SPONSORED

Cuba teka bidang apa paling tinggi gajinya kat Malaysia?

Bukan senang nak cari kerja sekarang ni. Sebuah kajian melaporkan yang kadar pengangguran kat Malaysia pada tahun 2015 dah meningkat bagi belia berumur 24-29 tahun. Satu kajian lain pula kata sebahagian besar daripada penganggur adalah lepasan universiti dan kolej!

#dilema2017.

Eh dah belajar tinggi sampai bertingkat-tingkat pun tak boleh dapat kerja jugak? Kenapa agaknya?

Mungkin ke sebab sekarang ni dah takde kekosongan untuk kerja dengan gomen? Tahun 2015 hari tu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengumumkan yang Putrajaya dah tak boleh ambil pekerja baru dan ianya melibatkan polis, askar dan Kementerian Pendidikan.

Tapi itu baru sektor awam, sektor swasta kan banyak lagi jawatan kosong? Mengikut satu laporan oleh The Malaysian Insider, masalah yang syarikat swasta selalu hadapi adalah tahap Bahasa Inggeris yang lemah di kalangan graduan. Survey yang dibuat oleh Jobstreet menyokong pendapat ini bila ramai senior manager kata kelemahan dalam BI adalah faktor utama kenapa permohonan ditolak.

Bila kau terpaksa guna ulti. Gambar dari Cilisos.

Dalam pasaran kerja yang kompetitif, tak rugi kita persiapkan diri dengan pelbagai ilmu

Dan antara ilmu yang boleh beri kita pelbagai kelebihan adalah Bahasa Inggeris. Tapi macam mana majikan nak tau korang ni fasih BI ke tak? Ye la, kadang-kadang resume pun boleh mintak tolong pak penakan tuliskan.

Sebenarnya ada beberapa exam yang korang boleh ambil untuk dapatkan pengiktirafan dalam kemahiran berbahasa Inggeris korang, dan antaranya adalah International English Language Testing System (IELTS) yang turut dijalankan oleh partner kami di British Council. IELTS ni adalah sebuah sijil bertaraf antarabangsa, dan ia boleh digunakan untuk tujuan sambung study, kerja, dan juga berpindah ke negara-negara seperti UK.

Klik gambar ni untuk maklumat lanjut mengenai IELTS.

Tapi kan, sebelum kami bercerita pasal IELTS, kami nak tau dulu, berapa banyak sangat sebenarnya syarikat swasta yang menekankan penggunaan English dalam kompeni? Kami google sikit dan dapat tau yang…

91% daripada syarikat swasta kat Malaysia guna English sebagai bahasa rasmi!

Gif dari tenor.co

Bukan setakat separuh atau dua pertiga, tapi 91% daripada syarikat swasta kat Malaysia!

Hmm… tapi kan, bukan ke kita bersembang sesama rakyat Malaysia je – boleh cakap BM, Mandarin dan Tamil; dah tu kenapa English jugak yang diberi keutamaan? Untuk cuba menjawab soalan ini, SOSCILI interview beberapa manager yang datang daripada pelbagai industri yang berlainan, tentang macam mana dorang hire pekerja. Bermula dengan…

a. Industri kewangan (ejen insurans dsb)

Skill mengira gaji perlulah dipupuk sejak kecil.

Mengikut Jobstreet, gaji seorang fresh grad dalam industri kewangan adalah yang ketiga tertinggi di Malaysia iaitu bermula pada RM3,000. Jadi kami tanya seorang manager di Kay Associates tentang kenapa Bahasa Inggeris diutamakan:

“Polisi dan kontrak (bagi insurans dan takaful) biasanya dinyatakan dalam Bahasa Inggeris, bahan-bahan training pun dalam English. Kami bukannya cari kemahiran English tahap akademik/professor, cukuplah sekadar boleh faham dan berkomunikasi dalam English. Tapi kami juga mementingkan aspek lain seperti karakter, minat, motivasi, dan sifat positif.

(Malah) penasihat kewangan yang rajin boleh dapat RM3,000 hingga RM6,000 sebulan dalam tahun pertama mereka bekerja.” – Lee San Nien, Talent Manager di Kay & Associates.

San Nien punyalah baik hati sampai bawak staff pergi cuti. Gambar dari FB Kay Associates.

Mengikut San Nien lagi, team dia datang daripada pelbagai latar belakang seperti engineering, law, akauntan, fesyen, cikgu pun ada. Ini menunjukkan tak kiralah course apa yang korang ambil kat kolej, tak pernah terlambat untuk bertukar kareer.

b. Syarikat-syarikat korporat

Suasana biasa di sebuah ofis Soscili. Gambar dari upstore.me

Mesti ramai yang bercita-cita nak join syarikat-syarikat terkemuka Malaysia macam Air Asia, Maybank, dan Petronas kan? Nak masuk syarikat korporat ni memang banyak saingan, sebab tu la setiap baris ayat yang korang letak kat dalam resume perlu menyerlahkan kelebihan korang berbanding calon-calon lain.

Syarikat korporat biasanya menawarkan program ‘management training’ untuk fresh grad di mana korang akan bertukar daripada satu jabatan ke jabatan yang lain pastu tengok jabatan mana yang paling sesuai. Jadi kenapa BI ni penting?

“Semua calon (temuduga) perlulah ada penguasaan Bahasa Inggeris yang bagus kerana tugas mereka memerlukan mereka berinteraksi dengan senior leadership.” – Anisha Sasheendran, Head of Young Talent di Maxis.

Juga suasana biasa di ofis Soscili. Gambar dari learnvest.com

Mengikut Jobstreet, gaji fresh grad kat dunia korporat adalah yang kedua dan kesembilan tertinggi di Malaysia iaitu bermula pada RM3.2K dalam bahagian strategi, dan RM2.5K dalam bahagian sales.

Malah kat syarikat besar macam ni bukan gaji je yang masyuk, tapi dorang ada banyak benefit lain macam bonus akhir tahun, medical, jumpa dentist, kad petrol, training dan sebagainya. Terjamin jugak hari tua.

c. Industri advertising/marketing

Sama macam industri kewangan tadi, industri advertising/marketing pun tak semestinya memerlukan apa-apa ijazah yang khusus sebab ada macam-macam jawatan boleh korang apply termasuklah account executive, copywriter (penulis), designer dan sebagainya. Kami interview co-founder advertising agency Fishermen tentang hiring process dorang:

“Jawatan yang saya selalu cari adalah copywriter, art director dan designer.

Kemahiran Bahasa Inggeris sangat penting dalam berurusan dengan klien yang datang dari pelbagai negara. (Malah) Klien tempatan kami pun guna English untuk urusan bisnes mereka.” – Adam Miranda, co-founder dan Executive Creative Director di Fishermen

Gaji dalam industri advertising/marketing ni pun boleh tahan. Mengikut Jobstreet, gaji purata bagi seorang junior copywriter dan junior art director adalah RM3 ribu, manakala gaji purata bagi seorang junior designer pulak adalah RM2.2 ribu.

So apa yang penting? Kerjaaasama (dan komunikasi)

Daripada interview yang kami buat kat atas, ternyatalah sebab utama kenapa BI sangat ditekankan dalam syarikat swasta adalah untuk berkomunikasi. Antara pekerja dengan bos, antara staf dengan klien. Tak kiralah betapa anti-sosial pun korang, dah resam bekerja dengan manusia, lambat laun kena bercakap dengan manusia jugak!

Skill komunikasi yang teruk pun merupakan antara sebab kenapa fresh grad tak dapat kerja. Gambar dari The Star.

Nota: Untuk kegunaan korang (dan sebagai perbandingan), kat sini kami senaraikan lagi peluang-peluang kerja dalam industri lain yang boleh korang research, diambil dari Jobstreet.

  • Programmer: Purata gaji RM1.8K untuk fresh grad, RM2.8K untuk junior executive
  • IT helpdesk: Purata gaji RM2,880 untuk junior executive
  • Juruteknik elektrik: Purata gaji RM1,600 untuk non-executive
  • Data entry: Purata gaji RM950 untuk fresh grad, RM1.5K untuk junior executive
  • Kerani: Purata gaji RM948 untuk fresh grad, RM1.4K untuk junior executive
  • Akauntan: Purata gaji RM1.26K untuk fresh grad, RM2.8K untuk junior executive

So jom kita berusaha untuk upgrade English masing-masing!

Tak dapat dinafikan, ekonomi sekarang memang membimbangkan. Tak lama dulu, ada keluar berita tentang 6,000 orang pensyarah yang telah ditamatkan perkhidmatan masing-masing. Malah sepanjang tahun lepas, seramai 37,699 pekerja telah diberhentikan di Malaysia.

Kita memang berdoa agar situasi negara akan bertambah baik. Tapi pada masa yang sama kita juga kena sentiasa berusaha menambah ilmu dan kemahiran agar lebih berdaya saing.

Jadi kalau korang nak invest dalam mendapatkan pengiktirafan dalam Bahasa Inggeris, IELTS sememangnya satu pilihan yang sesuai. Antara industri-industri yang memberi keutamaan kepada IELTS adalah:

  • Bidang kesihatan iaitu kejururawatan, perubatan dan farmasi.
  • Badan professional termasuklah perakaunan, kejuruteraan, dan undang-undang.
  • Sektor-sektor lain termasuklah kewangan, penjawat awam, pembinaan, tenaga, penerbangan dan pelancongan.

IELTS juga boleh digunakan untuk apply ke universiti di luar negara. Klik untuk maklumat lanjut.

British Council akan turut bagi bahan-bahan study seperti buku, video, podcast, forum dan sebagainya supaya korang boleh prepare cukup-cukup sebelum ambil test.

Kalau korang nak beberapa nasihat percuma dan tau dengan lebih lanjut pasal IELTS, korang boleh hadiri ‘Mind Your English: The Passport into Global Education. Berikut adalah detail pasal event ni:

  • Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre, Hall 1, Seminar Room 1,
  • Tarikh: Sabtu 18 Nov, 1:30-2:15 petang
  • Speaker: Phillip Brown yang mempunyai 20 tahun pengalaman sebagai seorang guru, pelatih guru, dan juga pemeriksa. Dia kini merupakan seorang Senior Teacher for Adult Courses di British Council, Kuala Lumpur.

Kami kat SOSCILI nak mengucapkan selamat maju jaya pada sesiapa yang nak ambil exam ni! Kalau lepas dapat result IELTS nanti korang tak tau mana nak apply, apply la kat SOSCILI, kami suka je hire siapa-siapa yang bilingual, dan pandai buat meme :)

Popular

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend