(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Memandangkan dakwat kekal GE14 dah mula pudar, jentera Kerajaan pun nampaknya dah mula bekerja. Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya memaklumkan satu perkara yang sangat ditunggu-tunggu – jawatan bagi Kabinet. Tapi setakat artikel ni ditulis, dia cuma umumkan hanya TIGA ahli Kabinet je, dan yang lain tu akan menyusul tak lama lagi.
Ketiga-tiga menteri bertuah ni ialah Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan. Chup, Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan? Jadi, adakah dia akan mempertahankan Malaysia dengan style Care Bear Stare?
Malah, tak kurang juga yang gembira dengan idea Mat Sabu sebagai pembela dan pelindung Malaysia.
Tapi, masuk akal juga persoalan rakyat Malaysia ni. Dengan itu, kitorang pun bercadang untuk buat satu artikel pasal Kementerian, dan kitorang dapati, korang tak perlu ada pengalaman ketenteraan pun macam andaian ramai pihak. Kitorang juga tertarik nak buat pasal Mat Sabu ni sebab dia ni kelakar sebenarnya, sampaikan ada fanclub sendiri.
Jadi sebenarnya, apa yang Kementerian Pertahanan buat?
Berbalik kepada persoalan yang kita kata tadi. Setiap pagi, Menteri Pertahanan akan cari negara mana yang nak dibom, tembak lembu guna bazooka, dan tembak musuh sambil hisap cerut dan minum teh tarik. Ok tak tak, kitorang gurau je. Lagipun Mat Sabu tu lagi selesa pegang sudip daripada bazooka sebab dia ni pandai masak tau!
Kementerian Pertahanan, atau Mindef diketuai oleh Menteri Pertahanan, iaitu Mat Sabu yang berumur 64 tahun, dan berasal dari Pulau Pinang. Mindef mengandungi dua perkhidmatan utama – orang awam, yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia (MAF), yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.
Menteri juga bertanggungjawab melaksanakan Dasar Pertahanan Nasional dan menguruskan sumber yang diberikan kepada angkatan bersenjata untuk mempertahankan negara.
“Objektif utamanya …. adalah untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan negara yang menjadi teras kepada kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi”- dipetik dari Dasar Pertahanan Nasional
Jadi maksudnya cabang-cabang ni: pertahanan, keselamatan negara, tentera, tentera laut, angkatan udara, perisikan dan semua cawangan yang berkaitan (boleh baca di sini) berada di bawah Mindef. Diorang semua ni la yang akan menjaga wilayah negara kita di tanah, air dan ruang udara. Tapi masing-masing akan mempunyai ketua sendiri, bekerjasama dan memberi nasihat kepada Mat Sabu.
Tugas Mindef juga adalah untuk mentadbir Akta ini: Akta Angkatan Tentera 1972, Akta Senjata 1960, Akta Perkhidmatan Kebangsaan 1952, Akta Latihan Khidmat Negara 2003 dan Akta Veteran 2012. Selain itu, diorang juga bertanggungjawab untuk mengekalkan sekolah latihan untuk pegawai, seperti Institut Kebangsaan Pengajian Pertahanan dan Pertahanan Angkatan Tentera sebagai contoh. Menteri juga bertanggungjawab terhadap Perkhidmatan Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Selain tu, Menteri juga terlibat dalam peringkat ASEAN untuk memastikan Asia Tenggara yang aman dan dinamik, walaupun buat masa ni Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN telah memperluaskan sempadannya untuk turut memasukkan negara-negara bukan ASEAN.
Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan mengenai dasar Malaysia adalah apabila ia melibatkan diri dalam peperangan di luar negara. Tapi jangan risau, sebab Malaysia hanya akan menghantar pasukan ni untuk misi pengaman. Malah, Malaysia sebenarnya adalah penyumbang Asia ke-8 terbesar ke tangan pengaman PBB.
Walau bagaimanapun, penting untuk kita tekankan yang Kementerian adalah sebuah institusi yang sepenuhnya awam, tertakluk kepada keputusan dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri mempengerusikan Majlis Angkatan Tentera, yang bertanggungjawab atas hal-hal pentadbiran perintah, dan disiplin yang berkaitan dengan kekuatan, namun hal-hal yang berkaitan dengan operasi adalah di bawah kawalan MKN.
Kuasa untuk mengisytiharkan perang pulak nampaknya bergantung kepada Parlimen. Tapi kita pun takdela selalu (atau tak pernah) isytiharkan perang disebabkan pendirian negara kita yang tegas.
“Mengurangkan penggunaan ancaman dan penerapan kekerasan sebagai cara penyelesaian konflik dan advokasi antarabangsa dan mengamalkan resolusi damai perselisihan.” – dipetik dari Mindef
Kita juga mempunyai saiz tentera keseluruhan terkecil [110,000 (aktif) + 296,500 (rizab) = 406,500 jumlah] berbanding semua jiran kita, malah Singapura! Kami juga mempunyai 74 kereta kebal, 55 jet, 8 kapal perang, dan sudah tentu… ‘2 kapal selam’.
Walaupun saiz tentera keseluruhan kita antara yang terkecil, tapi kita ni dah cukup baik sebab takde masalah pemberontakan macam apa yang terjadi di Thailand. Malah, kita juga bebas dari mana-mana ancaman utama dari negara-negara besar macam di Singapura dan juga negara yang lebih kecil berbanding Indonesia yang memang confirm la kena lebih banyak tentera untuk kawal sempadan.
Rupa-rupanya, ramai lagi Menteri Pertahanan seluruh dunia yang takde pengalaman berkaitan
Peranan Menteri Pertahanan ni juga bergantung kepada setiap negara. Dalam sesetengah kes, Menteri hanya bertanggungjawab dengan perkara-perkara macam bajet umum dan perolehan peralatan, sementara di negara-negara lain pula Menteri adalah bahagian penting dari rantaian komando, tentera dan operasi.
“Di kebanyakan negara, ia adalah satu konvensyen yang kuat untuk Menteri Pertahanan menjadi orang awam, untuk mengetengahkan kawalan orang awam terhadap tentera, walaupun bukanlah satu perkara yang biasa untuk Menteri Pertahanan memiliki sedikit pengalaman ketenteraan. Di negara kurang demokratik, menteri sering menjadi pegawai tentera yang aktif.”
Di United Kingdom pula, Menteri Pertahanan sebelum ni, Michael Fallon meletak jawatan selepas skandal dan PM Theresa May melantik Gavin Williamson, seseorang yang tak pernah ada pengalaman dengan angkatan bersenjata, dan diperkatakan sebab kurang pengalaman.
Senator Marise Payne adalah Menteri Pertahanan wanita pertama Australia, yang telah memegang beberapa portfolio menteri, walaupun dia tidak mempunyai latar belakang ketenteraan. Bagi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis, dia sebelum ni adalah Ketua Marin, Jadi nampaknya, 3 daripada 10 orang Setiausaha Pertahanan tak pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera.
Sekarang Dasar Pandang ke Timur pulak. Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen sebenarnya seorang ahli onkologi pembedahan swasta sebelum masuk ke dalam politik dan memegang portfolio lain sebelum jawatan ni. Pendahulunya Teo Chee Hean di pihak lain berkhidmat di angkatan laut. Sementara itu, Menteri Pertahanan India juga seorang wanita, Nirmala Sitharaman, seorang ahli ekonomi.
China pula lagi la luar biasa sebab Kementerian Pertahanan Nasionalnya (KPN) agak tak berkuasa tanpa arahan tentera. KPN adalah pejabat penghubung dan protokol untuk berkomunikasi dengan tentera asing, sebab kebanyakan negara lain pun ada satu, jadi China memerlukan sesuatu. Walau bagaimanapun, Menteri biasanya seorang yang senior, walaupun tak selalu berkedudukan tertinggi, atau pegawai tentera.
Lain pula kesnya di Thailand, di mana PM yang akan pegang banyak jawatan secara serentak, dan hampir kesemua menteri bertugas aktif atau bersara dari pegawai pangkat tinggi. Kalau korang tengok senarai tu, hanya 4 daripadanya tak ada pengalaman ketenteraan – Chuan Leekpai, Samak Sundaravej yang seorang tukang masak TV, tetapi yang mempunyai hubungan yang kuat dengan tentera, Somchai Wongsawat, yang berada dalam perkhidmatan awam dan perkhidmatan kehakiman, dan Yingluck Shinawatra, seorang ahli perniagaan dan ahli politik biasa, PM Thai wanita yang paling muda.
Pastu kalau korang tengok Menteri Pertahanan yang sebelum-sebelum ni pun, diorang semua pun takde pengalaman ketenteraan pun. Diorang adalah Hishamuddin, Zahid, Najib, Pak Lah, and Tun M.
Dan sekarang ni pula, kita ada Mat Sabu :D
Jadi macam mana pulak dengan perlantikan Mat Sabu?
Bila Mat Sabu diumumkan sebagai Menteri Pertahanan baru, ramai kawan-kawan dia bergurau dan kata kat dia, “Jangan main tembak-tembak lagi ya!”. Dan ada juga yang kata, “Abang Mat banyak pengalaman, dulu kecik kecik main tembak-tembak”. Walaupun dia ni kelakar, tapi nampaknya dia ambil serius dengan tugasnya. Bercakap pada sidang akhbar, Mat Sabu memberitahu pemberita yang dia dah ada rancangan.
“Ini adalah satu cabaran besar kepada saya, saya akan menjalankan kajian awal dan mengadakan pertemuan dengan semua pegawai kanan kementerian ini. Saya ingin tahu apa yang berlaku dalam kementerian ini dan apa yang perlu dilakukan serta cadangan yang akan dibangkitkan. “- Mat Sabu berkata pada sidang akhbar, dipetik dari NST
Penganalisis dan veteran tentera pula nampak perkara ni secara positif, dengan mengatakan dia ni nampak macam boleh buat kerja sebab dia ada banyak pengalaman sebagai seorang ahli politik, dan tak takutkan apa-apa sebab pernah dipenjarakan dua kali di bawah ISA pada tahun 1984 dan 1987.
Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ramon Navaratnam pula kata, antara kualiti yang paling penting yang Mat Sabu perlukan untuk kerja ni adalah integriti, keputusan dan kesediaan untuk belajar. Intergiti – ADA. Dia adalah satu-satunya Presiden Pakatan Harapan yang mengisytiharkan asetnya (dia memiliki RM105,000 tunai dan RM758,000 nilai hartanah, kalau korang nak tahu). Ni baru la betul-betul sesuai dengan nama parti dia, AMANAH!
Jadi, Angkatan Bersenjata dah pun menjanjikan komitmen penuh kepada Menteri Pertahanan yang baru, tambah-tambah pula Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia juga menyambut baik pelantikannya. So far, so good, kan?
Oh, kalau korang rasa yang Mat Sabu yang selalu tersengih-sengih dan buat lawak tu tak cukup ganazzz,
612Share sekarang! WhatsApp Email21 Facebook591 Share(This article is translation. For original, visit our sister site, CILISOS) Mungkin ada yang terlepas …