SPONSORED

Kenapa ada wanita guna kain lampin bayi ketika haid?

Kali pertama korang yang perempuan datang haid, ingat tak siapa yang bantu?

  1. Kawan-kawan
  2. Keluarga
  3. Orang tak dikenali (strangers)

“Psst, ada pad tak?” Imej dari Manis Madu

Biasanya kawan atau keluarga mesti akan tolong. Tapi kalau korang sebut strangers, tahniah sebab bila korang minta dekat mana-mana perempuan yang ada sekeliling korang – kenal ataupun tak, mereka sudi membantu menghulurkan tuala wanita diorang.

Walaupun begitu, korang jangan tak tahu pula yang di Malaysia, sebenarnya masih ada perempuan yang tak mampu membeli tuala wanita, sesuatu yang merupakan keperluan asas. Ia juga dikenali sebagai…

Kemiskinan haid, punca ada yang pakai kain buruk dan kain lampin bayi?!

Sama ada korang pernah dengar atau tak, kemiskinan haid adalah apabila seseorang wanita itu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita akibat kemiskinan atau beban kewangan.

Memandangkan wanita terutamanya dari golongan B40 ni takde akses untuk tuala wanita pakai buang, jadinya ada yang sampai guna sabut kelapa, kain buruk, surat khabar lama, dan pelbagai lagi bagi menggantikan tuala wanita!

Disebabkan masalah ni jugalah KAO Laurier Malaysia bekerjasama dengan Yayasan Perintis Malaysia (MyPerintis) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melancarkan kempen Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita”  #LaurierCaresMovement yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang amalan menjaga kebersihan semasa menstruasi.

Kitorang sempat temu bual dua sukarelawan dari kempen ini, Puan Dalila (bukan nama sebenar) & Puan Amirah, di mana mereka pernah membantu golongan wanita yang kurang bernasib baik ni. Kitorang terkejut bila tahu, yang disebabkan ketiadaan tuala wanita, mereka menggunakan…

“Antara salah satu kes terdekat yang saya terima, wanita ni terpaksa memakai kain lampin bayi semasa datang bulan kerana ia lebih jimat berbanding nak beli tuala wanita…” – Puan Dalila.

“Dalam salah satu kes yang saya bantu, ada yang menggunakan kain buruk/lama, kain napkin bayi. Salah satu sebabnya adalah pad agak susah didapati, dan kedai juga agak jauh dan ada yang tiada kenderaan untuk keluar.” – Puan Amirah.

Kitorang ingat benda ni berlaku di kawasan pedalaman, tapi bila kitorang tanya Puan Dalila, rupa-rupanya kat Sungai Buloh je. Manakala Puan Amirah memberitahu yang dia menjadi sukarelawan di Hulu Langat, dan bukanlah pedalaman seperti yang kitorang sangka.

Golongan tu dikenali sebagai miskin bandar. Imej dari OhSemput

Korang jangan terkejut pula yang ia masih berlaku walaupun di kawasan bandar, dan ia diklasifikasikan sebagai kemiskinan bandar. Nak pula Puan Amirah mengatakan yang kawasan tu juga kadang-kala ada masalah air, yang sebenarnya merupakan salah satu masalah kemiskinan haid sebab…

Ketiadaan tuala wanita bukanlah satu-satunya klasifikasi kemiskinan haid

Mungkin ada antara korang yang mempersoalkan “Kenapa tak beli pad je? Bukannya mahal sangat pun”. Tapi sebenarnya bagi keluarga yang hanya cukup-cukup makan, harga pad untuk seorang je pun boleh mencecah RM15 sebulan. Jadi daripada membeli pad, lebih berbaloi untuk mereka membeli beras yang cuma RM13 seguni untuk satu keluarga.

Kedua-duanya memang keperluan, tapi mereka yang dalam kemiskinan haid ni selalu mengutamakan keperluan keluarga berbanding diri sendiri.

Itu pun kalau keluarga tu cuma ada seorang wanita je. Kalau ada ramai, kos untuk produk sanitari pun akan meningkat. Jadi bila tak mampu, mereka menggunakan apa saja yang boleh digunakan untuk menghentikan kebocoran.

“Mereka yang dalam kalangan ni sebenarnya ada duit tapi ia lebih penting untuk dibelanjakan pada susu anak, dan barangan dapur berbanding untuk diri sendiri. Kalau mereka pakai tuala wanita pun, mereka akan sangat berjimat-cermat. Kalau kita biasanya akan tukar selepas 4 jam, mereka akan pakai selagi tak penuh

“… bila nak habis period pula mereka hanya akan pakai seluar dalam tanpa lapik apa-apa, jadi diorang akan basuh je lepas tu”. – Puan Dalila.

Tambahan pula, kemiskinan haid ni meliputi isu yang lebih luas dan serius. Selain dari wanita yang tidak berupaya untuk membeli produk sanitari, mereka yang tiada akses untuk perkara lain seperti air, tandas dan juga pendidikan tentang kesihatan reproduktif juga boleh dikategorikan sebagai golongan yang menghadapi kemiskinan haid.

Imej dari Johorkini

Itu tak termasuk lagi stigma yang mereka hadapi, dan pengurusan haid juga merupakan salah satu masalah di mana ia dianggap memalukan dan menjatuhkan maruah wanita. Hal ni tak sepatutnya berlaku sebab ia adalah proses normal bagi setiap wanita yang dah akil baligh.

KAO Laurier & MyPerintis nak tingkatkan kesedaran tentang amalan kebersihan semasa haid

Disebabkan masih ada kurang faham, malah mempertikaikan masalah kemiskinan haid di Malaysia, KAO Laurier Malaysia rasa bertanggungjawab untuk mengadakan kempen “Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita” #LaurierCaresMovement. Tujuannya bukan saja untuk meningkatkan kefahaman, tapi juga untuk mengurangkan stigma semasa haid supaya wanita lebih selesa untuk membincangkan subjek yang sensitif ini sesama mereka dalam persekitaran yang selamat.

Kalau korang rasa nak bantu macam mana orang pernah bantu korang masa datang bulan dulu, korang boleh sertai kempen #LaurierCaresMovement ni, di mana dengan setiap pembelian Laurier Night Safe dari tempoh 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022, KAO Laurier akan menderma satu pek kepada pelajar universiti dari golongan B40.


Diorang target untuk sumbangkan sebanyak RM150,000 produk sanitari kepada 20,000 pelajar universiti yang memerlukannya. Dan bagi kitorang pula, harapnya dengan lebih kesedaran tentang topik ni, generasi selepas ni tak perlu lagi malu-malu untuk membincangkan isu ni lagi.

Popular

To Top

Send this to a friend