Orang Malaysia dijadikan hamba ladang buah kat Australia?

(This article has been translated from our sister’s site, Cilisos)

Kita selalu dengar orang mengeluh pasal kerja kat Malaysia ni gaji asyik tak cukup, nak-nak pula dengan semua harga barang yang meningkat naik. Jadinya, ramai la yang nak kerja oversea macam Australia atau UK. Kerja cikai-cikai kat sana pun gaji lagi tinggi kot daripada gaji orang kerja pejabat kat Malaysia.

Bila jadi macam tu, tak kurang juga yang kata orang Malaysia ni memilih kerja sangat, tak nak kerja dalam sektor 3D, iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous‘, sebab tu la Malaysia kena ambik pekerja asing.

Kalau 3D ni, agak-agak orang nak tak? Gif dari giphy

Sebenarnya, benda tu tak betul sebab ada lebih kurang 600,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapore dalam bidang 3D. Bila ditemuduga, diorang kata kalau kerja dalam bidang yang sama kat Malaysia, memang tak boleh hidup la cerita dia. Lepas tu gaji kat Singapore ni pulak jauh berganda banyaknya berbanding negara sendiri.

Selain Singapore, tak kurang juga rakyat Malaysia yang bekerja di ladang-ladang di Australia. Nak tahu berapa diorang dapat? Tak banyak, ada la dalam RM6,000 sampai RM12,000, dengan cuma petik buah! Serious ahhhhhhhh! Betul ke ni? Macam… ada epal disebalik daun je?

Juga, ada pekerja petik buah di sebalik epal. Imej dari says.com

Nak tahu cerita sebenar? ada sorang wartawan Malaysia sendiri menyamar dan dapatkan kerja kat sana. Jadi, dia bongkarkan realiti yang kita semua kena tahu…

Pemetik buah dari Malaysia kebanyakannya kena tipu. Diorang akhirnya jadi hamba kat sana

Dalam beberapa kes yang ditemui, ada ejen-ejen yang tak bertanggungjawab menipu rakyat Malaysia. Diorang kata visa pelancong, visa pengambilan atau visa pelajar je pun cukup untuk membolehkan orang datang dan kerja kat Australia. Ejen-ejen penipu ni semua beroperasi kat Malaysia, malah, siap ada kaitan dengan syarikat pelancongan lagi.

Wartawan Utusan, Saiful Hasam menyamar untuk mendedahkan penipuan tu. Imej diambil dari TheAge

Diorang ni la yang jadi orang tengah antara pemilik ladang dan pekerja. Lepas tu pulak, ejen penipu ni akan suruh mangsa bayar RM3,999 (atau apa-apa yuran untuk menampung penerbangan, perbelanjaan hotel, permohonan visa, penginapan dan pengangkutan.

Kenapa bunyi macam familiar eh? Oh, sebab mangsa scam ni terima nasib yang sama macam apa yang menimpa orang Indonesia, Bangladesh, Filipina dan Nepal yang datang ke negara kita untuk bekerja, tapi sebenarnya jadi mangsa penipuan kepada ejen-ejen palsu.

Perkara ni pertama kalinya didedahkan oleh Bersih Sydney bila Salvation Army Australia contact diorang untuk membantu rakyat Malaysia yang ditipu.

The Age kemudiannya menerbitkan kisah eksklusif pasal rakyat Malaysia yang takde permit kerja yang sah, dan dieksploitasi untuk menjadi pekerja ladang buah-buahan. Diketuai oleh wartawan Utusan iaitu Saiful Hasam, penyiasatan penyamaran (undercover investigation) tu bermula pada hari dia mendarat di Melbourne, iaitu pada 26 Oktober 2016. Masa tu, dia ada visa jangka pendek yang tak mengizinkan dia bekerja. Takde visa? Takde masalah! Dia terus dapat kerja kat ladang Cutri Fruit lepas contact sorang ejen ni, iaitu Pak Mur.

Ejen-ejen ni tak bergerak secara solo tau, tapi bekerja untuk sindiket jenayah yang lebih besar. Pak Mur ni pula merekrut orang untuk sorang lelaki yang bernama Lee the Afghan (yang ada kira-kira 60 pekerja haram bawah kawalannya). Dia bawa Saiful ke rumah ladang di Woorinen, Swan Hill. Tengok je la macam mana penempatan pemetik buah kat sana:

Ada yang tinggal di rumah usang, dan tak kurang juga yang tinggal dalam caravan. Imej dari TheAge

Selain daripada rumah atau bangsal, ada juga pemetik buah yang tinggal dalam caravan. 15 minit daripada situ pulak, ada caravan park yang dikenali sebagai Malay Village sebab ramai pekerja pemetik buah dari Malaysia yang tinggal kat situ.

