- 439Share sekarang!
- Email21
- Facebook418
- Share
Baru-baru ni satu Malaysia digemparkan dengan kehilangan remaja Ireland waktu dia dengan keluarganya bercuti di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan. Dan bila operasi SAR dijalankan pada hari yang ke sepuluh, polis ada jumpa seorang mayat perempuan berkulit putih dan bila disahkan, ia adalah mayat remaja Ireland tu, Nora Anne Quoirin.
Sebelum ni, mak ayah Nora sampai tawarkan RM50,000 kepada sesiapa yang jumpa anak diorang. Dan, dia sebenarnya merupakan anak istimewa dan datang Malaysia dengan keluarganya untuk bercuti. Waktu tempoh kehilangannya, pasukan polis dari Ireland, England dan Perancis jugak ada untuk bantu menyiasat kehilangannya.
Memandangkan kehilangan pelancong asing kat negara kita ni dah jadi topik perbincangan pakcik-pakcik kedai kopi, jadi SOSCILI nak mengimbas kembali kes-kes pelancong asing yang pernah hilang kat Malaysia.
1. Andrew Gaskell – terlalu yakin sampai masuk salah jalan
Kebanyakan pelancong ni sukakan aktiviti yang mencabar dan ekstrem untuk penuhi tentatif percutian diaorang. Takkanlah asyik nak pergi food hunting je kan. Kes kehilangan pelancong Australia, Andrew Gaskell ni jadi pada tahun 2016 waktu dia pergi hiking seorang-seorang kat kawasan Taman Negara Mulu dan terputus hubungan lepas daripada tu.
Dia datang Malaysia secara backpacking, (dan dia juga merupakan blog traveller) lepas dia berhenti kerja dalam industri kejuruteraan. Jadi dia nak release stress dulu sebelum sambung kerja yang baru. Dia backpacking ke Sarawak tu selama 3 bulan sebelum dia sampai kat Taman Negara Mulu. Dan dia pergi ke Sarawak sebab dia suka dengan etnik unik yang ada kat Sarawak dengan budaya masyarakat tempatan. Jadi, dia nak explore dengan lebih mendalam.
Disebabkan persekitaran dan landskap yang menarik kat Sarawak, dia pun sampailah kat taman negara tu dengan tujuan utama nak daki Gunung Mulu. Disebabkan dia dah banyak pengalaman dengan aktiviti pendakian ni, jadi dia yakinlah yang dia takkan sesat. Tapi benda sebaliknya yang jadi. Sebab utama dia sesat adalah pada mulanya dia tak dapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk hiking kat kawasan tersebut dan tak ikut arahan yang diberikan.
Jadi dia tak dapatlah peta laluan yang betul, dan menyebabkan dia redah je kawasan hutan belantara tu. Selain tu, dia ada lalu kat laluan yang ditutup sebab dia rasa kenapa orang kena tutup laluan tu sedangkan pada musim tu, pihak perhutanan pun tahu ramai pendaki akan ada kat kawasan tu.
Lepas 2 minggu dia sesat kat hutan tu, barulah anggota penyelamat dapat jumpa dia. Dia ditemui dalam keadaan kurus dan tak bermaya dan lepas tu dia buat status kat Facebook yang dia mintak maaf kat semua orang sebab dah menyusahkan banyak pihak dalam misi pencariannya.
“Saya sangat menyesal atas segala kesulitan dan masalah yang berpunca daripada saya dan sekarang ni saya perlu berehat untuk pulihkan kesihatan saya…” Andrew Gaskell, sumber dari The Star
Disebabkan terlalu yakin, akhirnya makan diri sendiri …
“Sekiranya saya mengikuti peraturan yang betul, kejadian ni semestinya dapat dielakkan. Pada masa akan datang, saya akan sentiasa mengikuti peraturan hutan dan taman negara dan saya berharap orang lain dapat belajar daripada pengalaman saya.” – Andrew Gaskell, sumber dari ABC News.
2. Nikitin Aleksis Elis Valtteri – sembunyi daripada CCTV sebelum jadi misteri
Waktu kecik-kecik sampailah dah besar sekarang ni, mak selalu pesan jangan pergi mana-mana seorang-seorang, bahaya. Dan kejadian kehilangan pelancong Finland, Nikitin Aleksis Elis Valtteri ni jadi pada awal tahun ni, dan dia tak dapat dijejaki lepas dia pergi ke Air Terjun Kampung Asah, Mukut dekat kawasan Pulau Tioman, Rompin seorang-seorang. Haa…
Apa yang jadi misteri dan mencurigakan tentang kehilangannya, sebelum dia hilang jejak tu, dia ada mengelak daripada CCTV dan elak dari dirinya dirakam oleh kamera tu waktu dia lalu kat kawasan penginapan yang ada CCTV. Dan tak lama lepas tu dia hilang sebelum dia tanya penduduk tempatan mengenai kawasan Air Terjun Kampung Asah dan arahnya.
