Pameran potret Altantuyaa, Razak Baginda di Balai Seni Negara? Apa maksudnya?

UPDATE: Selepas hampir dua bulan pameran “At The End Of The Day, Even Art is Not Important” dipertontonkan di Balai Seni Negara, nampaknya empat karya Ahmad Fuad Osman telah diturunkan setelah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

Ketiga-tiga karya tersebut pernah kitorang tulis sebelum ni (di bawah), beserta sebuah lagi art berbentuk babi.

“Tindakan ini diambil merujuk kepada respon dan aduan masyarakat yang diterima. Peranan galeri ini adalah sebuah ‘galeri institusi’ yang didanakan oleh kerajaan, dan perlu beroperasi mengikut norma dan tertibnya,” – Pengarah Balai Seni Negara Amerruddin Ahmad, dipetik dari Astro Awani.

Imej asal dari Abdullah Jones, MalaysiaKini.

Bagi korang, patut ke benda ni berlaku?

____________________________________________________________________________

Jumaat lepas, Najib buat sumpah laknat yang mengatakan dia tak pernah upah mana-mana individu untuk membunuh perempuan Mongolia yang bernama Altantuya pada tahun 2006. Malah teks tersebut ditambah lagi dengan ayat sendiri yang mengatakan yang dia tak pernah mengenali mangsa langsung.

Belum reda dengan isu lebih 10 tahun yang lepas, nampaknya isu berbangkit yang turut melibatkan Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar ni dijadikan pameran di Balai Seni Negara dan dalam sebuah pameran yang bertajuk At The End Of The Day Even Art Is Not Important oleh Ahmad Fuad Osman.

Maksud pameran ni? Mungkin korang patut pergi dan tengok sendiri apa yang dimaksudkan oleh pelukis tersebut.

Selain daripada lukisan potret watak kontoversi tersebut, pameran ni juga menunjukkan satu lukisan potret Azmin Ali, Tun Mahathir dan juga Anwar Ibrahim yang dilukis di atas cermin. Yang menariknya juga, ada perbualan teks (text message) yang menunjukkan nombor telefon antara sekurang-kurangnya dua individu berserta nombor telefon.

Antara intipati teks tersebut adalah,

“… ada masalah ke dengan Anwar sampai u keluar parti”,

dan juga satu lagi perbualan yang membabitkan perbicaraan liwatnya pada tahun 2005.

Artis tersebut, Ahmad Fuad Osman terkenal dengan self-potrait-nya yang dilukis semasa zaman Reformasi tahun 1998.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, pergi je ke Balai Seni Negara sementara pameran ni masih lagi berlangsung.