“Susah nak masak dan mandi. Susah sangat tinggal kat sini.”- pekerja pemetik buah secara haram dari Malaysia, ketika diinterview

Korang jangan salah faham, sebab ada je peluang pekerjaan pemetik buah yang sah. Jadi kalau korang berminat, kena la buat research betul-betul dulu sebelum korang percaya mana-mana ejen. Malah, ada beberapa laman web Australia yang dah bagi amaran untuk berhati-hati dengan penipuan macam ni.

Selain tinggal di kawasan yang teruk, diorang juga dibayar kurang daripada gaji minimum yang sepatutnya

Expectation vs realiti. Screenshot dari The Age

Dalam penulisannya pada The Age, Saiful dah agak yang dia punya gaji mesti lagi sikit daripada pekerja lain yang lebih berpengalaman. Bila dia check, memang rasa nak nangis betul. Mana taknya, setiap hari Jumaat, dia cuma dapat $16 (RM52) untuk kerja keras dia selama 6.25 jam, dengan purata sejam sebanyak $2.56 (RM8.30). Setiap Sabtu pulak, dia dapat lebih kurang $48.10 (RM156) untuk 9.25 jam bekerja. Hari Isnin pulak dia kerja lebih dari tiga jam untuk dapatkan $13 (RM42).

Jauh beza gila kalau nak compare dengan gaji minimum sah 2016, iaitu sebanyak $17.29 (RM56) sejam! Malah, gaji sesama diorang sendiri pun tak sama. Ada pekerja lain bagitau Saiful yang diorang dapat $50 (RM162) hingga $110 (RM357) sehari, ada sorang pekerja lain bagitau dia dibayar serendah $20 (RM65) sehari, dan yang paling teruk, $13 (RM42) sejam.

Gaji sebenar Saiful di sana. Imej dari The Age

Tapi rupa-rupanya, ramai lagi yang bekerja tapi tak bergaji lepas tolak duit sewa dan pengangkutan, manakala ada yang masih bayar hutang sebab meminjam untuk dapatkan pekerjaan diorang tu. Kes ni memang saling tak tumpah macam kes pekerja asing kena tipu dengan ejen. Kesian gilaaaa.

“Ada beribu-ribu kisah sedih, dan semuanya lebih kurang sama, diorang tengah struggle. Untuk yang baru bekerja, diorang tengah struggle sangat-sangat, dan diorang fikir, “Hari ni kena settle berapa banyak (petik buah) untuk bayar sewa. Habis bayar sewa pulak, kena fikir macam mana nak kumpulkan duit untuk makanan pulak.”

Berdasarkan pengalaman saya, duit hanya cukup-cukup untuk makanan dan sewa… Benda ni tak adil untuk pekerja, sebab mereka semua bekerja keras”- Saiful Hasam, dipetik daripada The Guardian.

Benda ni diklasifikasikan sebagai perhambaan moden, dan pihak berkuasa Australia dah pun lancarkan siasatan pada 15 Februari 2017, dengan tujuan untuk menubuhkan Akta Perhambaan Moden. Menteri Keadilan negara tu, Michael Keenan merancang untuk menguatkuasakan undang-undang bagi syarikat dengan perolehan yang melebihi $100 juta, untuk memfailkan laporan perhambaan moden awam setiap tahun.

Kalau dah tahu kerja kat situ teruk, kenapa tak berhenti je?

Kan senang kalau berhenti je terus? Gif dari reactiongifs.com

Pekerja takut nak laporkan pasal perhambaan yang berlaku, sebab takut ditangkap

Kalau diorang dilayan macam hamba, bukan ke pihak berkuasa akan selamatkan dan lindungi diorang? Tapi malangnya, situasi tu bukan semudah yang disangka. Yela, diorang datang pun secara haram sebab ditipu yang visa diorang tu boleh digunakan untuk diorang kerja. Kalau pihak berkuasa Australia jumpa, diorang boleh ditangkap dan ditempatkan di pusat tahanan, jadi sebab tu diorang bersembunyi.

“Ada sekumpulan pekerja Malaysia yang bekerja sebagai pemotong dahan pokok. Mereka berada 500 meter di hadapan kami, kemudian tiba-tiba je melompat ke dalam kebun. Sepanjang hari tu, semua langsir rumah pekerja ditutup.”- laporan daripada The Age

Malaysiakini melaporkan seramai 34 rakyat Malaysia, termasuk 2 kanak-kanak  menjadi mangsa penipuan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood.

“Bila pekerja-pekerja ni ditangkap, ejen semua tak nak terlibat, dan mangsa penipuan ni kena tanggung la akibatnya, iaitu diusir.”-menurut Bersih

Mohammad Rowi mengaitkan pengalamannya ditahan di Penjara Barwon selama 258 hari, bersama perogol, pencuri, pembunuh dan penjenayah yang lain! Peguam Vicknaraj Thanarajah kemudiannya dipanggil untuk mengurus dan membantu pro-bono.

“Saya fikir, lelaki ni boleh bantu untuk mendedahkan apa yang berlaku kepada beribu-ribu pekerja Malaysia”- kata Vicknaraj, yang kemudiannya menghubungi wartawan. Permasalahan ni la yang kemudiannya membawa kepada penyamaran Saiful.

Rowi memeluk peguamnya Vicknaraj pada hari terakhir sebelum dihantar pulang. Imej dari watoday.com.au

Sebab lain takde sesiapa yang bersuara adalah sebab diorang ni dah di ‘brainwash’ dengan agama

“Ketua rumah tu selalu kata, ‘Bersabarlah, semua ni ujian kita bila datang ke Australia. Satu hari nanti, kita akan dapat kumpul duit yang cukup. Ni benda biasa untuk semua orang, saya dulu pun kena macam ni.”- Saiful, dipetik dari The Guardian.

Masa penyamarannya, wartawan Utusan ni juga berjaya merakam Pak Mur dan beberapa ejen lain, mendedahkan maklumat yang menyalahi undang-undang.

Boleh je nak kerja sebagai pemetik buah, tapi macam ni caranya untuk elakkan penipuan

Sesiapa je yang yang bekerja di Australia berhak dapat gaji minimum. Screengrab dari fairwork.gov.au

Walaupun scam macam ni berleluasa, tapi sebenarnya ada je yang sah, tu pun kalau korang pandai cari la

“Kami nasihatkan semua orang supaya sedia maklum mengenai penipuan ni, dan dapatkanlah visa Australia melalui saluran yang betul.” – nasihat Bersih 

FB page yang menawarkan kerja petik buah di Oz dan Korea Selatan, dengan bayaran. Imej dari NST
  1. Jangan bayar yuran pendahuluan untuk bekerja. Takde sebab untuk korang bayar orang yang carikan kerja kat Australia. Kadang-kadang tu kena bayar tag dengan tag bag pulak tu.
  2. Jangan buat bayaran pendahuluan untuk tempat penginapan. Kebanyakan ladang tak sediakan tempat tinggal. Jadi kalau diorang minta, hati-hati lah ye.
  3. Jangan bergantung kepada cek ABN/ACN. Kalau ada iklan senaraikan Nombor Perniagaan atau Syarikat Australia (ABN / ACN), korang bukannya boleh sahkan pun benda tu betul ke tipu. Tapi korang boleh…
  4. Selidik nombor Cawangan Bank Negara (BSB). Korang boleh check yang akaun bank ni berkait dengan apa. Korang boleh periksa kat sini: bsb.apca.com.au. Kalau carian korang tu keluar macam ‘Australia Post Pre-Paid Card’, baik korang blah terus. Syarikat yang sah takde kaitan untuk gunakan kad bank prabayar untuk pengambilan pekerja.
  5. Berhati-hati kalau diorang gunakan alamat pejabat pos sebagai alamat diorang. Lagi la kena hati-hati kalau iklan tu cuma bagi alamat PO box (tapi takde nama jalan) sebab ni memang confirm scam.
  6. Selain tu juga, korang kena tahu masa sebenar musim tuaian buah. Berhati-hati dan buat research dulu pasal tanaman yang ada kat kawasan yang diiklankan tu. Pastikan buah-buahan atau sayur-sayuran tu betul-betul ditanam di kawasan yang diiklankan, dengan musim tuaian yang tepat.

* Maklumat dari fruitpickingjobs.com.au dan downundr.com. Korang juga boleh layari link di bawah:

Korang juga boleh check visa macam mana yang korang sepatutnya ada. Kalau rasa ragu-ragu, korang juga boleh contact Fair Work Australia untuk tahu hak-hak korang. Penting untuk korang tahu yang pemegang visa, pekerja asing dan juga pelajar antarabangsa ada hak-hak pekerjaan yang sama macam pekerja lain di Australia. Dengan berfikir panjang dan buat research, sesiapa pun boleh dapat kerja yang betul dan dibayar secara adil.