Ada sindiket buat permit kerja palsu… dan korang mungkin terkejut siapa dalangnya!

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Pada 1 Julai yang lepas, Jabatan Imigresen melancarkan Ops Mega, iaitu penangkapan ke atas pekerja asing haram di negara ni. Jadi, para pegawai bertugas pergi ke tapak pembinaan, kilang-kilang, ladang dan sektor perkhidmatan untuk tangkap dan bawa pendatang tanpa izin ni balik ke negara dorang. Pada hari pertama je, dorang berjaya tangkap lebih dari 1,000 orang, dan menjelang akhir bulan Ogos pulak, dorang hantar balik hampir 37,000 orang, fuhh!

Screenshot dari News English on YouTube

Pekerja asing yang ditangkap ni kebanyakannya bekerja secara haram. Memang menggigil la jawabnya! Ada laporan yang mengatakan dari 3 juta orang, hanya 1.7 juta saja yang bekerja secara sah.

Masa operasi tengah rancak ni la pekerja tanpa izin ni jumpa jalan keluar, iaitu dengan dapatkan dokumentasi secara… HARAM! Ye, memang ada sindiket yang jual dokumentasi perjalanan palsu sejak dulu lagi. Jadi sekarang ni, Jabatan Imigresen cari sindiket-sindiket yang buat pemalsuan dokumen di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak. Korang mesti tak sangka siapa kepala dia!

Dalangnya adalah… seorang Bangladeshi yang dipanggil The Professor?

Bukan wajah Professor sebenar. Imej dari fuh.my & The Gazette Review

Sejak Julai tahun ni, lebih daripada 50 sindiket berjaya dikesan. Jabatan Imigresen percaya yang penduduk tempatan dan warga asing dalang di sebalik penipuan ni. Ketua Pengarah Jabatan, Mustafar Ali kata, dorang ni aktif di beberapa negeri, iaitu di KL, Pulau Pinang dan Johor.

Dalam banyak-banyak sindiket yang wujud, sindiket penipuan yang paling besar dipercayai didalangi oleh seorang warga Bangladesh yang berumur 32 tahun yang dipanggil The Professor! Dia memang terkenal dengan kelayakannya dalam bidang ICT, dan ada kepakaran khas dalam memalsukan dokumen. Sebab tu la dia ni selalu dicari oleh pekerja asing dalam negara ni.

Tapi, Professor ni akhirnya tumpas bila pegawai Jabatan Imigresen pasang perangkap pada 12 Ogos lepas. Suspek tiba di tempat yang dijanjikan dengan membawa dokumen palsu yang pelanggan dia minta. Dia ditangkap, dan kemudiannya bawa pihak berkuasa ke rumahnya di Ampang, tempat dia buat kerja haramnya tu. Masa tu, pembantu dia yang juga merupakan warga Bangladesh ada kat rumah, turut ditangkap sama.

“Terdapat 229 pelekat untuk pas pekerjaan, pas kerja sementara, pas lawatan sosial dan pas pelajar ditemui di premis itu. Juga, terdapat pelekat visa palsu Malaysia, kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), E-Kad, i-Kad dan beberapa passport Bangladesh yang lain.”- Mustafar Ali, Ketua Pengarah Jabatan, The Star

Imej dari Youtube

Bulan lepas, polis berjaya menumpaskan sindiket Bangladesh yang dijalankan oleh sebuah keluarga di Seri Kembangan. Sindiket pemalsuan dokumen tu didalangi 14 warga Bangladesh berumur antara 30 sehingga 42 tahun termasuk sepasang suami isteri dan anak dorang. Dokumen palsu tu semua dijual kat premis menjual kad SIM atau kedai telefon bimbit yang merupakan milik keluarga tersebut, untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Di Sabah pula, ada sebuah lagi sindiket yang didalangi seseorang yang berpangkat Datuk Seri. Sorang Professor, sorang lagi Datuk Seri. Bukan main lagi.

Oh ye, Datuk Seri yang berumur 60-an tu ditahan bersama-sama 11 warga Malaysia, dan 3 orang warga Filipina yang dipercayai bersubahat. Aktiviti haram tu disokong oleh sebuah syarikat swasta yang beroperasi di Kota Kinabalu.

Kenapa ramai sangat yang buat business ni? Banyak untung ke?

Sindiket boleh kaut untung RM30,000 hingga RM70,000 sebulan!

