- 2.4KShare sekarang!
- Email19
- Facebook2.4K
- Share
Untuk semua yang membaca, kitaorang ada satu soalan penting ni. Korang mesti yang jenis suka bawak handphone masuk dalam tandas sekali kan? Yela sambil-sambil tu boleh scroll-scroll timeline Twitter, Instagram, Facebook ataupun check emel-emel korang sampai habis baca semua. Keluar-keluar toilet, semua assignment yang dah tertangguh sebulan lepas tu dah siap.
Tapi ada satu masalah besar iaitu apa nak buat bila handphone tu jatuh dalam lubang tandas, agak-agak korang sanggup ke ambik balik? Dan keputusannya, mesti korang sedekahkan jelah kat loji kumbahan tu kan? Kalau ambik balik pun confirm touchscreen mesti susah nak guna lagi dah.
Ni SOSCILI nak umumkan berita baik. Bagi korang yang nak ganti handphone tu, korang boleh dapatkan dengan cara yang mudah sebabnya…
Digi kini telah menawarkan pelan pemilikan dan perlindungan fon BARU khusus untuk manusia yang asyik jahanamkan fon diorang! ?
Cepat, jawab betul-betul – apa jadi kat fon korang yang korang last guna sebelum ni?
Take Our PollAlang-alang kitorang tanya kenapa korang dah tak guna fon lama korang dah, pada siapa yang handphone dah masuk lubang toilet tu, takpun handphone rosak ke, memang berangan nak tukar handphone ke, kitorang kat Soscili ni ada berita baik. Digi sekarang ada tawarkan pelan pemilikan dan perlindungan fon menarik ni kalau korang teringin tak nak tukar iPhone Xs (atau apa-apa fon power lagi)!
Kalau ada antara korang yang berazam nak dapatkan fon baru, ataupun gantikan fon lama dengan harga murah ataupun percuma, pelan Digi PhoneFreedom 365 ni memang KHAS untuk korang. Lagi-lagi pula, untuk orang-orang yang ditimpa kemalangan seperti kerosakan tanpa sengaja, atau fon terjatuh dalam air, boleh la dapatkan pelan Digi Shield sekali dengan PhoneFreedom 365 tu jugak! Handphone yang diaorang tawarkan ni pun, dah la semuanya best-best, lagi-lagi standard-standard jugak tau. Bila korang dah langgan pelan ni, korang pun boleh lah dapat handphone canggih baru dan katakan bye kat fon lama korang yang dah tak berfungsi lagi tu! ?
Tapi… apa yang istimewa sangat pasal pelan PhoneFreedom 365 ni?
Sebenarnya pelan PhoneFreedom 365 ni membenarkan pemilikan telefon di mana korang bebas untuk pilih apa yang korang nak termasuk dalam pelan tu. Bila korang langgan pelan ni, korang tak payah nak fikir untuk bayar pendahuluan ke apa sebab pelan ni sediakan RM0 (!!!) untuk servis pendahuluan diaorang tu!
Lagi-lagi pulak, pelan ni berbaloi sebab dah lah tak ada bayaran pendahuluan, interest pun tak ada woi! Maksudnya, jumlah harga yang korang bayar secara kesuluruhan tak lagi mahal berbanding dengan kalau korang beli phone tu je terus! Pastu, kalau korang dah guna pelan ni selama 18 bulan, korang akan boleh naik tarafkan atau tukar handphone korang secara PERCUMA. Dan kalau fon korang tu terosak sebelum tu, pelan ni juga termasuk dengan perlindungan supaya korang tak perlu risau lagi!
Kiranya kalau korang guna pelan ni, korang boleh dapatkan sekali pakej pelan perlindungan Digi Shield untuk keselamatan fon korang lah, ala-ala macam insurans tu. Sekiranya kalau handphone korang jatuh ke, ataupun retak dalam masa setahun tu, korang boleh je hubungi Digi dan diorang akan kutip, baiki, dan pulangkan terus ke korang tanpa sebarang cas!
Pelan-pelan Digi juga membolehkan korang dapat data dengan jumlah sebanyak 200GB, panggilan tanpa had, dan juga perayauan & IDD PERCUMA. Kalau korang nak tau apa pelan-pelan yang diorang ada, tekan la kat sini!
Jadi, tunggu apa lagi? Upgrade la fon korang sekarang dengan pelan PhoneFreedom 365 Digi!
Senang je, kalau korang pergi mana-mana mall nak tengok wayang tu, korang bolehlah singgah sekejap dekat kiosk Digi Store ataupun kat kiosk Digi Store Express. Biasanya kat semua mall ada je Digi Store ni. Bila dah sembang-sembang dengan penjual Digi kat situ, korang bolehlah bagitahu dia pasal pelan ni. Lepas tu boleh terus langgan pelan PhoneFreedom 365 ni. Senang kan? Tak sampai 5 minit pun kalau nak cepat.
- 2.4KShare sekarang!
- Email19
- Facebook2.4K
- Share