Ekonomi

Pulau Pinang nak belanjakan RM6.3 BILLION untuk terowong bawah laut, kenapa tak buat jambatan besar je?

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

UPDATE 5/3/2019: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dah buka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Projek ni ada kaitan dengan Menteri Kewangan sekarang iaitu Lim Guan Eng. Dia dah nafikan projek ni ada unsur rasuah kerana ia dibuat melalui tender terbuka.


Sebelum ni, isu ni dapat perhatian apabila dua pengarah syarikat ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiasatan projek terowong bawah laut tu. Sebulan lebih lepas isu tu bangkit, nampaknya kes tu masih lagi jadi titik perbalahan antara ahli politik walaupun sebenarnya SPRM tak jumpa lagi apa-apa bukti.

Besar sangat ke skandal projek ni sebenarnya? Kenapa lepas lebih daripada sebulan pun, isu ni masih lagi berbangkit? Satu lagi, kenapa Penang nak buat terowong dasar laut? Kenapa tak buat jambatan biasa je? Jom kita tengok satu persatu permasalahannya!

Pada mulanya, SPRM cuma siasat tuduhan rasuah. Tapi tiba-tiba …

2 pengarah yang ditangkap oleh SPRM. Imej dari New Straits Times.

Kalau nak tahu isu sebenarnya, kita kena rewind balik cerita ni dari awal, iaitu sebelum pengarah-pengarah tadi ditahan oleh SPRM lagi.

Sebenarnya, projek terowong dasar laut ni dah dibincangkan sejak tahun 2011 lagi, dan ia merupakan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kontraktor. Perjanjian ni kemudiannya ditandatangani pada tahun 2012. Tapi, sampailah ke hari ni, projek ni tak siap-siap juga. Banyak persoalan yang timbul pasal progress projek tu. Padahalnya, bayaran dah dibuat (kata beberapa orang yang terlibat).

Disebabkan perkara ni, beberapa laporan dibuat kepada SPRM dan mereka pun lancarkan penyiasatan. SPRM kemudiannya menyerbu 43 lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, dari pejabat-pejabat syarikat yang terlibat dengan pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang di Komtar. Mereka juga merekodkan kenyataan daripada 76 orang, dan akhirnya membuat 4 tangkapan (setakat ini).

Pada mulanya, penyiasatan SPRM lebih tertumpu kepada dakwaan rasuah oleh ahli politik yang terlibat dalam projek tu. Ada yang kata syarikat tu bayar rasuah sampai berjuta-juta sebagai suapan untuk dapatkan projek itu. Tapi kemudiannya, fokus penyiasatan beralih arah. SPRM kemudiannya menyiasat, adakah RM305 juta yang dibayar kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tu terlampau banyak?

Main suap-suap? Imej dari giphy

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof kata kalau nak dibandingkan, kerajaan persekutuan hanya bayar RM19 juta je yuran konsultasi untuk projek lebuh raya 30 km di Johor. Ke sebab projek Penang ni dekat dalam lautan, sebab tu lagi mahal?

Pulau Pinang kata mereka belum bayar terowong, tapi mereka dah bayar… 3 lebuh raya yang lain?

Terowong dasar laut sebenarnya adalah salah satu daripada PROJEK MEGA Pulau Pinang. Selain daripada terowong, ada 3 buah lebuh raya lain yang dirancang, dan dikenali sebagai projek “tiga jalan utama”. 3 buah lebuh raya tu akan dibina di pulau tu sendiri, manakala terowong bawah laut pula akan menghubungkan Georgetown ke Butterworth. Macam ni bentuknya:

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Imej dari Konsortium Zenith Construction. Diambil dari Malay Mail Online.

Kos untuk kesemua projek ni (terowong + 3 buah lebuh raya) memakan belanja sebanyak RM6.3 billion. Jadinya, RM305 juta yang disebutkan tadi cumalah sebahagian kecil je untuk konsultasi!

Memandangkan semakin banyak tuduhan yang dilemparkan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng menjelaskan mengenai pembayaran bagi projek dengan mengeluarkan pecahan bagi kos projek, sekaligus untuk membersihkan nama kerajaan negeri.

Jadi menurut kerajaan negeri, RM305 juta adalah jumlah kos kajian dan reka bentuk untuk KEDUA-DUA projek. Pengerusi jawatankuasa tu juga menambah, kerajaan negeri cuma membayar untuk 3 projek jalan utama (RM208 juta), dan setakat ni, mereka belum bayar apa-apa untuk terowong bawah laut. Pasal kes projek terowong yang tak siap-siap lagi tu pulak, dia kata terowong tu hanya akan mula dibina pada tahun 2023, jadi sepatutnya takde tekanan untuk menyiapkan kajian sekarang ni.

Mungkin mereka tak dapat memo. Imej dari nst.com

Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi dikritik apabila mereka memilih untuk membayar kajian dan reka bentuk untuk projek 3 jalan utama tu dengan… 2 bidang tanah!

“Kita tak ada duit, jadi kita bayar melalui penukaran tanah.” – Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, dipetik dari Free Malaysia Today.

Susahnya nak ikuti berita pasal projek ni sebab subjeknya yang berubah-ubah!

Base je sama, angle berlainan. Imej dari giphy

Sebelum kami sambung cerita ni, korang kena tahu pasal Consortium Zenith dan China Railway Construction Corporation Limited (CRCC). Manakala Special Purpose Vehicle (SPV) ditubuhkan oleh beberapa syarikat yang terlibat. SPV ni bukanlah kereta ke apa, tapi lebih kurang macam sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi tujuan khusus atau sementara. Dalam hal ni, fokusnya adalah untuk menyelesaikan projek Pulau Pinang. Konsortium Zenith ni la SPV dalam kes ini.

Berbalik kepada cerita tadi, kerajaan negeri Pulau Pinang membuat bayaran kepada Konsortium Zenith dengan memberi mereka 2 bidang tanah berjumlah 3.7 ekar (161,172 kaki persegi) pada RM1,300 kaki persegi. Bagi korang yang tertanya-tanya, wujud ke pembayaran menggunakan tanah ni sebenarnya? Wujud, tapi syarikat tu cuma boleh pegang tanah tu dalam beberapa tempoh masa je.

Perbalahan antara MCA dengan Pulau Pinang ni bukan semata-mata sebab pertukaran tanah je. Malah, mereka juga ragu-ragu sama ada CRCC adalah pemegang saham Konsortium Zenith atau tak. Sebabnya pada tahun 2013, kerajaan Pulau Pinang mungkin “tersilap” apabila mereka menyenaraikan CRCC sebagai pemegang saham dalam SPV.

Padahal sebenarnya CRCC adalah kontraktor utama yang terlibat bagi kebanyakan pembinaan tu. Menteri Pengangkutan waktu tu, Liow Tiong Lai kemudiannya berjumpa dengan CRCC di Beijing baru-baru ini, dan mengesahkannya sendiri.

Imej dari malaysiakini.com

Pulau Pinang tak perasan tentang ‘kesilapan’ pasal penyenaraian CRCC sebagai pemegang saham, malah mereka terus menegaskan yang CRCC adalah kontraktor utama projek tu. Malah masa kami tengah tulis artikel ni pun, isunya sekarang adalah tentang CRCC ni.

Tapi sebenarnya, adakah Pulau Pinang betul-betul perlukan jambatan atau terowong baru?

Gambaran terowong Pulau Pinang. Imej dari propertyguru.com.my

Walaupun ramai antara kita rasa pertambahan jambatan ni boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas, tapi bagi Profesor Madya Dr Hassim Mat, dia kata pertambahan jambatan akan menyebabkan jalan semakin sesak.

“Kenapa nak buat lebih banyak lalu lintas ke jalan yang sudah sedia sesak di Pulau Pinang? Langkah yang lebih logik adalah dengan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sini terlebih dahulu. “- Dr Hassim Mat, dipetik dari Penang Property Talk.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) waktu tu, Dr Lim Mah Hui, setuju dengan Dr Hassim Mat. Dia terangkan yang jalan raya di Pulau Pinang adalah kecil, dan tak sesuai lah kalau makin sesak. Jadinya, pertambahan kereta ke sebelah pulau akan membawa kesan yang lebih buruk. Selain tu juga, lalu lintas jambatan kedua (dibuka pada tahun 2014) masih belum digunakan sepenuhnya. Trafik semasa hanyalah 14,300 kenderaan setiap hari berbanding 25,000 yang dijangka, menjelang 2019.

Sebab nak tunggu kereta terbang macam lambat lagi je. Imej dari giphy

Persoalan lain yang bermain di fikiran kami adalah, kenapa buat terowong dasar laut, dan bukannnya jambatan macam sedia ada? Kami tak jumpa lah pula sebab kukuh, tapi kemungkinannya sebab kerajaan persekutuan zaman BN masa tu tak nak luluskan jambatan ke-3, seperti yang dikatakan Lim Guan Eng di Malaysiakini.

“Kalau nak dibandingkan dengan pembinaan jambatan, kos pembinaan terowong pula adalah dua kali ganda jumlahnya…

… jika kerajaan persekutuan boleh beri kelulusan kepada kerajaan negeri untuk bina sebuah jambatan dan bukan terowong, simpanan yang diperolehi boleh digunakan untuk membiayai jambatan bebas tol. “- Lim Guan Eng, dipetik dari MalaysiaKini.

Tapi, sekarang kan dah jadi kerajaan, kenapa tak luluskan projek jambatan ketiga tu?

Pasal projek terowong tu, kita kena tunggu SPRM selesaikan siasatan mereka

In case korang lupa, SPRM tengah siasat, sama ada pembiayaan RM305 juta untuk projek tu sebenarnya terlampau mahal atau tak. Salah satu sebab perkara ni kitorang tak fokuskan sangat adalah, perkara ni masih lagi dalam siasatan.

Apa yang menariknya, pada bulan Jun yang lepas (2017), Pulau Pinang mengakui yang mereka dah bayar lebihan sebanyak 17% untuk “yuran sivil dan struktur”. Tapi jumlah yang dibayar tu masih boleh diterima, berdasarkan Lembaga Jurutera Malaysia. Apa yang lebih menarik lagi, Lim Guan Eng kata SPRM pernah siasat projek terowong ni pada tahun 2016, tapi tak jumpa perkara yang meragukan pun.

 “Kamu tanya kenapa kerja tak mula lagi. Kamu masuk campur, dan kamu sabotaj, jadi macam mana kamu fikir kerja ni nak berjalan?” – Lim Guan Eng, dipetik dari Straits Times.

Ketua Menteri Pulau Pinang tu menambah lagi, disebabkan campur tangan SPRM, tak tahu la macam mana kesudahan projek ni. Jadi sekarang ni, kita tunggu je la sampai SPRM selesaikan siasatan mereka, dan bayangkan kalau Malaysia ada jambatan tinggi macam ni.

Kalau jambatan kat Malaysia tinggi macam ni, mesti orang tak bawa laju-laju, kan? Imej dari giphy

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend