat ia sebagai satu pertolongan ikhlas dan bukannya satu publisiti”.

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Adel. Gambar dari NDTV.com

Kerajaan bergaduh untuk kepentingan sendiri, rakyat juga yang sengsara

Hal politik kat Timur Tengah sebenarnya sangat kompleks dengan macam-macam puak dan pegangan seperti Sunni, Shiah, Kurdish, Kristian, dan macam-macam lagilah.

Namun apa yang mengeruhkan keadaan adalah pemerintah yang memanipulasikan sentimen ni. Seperti ada yang kami jumpa kat atas tadi, keluarga al-Assad yang menindas rakyat Sunni di Syria adalah berasal dari parti Baath, parti sama yang melantik Saddam Hussein yang menindas rakyat Shiah di Iraq.

Kesannya, rakyat jugak yang merana. Kadar kematian sekarang ni dianggarkan dalam 450 ribu, 4.6 juta rakyat telah menjadi pelarian, dan 7.6 juta rakyat telah hilang tempat tinggal.

Gambar dari milwaukeejewish.org

Sebuah kajian dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa ia memerlukan lebih kurang tiga dekad untuk pulihkan semula Syria dan tu pun tahun 2014 tau, sekarang ni nak masuk 2017 dah. Pakar ekonomi juga telah memberikan pendapat yang sama bahawa proses pemulihan Syria ni akan memakan masa yang lama.

Kalau perang kat Syria tu berhenti dalam masa yang terdekat pun, mereka masih memerlukan bantuan dari semua orang. Tak kisah la siapa menang atau kalah sebab last sekali yang menderita adalah rakyat yang tak bersalah tu juga. Bagi yang tergerak hati untuk menderma kepada rakyat Syria, korang boleh salurkannya kepada:

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance