Korang tau tak 78 tahun dulu, rakyat kita pernah dicalonkan untuk Hadiah Nobel?

(This article is translated from the English version, click here to read it!)

Korang tahu kan tentang Hadiah Nobel? Anugerah bertaraf dunia ni memang satu pencapaian tahap gaban, bukan calang-calang orang boleh dapat. Malah pada tahun 2013, rakyat Malaysia kita sendiri pernah diberikan Hadiah Nobel Keamanan!

Hadiah ini dimenangi oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof dan organisasinya, bagi menghargai usaha mereka dalam memantau penggunaan senjata kimia di seluruh dunia. Dia dapat anugerah bernilai EUR 900,000 (RM 4.23 juta) ni selepas berpindah ke The Hague, Belanda, ketika terbabit dalam Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW).

“Apabila anda bekerja di luar negara, tidak kira betapa kecil tugas anda, anda sebenarnya membawa bendera negara.” – Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof, dipetik oleh The Rakyat Post.

Sepayah-payah nak menang Hadiah Nobel nih, payah lagi megidam nasi lemak kat Malaysia. Tapi apa nak buat, work comes first! Imej dari says.com.

Tapi sebelum Nasarudin menang hadiah nobel ni, sebenarnya pada tahun 1935 lagi ada seorang rakyat kita pernah dicalonkan untuk kategori Hadiah Nobel Perubatan. Nama dia adalah, Dr Wu Lien-teh.

Tabik spring kepada anak watan Malaya nih, tengok muka pun tau dia ni IQ tiga digit. Imej dari kohkingkee.blogspot.my.

Jom layan kisah Dr Wu ni dan 5 perkara gempak pasal dia:

1. Dr Wu adalah pelajar Cambridge pertama yang graduate dalam perubatan Cina

PEMBETULAN: Dr Wu adalah pelajar bidang perubatan berbangsa Cina yang pertama di Cambridge

Dr Wu lahir pada tahun 1879 di Pulau Pinang. Ayahnya adalah tukang emas dan generasi pertama dari Taishan Guandong, ibunya pulak berbangsa Hakka dan adalah generasi kedua di Tanah Melayu. Dah duduk kat Penang kan, pergi sekolah mana lagi kalau bukan kat Penang Free School.

Penang Free School yang tersergam indah. Imej dari utusan.com.my.

Time tu nak pergi Cambridge bukan senang ok, tapi Dr Wu dapat peluang ni bila dia dianugerahkan The Queen’s Scholarship. Biasiswa ni hanya diberikan kepada pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang dari Negeri-negeri Selat je (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura).

Punyalah pulun Dr Wu ni, kat Cambridge pun top student jugak:

“Menurut satu artikel dalam Penang Monthly oleh Koh King Kee, Dr Wu menamatkan ijazah perubatannya dua tahun lebih awal dari sepatutnya, dan memenangi segala jenis hadiah dan biasiswa di dalam kelas yang mengandungi 135 orang pelajar.” – The Star Online.

Mesti ada sepupu korang yang komplen walaupun dapat markah tinggi kan? Imej dari memegenerator.

Selepas mendapat ijazah, dia buat postgraduate research di bawah seliaan Ross Ronald (pemenang Hadiah Nobel tahun 1902) tentang malaria di Liverpool School of Tropical Medicine. Kemudiannya, beliau sambung study tentang bakteriologi dan penyakit tetanus di institusi kesihatan terkemuka di Jerman dan Perancis.

Setelah kembali ke Tanah Melayu, Dr Wu menjadi ahli saintis di Institut Kajian Perubatan tempatan dan membuat kajian ke atas penyakit beri-beri yang menjangkiti beribu-ribu pelombong bijih Cina.

2. Dr Wu mengasaskan persatuan anti-dadah yang pertama di Tanah Melayu, yang juga menyebabkan dia terpaksa lari dari negara

Candu adalah sejenis dadah yang boleh diproses secara sah sebagai ubat ataupun secara tidak sah sebagai heroin. Candu merupakan masalah sosial yang sangat serius kat China, hingga membawa kepada Perang Candu (pertama dan kedua) di mana China nak hentikan kegiatan candu bagi rakyat mereka tapi British tak bagi (sebab dorang yang jual).

 

Malah bila buruh bila buruh China pergi negara lain, dorang bawak sekali budaya ‘opium den‘ di mana orang lepak hisap candu macam hisap sisha, termasuklah kat Pulau Pinang sekali.

Opium den pada abad ke-19 di San Francisco. Imej dari wikipedia.org

 

Jadi muncullah Dr Wu sebagai hero to save the day. Beliau mengasaskan Persatuan Anti-Candu, tapi ofkos la ada orang yang tak puas hati…

“(Perjuangannya melawan penyalahgunaan candu) menemui musuh – penjajah British yang yang mengiktiraf penyebaran candu dan taikun Cina.

Dia kemudiannya diperangkap, membawa kepada pencarian dan penemuan 28g candu di dalam kliniknya. Ia dianggap sebagai tidak sah, meskippun Dr Wu sebenanya seorang doktor bertauliah untuk menggunakan dadah tersebut bagi merawat penagih candu.” – Dipetik oleh The Star Online.

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak, begitulah umpamanya nasib si Dr Wu ni.

Tak tau mana nak pergi, kerajaan Qing di China menawarkan jawatan sebagai Naib Pengarah bagi Kolej Perubatan Tentera Diraja di China.

3. Pergi ke China dan melancarkan perang terhadap satu wabak

“Wu Lien-Teh memang layak menerima anugerah dan sanjungan. Beliau telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa yang berkemungkinan akan mati dalam penyebaran wabak yang berlaku di Timur Laut China.” – Dr Wong Yee Tuan, Penang Institute, melalui email dengan CILISOS.

Pada tahun 1910, berita pasal penyakit maut sampai ke Beijing, di mana sekumpulan penduduk mengalami gejala seperti batuk kahak berdarah, kulit seakan-akan berwarna ungu, dan lepas beberapa hari, mati. Wabak ini telah menyebabkan 60,000 orang maut pada 4 bulan pertama ia merebak.

Inilah lokasi Harbin, kawasan yang terkesan. Imej dari mapsofworld.com.

Disember 1910, Dr Wu telah dihantar untuk menyiasat penyakit ini. Tugasan Dr Wu ni penting sebab time ni dah dekat dengan Perayaan Tahun Baru Cina. Jadi Kerajaan China sedar tentang risiko ia merebak ke seluruh negara apabila ramai orang mula balik kampung.

Dalam post-mortem pertama di Chna, beliau dapat tahu yang penyakit ini mirip dengan Wabak Bubonic. Digelar sebagai wabak pneumonia, penyakit ini disebarkan oleh sejenis binatang bernama marmot, di mana bakteria-bakterianya membiak dengan sangat pantas sekali.

Pasal wabak nilah Dr Wu kena baca berjela-jela buku. Mungkin dari buku ni dia dapat idea idea bernas dia tuh. Imej china-kultur.at.

Oleh sebab impak penyakit ni sangat besar (macam SARS ataupun H1N1 pada zaman kita sekarang ni lah), beliau telah memberikan dua saranan.

  1. Mengkuarantinkan kawasan yang terlibat dan memastikan yang lain memakai topeng sebagai perlindungan.
  2. Membakar mayat-mayat mangsa wabak ini.

Walaupun saranan kedua bercanggah dengan budaya orang Cina, ia tetap dipraktikkan dan berjaya menamatkan penyebaran wabak selepas 7 bulan ia merebak.

Selain daripada kejayaan beliau menamatkan wabak itu sebelum Perayaan Tahun Baru Cina, beliau berjaya memastikan wabak ini tidak berulang.

Sebab itulah beliau mendapat gelaran ‘pejuang wabak.’ Beliau jugak mempengerusikan Persidangan Wabak Antarabangsa pada tahun 1911.

“Dr Wu mengerah banyak usaha dalam membangunkan hospital-hospital dan kolej-kolej perubatan selain daripada mengasaskan Persatuan Perubatan Cina.” – Dr Wong.

Hasil kerja inilah yang menyumbang kepada pencalonannya dalam Hadiah Nobel pada tahun 1935.

4. Kembali ke Tanah Melayu untuk lari dari Jepun

Setelah Jepun berjaya menakluki China pada tahun 1937. kehidupan Dr Wu berubah. Rumahnya di Shanghai diletupkan. Dr Wu sedar yang China bukan tempat yang selamat lagi, jadi beliau buatlah keputusan untuk kembali ke Tanah Melayu.

Salah satu imej dari Kota Shanghai ketika perang Sino-Jepun dari (1937 hingga 1945.) Imej dari shanghaistreetstories.com.

Balik di negara sendiri, sumbangan dan jasanya tak pernah henti. Beliau membuka klinik swasta di Jalan Brewster, Ipoh di mana orang miskin boleh mendapatkan rawatan secara percuma.

Meskipun Dr Wu meninggalkan China sebab serangan Jepun, malangnya pihak Jepun akhirnya sampai jugak ke Tanah Melayu. Dahlah beliau dituduh bekerja untuk menjatuhkan pihak Jepun, dia pun pernah diculik komunis!

Walapun berdepan dengan pelbagai cabaran, beliau berjaya menyambung tugasan sebagai seorang doktor dan hidup sehingga umur 80 tahun (pada tahun 1960).

5. Mempunyai pelbagai minat dan bakat yang digunakannya untuk membantu orang ramai

Dr Wu telah menerima sekurang-kurangnya 20 ijazah kehormat dari institusi akademik yang tersohor, termasuklah Ijazah kedoktoran dari  John Hopkins University, Hong Kong University dan Imperial University of Japan.

Sebagai seorang saintis, memang banyak sumbangannya dalam bidang perubatan dan kesihatan. Antara 92 research paper yang ditulis, satu pertiga menyentuh tentang wabak, manakala yang lain pulak adalah mengenai penyakit berjangkit, narkotik, kesihatan awam dan sejarah perubatan.

Dari 1895 hingga 1905 pulak, Dr Wu menjadi editor bersama untuk The Straits Magazine, suatu jurnal untuk seni, sains dan kemasyarakatan.

Gambar dari http://tanky18.blogspot.my

Selain daripada itu, beliau juga membantu memulakan Perpustakaan Perak (yang kini dikenali sebagai Perpustakaan Tun Razak, menderma lebih dari 2000 buku kepada Nanyang University dan 3000 pound (16,529 ringgit) kepada Royal Asiatic Society (institut yang menggalakkan kesefahaman antara China dan Barat).

Mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak mengenalinya, tetapi dunia perubatan meratapi kematian Dr Wu

“Mengikut Koh, kematian Dr Wu ditangisi komuniti perubatan antarabangsa, dan mengikut komen The Times London pada tanggal 27 Januari, 1960: ‘Kematian Dr Wu merupakan suatu kehilangan besar kepada dunia perubatan. Rakyat di seluruh dunia tidak tahu betapa terhutang budinya mereka kepada Dr Wu.’ – Dipetik oleh The Star Online.

Di Malaysia sendiri, ada beberapa inisiatif yang untuk memperingati Dr Wu ni. Sebagai contoh, ada Dr Wu Lieh Teh Society yang meraikan hidup dan sumbangan beliau.

Selain dari itu, ada jalan di Ipoh dan kawasan perumahan di Pulau Pinang yang dinamakan sempena Dr Wu. Malah, ada rumah sukan di Penang Free School yang bernama Rumah Sukan Wu Lieh Teh tau!

Kalau dulu setakat pernah lalu, sekarang macam-macam dah tahu. Imej dari ssquahblogspot.my.

Jadi marilah kita ambil kesempatan ini untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada salah satu rakyat Malaysia yang tercalon dalam Hadiah Nobel. Dan jika korang ada di Pulau Pinang, rajin-rajinlah luangkan masa untuk melawat dan mengenali beliau dengan lebih lanjut!

Boleh klik di gambar untuk tengok dokumentari Dr Wu! Imej screenshot dari pengguna YouTube Nuno Valentino.
About Mohd Aniq Nazmin 8 Articles
Orang Penang. Struggling between a life as a vegetarian, and a nasi kandaq lover. Struggle is real