Sejarah & Politik

Mahathir cakap Melayu malas? Cendekiawan Malaysia dah pernah jawab benda ni lama dah

Tun Mahathir memang terkenal dengan kritikannya terhadap bangsa Melayu. Sejak dulu lagi dengan penulisan buku kontroversinya Malay Dilemma hinggalah menjadi PM kali kedua ni. Tapi, nampaknya, kritikan Mahathir pasal ‘Melayu malas’ di zaman ini tak disenangi ramai pihak termasuklah dalam kalangan pengikutnya. Siap ada Bersatu bahagian yang kritik kenyataan Mahathir ni.

Imej dari PPBM P125 Putrajaya

Untuk pengetahuan semua, isu Melayu yang digelar bangsa malas ni dah lama dah dijawab oleh para ilmuwan tanah air. Buku Malay Dilemmayang ditulis sendiri dah dijawab oleh Prof. Syed Hussain Al-Attas selaku pakar sosiologi dan pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Buku dia yang paling terkenal semestinyalah Mitos Pribumi Malas yang diterbitkan pada tahun 1977.

Banyak salah faham dan kesalahan penerangan dalam buku Malay Dilemma dibongkarkan oleh Syed Hussain Al-Attas dalam banyak makalah dan penulisannya. Ingat! Buku Syed Hussain ni dijadikan rujukan oleh penulis buku Orientalism, Edward Said yang digunakan universiti seluruh dunia. Sebelum pergi lagi jauh, kita nak tahu juga, dari mana datangnya label bangsa Melayu sebagai pemalas ni bermula ada apa tujuannya ia diheboh-hebohkan ke satu dunia.

(Artikel ini banyak merujuk jurnal kajian bertajuk Pandangan Orientalis Berkenaan Sikap Malas Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu terbitan UiTM dan Kolej Universiti Islam Melaka)

Orientalis Barat bertubi-tubi melabel masyarakat Melayu dengan banyak sifat negatif

Pada zaman penjajahan Barat ke serata dunia, mereka ni menggunakan segala kepakaran yang ada untuk menundukkan negara yang mereka nak jajah tu. Salah satu kepakaran yang mereka gunakan adalah para orientalis. Mereka ni merupakan individu yang mengajar, menulis sebuah karya atau melakukan banyak penyelidikan tentang dunia Timur. Mereka ni akan tulis pasal dunia Timur menurut pengamatan masyarakat Barat.

Penulisan ilmiah pasal sejarah bangsa Melayu dah bermula sejak pendudukan pertama penjajah waktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Penulisan-penulisan ni berbentuk hanyalah laporan dan pemerhatian serta bukan kajian mengikut kaedah ilmiah. Selain tu, karya-karya orientalis pasal pensejarahan Alam Melayu banyak kelemahan metodologi di samping sarat dengan prasangka negatif dan berat sebelah. Jom kita tengok apa mereka cakap.

Tome Pires penulis buku Suma Oriental (buku pasal Asia Tenggara pertama). Imej dari Nusantara Review

Kita mulakan dengan pendapat Tome Pires, orang Portugis yang lepak Melaka lepas dah jajah. Dia puji bahawa masyarakat Melayu sebagai bangsa cerdas tapi selalu mengabaikan pelajaran. Dia juga label masyarakat Melayu ni sebagai bangsa kuat cemburu terutama golongan lelaki sebab tak nak dedahkan isteri mereka kepada khalayak ramai.

Isabella Bird anggap masyarakat Melayu  sebagai pemalas dan tak bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Sebabnya dia tengok masyarakat Melayu menanam padi sambil lewa dan tidak bersungguh. Dia juga berpendapat masyarakat Melayu lebih suka bersantai dan menghabiskan masa berbual bersama rakan-rakan di kedai kopi. Lepas tu, dia cakap Melayu ni pengotor sebab tabiat makan menggunakan tangan.

Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Frank Swettenham pula anggap Melayu sebagai bangsa primitif, malas, suka melawan dan menentang pemodenan. Katanya lagi, bangsa Melayu suka habiskan masa dengan benda-benda yang tak berfaedah macam berjudi, sabung ayam dan tidur. Lain-lain sifat negatif dia kaitkan adalah boros, amuk, suka berserah kepada takdir dan cepat berputus asa.

Tapi Hugh Clifford (pentadbir penjajah British) lagi tak boleh bla. Dia cakap bangsa Melayu ni bangsa paling pemalas di dunia. Alasannya sebab dia pernah menyaksikan 25 orang Melayu mendayung tanpa henti selama 26 jam tapi bergerak dalam kawasan yang sama untuk mencari jalan keluar dari kawasan air. Satu lagi, dia anggap perbuatan melatah dalam bangsa Melayu sebagai tak sopan. Lagi-lagi bila keluar bahasa kasar dan lucah.

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Hugh Clifford. Imej dari NPG

Tapi korang tenang saja lah. Prof. Syed Hussain Al-Attas dah tapau semua tanggapan orientalis ni.

Masyarakat Melayu mula menyusahkan aktiviti ekonomi penjajah

“Menurut Al-Attas (2009), masyarakat Melayu memperoleh jolokan malas kerana enggan bekerjasama dengan penjajah Barat dan tidak mahu menjadi hamba kepada sistem perdagangan kapitalisme kolonial iaitu untuk memperkayakan bangsa Eropah dengan menghakis segala sumber kekayaan yang terdapat di Tanah Melayu.”

Seorang pensyarah dari Amerika Syarikat, Zayn Al-Abideen Gregory menerangkan bahawa orang Barat sampai di nusantara pada abad ke-16. Waktu orang Barat tak ada sebut pasal Melayu malas. Apa yang mereka bagitau, orang Melayu ketika tu berdagang jauh sampai ke Sri Lanka dengan kapal layar buatan tempatan serta boleh mempertahankan diri dari musuh dengan senjata buatan sendiri.

Kita pun dah biasa dengar pasal sejarah kerajaan Melayu Lama macam kerajaan Langkasuka di Kedah dan kerajaan Gangga di Beruas. Kerajaan dahulu pun memang dah catatan dan nota-nota lama mengenai teknologi seperti makalah-makalah lama ilmu bedil (teknologi senjata).

Klik gambar untuk baca sejarah senjata Melak lagi power dari Jerman

Bila kuasa penjajah makin kuat dengan mengalahkan kerajaan negeri-negeri Melayu serta menguasai pelabuhan dan pemerintahan, maka monopoli perdagangan juga dikuasai penjajah. Jadinya, perniagaan dan pertukangan orang Melayu yang dah lama ada mula hilang. Akhirnya, tinggallah para petani dan raja sahaja.

Dari situ, bermulalah catatan orang Barat yang mengatakan Melayu pemalas. Kuasa-kuasa raja dah berkurang, hanya ada duit dan pangkat. Maka nampaklah macam malas dengan hilangnya kerja yang mereka buat sebelum ni. Untuk orang awam pula, sikap mereka berubah apabila penjajah memperkenalkan ekonomi yang memerlukan kuli seperti bekerja di ladang dan lombong. Keadaan kuli dalam sistem ni sangat kejam, sampai ada yang mati waktu bekerja dan dijangkiti wabak penyakit. Untung pula penjajah bawa balik negara mereka.

Akhirnya, kebanyakan masyarakat Melayu memilih untuk balik kampung dan tak buat kerja dengan penjajah. Sikap ini dah menyusahkan penjajah yang menyebabkan mereka terpaksa ambil orang luar untuk jadi kuli dan pekerja. Sikap ini jugalah yang menjadi antara punca penjajah panggil bangsa Melayu sebagai pemalas.

Contoh lain sikap Melayu tak nak bagi kerjasama tercatat dalam ekspedisi Hugh Clifford yang hendak memburu Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya, tapi askar-askar Melayu tak bagi komitmen sangat. Itu yang orang putih nampak malas kot? Sikap bangsa Melayu yang agak sukar untuk bagi bantuan kepada pihak penjajah dah buat British gelar bangsa Melayu sebagai pengkhianat negara.

Mat Kilau kebanggaan kita. Imej dari Wikipedia

Memang terbuktilah kan orang Barat dah lama momok perkataan malas kat bangsa Melayu sebab mereka yang panas. Kalau korang nak tahu, Dr. Mahathir yang selalu kritik Melayu tu pun mengaku orang Barat yang label orang Melayu dengan sebegitu.

Dulu, Dr Mahathir sendiri mengakui istilah ‘Melayu Malas’ datang dari Barat

“Kamu (orang Barat) juga pernah memanggil kami orang Melayu pemalas, orang Melayu tak cekap, orang Melayu tak boleh dipercayai, tetapi kami tak boleh mengatakan apa-apa tentang kamu (orang Barat)?- Dr. Mahathir, petikan dari BBC Hard Talk

Menurut Dr. Mahathir lagi, bila cakap benda-benda tak elok kat orang Eropah dan Barat, mereka pun tak suka. Tapi, bila cakap macam tu kat orang Melayu, orang Barat nak orang Melayu terima. Kalau korang nak tahu, Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa sifat bangsa Eropah Anglo Saxon adalah sebagai pelopor kepada peperangan, liwat dan penghapusan etnik.

Bersembang keras. Imej dari Hard Talk

Apa yang menarik, dalam BBC Hard Talk yang terbaru waktu jadi PM ke-7, dia ada sebut lagi panggilan orang Barat terhadap orang Melayu ni.

“Banyak orang mengatakan perkara yang jahat tentang kami, Melayu malas dan semua jenis perkara, tetapi saya tidak mengambil tindakan terhadap mereka. “- Tun Mahathir, petikan dari BBC Hard Talk waktu jadi PM ke-7

Nampaknya, Dr Mahathir sendiri tahu perkataan ‘Melayu malas’ ni sendiri datang dari mulut orang Barat. Ini bertepatan dengan kajian Syed Hussain Al-Attas dan para pengkaji lainnya.

Sikap individu, tidak menggambarkan sikap sesuatu bangsa

Menurut pengkaji Mohd Farhan Abd Rahman, tak dinafikan kebenaran bahawa sifat-sifat negatif dalam masyarakat Melayu. Tapi sikap seseorang pengkaji memang tak patut terus rumus keseluruhan bangsa tu malas setelah melihat hanya beberapa kelompok. Setiap bangsa dalam dunia ni semuanya tak sempurna dan tak dapat lari dari sifat negatif.

Ggambar ni tersebar beberapa minggu lepas. Tak tahu sumbernya. Tapi, penuh dengan pengajaran

Kita juga kena tahu bahawa setiap penulisan sejarah oleh orang Barat perlu diteliti dan perlu diseimbangkan dengan pakar sejarah tempatan. Ini kerana tulisan mereka terdedah dengan kaedah orientalis dan sifat Euro-Centrism (mengagungkan bangsa Eropah). Untuk kita semua sebagai orang awam memang bertanggungjawab mengubah persepsi ni dengan ilmu dan sikap.

 

 

 

 

 

 

 

 

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend