- 56Share sekarang!
- Email12
- Facebook44
- Share
Berdasarkan definisi yang diberikan oleh The Free Dictionary, kumpulan pengganas atau terrorist organization adalah “kumpulan yang mempunyai ideologi tertentu yang menggunakan keganasan untuk mencapai objektif mereka”.
Mungkin dalam kepala kita, kalau sebut terrorist je mesti kita terfikir pemberontak yang suka buat kacau. Tapi menurut Encyclopedia Brittanica, institusi kerajaan seperti tentera dan polis pun boleh jadi terrorist bila mereka menggunakan kekerasan yang melampau.
Kadang-kadang tu, label pengganas ni bergantung kepada perspektif, contohnya zaman penjajah British dulu Tok Janggut dan Dato Bahaman digelar sebagai pemberontak tapi di mata kita, mereka adalah hero negara yang membela nasib penduduk tempatan.
Untuk artikel kali ni, SOSCILI fokuskan kepada kumpulan-kumpulan pengganas paling horror dalam mencapai matlamat masing-masing…
1. Kumpulan yang menculik kanak-kanak untuk dijadikan pejuang dan hamba seks
Nama Kumpulan: Lord’s Resistance Army (LRA)
Negara: Uganda
Korang ingat tak video Kony 2012 yang jadi viral waktu mula-mula keluar dulu? Video yang dibuat oleh sebuah NGO yang diberi nama Invisible Children sebenarnya telah mendapat banyak kritikan kerana membesar-besarkan cerita. Apa pun, jom kita cerita pasal Kony sendiri.
Kony merupakan ketua bagi Lord’s Reistance Army (LRA) yang membuat keganasan kat Uganda. Tapi Kony bukanlah yang pertama menubuhkan LRA, tapi makcik dia! Sungguh, pada asalnya kumpulan ni diberi nama ‘Holy Spirit Movement’ dan ditubuhkan oleh Alice Auma, sorang bomoh kat kampung Kony yang mengaku mendapat arahan Tuhan untuk menjatuhkan kerajaan Uganda.
Tapi gerakan ni gagal dan diambil alih oleh Kony. Kony guna prinsip keagamaan yang sama iaitu menganggap dirinya sebagai nabi untuk mencapai keamanan. Dengan latar belakang tentera dan agama yang dia ada, dia mulakan Uganda Christian Democratic Army dan kemudiannya tukar nama kepada Lord’s Resistance Army.
Orang ramai tak yakin dengan Kony dan mereka ambil keputusan untuk tinggalkan dia. So bila dah terdesak takde orang, dia mula kerahkan orang dia untuk menculik budak-budak kecik dan train dorang jadi pengganas, dan hamba seks! Malah lebih teruk lagi, kanak-kanak ni disuruh bunuh kawan mereka yang cuba melarikan diri :(
Waktu kemuncak LRA ni, mereka telah menculik lebih kurang 6000 kanak-kanak, semuanya dari kampung kat kawasan utara Uganda dan Sudan. Selain menyerang penduduk tempatan, mereka jugak menyerang konvoi PBB dan NGO hanya untuk survive. Asal boleh makan bro.
Last-last hasil campur tangan dari pihak antarabangsa, kumpulan LRA sekarang ni tengah lemah gila dan dari ahli yang berbelas ribu tinggal 150-200 orang pengikut je. Setakat akhir 2015, Lebih kurang 13,000 pengikut LRA telah diampunkan oleh kerajaan Uganda dan dibenarkan pulang dan hanya tinggal lebih kurang 200 pengikut saje.
2. Tauke dadah yang bunuh menteri dan cuba jadi Presiden!
Nama Kumpulan: Kartel Medellin
Negara: Colombia
Pada lewat tahun 70-an, dadah pilihan ramai kat Amerika adalah marijuana. Tapi menjelang 1980 ianya diganti dengan dadah lain yang lebih murah kos tapi lagi banyak untung iaitu kokain, dan kebanyakannya diseludup daripada Medelllin Cartel di Columbia yang diketuai oleh Pablo Escobar.
