Bulan Disember, korang boleh menang iPhone XS PERCUMA dari Grab dengan cara ni…

Sebelum kitorang mula, apa korang biasa simpan dalam dompet korang?

Lain-lain orang, lain-lain tabiatnya. Ada yang bawak dompet sebesar beg, dan ada yang bawak “dompet” MyKad dan wang tunai diikat dengan gelang getah. Bagi kitorang pulak, leceh betul bila kena sentiasa ingat mana nak letak dompet, pastu ada macam-macam lagi yang kita perlu isi dalam dompet tu, termasuk kad kredit/debitwang tunai kertasduit syilingkad-kad pengenalankad kesetiaan warong tepi jalan, dan lain-lain lagi.

Tetapi dengan beberapa pihak yang telah menyebut kemungkinan Malaysia bergerak ke arah menjadi masyarakat Nirtunai (tak guna tunai), macam mana rakyat kita boleh dipujuk untuk tinggalkan dompet diorang kat rumah?

Bulan ni, korang ada peluang menang besar-BESARAN kalau korang tinggal je dompet kat rumah ?

Terlupa bawak dompet bila keluar rumah? Jangan risau… kita ada berita TERBAEK untuk korang!

Kalau korang tak tau, Grab kini sudah menyediakan perkhidmatan e-wallet GrabPay, bagi orang-orang macam kita yang dah jenuh membawa dompet kita merata-rata. Melalui GrabPay, korang boleh guna GrabPay Credits untuk buat pembayaran dengan senang dan pantas tanpa memerlukan wang tunai fizikal! Malah, perkhidmatan pembayaran mudah ni bukan sahaja terhad kepada pembayaran servis pengangkutan GrabCar dan servis pesanan GrabFood – ia juga boleh digunakan ketika:

Bukan tu je – KHAS  dengan GrabPay Credits, korang layak dapat sehingga 20 KALI GANDA mata ganjaran GrabRewards yang boleh ditebus untuk pelbagai jenis hadiah dan ganjaran!

Untuk mula mengguna perkhidmatan GrabPay Credits, korang hanya perlu mengikuti tiga langkah senang yang berikut:

Tekan Top-up kat aplikasi Grab, pilih cara pembayaran, kemudian isi amaun yang hendak di top-up, dan GrabPay Credits korang dah selamat dalam wallet korang! Serius semudah tu je.

Dan sekarang, kalau korang dah tertanya-tanya apa benda yang korang boleh menang kalau guna GrabPay Credits bulan Disember ni…

Pengguna GrabPay boleh memenangi… iPhone XS BARU??? ?

Dari sekarang hingga 25 Disember, GrabPay sedang memberi peluang kepada penggunanya untuk memenangi iPhone XS yang BARU!

Untuk melayakkan diri dalam peraduan iPhone XS GrabPay ni, korang hanya perlu menggunakan GrabPay Credits dalam pembayaran sekurang-kurangnya dua transaksi dengan nilai minima RM5. Namun, kedua-dua transaksi ni mestilah berlainan jenis, iaitu antara perkhidmatan GrabCar, GrabFood, pembayaran di kedai-kedai dan restoran-restoran, atau penambahan nilai telefon bimbit pra-bayar.

Jadi, antara contoh-contoh penggunaan GrabPay Credits berbeza yang korang boleh buat untuk menang adalah:

  • Menggunakan perkhidmatan GrabCar untuk berjumpa dengan kawan-kawan di restoran kegemaran korang (contohnya, Devi’s Corner kat Bangsar) yang menenerima pembayaran melalui GrabPay Credits.
“Weih, nanti balik siapa pulak kena tempah kereta GrabCar?” Imej dari The Star.
  • Menambah nilai telefon bimbit prabayar korang dengan GrabPay Credits, dan menggunakan data telefon bimbit tu untuk memesan makanan melalui perkhidmatan GrabFood.

 

“Terima kasih abang delivery.” Imej dari Prebiu.
  • Membayar dengan GrabPay Credits ketika membeli-belah, dan menggunakan perkhidmatan GrabCar untuk tolong angkut semua barang korang balik ke rumah.

 

“Abang takpa ye tolong saya angkat barang bawak masuk rumah nanti…” Imej dari The Malaysian Reserve.

Kalau transaksi korang merupakan pembayaran GrabPay Credits yang ke-10,000, korang akan menerima soalan trivia yang perlu dijawab. Dan kalau jawapan yang korang beri tu pula betul, maka korang akan jadi lah pemenang iPhone XS baru!

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat la guna GrabPay untuk mudahkan hidup korang!

Kalau pertandingan ni dan kelebihan-kelebihan servis e-wallet GrabPay pun masih tak cukup untuk menggalakkan korang menggunakannya SEKARANG juga, korang kini boleh guna kod promo CILIXGRAB dari sekarang hingga ke 25 Disember untuk dapatkan diskaun RM8 daripada harga GrabCar korang!

Jadi, jangan la tunggu-tunggu lagi! Cepat la buat pembayaran terus korang dengan GrabPay Credits sebelum pertandingan ni tutup pada 25 Disember ni nanti!