Ketua Imigresen, Mustafar Ali menunjukkan kad palsu. Imej dari The Star

Menurut Jabatan Imigresen, perniagaan Profesor ni dah kaut keuntungan sebanyak  RM50,000-RM70,000 sebulan! Manakala perniagaan yang dikendalikan oleh keluarga di Seri Kembangan pula memperoleh RM30,000 sebulan- siap boleh beli kereta lagi!

Professor tu ambil caj lebih kurang RM1,000-RM4,000 untuk sebuah dokumen, manakala Datuk Seri pula caj antara RM1,100-RM1,200 untuk sekeping kad. Ish ish, pandai betul buat duit! Dah la gaji pekerja asing lebih kurang RM1,500++ je sebulan! 

“Peralatan dan bahan yang dirampas oleh Jabatan Imigresen menunjukkan yang mereka hanya melabur sebanyak RM30,000 untuk perniagaan (haram) – tetapi memperoleh ratusan ribu ringgit pada tahun lepas.” – Mustafar Ali,NST

Jabatan Kastam kemudiannya bawa salah seorang suspek untuk tunjukkan pada media macam mana pemalsuan dokumen tu dilakukan. Tonton video The Star di bawah:

OK, video tu tak tunjuk macam mana dia buat sepenuhnya, tapi apa yang berlaku adalah pelanggan akan bagi gambar dorang, si penipu ni akan lekatkan pada templat E-card sebelum cetak salinan dan laminate dokumen tu.

Mustafar terangkan yang proses nak buat E-kad tu cuma 5 minit, manakala nak buat passport palsu pula ambil masa sampai 2 jam. Dokumen tu kemudiannya akan dihantar sebaik saja disiapkan pada masa dan tempat yang ditetapkan Professor tu.

“Mereka selalunya akan buat penghantaran dalam stesen LRT seluruh Selangor dan KL. Kebanyakan pelanggan adalah dari Bangladesh, Myanmar, Nepal dan India.” – Mustafar, kepada Malaysia Gazette

Malah, kebanyakan pendatang tanpa izin ni dah tinggal di Malaysia selama 5 hingga 9 tahun pun” tambahnya Mustafar.

Ok, passport ni kita tahu la fungsinya kan. E-card ni apa pulak?

E-kad (atau Kad Penguatkuasaan) pula adalah pas kerja sementara (sehingga 1 tahun) untuk warga asing yang datang secara haram. Jadi, dorang ni dibenarkan kerja sementara untuk isi kekosongan dalam sektor yang dibenarkan, sebelum dapat dokumen undang-undang yang sesuai dari kedutaan negara dorang sendiri. Kerajaan Malaysia mewajibkan pekerja asing tanpa izin untuk daftar E-card ni sejak  bulan Februari lagi.

Infographic pada Kad Penguatkuasaan. Imej dari New Straits Times

Tapi macam biasa la, dah nak dekat deadline baru nak daftar, kan? Masa ni la majikan gelabah kat pejabat imigresen untuk settle hal ni. Padanlah pekerja kerajaan muka masam je. Ketua Imigresen, Mustafar cuma gelengkan kepala je bila nampak keadaan ni. Mana taknya, masa hari terakhir, iaitu 30 Jun pun ada lagi majikan yang lambat dan siap minta delay pulak tu. Tapi mesti la Jabatan Imigresen tak bagi muka!

“Saya kecewa kerana majikan yang menggaji PATI tidak mengambil peluang ini untuk ‘legalise’ pekerja mereka,” –Mustafar

Mulai esok, kami akan memulakan operasi [Ops Mega] di seluruh negara untuk tangkap pendatang tanpa izin. Mereka yang ditangkap akan ditahan, dihantar pulang dan disenarai hitamkan. “-tambah Mustafar

Haaa, last minit lagi! Imej dari The Star

Pegawai-pegawai Imigresen bengang sebab dalam 3 juta pendatang haram kat negara ni, cuma 145,600 je yang datang mendaftar. Sebelum tu, dorang ada sasarkan dalam 400,000 hingga 600,000, tapi nak buat macam mana, asyik buat sikap sambil lewa je.

Kalau susah sangat nak pergi Imigresen, macam mana boleh pula bayar RM10,000 untuk setiap kad?

Kami butul-butul tada tahu. Imej dari Dhaka Tribunes

Malangnya, peraturan kerajaan yang wujudkan E-card tu nampaknya dah buka peluang pada pihak lain untuk mengeksploitasi warga asing yang tak tahu apa-apa ni. Geng-geng Bangladesh ni juga la yang menipu dan memeras RM7,000-RM10,000 dari rakan senegara dorang untuk “membantu” mendapatkan E-Kad.

Geng Bangla tadi ni juga cari mangsa, iaitu sesiapa yang datang ke negara ni tanpa dokumen perjalanan yang sah. Dorang ambik kesempatan daripada kenaifan kawan senegara yang tak tahu pasal prosedur yang betul. Ramai sebenarnya yang tak tahu pasal tawaran E-kad, sebab dorang takut nak berkomunikasi dengan pihak berkuasa. Kalau kawan dorang tu baik, mesti dorang bawa pergi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh (atau mana-mana Komiti Tinggi dan Kedutaan Besar negara) untuk memohon kad yang sah dan baru je berharga RM100.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Shahidul Islam menyatakan yang pekerja-pekerja Bangladesh jadi tebusan oleh kumpulan-kumpulan ni. Beberapa pekerja mendakwa yang dorang diancam secara fizikal oleh geng tu bila ada yang cuba hubungi Suruhanjaya Tinggi.

“Orang tengah Bangladesh ni berdiri di sekitar pintu masuk Suruhanjaya Tinggi. Mereka tahu siapa kami, mereka halang kami dalam perjalanan dan mengancam kami. “- Aminur Rahman, seorang pekerja haram memberitahu Dhaka Tribune
Sorang lagi pekerja, Rubel, bagitau pada akhbar yang sama:
“Kami kerap bayar pada orang tengah untuk mengelakkan diri dari ditangkap.”
Kebanyakan orang tengah ni bagitahu semua pekerja, kalau dorang tak bayar, broker akan bagitahu polis pasal kehadiran dorang kat situ, dan semuanya akan ditangkap.

Imigresen semakin peka dengan masalah pendatang tanpa izin

Kalau ikut prosedur yang betul, orang gaji dari Indonesia ni kena pergi kursus dulu tau! Imej dari nst

Jabatan Imigresen kali ni betul-betul ambil tindakan untuk hantar pulang PATI (aka pendatang asing tanpa izin) balik. Selama bertahun-tahun dah kita baca pasal bilangan pekerja haram yang membanjiri negara kita, sampaikan dorang ni lagi ramai dari bangsa India yang merupakan warganegara Malaysia sendiri.

Bukanlah tak puas hati tak tentu pasal dorang kerja kat sini, tapi pekerja asing kena lalui saluran yang betul untuk cari kerja kat Malaysia (untuk kebaikan dorang juga, sebab pekerja haram selalunya lagi senang terdedah dengan pengeksploitasian)

Untuk rakyat Malaysia, korang pun kena tahu pasal ni. Kalau korang (atau syarikat korang) ada pekerja asing tanpa izin, tindakan akan dikenakan bagi sesiapa yang menggaji dorang. Amaran ni dah dikeluarkan oleh Malaysian Employers Federation (MEF) , atau Persekutuan Majikan Malaysia. Baru-baru ini, majikan syarikat kitar semula dikenakan tindakan sebab ‘melindungi’ 14 pendatang tanpa izin. Dia didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang membawa kepada denda RM30,000 atau penjara 1 tahun bagi setiap pendatang tanpa izin. Dia kemudiannya disaman RM70,000 atas kesalahan tu.

Jadi, apa yang kita sebagai rakyat Malaysia boleh buat?

Buat masa ni, MEF menasihatkan rakyat Malaysia untuk tak menggaji pekerja haram. Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan bagitahu FMT yang ramai yang tak nak ikut undang-undang sebab yuran yang dikanakan oleh ejen adalah sangat mahal, contohnya untuk menggaji pembantu rumah je boleh cecah sampai RM12,000-RM18,000!

Tapi berita baiknya, kerajaan sekarang ni akan benarkan orang ramai untuk mengupah pekerja asing secara online! Untuk maklumat lanjut mengenai ini, korang boleh hubungi Imigresen di 03-20527111 atau lawati eppax.gov.my (untuk memohon mana-mana pekerja asing, kecuali dari Bangladesh), atau sppa.com.my  (untuk memohon pekerja dari Bangladesh sahaja).