Pendidikan & Kesihatan

Malaysia hasilkan beras PERTAMA diubah suai secara genetik. Tapi kenapa petani bantah?

(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

Menjelang tahun 2020 tak sampai berapa bulan je lagi, (OMG serius lah? Rasa macam baru je masuk tahun 2000), nampaknya dah macam-macam teknologi dan ciptaan macam…

Robot humanoid pertama di Malaysia, ADAM. Imej dari The Star

…atau…

Kereta terbang. Imej dari The Star

…atau mungkin…

Beras biasa (kiri) vs beras briyani yang diubahsuai genetiknya (kanan) Imej dari Business Insider

… BERAS???

Nampaknya, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) baru-baru ni berjaya menghasilkan beras PERTAMA yang diubahsuai secara genetik dari Malaysia! Dan masa kitorang tulis artikel ni, MARDI juga bercadang untuk buat uji kaji kecil di lapangan padi di Perlis.

Bagaimanapun, sekumpulan petani, organisasi masyarakat awam (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  termasuk WWF Malaysia telah mengadakan protes dan menyuarakan bantahan diuji kaji lapangan padi di Perlis. Penyelaras Forum Keselamatan dan Kedaulatan Makanan Malaysia, Fitri Amir Muhammad, menegaskan yang penanaman beras yang diubahsuai secara genetik boleh memudaratkan alam sekitar dan kesihatan awam. Mereka juga merancang untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) 

Tapikan, berbeza sangat ke beras yang diubah suai secara genetik kalau nak dibandingkan dengan beras biasa yang kita makan? Dan kenapa MARDI nak buat pengubahsuaian beras kita? Rupanya…

MARDI cuba untuk buat Nasi Kebal?!

Kalau korang biasa bercucuk tanam, korang mesti tahu musuh utama korang adalah mereka ni:

Ye, serangga-serangga perosak ni la. Imej dari Semantic Scholar

Dan satu-satunya cara untuk mengawal adalah dengan menyembur racun perosak dan racun herba (atau racun rumpai)… yang juga boleh membunuh tumbuhan atau tanaman korang. Sebenarnya, ni adalah masalah sebenar yang dihadapi oleh petani bila mereka tanam padi. Jadi, MARDI dah melakukan banyak penyelidikan macam mana mereka boleh tingkatkan pengeluaran beras selama bertahun-tahun dengan memperbaiki masalah tu sampailah Malaysia tak perlu lagi bergantung dengan beras import. 

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Masa tahun 2001 dulu, MARDI pernah menggunakan kaedah yang lebih semula jadi yang dinamakan pembenihan-langsung, iaitu dengan menanam benih pada tanah yang tak disentuh, untuk menghasilkan pelbagai padi yang dikenali sebagai MR219 (nanti kitorang bagitahu dengan lebih lanjut) yang dapat menahan daun dari penyakit dan bakteria!

 

Pembenihan langsung ni berbeza dengan beras yang diubah secara genetik sebab ia adalah proses di mana gen dari tumbuhan lain (atau kadang-kadang haiwan) dicampurkan ke dalamnya secara buatan (dan bukan secara semulajadi, iaitu pendebuan). Kat bawah ni adalah video yang mungkin boleh bantu korang untuk faham dengan lebih baik mengenai jenis pembiakan tumbuhan yang berlainan:

Walaupun MR219 boleh membawa kepada peningkatan dalam pengeluaran beras di Malaysia disebabkan kepelbagaian padi yang mempunyai tempoh matang yang lebih pendek, ia juga mempunyai kelemahan tersendiri.

Seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia mendapati yang prestasi pelbagai beras ni menurun sejak beberapa tahun sebab ia tak mampu menahan rumpai dan serangan penyakit untuk simpanan. Jadi, ni mungkin la sebab kenapa MARDI menghasilkan pelbagai jenis beras yang berbeza sepanjang tahun selain MR219 yang diubah genetik. Tapi, apa yang berlaku bila beras diubahsuai secara genetik?

