Malaysia akan ganti China untuk import sampah plastik terbanyak?!

Plastik adalah sampah yang selalu dikaitkan dengan pencemaran alam, mana tidaknya – banyak gambar-gambar yang perlihatkan plastik ni menyeksa binatang dan mencemarkan alam sekitar. Tapi sehingga hari ni dunia tak ada jawapan untuk atasi masalah plastik yang menghantui alam sekitar ni. Dah banyak haiwan yang mati disebabkan plastik ni, tak kasihan ke dengan diorang?

Tak sedih ke tengok gambar ni? Imej dari Reusethisbag

Pernah tak korang terfikir ke mana sampah plastik yang korang buang? Sebabnya kebanyakan barangan hari ni pakai plastik. Plastik yang dah sedia ada kat Malaysia tu satu hal, tapi korang percaya tak sebenarnya kita ada import sampah dari negara orang? Jadi, inilah benda yang kitorang nak ceritakan kali ini, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan alam sekitar, korang kena tahu…

So, marilah kita meneroka cerita sampah-sarap yang ada kat Malaysia, terutamanya plastik…

United Kingdom berharap dengan China untuk eksport sampah plastik diorang

Kalau korang nak tahu United Kingdom (UK) sebenarnya eksport sampah plastik diorang – sebab sampah plastik diorang banyak gila babi. Salah satu negara yang paling banyak diorang hantar ‘hadiah’ sampah plastik ni adalah China. Tiga tahun lepas, UK hantar setengah juta tan sampah plastik ke China dan Hong Kong. Jumlah ni kira dua per tiga dari keseluruhan sampah plastik yang UK keluarkan.

Malapetaka jadi kat UK bila China perkenalkan dasar tak nak ambik ‘hadiah’ plastik ni dari negara luar. So, kiranya UK dah takde tempat nak buang plastik sampah diorang. China buat macam ni sebab nak jadikan ia sebagai simbolik revolusi ekologi kat China. Keputusan China ni buat UK bingung, tak tahu nak buat apa dengan sampah plastik diorang.

Secara teorinya – mestilah kat UK sekarang ni dah berlambak sampah plastik sebab diorang dah tak boleh buang kat China. Tapi kenapa takde laporan berita lagi tentang sampah plastik menggunung kat UK? Jawapan kepada soalan ni simple, diorang tak dapat buang sampah plastik kat China, diorang buang kat negara lainlah.

Kat sini benda ni jadi menarik, kalau ikut penganalisis alam sekitar kat UK – tahun lepas (2018) diorang ‘kirim’ 611,000 tan plastik sampah kat negara orang. Pada tahun 2017 pulak, diorang bagi plastik sampah kat orang lain sebanyak 683,000 tan. Jadi, dengan bantuan kalkulator korang dapat tengok, sampah plastik yang diorang eksport berkurangan sebanyak 72,000 tan!

Jadi, benda ni sebenarnya berita yang baik, sebabnya sampah plastik dah makin kurang dieksport keluar oleh UK. Semua ni mesti sebab China dah tutup kedai.

Plastik yang rosakkan keindahan laut. Imej dari Giphy

Jadi, negara mana yang selamatkan UK?

Sebelum kitorang pergi lebih jauh, mesti ramai yang tertanya-tanya sebab apa ada negara nak ambil sampah dari negara orang?! Jawapannya sekali lagi ringkas – sampah-sampah ni boleh ditukarkan jadi keuntungan. Pernah dengar pasal kitar semula? Sampah-sampah ni tadi boleh dikitar semula dan dibangunkan jadi produk baru, dan dijual.

Tapi tak semua negara akan ada fikiran macam ni – negara macam Indonesia, Vietnam dan Taiwan ada undang-undang yang ketat untuk import sampah ni. Ketat tak semestinya tak terima eh. Sebabnya kapal-kapal yang datang hantar sampah ni akan block jeti-jeti kat sana dan kualiti sampah yang diimport tak cukup power untuk dikitar semula.

Hah..jangan nak langgar undang-undang! Imej dari Giphy

Oleh sebab China dah tutup kedai, nampaknya sampah-sampah dari UK ni diterima oleh Malaysia, Turki, Poland dan Indonesia. Cuba teka – di antara empat negara ni, negara mana yang ambil sampah plastik paling banyak? Jeng je jeng. Kitorang rasa korang dah boleh agak kot – Malaysia lah.

Malaysia import 105,000 tan sampah plastik dari UK bagi November 2017 hingga Oktober 2018. Jumlah sampah ni 42,000 tan lebih banyak dari tahun sebelumnya. Kat tempat kedua pula – Turki. Negara yang Anwar Ibrahim selalu lawat ni ambik 80,000 tan sampah plastik dari UK. Walaupun Indonesia ada peraturan yang ketat pasal sampah import, diorang di tempat keempat dalam bantu UK.

Malaysia di atas carta. Imej dari BBC

Tak semua sampah yang diimport akan dikitar semula

Sejak China tutup kedai, Malaysia jadi negara yang jadi tumpuan banyak negara untuk hantar sampah plastik diorang, termasuklah UK yang kitorang dah cerita panjang tadi. Tapi tak ada guna Malaysia terima sampah-sampah ni kalau tak boleh dikitar semula. Sebabnya kalau sampah-sampah ni tak boleh dikitar semula – ia akan kekal jadi sampah yang tak berguna.

“Malaysia tidak dapat memproses semua sisa yang diimport, kilang-kilang sampah memproses plastik cukup terhad,” – Mageswari Sangaralingam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam, dipetik dari BBC

Inilah masalahnya bila negara kita terlalu pemurah. Imej dari BBC

Apa yang lebih teruk, bukan setakat sampah-sampah plastik tak boleh dikitar semula untuk dijadikan produk baru, ada orang yang tak bertanggungjawab bakar sampah-sampah ni sebab dah banyak sangat. Maka, berlaku satu pencemaran – pencemaran udara. Malaysia dah mula ambil tindakan untuk perkenalkan polisi import sampah yang lebih ketat dalam 3 tahun akan datang, tapi Mageswari Sangaralingam nak import sampah dihentikan serta-merta.

“Malaysia bukanlah tempat untuk buang sampah dan dengan itu sepatutnya kita berhenti mengimport sampah plastik,” – Mageswari Sangaralingam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam, dipetik dari BBC

Jadi, korang rasa patutkah Malaysia ambil langkah macam China dengan haramkan import plastik ke negara ni?

Sampah tak dibenarkan masuk. Imej dari Giphy

UK tak nak buat apa-apa ke tentang benda ni?

Kalau korang nak tahu, kat UK ada British Plastics Federation (BPF), bahasa kampungnya – persatuan plastik. Persatuan ni risau dengan keadaan yang tengah jadi kat UK. Diorang sarankan supaya semua pengilang hasilkan sisa plastik yang boleh dikitar semula. Bila diorang hasilkan sisa plastik yang boleh dikitar semula, makin banyaklah negara yang nak ambil sampah diorang.

Diorang jugak akui yang masalah sampah diorang ni dah ‘out of control’ dan sedar ada penipuan yang tengah berlaku kat industri eksport-import sampah.

“Eksport sisa plastik semakin tidak dapat dikawal dan BPF amat prihatin terhadap laporan mengenai eksport haram dan penipuan sisa pembungkus plastik yang disalurkan ke Asia melalui Belanda,” – Roger Baynham, Pengerusi Kelab Kitar Semula BPF, dipetik dari BBC

Apa jadi bila plastik dikitar semula. Imej dari Weston

Satu lagi benda yang UK buat untuk atasi masalah ni adalah – galakan rakyat diorang untuk mulakan kitar semula dari rumah. Jadi, secara logiknya kalau orang dah mula kitar semula dari rumah, tak banyaklah sampah yang akan ada. Walaupun diorang wujudkan galakan macam ni, diorang tetap tak nafikan yang pasaran untuk import sampah tu tetap ada, tapi pasaran tu makin kecik, lebih-lebih lagi lepas China tutup kedai.

“Cuma ada beberapa negara yang tinggal kita boleh mengeksport dengan selesa dan pasaran itu semakin mengecil,” – Simon Ellin, Ketua Eksekutif Persatuan Kitar Semula UK, dipetik dari BBC

Malaysia dah mula ambil tindakan tegas

Macam yang dikatakan oleh Roger Baynham tadi, Malaysia tak sepatutnya jadi tempat untuk negara-negara maju ni buang sampah diorang. Buka ruang pada negara maju ni untuk buang sampah diorang kat negara kita akan beri galakan lagi diorang hasilkan lebih banyak sampah plastik. Lebih-lebih lagi kalau dah terang-terang sampah diorang tu tak berkualiti dan tak boleh dikitar semula.

Malaysia syurga sampah? Imej dari UTUSAN

Kitorang rasa inilah sebab kerajaan nak hentikan permit import sampah plastik. Kerajaan kata diorang nak pastikan yang Malaysia takkan bergantung lagi dengan sampah dari luar, tapi akan gunakan sampah plastik dalam negara. Sebabnya, statistik kerajaan tunjukkan yang industri plastik kat Malaysia jana RM30 bilion setahun.

“Kita akan sediakan kerangka masa ‘phase out’ untuk tempoh 3 tahun, sebelum industri plastik tempatan mengambil alih peranan sebagai pembekal secara total,”  – Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dipetik dari FMT

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka