- 107Share sekarang!
- Email13
- Facebook94
- Share
(Click here to read this article in English)
Malaysia baru-baru ni buat nama lagi di persada dunia tapi bukan pasal 1MDB atau pun seluar dalam Jalur Gemilang, tapi ia adalah sesuatu yang kita selalu jumpa, iaitu hotdog! Secara ringkasnya JAKIM tak galakkan penggunaan nama hot dog bagi mengelakkan kekeliruan.
Macam biasa, netizen pun bisinglah pasal isu ni. Kami sebenarnya agak terhibur membaca komen sindiran kat sosial media.
Malam ni nak sembahyang tapi tak boleh sebab dalam takbir ada ‘bir’ :(
Macam mane JAKIM?
— Haikal Idris (@haikalclassic) October 19, 2016
Kisah ni bermula apabila seorang pegawai kat Auntie Anne post kat Facebook pasal kenapa JAKIM tak meluluskan permohonan sijil halal mereka. Korang boleh baca post tu kat sini, dan 3 sebab utama kenapa ia tak diluluskan adalah:
- JAKIM telah meminta mereka untuk menghantar sijil halal dari dapur utama (kat sini mereka buat semua bahan basic) sebelum apply untuk franchise lain.
- JAKIM telah meminta Farhatul untuk menghantar surat permohonan untuk setiap franchise mengikut zon, sebab sebelum tu dia hantar ke semua 45 franchise dalam satu borang.
- JAKIM telah meminta Auntie Anne untuk menukar nama “Pretzel Dog” kepada sesuatu yang lebih sesuai.
Tapi malangnya bila berita ni tersebar kat social media, orang hanya nampak isu…
Jadi dengan mengamalkan sikap adil terhadap JAKIM dan Auntie Anne, kami telah menghubungi pihak ketiga, satu entiti yang pernah (dan masih ada) apply sijil halal. Mereka adalah Victoria Crest, sebuah syarikat yang memang power bab-bab menghasilkan makanan berdaging halal seperti sosej dan ayam (chicken streaky).
Jadi jom mula dengan soalan pertama – adakah kita memang keliru dengan nama hot dog?
Muslim mungkin keliru, tapi bukannya sebab mereka ingat hot dog ni ada anjing
Kami menghubungi En. Fazly dari Victoria Crest yang telah dipertanggungjawabkan untuk apply sijil halal kat JAKIM. Dia bagitau yang JAKIM sebenarnya ada garis panduan dalam menamakan produk yang boleh mendatangkan keraguan:
“…produk yang menggunakan nama atau sinonim dari produk non-halal seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew, dan sewaktu dengannya” – dipetik dari manual JAKIM, m/s 16.
En. Fazly berkata, sebab utama kenapa JAKIM buat peraturan macam ni adalah kerana tak nak kasi orang pening dengan maksud nama produk. Contohnya macam “bacon” yang bermaksud helaian daging dari pungung dan sisi babi yang telah dimasak. Jadi kalau ada produk nama macam ‘chicken bacon’ atau ‘beef bacon’ ni bermaksud kita telah menggunakan daging yang halal untuk bacon.
“Pada pandangan peribadi saya, kita tak boleh nak panggil produk dengan perkataan ‘bacon’ atau ‘ham’ halal sebab ianya tidak, dan ini akan mengelirukan orang lain. Jadi polisi syarikat kami adalah kalau nama tu akan mengelirukan orang, kami akan tukar nama. Kami jual ayam kami sebagai chicken streaky sebab ia adalah helaian ayam” – En. Fazly
Masalah kat Malaysia adalah ada orang sini dah terbiasa dengan ‘bacon halal’ sampai kan mereka ingat bacon tu adalah helaian daging dan bukannya babi seperti maksud original:
“Ini bergantung kepada background pengguna. Masa kami bertemu dengan beberapa pelanggan Melayu kat kedai burger yang membeli produk Chicken Streaky, mereka tak tau apa Streaky tu. Bila kami sebut ‘bacon’ baru mereka faham sebab mereka ingatkan bacon tu helaian daging” – En. Fazly
Sebab tu En. Fazly rasa JAKIM layan isu ni dari perpektif pelanggan, kerana kat sini bila orang order bacon mereka akan jangkakan untuk dapat helaian daging atau ayam. Tapi kalau kat negara lain, kemungkinan besar mereka akan dapat daging babi.
Sama juga dengan isu hot dog ni, JAKIM tau orang Malaysia takkan fikir ada anjing betul kat dalam hot dog, tapi kalau korang pergi ke negara lain hot dog kebiasaanya diperbuat dari….babi, sungguh!
“Maksud sebenar hot dog adalah ‘sosej yang dihidangkan dengan roti’ dan bukannya daging ayam. Kebanyakkan hot dog dari Amerika adalah Kosher iaitu diperbuat dari daging dan ayam, tapi babi pun ada juga” – En.Fazly
*Kosher = Halal versi agama Yahudi
Jadi kalau orang Islam pergi New York dan order hot dog mereka mungkin taktau yang ia sebenarnya mengandungi daging babi atau pun bahan-bahan asing lain. Takye pun mereka pergi shopping pastu beli hot dog dalam pakej sebab ada tertulis ‘hot dog’ kat situ. Malah, baru-baru ni ada kenyataan oleh Datuk Seri Jamil Khir Bahrom dari JAKIM:
“Apa yang kami utamakan adalah bahan bukannya nama. Itu keutamaannya. Saya juga pernah makan hot dog. Kami takde pun nak ban atau mengharamkan hot dog” – Jamil Khir, dipetik oleh The Malay Mail Online.
So sekarang kita semua dah faham konsepnya, jom kita tengok pula kenapa JAKIM tak luluskan permohonan Auntie Anne…
Sijil halal JAKIM bukanlah atas tujuan keagamaan je, tapi juga untuk meningkatkan standard makanan
Sebelum kami kena baling dengan churro oleh peminat Auntie Anne, kami tak kata pun yang Auntie Anne ni takde kualiti, tak – malah mereka mempunyai sijil halal dari IFRC yang juga merupakan badan perakuan halal.
Haa, tu dah dapat sijil halal apa isunya lagi? Sebenarnya dari tahun 1974, kat Malaysia ni bersepah badan perakuan sijil halal tapi tahun 2009 baru JAKIM ambil alih dan telah diiktiraf sebagai satu-satunya logo halal yang diperakui kat negara ni.
Victoria Crest apply sijil halal pada bulan Januari 2010 haritu dan telah mendapat kelulusan tiga bulan kemudian dan ni secara tak sengaja telah menjadikan mereka antara syarikat terawal yang mendapat perakuan dari JAKIM.
En. Fazly juga ada berkata, dia ada dari ‘hari pertama’ lagi Victoria Crest apply sijil halal sampailah ke harini di mana mereka kena renew sijil tu setiap 2 tahun dan berdasarkan pengalaman dia, JAKIM sebenarnya semakin bagus dan bukan sebaliknya.
“Secara peribadi saya rasa JAKIM telah membuat kerja dengan baik sekali. Orang ramai mungkin ingatkan JAKIM ni audit atas isu keagamaan saje seperti daging babi, tapi mereka sebenarnya sangat mencerminkan standard ISO dan HACCP untuk kualiti makanan. JAKIM akan tengok kebersihan, cara mengilang barang, penghantaran ke kedai – malah mereka yang tunjuk kat mana ada habuk! Semua ni semata-mata untuk pastikan makanan tersebut adalah halal”
“Oh saya juga nak bagitau yang lepas kami terima sijil dari JAKIM, mereka telah datang semula untuk check balik bagi memastikan kami maintan standard” – En.Fazly
Yang pasal ISO dan HACCP tu pula, En.Fazly berkata ia adalah sebenarnya taraf yang diperakui di peringkat antarabangsa di serata dunia. So pendek cerita, JAKIM punya taraf kebersihan dan kualiti untuk sijil halal ni adalah standard antarabangsa. Oh kami hampir lupa nak bagitau, Victoria Crest juga telah mendapat sijil dari ISO dan juga HACCP =)
So kita patah balik ke Auntie Anne, ni mungkin menjawab isu kenapa JAKIM minta sijil perakuan dari dapur utama sebab kat situ adalah tempat makanan mula diproses sebelum di hantar ke franchise lain. Tapi pasal sijil halal franchise individu pula…
JAKIM nak pastikan kualiti makanan terjaga tanpa menganggu bisnes
Rupa-rupanya masa kami jumpa dengan En. Fazly, mereka tengah dalam proses untuk buka kedai hot dog yang dipanggil Pondok Sosej so timing kami memang cantik. Mereka juga plan untuk apply logo halal ni untuk franchise tersebut.
Berbeza dengan produk lain, servis makanan ni disediakan kat kedai. Ini bermaksud JAKIM kena pastikan makanan yang keluar dari kilang atau dapur utama mestilah halal sampailah ke mulut pelanggan. Salah satu sebab kenapa JAKIM buat macam ni adalah takut ada franchise yang nak potong bajet dengan menggunakan bahan lain yang tak halal, jadi sijil halal untuk setiap franchise menghalang isu tu dari terjadi.
Pada masa yang sama, kalau JAKIM nak check satu-satu franchise adalah memakan masa dan tak elok untuk bisnes. Jadi JAKIM telah buat satu sistem ni di mana ia memudahkan semua pihak dan tidak menganggu bisnes, sebab tu JAKIM telah meminta Auntie Anne apply sijil halal tu untuk setiap franchise dan berdasarkan zone so senang JAKIM nak buat jadual.
“Sama juga macam kilang kami, setiap makanan halal (bukan saje Victoria Crest) kena apply asing-asing. Ini bermaksud bila JAKIM nak check produk kami, mereka kena check sampai 3-4 produk. Kami telah berbincang dengan JAKIM untuk satukan beberapa produk jadi satu supaya ia memudahkan semua orang” – En.Fazly
Selain dari tu, JAKIM berkata mereka boleh berbincang dengan syarikat yang taknak tukar nama produk untuk sebab-sebab branding.
Tapi bukan ke JAKIM pernah tutup kilang sebab isu halal? Macam Cadbury haritu…
Mungkin ada di antara korang ingat lagi pasal Cadbury kena ban pada tahun 2014 haritu. Time tu JAKIM telah tarik balik sijil halal Cadbury sebab mereka terjumpa DNA babi kat dalam makanan mereka dan telah diserang oleh semua orang sebab kononnya JAKIM telah bertindak dengan melampau. Tapi sebenarnya, pihak NGO yang bising-bising suruh JAKIM tarik sijil Cadbury.
Mungkin ada yang bising kata “Alaa, kenapa SOSCILI nak back up JAKIM pulak?”, sebenarnya ni adalah kami melihat dari persepektif yang menyeluruh dan kalau nak diikutkan, department halal ni adalah department yang paling tak buat hal dalam JAKIM. Malah piawai halal kat Malaysia boleh dikatakan antara yang terbaik di dunia sampaikan ada setengah kilang di China sanggup mengeluarkan sijil halal palsu semata-mata nak melariskan jualan.
Walaupun proses pengikhtirafan sijil halal ni tak sempurna, mereka sering upgrade atau baik pulih sistem mereka (berdasarkan dari pengalaman En.Fazly). Dan ni bukan saje sebab agama tapi juga dari segi ekonomi. Pasaran industri halal ni dikatakan bernilai USD$2.7 trillion setahun! Dan Malaysia dapat sebanyak USD$9 billion (RM37.7 billion) dari potongan tersebut.
Memang senang untuk kita tuding jari dan peleceh JAKIM ni tapi bila tengok balik kami sedar dua benda – yang pertama adalah, JAKIM atau kita yang bertindak secara melampau dan yang kedua pula adakah penyebaran maklumat dan education pasal halal ni perlukan lebih perhatian?
Sorang bekas editor dari Malaysian Insider Jahabar Sadiq ada cakap pasal isu ni kat dalam artikel dia, kebanyakkan umat Islam tau beza root beer dan juga beer, jadi persoalannya di sini adakah peraturan ni memudaratkan sebab ia menjauhkan rakyat Malaysia dari dunia luar di mana makanan halal dan haram susah nak dibezakan.
PS: Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Victoria Crest sebab layan kami dan juga kasi makanan extra untuk sesi BBQ. Secara peribadi, kami sarankan Lamb dan juga Beef Merguez, boleh dibeli kat supermarket berhampiran.
- 107Share sekarang!
- Email13
- Facebook94
- Share