Lepas habis dengar ceramah, tiba-tiba ada RM50 masuk kat poket wartawan

(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)

Masa musim Pilihan Raya Umum (PRU) ni, calon-calon yang bertanding akan bagi macam-macam kat pengundi diorang. Ada yang bagi baju, cenderahati dan ada yang siap beri duit, siapa tak nak duit freekan? Kalau korang perasan masa PRU13 dulu pun diorang buat benda yang sama. Selalunya diorang akan kata benda-benda ni bukan rasuah pun, sekadar pemberian ikhlas nak bantu orang.

Mesti seronok kalau pemberian ikhlas ni bukan setakat masa nak PRU je kan? Tiap bulan dapat beras, gula dan baju yang tertera muka orang politik. Power betul diorangkan, bukan setakat berpolitik je reti, siap keluarkan produk “brand” parti politik pulak tu! Kreatif betul diorang buat marketing nak menang PRU.

Ahli politik ni suka cakap diorang sayang kita, korang sayang tak ahli politik kat Malaysia ni? Imej dari Giphy

Masa nak dekat PRU, bukan pengundi je taw dapat “cenderahati”, wartawan pun selalu ditawarkan cenderahati – supaya wartawan tulis yang baik-baik tentang diorang. Orang kita panggil benda-benda macam ni – dedak, mari kami ceritakan korang tentang dedak yang ditawarkan kata wartawan…

Lepas habis dengar ceramah, tiba-tiba ada RM50 masuk kat poket

Masa PRU13 dulu, ada seorang wartawan ni buat liputan tentang sidang media sebuah parti politik. Habis je sidang media tu, ada orang dari sidang media tu datang kat meja wartawan dan berikan wartawan senior duit yang banyak. Kat acara yang lain pulak, masa satu wartawan ni dah selesai buat tugasan dia, tiba-tiba ada orang masukkan beberapa keping RM50 kat poket dia. Lepas tu, orang yang bagi duit tu cepat-cepat nak berambus.

Wartawan tu pun tolaklah, sebab diorang dah diberitahu masa bengkel kewartawanan – jangan ambil apa-apa wang daripada sesiapa kalau tak nak dapat masalah. Tapi bila wartawan tu tolak, orang yang bagi tu nampak dia macam kurang ajarlah pulak.

“Ini bukan rasuah tahu? Ini duit untuk petrol kau. Makan, minum kau. Datuk bagi dengan hati baik, kau kurang ajar kenapa?” – Sukhbir Cheema, CILISOS

Kurang ajar betul hang ni! Imej dari Giphy

Kami adalah sembang dengan beberapa orang wartawan – nampaknya dedak ni bukan kena bagi masa dekat-dekat PRU je, tapi dah berleluasa kot. Macam best je jadi wartawan, selalu dapat duit raya, tapi benda tu tak kira rasuah ke?

Wartawan dah dapat BR1M sebelum BR1M tu wujud lagi

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diperkenalkan pada tahun 2012, dan telah diberikan kepada 4.7 juta isi rumah. Masa Pilihan Raya Kecil kat Terangganu tahun 2009 – kakitangan media dikatakan diberikan sampul warna puith yang berisi RM300. Time tulah buat kali pertama kita dengar istilah “envelope journalism“. Istilah yang memberi gambaran wartawan diberikan wang percuma. Bukan senang nak tolak duit free.

“Mereka boleh meletakkannya di atas pinggan anda, atau memberitahu rakan-rakan wartawan anda – tunggu jap, ada hadiah. Akhirnya, kita terpaksa ambil kerana kita tidak mahu menarik perhatian yang tidak perlu. Tetapi apabila saya tahu wang itu akan datang dan acara tu secara teknikalnya dah berakhir, saya akan segera keluar.” – Ram, wartawan, dipetik dari CILISOS

Hahh…ambik duit ni. Imej dari Giphy

Ada seorang wartawan yang dah lebih kurang 9 tahun yang hanya nak dikenali sebagai Aziza. Dia kata kes-kes bagi sampul kat wartawan ni paling teruk kat pekerja-pekerja kontrak atau syarikat media yang kecil. Tapi dia kata jadi wartawan perempuan yang bertudung ada kelebihan sebab dia tak perlu nak salam dengan pemberi-pemberi dedak ni.

“Menjadi seorang gadis yang memakai tudung mempunyai kelebihan kerana saya dapat mengelak dari berjabat tangan dengan mereka,” – Aziza, wartawan, dipetik dari CILISOS

Isu dedak kepada wartawan ni bukan berlaku kat Malaysia je, kes ni siap berlaku kat luar negara jugak – Amerika Syarikat, Jepun dan China. Dekat Malaysia ni, bukan setakat parti politik je yang bagi dedak, syarikat-syarikat besar pun akan bagi sekali.

“Saya tidak selalu pergi untuk ceramah politik, jadi saya tidak menerima wang tunai daripada ahli-ahli politik sebelum ini, tetapi saya tahu banyak wartawan yang ambil. Ahli politik bukanlah satu-satunya pemberi wang. Syarikat berjenama besar melakukannya juga.”

“Mereka berikan dalam pelbagai bentuk cara seperti bank in, atau elaun dalam sampul surat. Saya telah menolaknya beberapa kali, tetapi saya fikir saya mungkin telah mengambilnya sekali dua pada hari-hari awal saya menjadi wartawan.”- Chak, Editor-in-chief, CILISOS.my

Hahhh…siapa lagi tak dapat? Imej dari Giphy

Malangnya, wartawan kat Malaysia dibayar dengan gaji yang rendah

Secara puratanya gaji wartawan kat Malaysia adalah RM45,912 setahun. Maksudnya RM3,892 sebulan. Banyak jugak kan? Tapi itu kalau wartawan tu dah bekerja hampir 10 tahun. Bagi wartawan yang yang baru je keluar universiti – purata gaji diorang adalah RM2,000. Ramai je wartawan kata walaupun diorang terima dedak, diorang tak akan bias masa tulis laporan. Lagipun ramai yang ambil sebab kos sara hidup sekarang ni dah naik mendadak.

https://www.youtube.com/watch?v=CuV2hn1H5PA

Takde siapa yang tahu sejak bila lagi budaya bagi dedak ni berlaku. Tapi syarikat-syarikat media sekarang ni dah tak macam dulu dah, sekarang ni banyak syarikat media yang gulung tikar. Isu kawalan politik kat media ni bukanlah hal luar biasa kat Malaysia, siap ada khabar angin kata Jho Low ada saham kat The Malaysian Insider.

Lepas tu ada budaya jugak – wartawan yang rasa syarikat diorang dah dapat dana daripada mana-mana ahli politik. Yalah, kalau dah bos besar ambik dedak, kenapa diorang perlu tolak tawaran tu?

Apa kesan budaya memberi dedak ni kat Malaysia?

Media ni dikira sebagai “fourth estate” mengikut teori kepercayaan kuno Eropah. Apa pulak tiga yang lain tu? Institusi raja, badan agama dan rakyat. Media ni punya kuasa yang kuat sebab tanpa kewujudan media kat Malaysia, rakyat tak akan tahu apa yang sedang berlaku. Sebab itulah media ni kena selalu adil masa nak sampaikan maklumat kat korang.

“Sebab utama bagi mana-mana ahli politik/syarikat yang menyediakan wang tunai kepada wartawan supaya hanya perkara positif yang akan ditulis tentang mereka. Wartawan yang adil tidak akan membiarkan wang tunai menjejaskan keberpihakan cerita mereka.”- Radzi, wartawan, dipetik dari CILISOS

Kalau ada orang yang buat laporan tak tepat, mesti akan ada yang akan nangis. Imej dari Giphy

Tapi masalahnya, masih banyak wartawan yang ambik duit dan tak adil bila tulis cerita. Yalah, bila korang dah terima dedak, mestilah korang akan puji-puji pemberi dedak tu. Hal inilah yang ditentang oleh Institut Kewartawanan Malaysia.

“Sebagai sebuah organisasi yang mendorong etika media yang lebih baik di negara ini, kami jelas mengecam pemberian dan pengambilan wang tunai – terutamanya semasa tempoh pilihan raya penting. Amalan ini menjejaskan teras industri yang bertujuan untuk berdasarkan ketepatan, keadilan dan kebebasan. “- Institut Wartawan Malaysia ke CILISOS

Kalau ikut undang-undang SPRM, bagi sesiapa yang memberi atau menerima wang boleh dipenjara sampai 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai wang dia terima/beri. Tapi kata Suruhanjaya Pilihan Raya, beri dedak masa PRU dibenarkan asalkan takde ikatan atau pengaruhi cerita wartawan tu.

Ini bukan dedak ehhh. Imej dari MalaysiaKini

“Tidak ada keraguan bahawa kewartawanan bukanlah bidang yang akan menghasilkan wang yang terlalu banyak, dan kita juga menyedari bahawa terdapat tekanan dan perasaan marah dengan budaya pemberian wang ini. Walau bagaimanapun, kita perlu ingat mengapa kita memilih laluan ini jika kita wartawan membenarkan diri kita dibeli dengan mudah, bagaimana kita boleh mengharapkan pembaca mempercayai laporan kita?

Di sisi lain, jika mereka yang menawarkan bantuan seperti ini benar-benar menyokong kewartawanan yang baik dan jujur, mereka akan lebih baik berkhidmat kepada industri dengan menyumbang kepada program pembangunan media. Kami menyeru semua ruang berita untuk secara aktif mengamalkan dasar toleransi sifar untuk pemberian seperti ini. “- Institut Wartawan Malaysia

Jadilah wartawan yang adil tiap kali menulis laporan

Bidang kewartawan ni lebih kurang je dengan kerja-kerja yang lain – kerja untuk sara hidup dan belikan makanan untuk anak-anak. Macam kerja-kerja lain jugak, ruang untuk seseorang tu lakukan benda-benda yang tak elok wujud. Macam yang kami dah sembang kat atas, oleh sebab diberikan dedak, ada wartawan yang tulis berita secara tak adil.

Apa benda tu dedak? Ni haaaa. Imej dari Umpan Kolam Terbaik

Bukan setakat wartawan je, kerja-kerja lain pun sama. Korang bekerjalah dengan jujur walaupun pendapatan korang tak seberapa. Macam iklan yang kita selalu tengok kat TV – rasuah musuh negara! Bukan dadah je taw. Bolehlah korang mula berdebar-debar semula nak tunggu keputusan PRU14. Agak-agak, macam manalah keputusan PRU14 ni akan ditulis oleh wartawan pada esok harikan?

About Man Hamka 74 Articles
Man Hamka