Wanita ini bongkarkan sindiket penipuan kerja di WhatsApp

Awak semua mesti pernah dapat satu mesej di Whatsapp yang menawarkan pekerjaan pemasaran bebas yang mudah seperti menambahkan item Shopee ke troli atau kena follow influencer di Instagram. Sebilangan besar orang mungkin mengabaikan mesej itu, tapi kalau awak semua buat apa yang disuruh, payment dapat tau.

Emma (bukan nama sebenar) adalah mangsa dalam penipuan ini, dan berusaha untuk berkongsi pengalamannya. Apa yang dia ceritakan adalah kisah pengurus palsu, juruaudit palsu, dan promosi pekerjaan palsu dalam talian – semuanya dirancang untuk mengelirukan awak semua.

Segalanya bermula dengan tawaran kerja online

YasmiN okay bukan Yasmin.

Emma menerima mesej dari wakil dari “ Verizon ” bernama ‘yasmiN’ yang menawarkan pekerjaan pemasaran dalam talian yang kerjanya hanya menulis reviews Google. Disebabkan timbul rasa pelik, Emma pun apa lagi:

“Saya Googled mereka. Nampaknya Verizon takde di Malaysia tetapi saya juga tidak jumpa apa-apa pasal Verizon di Malaysia. Saya fikir mungkin mereka mempunyai usaha pemasaran digital kecil di sini … manalah tahu en?”

“Saya dengar ada beberapa syarikat pemasaran yang membayar orang untuk buat reviews jadi saya rasa mungkin ini sah.”

Emma

Penipu ini sering menggunakan nama syarikat sebenar yang dikenali atau sekurang-kurangnya boleh di’Google’ untuk nampak sah.

Kadang-kadang, mereka bukan saja menyamar sebagai syarikat luar Malaysia, sebabnya kami juga pernah melihat syarikat tempatan seperti Magnes Marketing, Rev Media, dan Media Prima Digital. Contohnya, macam kami kena dengan Prudential:

Sila ‘pause’ kalau nak baca.

Mereka akan bayar awak dengan kerja simple

Kerjanya simple saja, awak semua akan diminta untuk melakukan apa sahaja seperti follow akaun di IG, FB, atau TikTok; atau tambah item Shopee ke troli. Dalam kes Emma, dia diminta untuk menulis reviews 5 bintang di Google Maps, dan screenshot sebagai bukti kerja.

Tapi… semuanya menjadi pelik dan rumit.

Mereka meminta untuk melakukan beberapa reviews saja (macam Emma 3 reviews saja) dilakukan sehari, dan dalam masa tertentu ( 20 minit ). Mereka panggil review ini sebagai “ set ” dalam “ task”.

Setelah Emma selesai buat “task” itu, yasmiN mengirimnya pautan Telegram ke “ Auditor ” untuk memproses pembayaran melalui pemindahan Touch n ’ Go e-Wallet. Peliknya, pembayaran datang dari akaun individu atau syarikat yang tidak dapat kami jumpa di Google. Yang pastinya, tidak ada nama Verizon.

Kami tak jumpa pun Idzuan Welding.

Untuk tugas pertama, dia dibayar RM57 – atau RM19 setiap set. Oleh kerana dia benar-benar menerima wang itu, dia meneruskan tugas kedua dan dibayar RM57 lagi. Tetapi untuk tugas ketiga, segalanya berubah…

Tugas ketiga ini melibatkan pekerjaan yang berbeza yang memerlukan Emma memindahkan sejumlah wang terlebih dahulu untuk pelanggan pelaburan “ cr1pto ” sebagai ‘pengeras’ untuk pembayaran segera. Pembayaran bergantung pada berapa banyak yang dia pindahkan, boleh tengok jadual di bawah:

Mereka telah mewujudkan keadaan di mana awak semua akan mendapat sedikit wang ( kerana sekarang hanya ada 2 set reviews ) dan satu-satunya cara untuk memperoleh lebih banyak adalah dengan mengambil set ketiga.

“Mereka bagi duit buat sedap-sedap je, nak rasa buat awak rasa selamat.”

Emma

Mereka akan buat awak percaya yang semuanya sah

Emma kata walaupun awak semua keras sahaja buat 2 set reviews, nanti mesti awak semua akan menerima mesej spam yang memuji, hingga awak perasan yang semuanya sama spesen sahaja.

“Ada masa tu, awak akan perasan ada mesej mereka seperti “ Wow bagaimana saya boleh melakukannya? ”, “ Wow saya benar-benar memperoleh RMxxxx ”, Mesej-mesej ni sangat biasa hingga awak perasan yang ia scripted.”

Emma

Sebagai langkah berhati-hati, Emma menggunakan wang yang dia perolehi dari pekerjaan sebelumnya untuk memulakan tahap RM60 (tengok jadual merah di atas), yang datang dengan pembayaran segera RM72 ( untung RM12 ). Tapi… itu adalah satu keistimewaan kerana terdapat peluang pelaburan yang terhad setiap hari, jadi awak kena tunggu jika slot diambil.

“Awak perlu bagitahu juruaudit terlebih dahulu. Mereka akan minta untuk mengklik pautan lain untuk pergi kepada Pengurus. Pengurus akan bertanya jika awak bersedia untuk membayar terlebih dahulu untuk tugasan tersebut. Jika ya, mereka akan meminta untuk kembali berhubung dengan Auditor untuk memasukkan wang ke dalam akaun. Setelah memasukkan wang, awak perlu kembali berhubung dengan Pengurus untuk menjalankan tugasan tersebut.”

Emma

Dari sini, awak semua akan diberikan akses ke halaman perdagangan yang direka oleh budak Sekolah Kebangsaan Kerajaan Langit.

Emma mengatakan bahawa sebenarnya tidak ada sebab untuk mengakses halaman itu kerana awak sepatutnya akan dibayar jumlah tetap selepas menghantar wang.

Satu transaksi yang buat awak hilang semuanya

Awak akan dibayar seperti yang dijanjikan jika awak memulakan dari tahap yang lebih rendah. Akan tetapi, kemungkinan awak akan disekat dan kena removed kalau bayar RM800 atau lebih. Sebabnya Emma mengatakan, dalam beberapa kes, penipu juga mungkin meminta awak untuk menambah pelaburan awak dengan alasan bahawa pasaran kripto telah jatuh.

Selepas Emma menghantar RM60, beliau diberitahu bahawa dia akan di’mute‘kan sementara dari perbualan kumpulan, agak pelik sebab ada saja orang lain yang berkongsi berapa banyak wang yang mereka buat.

“Saya tak faham tujuan mute itu. Orang lain boleh berkongsi transaksi tetapi saya tak boleh. Saya tak dapat fikir secara logik.”

Emma

Mungkin tujuan ‘mute‘ itu untuk menghalang orang daripada memberi amaran kepada ahli lain apabila mereka tertipu, tetapi beberapa mesej masih terselit – walaupun mesej-mesej ini dengan cepatnya dipadamkan dan pengguna-pengguna tersebut dikeluarkan. Dia berjaya menghubungi salah seorang daripada mereka, yang menjemputnya untuk join group support.

“Group support ini dibuat oleh seseorang yang ingin menyelamatkan orang dalam perbualan. Setiap orang dalam kumpulan sokongan melaburkan RM60. Kami menganggap bahawa orang yang kehilangan banyak wang telah segera diusir dari perbualan tetapi kami tidak dapat menjejaki mereka.”

Emma

Malangnya, Emma telah digugurkan dari perbualan apabila dia mula bertanya terlalu banyak soalan… tetapi tidak sebelum dia dituduh sebagai penipu kerana mengambil wang mereka.

Mereka siap tunjuk wang lagi.

Emma ni dah dapat buat duit sampai RM300, tapi apa yang untungnya?

Walaupun kita selalunya berfikir skim penipuan akan berakhir dengan individu menjadi mangsa. Namun, Emma bukan saja dapat mengelak daripada menjadi mangsa, tetapi juga berjaya mendapat keuntungan. Walau bagaimanapun, dia mengakui bahawa RM300 itu satu bebanan.

“Semuanya macam mimpi bagi saya. Nak kata ini berkat pun tidak. Nak kata ini adalah rezeki pun tidak. Saya tidak tahu bagaimana untuk merasa tentang ini. Mungkin saya boleh katakan saya bertuah.

Emma

Walaupun mungkin nampak menarik untuk join pekerjaan-pekerjaan ini demi mendapatkan wang percuma, kami nak ingatkan bahawa awak sebenarnya takkan tahu apa yang mereka akan ambil daripada awak.

Beberapa penipuan mungkin melibatkan review palsu, tetapi yang lain melibatkan akaun media sosial atau pembelian dalam talian. Dengan kata lain, awak mungkin secara tidak sengaja memberikan maklumat peribadi.

Emma telah memadam semua “review“nya kerana dia tidak mahu orang lain ditipu. Dia juga tak pasti berapa banyak maklumat peribadinya yang telah dikompromi dan telah memindahkan semua dana keluar dari akaun bank yang digunakan untuk “pelaburan” RM60. Tapi yang lebih penting, dia tahu yang wang yang diterimanya kemungkinan besar datang dari orang yang ditipu.

“Banyak orang boleh sahaja mengatakan ini satu penipuan. Tetapi orang yang terdesak akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Mereka yang kehilangan pekerjaan, berhutang… sekarang mereka tidak mempunyai apa-apa.”

Emma