- 322Share sekarang!
- Email0
- Facebook322
- Share
Habis sudah kempen Olimpik Tokyo 2020. dengan Malaysia berjaya meraih dua pingat iaitu perak dan juga gangsa. Sukan yang menyumbang pingat gangsa adalah badminton menerusi pasangan beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Manakala perak disumbangkan oleh The Pocket Rocketman Dato’ Azizulhasni Awang dalam acara keirin. Tahniah kepada mereka!
Namun, jangan kita semua terlupa bahawa perjuangan masih belum tamat. Ini disebabkan masih ada Paralimpik Tokyo yang sudah pun memulakan acaranya, seperti kita semua tahu Malaysia sangat cemerlang pada Paralimpik lepas yang berlangsung di Rio dengan pelbagai rekod dunia telah dipecahkan.
Disebabkan itu, mari kita kenali barisan 22 atlet negara yang bakal menggalas misi mendapatkan emas pada Paralimpik Tokyo nanti…
Olahraga, diwakili pemecah rekod dunia!
Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru F20)
Siapa tak kenal Ziyad ni, pemegang pingat emas dalam acara lontar peluru di Paralimpik Rio dan dia pasti bersedia untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya. Atlet berusia 31 tahun yang berasal dari Gombak, Selangor ini boleh dikatakan antara prospek emas negara disebabkan pencapaiannya yang cemerlang sebelum-sebelum ini.
Dia merupakan pemecah rekod dunia dalam lontar peluru bagi kategori F20! Perkara itu pun dia capai di Paralimpik Rio, bolehkah dia perbaharui rekodnya itu? Kita tunggu nanti.
Abdul Latif Romly (Lompat Jauh T20)
Terbanglah Latif! Itu merupakan ayat yang dihamburkan untuk Abdul Latif Romly selepas dia berjaya memecahkan rekod dunia lompat jauh bukan sekali, bukan dua kali, tapi tiga kali! Dia melakukannya di Paralimpik Rio, lompatannya itu berjaya menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia.
Anak Perlis yang berusia 24 tahun ni dijangka bakal mengulangi pencapaiannya di Rio semasa bertandang di gelanggang Paralimpik Tokyo, kerana dia dikira sandaran utama pingat emas bersama-sama dengan Ziyad Zolkefli.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100 Meter T36)
Salah seorang hero kita semasa Paralimpik Rio, dia telah menjuarai acara reben biru kategori T36 pada kempen itu dan membuatkan ramai yang terharu dengan kejayaannya itu. Sebelum-sebelum ni pun banyak kejayaan telah diraihnya dalam kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia dan Asia. kalau korang nak tahu dia pun pernah menang pingat emas dalam acara lompat jauh di Kejohanan Para Asia.
Atlet serba boleh ini merupakan sandaran pingat emas untuk Malaysia di Paralimpik Tokyo nanti. Mungkin pressure agak tinggi untuk dia lunaskan tetapi bagi seorang pejuang seperti Ridzuan Puzi, tiada apa-apa yang boleh menghalangnya daripada menempuhnya.
Wong Kar Gee (Lompat Jauh T13)
Kebanggaan Sabah! Itu ayat yang boleh dijeritkan oleh orang-orang Sabah apabila seorang anak negeri mereka membawa perjuangan negara di Tokyo. Wong Kar Gee, bukan nama yang asing sebenarnya dalam arena sukan para negara sebab atlet berumur 30 tahun ini pernah memenangi kejohanan besar seperti memenangi pingat perak Sukan Para Asia Indonesia dan juga Grand Prix Dunia di Paris.
Siti Noor Iasah (400 Meter T20)
Satu-satunya wakil wanita kita dalam olahraga di Paralimpik Tokyo, ia adalah Siti Noor Iasah yang berumur 32 tahun. Siti bukanlah nama baru dalam sukan para negara ni, dia merupakan antara atlet para paling senior dan dikatakan Paralimpik Tokyo merupakan kejohanannya yang terakhir sebelum di mengumumkan persaraan.
Dia juga telah mencatat rekod Asia pada Paralimpik Rio dahulu. Nama Siti Noor Iasah ni pun bukanlah sebuah nama yang kecil sebab dia pernah dianugerahkan Atlet Para Wanita Terbaik Negara pada 2014 dan juga 2018. Kira bukan calang-calang orang lah!
Berbasikal trek, sandaran pingat dengan DNA Azizulhasni!
Mohamad Yusof Hafizi Saharuddin
Seorang anak muda yang berasal dari Johor, Paralimpik Tokyo merupakan salah satu gelanggang terbesar yang akan disertai olehnya selepas dia berjaya melakar nama dalam dunia basikal. Ini disebabkan dia pernah memenangi pingat gangsa di Kejohanan UCI Berbasikal Para Dunia di Kanada tahun lepas! Jadi mungkin Yusof dapat memberi pingat di Tokyo nanti.
Muhammad Hafiz Jamali
Hafiz juga merupakan salah seorang prospek pingat pada Paralimpik Tokyo, ini disebabkan dia datang sebagai pemegang pingat perak di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur pada 2017. Walaupun pencapaiannya itu dah agak lama ketinggalan, tapi itu masih menjadikan dia sebagai pencabar utama! Yang pasti, atlet berusia 31 tahun ini pasti sudah bersedia menggalas cabaran yang telah diberikan.
Zuhairie Ahmad Tarmizi
Kali ni, anak Terengganu pula membarisi barisan atlet berbasikal para negara. Seperti semua orang tahu, Terengganu ni ibarat kilang atlet berbasikal. So, memang Zuhairie ni kira gempak pun. Dia yang berumur 31 tahun ini juga pernah memenangi emas di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur sebelum ini, jadi dia pasti menjadi sandaran untuk mendapatkan pingat di Tokyo.
Nur Azlia Syafinaz & Nurul Suhada Zainal (Jurumudi)
Duo berbasikal negara ni boleh dikira antara atlet berbasikal elit dunia! Dorang ni pernah membawa balik 3 pingat emas di Sukan Para Asia 2018 dan Sukan Berbasikal Trek Para Asia 2019 di Indonesia, tu bukan pencapaian biasa-biasa tau! Jadi tak mustahil atlet yang berumur 23 tahun (Azlia Syafinaz) dan 28 tahun (Suhada Zainal) itu dapat membutirkan pingat di Paralimpik Tokyo nanti.
Renang, mempunyai seorang wakil cilik dengan harapan yang besar
Brenda Anellia Larry
Seseorang wanita yang dilahirkan tanpa tangan tetapi masih mampu menggalas cabaran negara dalam acara renang! Atlet yang berusia 16 tahun ni menyatakan yang impiannya adalah untuk layak ke Paralimpik Tokyo, semuanya telah pun menjadi kenyataan apabila dia berjaya melayakkan diri. Disebabkan itu, just enjoy your game Brenda. Anda prospek pasukan Malaysia!
Muhammad Nur Syaiful Zulkafli
Atlet berusia 25 tahun ini merupakan anak jati Sarawak apabila dia memulakan kariernya di negeri itu pada 2015. Dia mula mewakili Malaysia pada 2017 dan pencapaian terbaiknya adalah memenangi emas di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia! Jadi dengan gelaran juara Asia, dia pasti inginkan pingat di Tokyo juga kan.
Jamery Siga
Perenang terakhir yang akan mewakili negara adalah Jamery Siga, dia merupakan antara atlet paling senior selepas pernah mewakili negara di Paralimpik London (2012) dan Paralimpik Rio (2016). Dia juga pernah bersara pada 2017 sebelum mengambil keputusan untuk kembali disebabkan kata-kata mendiang isterinya untuk tidak berputus asa. Kita mengharapkan yang terbaik untuk Jamery.
Memanah, panahan ke hati rakyat Malaysia?
S. Suresh
Ni juara dunia ni guys, Suresh merupakan atlet para memanah pertama yang memenangi emas di Kejohanan Memanah Dunia pada 2019. Kira bukan calang-calang orang yang pergi ke Tokyo ni. Mungkin Suresh adalah peluang Malaysia untuk mendapatkan emas di Tokyo nanti. Atlet yang berusia 27 tahun ni pasti akan menjadi tumpuan selepas persembahan cemerlangnya sebelum ini.
Wiro Julin
Seorang lagi yang akan menemani Suresh adalah Wiro Julin, membawa status juara Asia ke Tokyo. Pada Kejohanan Memanah Para Asia, dia Wiro berjaya mendapatkan emas dan juga gangsa untuk pasukan Malaysia. Atlet yang berumur 27 tahun ini juga sedang berada di ranking yang ke 21 dunia, tapi apabila dilihat pencapaiannya, tak mustahil dia boleh menjelmakan pingat di Tokyo nanti.
Badminton, pemain setaraf Lee Chong Wei akan dipertaruhkan!
Cheah Liek Hou (Perseorangan Lelaki SU5)
Chah Liek Hou ni boleh dikatakan antara atlet yang paling in form sekarang ni selepas dia tidak pernah kalah lagi di mana dia telah memenangi 31 perlawanan berturut-turut! Dia juga adalah juara 6 kali di Sukan Para ASEAN dan juara 6 kali juga di Kejohanan Badminton Para Dunia. Selepas Badminton telah disenarai kembali di Paralimpik, ini peluang terbaik untuk dia mendapatkan emas!
Didin Taresoh (Perseorangan Lelaki SH6)
Lagi seorang juara dunia yang kita ada iaitu Didin Terasoh. Atlet yang berasal dari Sabah ini pernah memenangi Kejohanan Badminton Para Dunia pada 2015 sekaligus menjadikan dia top contender untuk mendapatkan emas di Tokyo. Ini bermaksud, dua atlet badminton yang dihantar ke Paralimpik Tokyo ni memang bukan biasa-biasa!
Powerlifting, diwakili pemecah rekod dunia yang baru
Bonnie Bunyau Gustin
Baru-baru ini, kita semua telah digemparkan tentang seorang atlet Malaysia kelahiran Sarawak yang berjaya memecahkan rekod dunia di Piala Dunia Para Powerlifting pada pertengahan tahun ini. Orang itu adalah Bonnie Bunyau Gustin, angkatan terakhirnya seberat 230kg pada kejohanan itu berjaya mencatat namanya sebagai pemegang rekod dunia dan juga juara dunia pada tahun ini.
Jadi, atlet muda ini pasti menjadi prosepek emas negara pada Paralimpik Tokyo nanti!
Jong Yee Khie
Seorang lagi atlet kelahiran Sarawak berjaya melayakkan diri ke Paralimpik Tokyo secara merit iaitu Jong Yee Khie, dia merupakan pemenang pingat perak dalam kategorinya (107kg) di Piala Dunia Para Powerlifting. Walaupun pingat perak, ia merupakan pencapaian yang sangat membanggakan. Mana tahu dia dapat grab emas pula kat Tokyo nanti kan.
Ping Pong, lone wolf yang akan cuba menerkam emas
Chee Chao Ming (Perseorangan Lelaki TT9)
Seorang atlet muda yang mampu membuahkan pingat di Paralimpik Tokyo nanti, ini kerana dia merupakan bakat muda yang memang promising lepas memenangi emas dalam Kejohanan Ping Pong Copa Tango di Argentina pada 2019. Dia juga memenangi emas di Sukan Para Asia pada tahun yang sama.
Melayakkan diri ke Tokyo dah kira satu pencapaian yang besar dah, sebab dia seorang sahaja atlet ping pong negara yang layak ke sana tau!
Tenis Kerusi Roda, pemburuan pingat yang tidak mustahil
Abu Samah Borhan
Sama seperti atlet ping pong kita, Abu Samah merupakan satu-satunya wakil kita dalam tenis kerusi roda. Dia sudah memenangi banyak Kejohanan Terbuka dan dia juga sekarang berada di ranking yang ke-37 dalam dunia. Mungkin dari segi itu tampak agak sukar untuk dia mendapatkan pingat di Tokyo, tapi dikala pandemik ni, ranking bukanlah segala-galanya!
- 322Share sekarang!
- Email0
- Facebook322
- Share