Kamus terjemahan bahasa Melayu ni ditulis semasa SHTI datang ke Kepulauan Melayu

Sebenarnya sejak zaman sekolah lagi kita dah belajar sejarah bagaimana kedatangan British ke Tanah Melayu, tak kisahlah dari kalangan penjajah atau pedagang ke, kita sudah tahu. Hmmm….kalau kami sebut pasal SHTI mesti korang tahu en, yela ia merupakan tajuk yang kita belajar dalam sejarah tingkatan 2 (mungkin kalau budak sekolah sekarang lain kot).

Korang masih ingat lagi tak dengan buku ni? Imej dari Any Flip.

Baiklah, rasanya majoriti dari kita, sudah tahu pertapakan mereka di Kepulauan Nusantara dan Pulau Pinang. Tapi en…korang tahu tak, disebabkan kedatangan SHTI ni la tulisan Jawi semakin berkembang dan diketahui oleh orang ramai. Haaa…macam pelik en, tapi bagi kami explain atau berki mukhadimah sikit mengenai SHTI, kot korang terlupa ke apa en.

SHTI: Syarikat perdagangan yang diiktiraf oleh Ratu Elizabeth I

Logo SHTI, rasanya korang ada jumpa kot dalam buku teks sejarah, kalau ingat la haha. Imej dari Sejarah Tingkatan 2.

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) merupakan sebuah syarikat perdagangan yang telah diiktiraf oleh Ratu Elizabeth melalui pemberian piagam diraja pada 31 Disember 1600 (wow lama betul!). Oh ye kalau namanya dalam bahasa Inggeris ialah British East India Company.

SHTI ni kalau nak tahu diberikan kemudahan untuk menguasai perdagangan di seluruh Hindia Timur dan antarabangsa (haa sebab tu la namanya SHTI). Syarikat ni mula-mula jadi syarikat perdagangan, tetapi lepas je ada kuasa tentera dan kerajaan, mereka mula menjadi pemerintah.

Kalau korang ingat dalam buku Sejarah tingkatan 2 bab 1 (kalau ingat yea, tak ingat kami letak pautan di sini), SHTI ni sebenarnya telah jatuh cinta dengan Pulau Pinang.

Nak tahu kenapa mereka jatuh cinta dengan Pulau Pinang? Ini sebabnya:

  • Sebagai pusat pegumpulan barang: SHTI ni nak teh dari China kerana ia mendapat pasaran tinggi di Eropah. Sebagai pertukaran, China mahukan emas,perak,bijih timah dan lada hitam. Oleh itu, Pulau Pinang ingin dijadikan pusan pengumpulan barang-barang tersebut.
  • Ingin jadikan pelabuhan persinggahan: Pelabuhan Pulau Pinang ni boleh dijadikan tempat untuk baiki kapal, menyediakan barangan keperluan seperti air dan makanan. Ia juga digunakan untuk berlindung dari angin monsun.
  • Menjadi pengkalan tentera: British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India. Jadi, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis.

Nak dijadikan cerita, Siam telah menakluki Patani dan mengancam Kedah pada tahun 1786. Disebabkan risau dengan serangan dari Siam, Sultan Abdullah telah meminta bantuan SHTI.

SHTI ni memang nak sangat dengan Pulau Pinang ni. Imej dari giphy.

Perkara ini sebenarnya ada tertulis dalam Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 iaitu:

  • SHTI bersedia membantu Kedah jika Kedah diserang musuh.
  • SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.
  • SHTI akan membayar 30000 dolar Sepanyol setahun bagi sultan sebagai pampasan.
  • Kedah harus membenarkan SHTI lepak di Pulau Pinang.

Tapi apakan daya, SHTI mungkir janji, kerana semasa serangan Siam pada 1786, Sultan Abdullah meminta bantuan Inggeris, tapi SHTI enggan menolong  atas alasan tidak terlibat dengan perjanjian. Sultan Abdullah murka dan ingin menyerang mereka, tetapi Francis Light (penjajah Inggeris) dah serang Seberang Prai dulu.

Sebenarnya panjang lagi, tapi ni mukadimah yang mampu kami berikan. Untuk kisah seterusnya korang boleh tengok video di bawah:

Kedatangan SHTI tertulisnya buku kamus bahasa Melayu-Inggeris dalam tulisan Jawi

Korang nak tahu tak, semasa kedatangan SHTI di Kepulauan Melayu, terdapat satu kamus berjudul The Malay Tongue (1801) dikeluarkan oleh seorang penulis buku bernama Thomas Bowrey. Dia merupakan perunding untuk usaha Hindia Timur yang bebas dan pada masa yang sama mengeluarkan kamus tersebut.

Ia merupakan sebuah kamus terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, tatabahasa dan banyak lagi yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Kamus ni lepastu ditulis semula oleh seorang pengkaji bernama James Howison. Tak banyak info mengenai James, tapi beliau dikatakan cinta dengan bahasa Melayu.

Nak tahu kenapa buku The Malay Tongue ni menarik? Haa..korang tahu tak kamus ni sebenarnya ada menggunakan tulisan Jawi dalam buku ini. Tak percaya? Ayuh kita bedah buku ini.

Muka depan kamus The Malay Tongue. Imej dari BOOK.SG.

Kalau buka je kamus ni (jap, kami letak putan kamus tu di sini), kita akan lihat senarai huruf-huruf Jawi serta cara sebutannya. Dalam buku ni juga mereka akan lebih fokus kepada tatabahasa seperti:

  • Kata nama am & khas.
  • Singular dan Plural dalam bahasa Melayu.
  • Kata kerja.
  • Kata sifat kerja.

Selain itu, buku ni juga mempunyai cara sebutan nombor, bulan dan hari, berat timbangan, dan sebagainya. Ia juga mempunyai senarai perkataan terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dari A sampai Z. Oh hampir lupa, dalam buku ini juga ada meletakkan cara sebutan perkataan-perkataan bahasa Melayu supaya lebih faham.

huruf-huruf jawi dalam buku The Malay Tongue. Imej dari BOOK.SG.
Kalau korang perasan sebelah kiri sekali tu, mereka letak cara sebutan perkataan bahasa Melayu tapi ikut kesesuaian lidah mereka. Imej dari BOOK.SG.

Banyak lagi kamus-kamus terjemahan dari orang Eropah yang kita tak tahu

Sebenarnya, banyak lagi koleksi-koleksi kamus terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang ditulis oleh orang-orang Eropah. Kalau lihat dari sudut positif, mereka ni sebenarnya boleh dikatakan telah jatuh cinta dengan keindahan bahasa kita, sampaikan mereka tulis kamus.

Mereka ni juga boleh dikatakan belajar dan menulis kamus bahasa Melayu supaya mereka senang untuk berkomunikasi dengan orang Melayu semasa menjajah.

Antara contoh kamus terjemahan zaman dulu yang kami jumpa ialah A vocabulary of the English and Malay languages yang ditulis pada tahun 1889 oleh Frank Swettenham (Penjajah Inggeris). Kamus ni sama je rupanya dengan The Malay Tongue tu cuma ia mempunyai senarai perkataan terjemahan sahaja.

Banyak lagi sebenarnya buku rare-rare yang korang boleh jumpa, kalau nak teroka pelbagai buku-buku lama, boleh tekan di sini.