Tapi, orang ramai semua yakin yang dia masih ada kat kawasan tu sebab barang peribadi dia termasuk passport, visa card, dengan duit dia ditinggalkan kat rumah yang dia tumpang tu. Cuma yang peliknya, kenapa dia nak lari dari CCTV, dan hilang lepas tu?
Operasi mencari dan menyelamat kehilangan dia sampai gunakan khidmat anjing pengesan K9, (kitorang ada tulis pasal anjing K9 tu sebelum ni, boleh klik sini) bomba, polis dengan gunakan bomoh untuk mengesan jejak kehilangannya. Tapi kes dia senyap je sampai sekarang dan masih tak jumpa-jumpa lagi. Agak-agaknya dia pergi mana ye? ?
3. Gareth David Huntley – hilang lepas buat jungle trekking kat Pulau Tioman
Okay, kes kehilangan ni jugak terjadi kat Pulau Tioman pada tahun 2014. Kes kehilangan ni lebih kurang sama dengan kes Nikitin Aleksis Elis Valtteri yang terputus hubungan dan tak dapat dikesan lepas dia pergi air terjun. Gareth David Huntley merupakan warga Britain yang juga menjadi sukarelawan kat Pusat Santuari Penyu, Kampung Juara, Pulau Tioman dan dia jugak selalu melancong secara backpacker seorang-seorang.
Sebelum kehilangannya, dia ada bagitahu yang dia nak buat trekking kat Air Terjun Lebuk Teja dan akan balik semula kat kawasan penempatan dia tu pada pukul 2 petang, tapi lepas tu terus tak dapat dikesan. Waktu nak kesan jejak dia, keluarga dia cakap yang polis Malaysia tak serius dalam usaha nak cari Huntley ni.
Sampaikan diorang suruh pihak berkuasa Britain untuk beri tekanan kat pasukan polis Malaysia untuk tingkatkan pencarian diaorang. Ish ish… Padahal waktu tu, pihak berkuasa Malaysia dah gunakan tujuh ekor anjing pengesan untuk bantu operasi pencarian tu.
Mayat susah nak dikenal pasti sebab semua orang tak jumpa dokumen pengenalan dirinya sampai kena buat ujian DNA dengan ahli keluarganya. Dan apa yang bertambah susah nak cam mayat tu sebab sebahagian muka mayat tu dah reput sebab dah beberapa hari mati sebelum dia dijumpai.
Mayat dia sebenarnya ditemui kat dalam sebuah kolam beberapa meter dari tempat menyimpan kayak di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman. Tapi sebelum tu, waktu polis nak cari bukti kehilangannya, ada benda misteri yang jadi bila polis tak jumpa apa-apa dokumen peribadi dan dia tak daftar kat rumah tamu yang dia duduk tu. Tapi macam mana boleh masuk ye? ?
4. Stephanie Foray – hilang lepas ronda-ronda kampung dengan pemilik homestay
Cerita dan kes yang seterusnya ni jugak jadi kat Pulau Tioman dan waktu kes kehilangan dia, ia memang menggemparkan satu Malaysia lah sekitar tahun 2011 dulu. Stephanie Foray merupakan rakyat Perancis yang datang kat Pulau Tioman untuk bercuti yang sebelum ni dia ada bercuti kat tempat lain di sekitar Asia. Tapi percutian yang indah berakhir dengan tragedi…
Waktu dia bercuti kat Pulau Tioman tu, keluarga dia ada buat laporan kat konsulat dan kedutaan Perancis sebab tak dengar khabar berita daripada dia dalam tempoh yang lama. Bila disiasat, cuma ada rekod ketibaan dia je, tapi tak ada apa-apa rekod yang menyatakan dia dah tinggalkan tempat tu.
Bila semua orang rasa curiga dengan kehilangan dia, polis pun buatlah siasatan dan satu Pulau Tioman tu terlibat dan kecoh. Bila disiasat dan dah jumpa bukti, Stephanie Foray ni sebelum dia ‘hilang’, dia tinggal kat satu homestay, dan dikatakan dia dah paksa pemilik homestay tu untuk terima dia menginap kat situ.
Dan polis pun dapat jumpa owner homestay tu dan dia jugak merupakan suspek utama untuk kes ni. Apa yang lebih mencurigakan, owner homestay, Asni Omar bawak polis pergi satu gua dekat dengan homestay tu, dan Stephanie Foray berjaya ‘dijumpai’ kat dalam gua tu. Iaitu dalam keadaan reput yang ditanam dengan pakaian dia sekali.
Dan bila dibedah siasat mayatnya dah mati lebih kurang tiga bulan sebelum dia dijumpai. Dia jugak dirogol dan dibunuh menggunakan botol arak sebab kecederaan dia kat kepala dan tulang rangka. Selain tu, dia dibunuh kat dalam sebuah homestay sebelum ditanam.
Bila disiasat, suspek ni rupanya selalu mabuk dan orang kampung bagitahu yang diaorang selalu nampak Stephanie dengan suspek selalu naik motor pusing kampung sama-sama. Selain tu, kamera Stephanie jugak dipecahkan sebab kat situ ada banyak gambar diaorang sama-sama. Mungkin sebab nak hilangkan bukti ‘keakraban’ diaorang.
Dan lepas lima tahun daripada kes tu, suspek tu dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan membunuh. Walaupun dia tak mengaku, tapi sebab takde bukti yang kukuh dia tak bunuh Stephanie, hukuman tu kekal walaupun kecederaan tu dia kata mungkin sebab Stephanie jatuh. Hmmm…
5. Peter Hoverkamp – lemas dalam gua waktu cari pokok pakis
Kebanyakan pelancong yang datang negara kita ni memang sukakan aktiviti pengembaraan, pendakian dan jugak trekking. Ada yang memang suka masuk hutan sebab nak tengok spesis-spesis tumbuhan baru yang diaorang tak pernah jumpa kat tempat lain sebelum ni.
Macam kes kehilangan Peter Hoverkamp, kat Taman Negara Mulu ni lah. Dia merupakan pakar dalam tumbuhan dan biogeografi yang dia memang secara aktifnya selalu buat penyelidikan mengenai tumbuhan-tumbuhan pakis.
Kes ni terjadi dalam tahun ni jugak, baru je lagi, bulan Julai lepas. Dia hilang dengan pemandu pelancong warga Sarawak kat dalam Gua Rusa, Taman Negara Mulu. Waktu dia buat trekking dalam Gua Rusa tu tiba-tiba banjir kilat. Jadi semua orang risau sebab dia tak balik kat tempat dia menginap lepas pergi kat Gua Rusa tu.
Esoknya, lepas anggota mencari dan menyelamat buat misi mencari mangsa yang hilang, diorang berjaya jumpa Peter Hoverkamp tapi dia dah mati sebab lemas dalam banjir kilat tu. Tapi, pemandu pelancong yang bawak dan teman dia pergi gua tak dapat dijumpai lagi.
Proses pencariannya tak makan masa yang lama pun sebab semua orang kat situ dah tahu apa punca kehilangannya. Walaupun sebelum tu pelancong dah diberitahu supaya tak pergi kat tempat-tempat macam tu waktu musim hujan, dia tetap pergi jugak sebab nak buat penyelidikan dan tolong kawan dia untuk terbitkan buku ‘A guide to Ferns of Borneo’. Dia jugak sangat aktif hasilkan buku, dengan ada lebih kurang 70 buah terbitan.
Anggota SAR guna teknologi bermutu tinggi untuk bantu rakyat
Baru-baru ni ada jugak kes pelancong berkayak hilang kat Mersing dan masih dalam misi pencarian oleh anggota SAR yang bekerja keras untuk proses tersebut. Kalau kita perhatikan, anggota mencari dan menyelamat (SAR) yang mencari mangsa-mangsa hilang ni kerja diaorang bukanlah mudah. Sampai sanggup berkampung kat satu kawasan untuk cari dan selamatkan orang hilang.
Dan kita pun tahu, anggota SAR Malaysia buat kerja sangat efektif dan efisyen. Sistem operasi mencari dan menyelamat diaorang sebenarnya dinaiktaraf menggunakan teknologi yang bermutu tinggi di bawah kelolaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berasaskan satelit. Teknologi tinggi yang digunakan adalah untuk tingkatkan mutu pencarian supaya lebih teliti dan efisyen. Dan proses mencari akan dapat diselesaikan dengan tempoh yang segera.
“Rakyat akan mendapat manfaat besar dengan adanya sistem ini. Bantuan pada waktu kecemasan daripada agensi berkaitan akan tiba dalam kadar segera bersama-sama peralatan mencukupi,” – Datuk Seri Shahidan Kassim, sumber dari Utusan Online (2015).
- 439Share sekarang!
- Email21
- Facebook418
- Share