Bermula daripada bisnes kecik-kecik kat kampung dia Medellin, kartel ini berkembang sehingga mengawal 80% bekalan kokain kat US. Macam mana dia boleh terlajak laris? Rahsianya bukanlah strategi bisnes sahaja, tapi keganasan. Sesiapa yang menentang Escobar akan dibunuh oleh sicario iaitu pembunuh upahan, ada antaranya yang semuda 14 tahun! Pada tahun 1978 ke 1981, kartel Medellin cuba menghapuskan pesaing mereka dari Cuba dan Amerika Selatan sampaikan hari-hari pun mesti ada kes gaduh antara geng.
Pablo juga meraih sokongan daripada orang kampung dengan banyak bagi sedekah. Pablo bina apartmen di kawasan setinggan yang sampai sekarang masih ada nama dia. Kiranya macam Robin Hood la ni.
Kartel Medellin jugak banyak merasuah pihak kerajaan. Tak tau lah nak kira rasuah ataupun ugutan, sebab prinsip Escobar adalah “Plata o plomo””, yang lebih kurang bermaksud, “Hang nak duit ke hang nak mampus.’
Tapi Escobar ni paling takut akan kena ekstradisi ke Amerika atas jenayah dia. So punyalah dia bercita-cita tinggi nak jadi presiden supaya boleh mansuhkan undang-undang tersebut. Dia masuk parti politik dan berjaya menang kerusi di parlimen! Tapi setahun kemudian dia kena kantoi oleh Menteri Keadilan yang berjanji ingin menghukum Escobar. Dan pada 30 April 1984, Menteri Keadilan ini dibunuh oleh pembunuh upahan.
Namun akhirnya, keganasan Escobar datang makan tuan. Pembunuhan dua orang dalam membuatkan pengedar dadah berpaling tadah, dan makin ramai cuba bagi maklumat kepada kerajaan tentang lokasi Escobar. Dia akhirnya dibunuh sewaktu cuba lari daripada ratusan polis pada 2 Disember 1993, setahun selepas harijadi dia yang ke 44.
3. Kumpulan yang menggantung orang yang tak bersalah di tempat awam sampai mati
Nama Kumpulan: Klu Klux Klan (KKK)
Negara: Amerika Syarikat
Pada tahun 1861-1865, perang saudara berlaku dalam Amerika Syarikat American Civil War) di mana mereka telah berpecah kepada dua pihak iaitu Union dan Confederate. Antara perbezaan ideologi utama adalah pihak Union nak menghentikan sistem hamba (yang time tu banyak terdiri daripada orang berkulit hitam) manakala pihak Confederate nak meneruskannya, akhir sekali Union menang dan penghambaan diharamkan.
Pada tahun 1866, beberapa pihak dari team Confederate ni tak puas hati dan dan menubuhkan Klu Klux Klan (KKK). Ideologi mereka adalah ‘white supremacy’ atau kata lainnya ‘ketuanan orang putih’. Tak puas hati dengan orang kulit hitam yang semakin mendapat hak asasi di Amerika, KKK membunuh serta membakar sekolah dan gereja yang didatangi oleh orang kulit hitam.
KKK buat comeback pada tahun 1920-an dan kali ni lebih teruk dengan membenci orang Yahudi, Roman Katolik, dan pendatang asing. Pendek kata siapa-siapa yang mengancam ketuanan orang putih semua dia tak nak kawan.
KKK ni terkenal dengan kegnasan dan salah satu modus operandi adalah lynching (gantung orang di tempat awam). Antara kes lynching yang mengetengahkan kumpulan KKK ni adalah kematian Michael Donald pada tahun 1981. Mula-mula polis nak cover kes pembunuhan ni kata dia terlibat dalam pergaduhan, tapi FBI pergi siasat dan berjaya buatkan pembunuh dia mengaku. Pendek cerita, KKK kena saman 7 juta jadi bankrap lah depa.
Lagi satu kes yang buat mereka famous adalah pengeboman gereja di Birmingham, USA (bukan kat UK tu ye). Gereja tu terkenal sebagai tempat meeting pejuang sivil dan sering dikunjungi oleh orang kulit hitam. Pada tahun 1963 KKK telah mengebom gereja tu di mana 4 orang kanak-kanak telah terkorban dan 20 orang cedera.
Dulu waktu zaman kemuncak mereka (tahun 1920-an) KKK dianggotai lebih kurang 1.5 juta hingga 4 juta tapi harini hanya ada lebih kurang 5 hingga 8 ribu je. Walaupun mereka dah tak buat lynching atau pun bombing (setakat apa yang kami tau lah), ideologi benci Yahudi, orang hitam, dan kristian katolik masih lagi kuat.
4. Satu-satunya kumpulan pengganas yang menggunakan senjata kimia
Nama Kumpulan: Aum Shinrikyo
Negara: Jepun
Sebelum ni kami ada tulis pasal lima psychopath paling gerun di dunia dan salah sorang yang ada dalam list tu adalah Shoko Asahara. Shoko percaya yang dia telah mendapat petunjuk daripada Tuhan, dan pada 1987 dia mengasaskan Aum Shinrikyo (maknanya adalah “agama yang benar”) dengan mencampurkan elemen Hindu, Buddha, Bible, dan ajaran Nostradamus.
Pada kemuncak kumpulan nisekitar tahun 90-an, Aum Shinrikyo ada lebih kurang 50 ribu orang ahli di Jepun dan negara lain terutamanya Russia. Shoko cuba seludup ahli dia masuk politik tapi tak berjaya. Dalam masa yang sama mereka mula membuat senjata kimia.
Pada tahun 1994, Aum Shinrikyo pergi gas rumah hakim (time tu mereka tengah fight pasal kes tanah), sehingga tujuh orang terbunuh termasuk tiga hakim. Pada Mac 1995, mereka pergi gas keretapi bawah tanah di Tokyo pulak, sehingga 13 orang terbunuh dan lebih 6,000 orang cedera. Pihak pendakwa kata Shoko bagi arahan ni sebab nak lingkupkan kerajaan supaya dia boleh jadi pemerintah Jepun.
Apa yang lagi menakutkan, mereka ada plan untuk siram bandar Tokyo dengan gas Sarin menggunakan helikopter yang dibeli dari Rusia; tapi nasib baik tak jadi.
Hari ni kumpulan tu telah tukar nama jadi Aleph dan maintain low profile, tapi baru-baru ni 58 ahli Aum Shinrikyo telah ditangkap di Itali. Mereka dipercayai tengah buat meeting kat satu hotel ni bila staff hotel tu perasan benda yang mencurigakan, staff terus call pihak berkuasa. Sampai ke harini Aum Shinrikyo merupakan kumpulan pengganas yang pertama dan satu-satunya yang pernah guna senjata kimia.
5. Kumpulan yang dipertanggung jawabkan atas kejadian 9/11
Nama Kumpulan: Al-Qaeda
Negara: Bermula di Afghanistan
Salah satu insiden yang menaikkan nama Al-Qaeda ni adalah bila mereka dikaitkan dengan kes 9/11 di mana dua kapal terbang melutu bangunan World Trade Centre di Amerika pada tahun 2001.
Al-Qaeda diasaskan lewat 1980-an oleh Osama Bin Laden untuk memerangi Soviet dalam Perang Afghan. Bila Soviet mengundur diri, organisasi ni dibubarkan tapi masih terus menentang apa yang mereka anggap sebagai rejim Islam yang korup serta campur tangan kuasa asing (terutamanya Amerika) di negara Islam.
Antara event yang telah dikaitkan dengan Al-Qaeda termasuklah:
- 1998: Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania telah dibom, 224 orang terbunuh. Pada tahun yang sama Bin Laden keluarkan fatwa menentang Amerika.
- 2000: Pengebom berani mati menyerang kapal Amerika di Yaman.
- 2001: Bangunan WTC di Amerika dilanggar oleh dua biji kapal terbang.
Pentadbiran Bush dan Obama secara rasminya mengatakan yang objektif Al-Qaeda adalah untuk menjatuhkan Amerika Syarikat. Tapi banyak kajian dan pendapat lain mengatkan yang ianya tak semudah tu, sebaliknya Al-Qaeda ingin menegakkan undang-undang Syariah (mengikut tafsiran mereka sendiri), membersihkan negara Islam daripada pengaruh Barat, dan lain-lain.
Namun apa yang lebih menakutkan bukanlah Al-Qaeda, tapi organisasi yang tercipta daripadanya iaitu…
6. Kumpulan yang menembak, menyembelih, dan membakar mangsa secara hidup-hidup
Nama Kumpulan: Daesh
Negara: Bermula di Iraq & Syria
Cerita pendeknya, ISIS ni terjadi hasil daripada pencerobohan Amerika di Iraq pada tahun 2003. Cerita panjangnya pulak, selepas Amerika menceroboh Iraq, beratus ribu orang Sunni yang setia pada Saddam Hussein hilang kerja. Jadi Al-Qaeda gunakan kemarahan ini untuk mengumpul pengikut mereka di Iraq dan terbentuklah cawangan “Al-Qaeda in Iraq” (AQI).
Tak lama lepas tu, AQI ambil kesempatan atas konflik yang sedang berlaku di Syria dan mengembangkan pengaruh mereka ke sana, lalu terbentuklah The Islamic State of Iraq dan Syria (ISIS). Bila big boss mereka Al-Qaeda dengar, bukan main marah sebab mereka nak tubuhkan cawangan sendiri dulu. Tapi ISIS (juga dipanggil sebagai Daesh) jauh lebih kejam. Antara kemusnahan yang mereka lakukan termasuklah:
- Serangan berani mati di Baghdad, Beirut, dan Ankara yang membunuh ratusan orang.
- October 2015, sebuah pesawat Russia di lapangan terbang Mesir diletupkan, 224 orang terbunuh.
- November 2015, beberapa serangan berani mati dilakukan di Paris, 129 orang terbunuh.
Selain daripada tu, Daesh suka buat video yang menggerunkan dengan tujuan menakutkan dan menarik perhatian dunia termasuklah memancung, menyalib, dan membakar mangsa hidup-hidup! Taktik ni memang berjaya la bagi Daesh sebab satu dunia laporkan kat berita. Punyalah radikal mereka ni sampaikan mentor dia Al-Qaeda pun memutuskan segala hubungan dengan Daesh.
Masalahnya, Daesh ni kaya nak mampus. Mengikut sumber perisikan Iraq, ISIS ada aset sebanyak USD2 billion. Ye la nak maintain persatuan pengganas ni bukan murah-murah ye. Kebanyakan wang ni diambil daripada kawasan yang mereka cerobohi termasuklah di Mosul, pelantar minyak, dan juga wang hasil sumbangan dan ugutan.
Niat tak menghalalkan cara
Masa kami tulis artikel ni, kami sedar yang hampir semua kumpulan pengganas ni menggunakan agama dan kepercayaan untuk mengumpul pengikut. (Kecuali Pablo Escobar la sebab mereka lebih kepaI da bisnes, tapi mereka pun menyumbang kepada komuniti untuk meraih sokongan.)
Malah kadang-kadang bila kita cuba dengar betul-betul alasan mereka, macam boleh faham kenapa ramai yang ikut. Contohnya KKK yang sangat nak mempertahankan white supremacy kerana mereka percaya yang orang berkulit putihlah yang berhak berkuasa dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Tak jauh pun dengan apa yang berlaku di negara kita.
Bagi ISIS pula, mereka berjaya memainkan sentimen anti-Syiah dan anti-Amerika untuk meraih sokongan golongan Sunni, supaya mereka boleh menggunakan keganasan bagi mencapai matlamat mereka untuk ‘membentuk negara Islam’. Tak hairanlah kalau kat Malaysia pun pengaruh ISIS mula menular.
Sebab tu kita kena fikir dalam-dalam, adakah kita dipergunakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk mencapai matlamat mereka?
- 56Share sekarang!
- Email12
- Facebook44
- Share