- 793Share sekarang!
- Email96
- Facebook697
- Share
Baru-baru ni habis warga media sosial menggelabah apabila diorang ternampak gambar Menteri Pertahanan kita, Mat Sabu (bang Mat) solat di Iran dengan ada batu yang dipercayai Batu Karbala di tempat sujudnya. Bagi yang tak tahu binatang apa Batu Karbala ni, ia adalah tempat yang digunakan untuk sujud oleh masyarakat Syiah. Kebanyakan orang Islam di Malaysia ada dua benda yang paling mereka takuti – tanda salib dan Syiah.
Sebelum ni memang ada dah khabar angin yang mengatakan Bang Mat ni sebenarnya Syiah tapi dah beberapa kali dinafikan. Benda ni pasti akan dilihat sebagai kemenangan, terutamanya bagi mereka yang memang tak suka dengan Bang Mat. Bergemuruh dan bertakbirlah diorang untuk jatuhkan bang Mat. Kitorang tak nak ambik port tentang aktiviti kecam-mengecam ni, ikut koranglah.
Tapi hari ni kitorang nak kongsikan maklumat penting tentang Batu Karbala, takdelah korang mengutuk Bang Mat secara kosong-kosong, at least adalah jugak hujah, kan? Kitorang mulakan…
Nampak macam biskut, tapi bukan untuk dimakan
Sebelum kitorang tulis benda ni, korang kena faham – benda-benda teologi (hal yang libatkan ketuhanan) ni ada banyak pandangan dan perbincangan. So, kitorang kena pilih satu pandangan yang diterima ramai orang di Malaysia. Kali ni kitorang cuba tengok Batu Karbala daripada sudut masyarakat Sunni. Kalau korang perasan, batu karbala ni nampak macam buah carrom atau biskut.
Apa itu tanah Karbala? Kalau ikut kebanyakan masyarakat Syiah, Karbala adalah tempat yang paling mulia kat muka bumi ni. Kalau dibanding dengan Makkah – masyarakat Syiah percaya yang Karbala tetap lebih utama. Bagi yang tak tahu, Karbala ni adalah sebuah kota yang terletak kat Iraq. Karbala ni tempat yang sangat bersejarah bagi masyarakat Syiah, sebabnya di sanalah tempat terbunuhnya cucu Rasulullah SAW.
Sebenarnya, dulu diorang tak gunakan ukiran batu yang macam buah carrom ni. Diorang gunakan tanah yang berada di Karbala. Diorang kumpulkan tanah tu kat satu tempat. Kalau tiba waktu solat diorang pun akan gunakan tanah tu untuk dijadikan tempat untuk diorang melakukan sujud. Tanah tu biasanya akan dipanggil at-turbah al husainiyyah.
Masyarakat Syiah ni jugak menyambut hari Asyura dengan memperingati peristiwa Karbala. Peristiwa ini dipercayai berlaku bila Saidina Hussain (cucu Rasulullah) yang juga anak Saidina Ali terkorban di tempat yang bernama Karbala di Iraq pada tarikh 10 Muharram (Hari Asyura).
Sebab tu wujud golongan manusia yang sambut hari Asyura dengan cara yang agak ekstrem seperti mencederakan diri sendiri, menangis, meronta, berteriak dan sebagainya. Menurut kepercayaan Syiah, tarikh 10 Muharram setiap tahun adalah hari berkabung untuk menunjukkan kesedihan atas kematian Saidina Hussain.
Apa pulak kata ulama Sunni tentang Syiah ni?
Lebih kurang macam perbincangan Batu Karbala tadi, untuk bahagian ni pun kitorang akan ambik pandangan satu bahagian je. Sebabnya pandangan tentang Syiah ni dah berlambak. So, memang artikel tu akan setebal novel kalau kitorang tulis semuanya. Jadi kitorang pun ambik pandangan Jawatankuasa Fatwa Malaysia.
Diorang ada buat keputusan penting tentang status Syiah kat Malaysia, antaranya;
- Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja’ariah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.
- Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi akidah, syarak dan akhlak.
- Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah adalah diharamkan.
Jadinya, daripada muzakarah ni – dapatlah kita simpulkan ajaran Syiah tak boleh diamalkan di Malaysia. Sebabnya diorang nampaknya dah menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Jadinya, amat peliklah kalau ada seorang menteri yang negaranya tak iktiraf ajaran Syiah dikaitkan dengan Syiahkan?
Walaupun kita tak iktiraf Syiah, jangan benci sangat
Kitorang bukan nak kata korang kena suka gila-gila kat Syiah, sebab macam yang kitorang dah beritahu tadi – kat Malaysia ajaran Syiah tak diiktiraf. Tapi benda takdelah bermaksud korang boleh cederakan atau lebih teruk pergi memandai bunuh orang yang mengaku Syiah. Nilai toleransi dalam masyarakat ni penting, kalau betul rasa ada orang sebarkan ajaran Syiah secara terbuka – lapor kat jabatan agama.
Kitorang rasa, abang Mat kena cepat-cepat kot jelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam gambar yang tengah viral tu. Sebagai Menteri Pertahanan, sudah tentu imej dia perlukan kepercayaan yang penuh daripada rakyat Malaysia. Isu-isu macam ni tak akan membantu proses nak bina kepercayaan tu. Korang rasa macam mana? Apa sebenarnya benda yang akan berlaku?
- 793Share sekarang!
- Email96
- Facebook697
- Share