- 1.5KShare sekarang!
- Email29
- Facebook1.4K
- Share
(This article is a translation. For the original, please visit our sister site, CILISOS)
Mungkin ada antara korang pernah dengar pasal kes bekas Ketua Menteri Sarawak yang terlibat dengan skandal selama bertahun-tahun lamanya. Dan skandal terbesarnya terbongkar melalui sebuah video dari Global Witness, menunjukkan ahli keluarga Abdul Taib Mahmud menerima bayaran sebagai pertukaran tanah.
Dengan kemenangan mengejut dari Pakatan Harapan pada PRU14, satu demi satu skandal rasuah dibongkarkan. Perkara ni juga menyebabkan ramai pihak mula tertanya kalau Perdana Menteri, Tun M akan pandang berat isu yang melibatkan Taib Mahmud ni. Buat masa sekarang jawapannya – tak.
“Kalau kita nak ambik tindakan, perkara ni mestilah terlebih dahulu dilaporkan oleh seseorang. Buat masa ni ramai yang cuma bercakap tapi takde yang buat laporan, jadi kita tak boleh ambik tindakan lagi. Tapi kalau rakyat Sarawak nak kita ambik tindakan, mereka bolehlah buat laporan atau aduan dan kita akan ambik tindakan dari situ” – Dr Mahathir,The Star, 29 June 2018.
Tun M memang dikenali sebagai seorang yang kuat ingatan. Tapi nampaknya kali ni, mungkin dia lupa.
Sebabnya, lelaki ni pernah buat laporan SPRM 7 tahun yang lalu
Ni la Francis Paul Siah, orang yang mengetuai Pergerakan Perubahan Sarawak (atau MoCS). Kertas yang dipegang tu pulak bukanlah surat dia kepada SPRM, tapi merupakan sebuah kenyataan yang menggalakkan Sabah untuk meninggalkan Malaysia! :O
Tapi pada tahun 2011, dia pernah menfailkan sesuatu kepada SPRM terhadap Taib Mahmud, yang dikatakan setebal 2 inci. Dan nampaknya beberapa bulan yang lepas, Facebook dah ingatkan dia balik.
“Saya kena berterima kasih pada Facebook disebabkan tag “See Your Memories”… Saya takkan lupakan bekas Ketua Menteri saya, Abdul Taib Mahmud, dan pertuduhan terhadapnya yang dah menyalahgunakan kuasanya selama 33 tahum sebagai Ketua Menteri Sarawak. Pada hari tersebut, saya mengetuai Pergerakan Perubahan Sarawak (MoCS) ke pejabat SPRM di Kuching untuk mengemukakan laporan setebal dua inci kepada agensi rasuah.” – Francis Paul Siah, 6 Mac 2018
Selain tu, dia juga pernah buat LAPORAN POLIS terhadap Taib. Pelik betul kalau Tun M tak tahu pasal kes ni sebab ada artikel dalam The Star pasal SPRM yang membuka penyiasatan terhadap Taib.
Malah Pengerusi PKR, Rolan Engan juga mendakwa yang dia dah buat laporan SPRM terhadap Taib pada awal tahun ini. Bruno Manser Fond pun bersetuju untuk membantu kerajaan Malaysia dengan apa-apa maklumat yang diperlukan bagi menghukum Taib.
Ada udang di sebalik mee kolok ke ni?
Lebih kurang sehari sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bulan Mei lepas, Tun M dan Taib Mahmud ada berjumpa untuk membincangkan tentang penggabungan parti.
“Persahabatan antara Taib Mahmud dan Mahathir yang menyebabkan dia bebas untuk memerintah Sarawak sebagai Ketua Menteri sejak tahun 1981 sehingga 2014. Sebagai bekas presiden PBB, dia dipercayai merupakan orang yang bertanggungjawab membuat keputusan disebaliknya. Dengan kemunculan veteran seperti Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rais Yatim yang memberikan sokongan di belakang Mahathir, tak mustahil Taib Mahmud boleh melakukan perkara yang sama. “- FinanceTwitter
Semasa pemerintahan Mahathir, Taib bermaharajalela. Dia bebas memerintah negeri itu selagi mereka berkongsi hasil rampasan. Taib membayar berjuta-juta untuk membiayai puak Mahathir bagi memastikan beliau menang dalam pemilihan parti Umno. Bagi pilihan raya umum, Taib bagi berjuta-juta kepada Mahathir untuk memastikan kemenangan Umno-BN. Selain itu, Taib bertindak sebagai bank peribadi yang bersedia untuk bekas Perdana Menteri apabila dia memerlukan wang untuk keperluan perniagaan anak-anak lelaki atau kroninya.
Sebagai balasan, Mahathir bukan saja akan menafikan perbuatan rasuah Taib, tapi juga akan melindungi dia dan geng pencuri dari undang-undang. Oleh itu, selama 30 tahun yang lalu sehingga hari ini Taib terus merompak sumber negeri tanpa campur tangan dari kerajaan persekutuan.” – Hornbill Unleashed
Tun M jadi agresif terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak, pegawai 1MDB, perjanjian pembinaan dengan China dan sesiapa saja yang disyaki terlibat dengan masalah rasuah di Malaysia. Kebanyakan mereka dipersoalkan. Tapi persoalan orang ramai terhadap Tun M pula, sejauh mana perkara ni diambil serius? Sebab, Tun M sendiri dikatakan terlibat dalam kes ni.
Dengan kempen yang dilancarkan menentang Taib, nampaknya kita akan tahulah tak lama lagi.
- 1.5KShare sekarang!
- Email29
- Facebook1.4K
- Share