Beras atau apa-apa tanaman lain diubahsuai secara genetik untuk menghasilkan tumbuh-tumbuhan serta memanjangkan jangka hayat tanaman dan meningkatkan kadar kelangsungan hidup mereka dengan menentang racun perosak, herbisida, kemarau, jangkitan virus dan menangguhkan pematangannya.

Takdelah, bukan ubah suai sampai macam ni sekali. Imej tak diedit dari Time Magazine

Sehingga tahun 2015, Malaysia TAK mempunyai tanaman yang gen-nya diubahsuai langsung! Dan menurut Ketua Pusat Bioteknologi Tumbuhan, Institut Sistem Biologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Hoe-Han Goh…

“Sehingga kini, hanya terdapat dua permohonan diluluskan untuk ujian lapangan terkurung, iaitu betik GM (gen diubahsuai) dengan ciri tahan penyakit pada tahun 2013 dan tanaman getah GM tahun ini.” – Petikan dari NST, 14 November 2015.

Malaysia juga pernah mengubahsuai secara genetik sekumpulan nyamuk dalam usaha memerangi denggi. Tapi disebabkan projek tu agak memakan kos, ia nampaknya dibatalkan sejurus selepas ia bermula.

Jadi kalau Malaysia pernah buat beberapa ujian terhadap tanaman dan serangga yang diubah suai genetiknya, apa masalahnya kalau MARDI nak uji beras yang diubah suai genetiknya?

Sebenarnya… para petani takut beras yang diubahsuai genetiknya akan ‘mencemari’ tanaman mereka sendiri

Dan nampaknya, ujian yang nak dijalankan tu sebenarnya berhampiran dengan beberapa sawah padi komersial dan liar. Dan kalau MARDI nak buat ujian di tempat tu, kemungkinan besarnya genetik yang dibawa beras tu akan dibawa oleh burung, haiwan, mesin dan pekerja di tempat kajian tu dan boleh menyebabkan pendebungaan sawah padi komersial dan liar yang asal.

“Menurut GM Contamination Register, sehingga 2014 tanaman padi mempunyai bilangan tertinggi insiden pencemaran melalui uji kaji lapangan, walaupun tidak ada padi GM yang ditanam secara komersial setakat ini di mana-mana tempat di dunia.” –Mohideen Abdul Kader, presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan  Nurfitri Amir Muhammad, koordinator Forum Kedaulatan Makanan. Dipetik dari MalaysiaKini.

Nurfitri (tengah) dengan beberapa petani. Imej dari Utusa

Menurut Nurfitri lagi, kalau kes ni berlaku, ia boleh menimbulkan ancaman yang lebih besar kepada kesihatan kita!

“Ketoksikan glyphosate telah banyak didokumenkan dalam data awam dan data industri. Baru-baru ini Bayer, yang membeli Monsanto, kalah tiga kes mahkamah berprofil tinggi di Amerika Syarikat kerana tidak memberi amaran tentang risiko kanser racun rumpai glyphosate yang mengakibatkan orang ramai menderita penyakit non-Hodgkin Lymphoma.” – Mohideen Abdul Kader & Nurfitri Amir Muhammad dari MalaysiaKini

P/S: Monsanto juga salah sebuah syarikat menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan kelumpuhan Vietnam sampai TIGA keturunan. 

Klik untuk baca artikel kitorang pasal Agent Orange

Tak salah kenyataan dia tu, sebab para penyelidik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan racun herba sebagai ‘mungkin karsinogenik kepada manusia’, yang bermakna ia boleh menyebabkan kanser.

Malah, para penyelidik dari Amerika Syarikat sebenarnya mendapati, tanaman yang diubahsuai genetiknya boleh menyebabkan beberapa penyakit kesihatan lain seperti:

  • Kemandulan
  • Masalah imun
  • Penuaan yang cepat (OMG, kena pakai SK-II la macam ni! T.T)
  • Disfungsi terhadap aturan insulin, dan
  • Perubahan dalam organ-organ utama dan sistem gastrousus

Mungkin inilah sebab kenapa kebanyakan negara mengharamkan tanaman dan tumbuhan yang mempunyai ubah suai genetik. Dan ni juga mungkin sebab utama kenapa kumpulan pengguna dah mendesak kerajaan untuk membatalkan dan mengharamkan apa-apa pelepasan atau ujian genetik yang diubahsuai. Kumpulan pengguna juga aktif melakukan ini kerana…

Kita semua adalah pengguna tanaman genetik yang diubahsuai walaupun kebanyakan daripada kita tak menyedarinya ?

Kalau nak tahu korang betul-betul sedar atau tak, ambil poll ni:

Kejapppp, apa jawapan last tu?

Yang benar, nih?

Rupa-rupanya, brokoli dan kubis bunga adalah tanaman genetik yang diubahsuai di mana kedua-dua sayuran ni tak wujud pun sekitar 1,000 hingga 2,000 tahun yang lepas! Brokoli dilaporkan dicipta daripada genetik daun kubis dan kubis liar pada tahun 1500-an. Kubis bunga pula dihasilkan daripada salah satu daripada beratus-ratus jenis brokoli. #TIL

Jangan risau kalau korang rasa korang baru tahu hari ni sebab kebanyakan kita (lebih kurang sebanyak 88% dari kita) sebenarnya tak sedar pun yang kita dah makan tumbuhan yang diubah suai genetiknya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah macam mana, selain brokoli dan kubis bunga, Malaysia juga dah mengimport produk genetik yang diubahsuai dari Amerika Syarikat, yang nampaknya adalah pengeluar terbesar genetik yang diubahsuai! Bekas presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Mohamed Idris mendakwa Malaysia telah meluluskan enam produk kacang soya dan lapan produk jagung diubahsuai genetiknya yang dimodifikasi genetiknya untuk tujuan makanan dan pemprosesan.

“Tell me mooooreeee pls”

Walaupun beberapa produk ini adalah untuk kegunaan manusia, kitorang juga mendapati hampir semua makanan untuk haiwan di Malaysia diubah secara genetik! OMG, adakah ini bermakna kita terdedah kepada penyakit-penyakit yang disebutkan di atas!?

Menurut Jabatan Kimia Malaysia, TAK. Sebabnya, Malaysia mempunyai garis panduan dan peraturan mengenai pengimportan produk genetik yang diubah suai di bawah Akta Biokeselamatan Kebangsaan 2007. Malah, Malaysia adalah perintis di kalangan negara-negara ASEAN untuk mengenakan peraturan sedemikian.

Jadi, macam mana kita nak tahu kalau produk tu diperbuat dari tanaman diubahsuai genetiknya?? Ni haa, Malaysia mewajibkan pengilang melabelkan produk macam ni:

Klik imej dari mesym.com untuk tengok lebih banyak label macam ni

Dan semasa artikel ni ditulis, tiada kemas kini pasal permohonan MARDI untuk menjalankan ujian dan apa yang lebih membimbangkan menurut Nurfitri dan Mohideen, adalah di mana tiada jaminan bahawa beras yang diubahsuai genetiknya ni takkan memberi kesan sampingan kepada persekitaran dan kesihatan. Jadi, ni la sebab kenapa mereka menentang keras idea beras genetik yang diubahsuai ni.

“Jika tidak ada bukti sedemikian sepertimana yang disyaratkan dalam Protokol Biokeselamatan Cartagena yang ditandatangani Malaysia pada tahun 2003, maka padi GM ini tidak harus diluluskan untuk uji kaji lapangan di Malaysia.” – Nurfitri dan Mohideen, dipetik dari MalaysiaKini.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend