- 1.3KShare sekarang!
- Email51
- Facebook1.2K
- Share
Kalau korang jenis yang kena buat belanjawan terperinci tiap-tiap bulan, mesti korang pernah mengalami perasaan gundah gulana bila kawan-kawan korang ajak lepak tengah bulan. Lagi lagi kalau kawan korang jenis yang selera mahal sikit.
Boleh je cakap tak nak pergi, tapi nanti mula la ayat-ayat sendu macam tak sudi lepak bersama dan sebagainya. Kalau pergi pula, budget untuk bulan ni akan berlari-lari anak ke lembah hina. Jadi macam mana?
Jangan sentuh dulu duit simpanan korang tu! Kalau setakat lepak Secret Recipe dan makan kek sepotong dua, korang boleh je bayar kemudian bila dah masuk gaji nanti. Wah, asik! Macam mana?
Gunakan je PayLater oleh Grab dan bayar bulan depan!
Bagi yang tak pernah dengar pasal PayLater ni, dalam bahasa mudahnya ianya sejenis servis hutang yang ditawarkan Grab, atau perkhidmatan Buy Now, Pay Later (BNPL: beli dulu, bayar kemudian). Untuk yang rajin guna aplikasi Grab, mungkin korang dah perasan PayLater ni dekat app korang. Sesetengah orang ditawarkan servis ni, manakala sesetengah lagi kena mohon dulu untuk semak kelayakan.
Lepas diaktifkan, korang dah boleh guna PayLater lebih kurang sama macam e-wallet GrabPay. Maksudnya, kalau korang beli barang atau makan kat sesetengah kedai dan restoran, masa nak bayar korang boleh scan QR code macam biasa dan pilih sama ada nak bayar guna baki dalam GrabPay korang, bayar bulan hadapan (pascabayar), atau pecahkan kepada empat bayaran ansuran.
Tapi sebelum korang berjimba sakan, pastikan dulu kedai yang korang nak pergi tu terima PayLater. Servis ni boleh digunakan untuk pelbagai butik pakaian, kedai barangan kecantikan, kedai gajet, serta restoran tertentu, dan korang boleh periksa jenama apa yang terlibat ikut pautan ni.
Untuk makanan, pilihan restoran dia boleh dikatakan not bad juga – diantaranya ada KyoChon, Super Saigon, Baskin Robbins, Secret Recipe, KGB, dan banyak lagi! Ataupun kalau korang tak pasti, boleh buka je aplikasi GrabFood dan periksa sama ada restoran yang korang nak pergi tu boleh bayar guna PayLater ataupun tak. Semudah A, B, C; bukan?
Tapi mungkin korang terfikir…
Wah, begitu mudah? Apa kekurangan PayLater oleh Grab ni?
Mungkin korang ragu-ragu dengan pilihan sama ada nak bayar sekaligus bulan depan atau bayar ansuran empat kali, tapi sebenarnya sama je. PayLater oleh Grab tak ada kadar faedah atau caj tambahan, jadi kalau korang belanjakan RM100 bulan ni, korang akan bayar balik sama ada RM100 bulan hadapan atau RM25 sebulan untuk empat bulan berikutnya.
Jumlah yang korang hutang ni akan ditolak secara automatik dari baki GrabPay korang bila dah sampai masa, dan kalau akaun GrabPay korang tak cukup baki, dia akan tolak dari kad bank yang korang daftar masa aktifkan PayLater. Jadi kena pastikan yang korang tak lupa pasal hutang PayLater, agar tak tiba-tiba terkejut bulan depan bila baki akaun kurang sebab bayaran balik ditolak.
Apa jadi pula kalau korang lambat bayar balik sebab akaun korang dah kosong? Sebab tak ada bunga, hutang korang takkan bertambah, tapi akaun PayLater korang akan digantung. Kalau nak aktifkan semula, akan ada caj admin sebanyak RM10. Jadi kalau kerap lupa dan lambat bayar, keraplah kena bayar RM10 untuk aktifkan akaun, tapi tu jelah. Menurut FAQ Grab, penggunaan PayLater tak akan memberi kesan terhadap skor kredit korang, jadi status CTOS dan CCRIS korang tak berubah.
Walaupun kemudahan PayLater ni mungkin dipandang enteng oleh sesetengah orang…
Kalau rajin menyelidik, boleh guna PayLater oleh Grab untuk lebih penjimatan!
Sekarang, ada banyak promosi yang ditawarkan Grab untuk menguar-uarkan kemudahan ni. Contoh paling mudah adalah baucar diskaun RM15 bagi penggunaan PayLater di kedai makan terlibat, untuk pembelian lebih dari RM100.
Baucar ni hanya boleh dipakai sekali untuk setiap akaun, dan hanya sah sehingga 30 September 2023, tapi kami dimaklumkan yang akan ada lebih banyak promosi yang sewaktu dengannya di masa hadapan. Selain itu, bayaran menggunakan PayLater juga membolehkan korang dapat GrabRewards.
Sesetengah restoran juga dah ada tawarkan baucar untuk dine-in. Kalau korang pergi ke bahagian GrabFood di aplikasi korang, dah ada bahagian baru kat sini:
Di sini korang boleh beli baucar diskaun sebanyak 20-50% untuk restoran berdekatan korang. Contohnya, korang bayar RM5 untuk beli baucar bernilai RM10, gunakan baucar tu untuk tolak RM10 dari bil korang di restoran berkenaan, dah jimat RM5 lepas tolak kos.
Gunakan baucar ni sekali dengan PayLater dan baucar RM15 di atas, dah jimat RM20. Pada masa yang sama korang pun akan dapat GrabRewards, yang boleh digunakan untuk dapatkan baucar diskaun lain di kemudian hari.
Konklusinya, rajinkan diri baca terma dan syarat, gunakan kekreatifan korang, dan korang tidak perlu gentar lagi jika teman-teman korang ajak lepak KyoChon tengah bulan. Semoga bermanfaat!
- 1.3KShare sekarang!
- Email51
- Facebook1.2K
- Share